Sudah 2 bulan sejak dari pertemuan pertama mereka.Sani hanya tersenyum sendiri mengenangkan detik pertemuan mereka.
Dia mengenali Aisyah ketika dia keluar dari keretanya setelah mereka secara tidak sengaja terlibat dengan kemalangan jalan raya.Ketika itu Sani sedang memandu.Tiba-tiba sebuah kereta di hadapannya hilang kawalan.Mereka berlanggar.
Sani kemudiannya bergegas keluar setelah tersedar dari pengsan.Dilihatnya seorang perempuan tersepit di dalam kereta yang remuk.Dia cuba membantu perempuan tersebut.Mereka akhirnya dihantarkan ke hospital oleh orang ramai.Perempuan itu bernama Aisyah.
Sani dan Aisyah akhirnya terselamat dari kemalangan itu.
Setelah 2 bulan saling kenal mengenali,Sani bercadang untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa Aisyah.Dia ingin menyatakan hasrat hatinya untuk mengambil Aisyah sebagai isterinya yang sah.Sani yakin,Aisyah adalah cintanya yang sejati.
Dia terlalu menyayangi Aisyah dan tidak sanggup kehilangannya.
Kini dia sedang memandu menuju ke rumah Aisyah.Dipandunya perlahan-lahan.Dia tidak mahu tergesa-gesa.Sani cuba menenangkan hatinya yang gundah gulana.
Setelah tiba di perkarangan rumah Aisyah,Sani pun keluar dari kereta dan berjalan perlahan-lahan ke pintu rumah Aisyah.
Sani memberikan salam.
Salamnya disambut dengan lembut dari dalam.Kelihatan Aisyah keluar dari rumah dengan berseri-seri.Sungguh cantik sekali.
Sani dipelawa masuk oleh Aisyah.Sani hanya menurut Aisyah masuk.
Ketika di dalam rumah,kelihatan ayah dan ibu Aisyah sedang duduk menunggunya.Hati Sani sekali lagi bergetar.
Sani dijemput duduk.
Setelah berbual mesra bersama ayah dan ibu Aisyah,akhirnya Sani menyatakan hasratnya kepada ibu dan bapa Aisyah.
Ibu dan bapa Aisyah hanya terdiam.Kemudian ayah Aisyah berkata:
"Sebenarnya Sani,kami sudah ada pilihan kami sendiri.Kami bercadang untuk menyatukan Aisyah dengan orang lain.Pilihan kami sendiri.Kamu terlewat.Kami minta maaf." Ringkas dan padu sekali jawapan dari mulut ayah Aisyah.
Sani rasa seperti tidak dapat menerima kenyataan tersebut.Air mata Aisyah sudah berjurai dan mula mengalir laju membasahi pipinya.
"TIDAKKKKKK!!! Aisyahhh...aku tidak akan tinggalkan kamu! "..Sani menjerit dengan penuh kecewa.
"Saniiiii !!!!" jerit Aisyah pula.
-----------------------------------------------------------------
Suasana di wad 5 sebuah hospital kerajaan menjadi kecoh.Dua orang pesakit yang sedang koma secara tiba-tiba tersedar dan menjerit serentak.Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Doktor bergegas pergi ke wad tersebut.Kedua-dua pesakit tersebut kebetulan diletakkan bersebelahan antara satu sama lain.Selain dari pesakit tersebut,ahli keluarga mereka turut ada bersama.
Apabila doktor tiba,dia melihat kedua pesakit tersebut sedang berpandangan antara satu sama lain.Saling memerhati tanpa berkelip.Kedua keluarga hanya terdiam memerhatikan gelagat pesakit tersebut.
Air mata pesakit perempuan tadi mula mengalir.Air mata kegembiraan.Muka pesakit lelaki tadi pula mula bercahaya.Penuh bersemangat.
"Aisyah..." bunyi suara dari pesakit lelaki tersebut...
"Sani.." pesakit perempuan pula bersuara..
"Saya pelik.Adakah kamu saling kenal mengenal sebelum kamu koma? Kamu berdua telah koma selama 2 bulan kerana terlibat dalam kemalangan.Kamu berdua tidak sedarkan diri semasa diselamatkan.Kereta yang dipandu Cik Aisyah telah terbabas dan berlanggar dengan kereta Encik Sani." doktor yang menjaga mereka selama ini menerangkan panjang lebar kepada Sani dan Aisyah.Kedua keluarga pesakit saling berpandangan antara satu sama lain.Mereka keliru.Tidak pernah mereka kenal atau berjumpa sebelum kemalangan tersebut.
Kini Sani dan Aisyah mengerti.Mereka bertemu,bercinta dan berkenalan ketika di dalam koma.Sani tersenyum.Ini adalah peluang keduanya untuk melamar Aisyah.Jika ketika di dalam koma dia terlewat untuk menyunting Aisyah,kali ini dia mesti pantas.
"Ayah!..saya nak pinang Aisyah dengan segera!" Sani bersuara dengan tegas.Sambil tersenyum kepada Aisyah.
Aisyah tersenyum lebar.Mukanya mula merah-merah menahan malu.
Ayah Sani dan Ayah Aisyah berpandangan sesama sendiri......mulut mereka terlopong.
Nota ibujari:Aku da antar cerita ni dalam peraduan neskepe semalam.Aku antar atas nama orang lain.Tak lepas kot.Tak keluar pun lagi.
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
18 comments:
deja vu ke tu namanya?
cerita ni ada sambungan lagi?
fuyooooooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...........;)
cite betul ke nie?
aishah malu tapi mahu
hahahhahha
incek stingray...
ko hebatlaa...nama sani ngn aishah tu mmg wujudlaaa...bdk opis aku wehhhh..nama tunang dia sani n nama dia aisyah...hahahahahaa!!
sweetnyee...
sy nk jugak! ;)
jiwang....
fantastic... nice fantasy... hehe... suka berkhayalni... ada kena mengena dgn smlm? hihi.. fikir2kanlah... haha
fuhyo! bercinta di alam koma..dasyat!
wahh jarang org bercinta masa koma~
tp ok la cerita ko...tp klau buat lebih romntik lg best kot :)
-interesting lah citer nih..
-ader sambungan?
-dlm realiti, ader ke org bercinta time koma?
alolo..sweetnye...=D
sambung la lagi cite ni, panjangkan kat bab malam pertama tu..mungkin ada lagi deja vu kat situ..
ku suka citer jerman lagi.. ehehe..
best!
ewah2, bukan main lg dua org koma
tu eyh...ehehe. mcm romantik plak ak
tgk. bercinta dalam alam koma tuh. fuh, sampai ke situ skali idea ko. aku pun xterpikir. hihi. good job dear!
anyway u got talent je. knp ko antar dgn nama org lain plak. boleh ke mcm tu, hihi :D
bulan: x da. =)
mierza: rekaan. =)
yanie:hahaa...butul2..
ierma: peh...aku memang terer..haha
cuak: meh aku langgar ko sampai koma..haha
rona: eleh...ko ni buat2 ganas..tapi hati taman.hahaha
gurl: x da. =)
lili: sila kagum. =)
sha: kalau lagi romantik...aku lak yang meremang...romantik sket2 dah la..haha
arfah: x da smbungan...semuanya rekaan semata2..haha
zugha: =)
bokbon: ha..ko ni..bab malam pertama memang laju...hahaa
jard: jeman ke jerman?
monkey: tq. =)
jo: ntah..cuba je lah.hahaa
dlm mimpi pon jadi..ish2
ok pe citer ni?
Post a Comment