Lokasi: Melaka
Tahun: 2006
Aku berada di tahun-tahun akhir pengajian aku.Aritu aku kena pegi antar projek final aku.Seperti biasa,aku menghidupkan kriss evo aku dan menunggangnya dengan penuh 'passion' bak kata mat saleh.....bukan Haji Salleh yang cakap.
Bila sampai kat lot kedai dekat area Taman Muzaffar kat Melaka tu,aku pun parking motor aku.Masuk kedai,pegi binding semua dokumen.Elok je dah siap,tetiba hujan turun lebat gila.Aku pun tepon membe serumah aku yang ada keta.Mintak tolong dia antar.
Membe aku sampai,dan aku pun tinggal la kriss evo aku kat depan kedai tu.Elok dah setel semua keja dengan penyelia aku,aku pun balik ke kedai tadi dengan membe aku.Bila sampai kat motor aku,aku jadi gelabah bila aku tak jumpa kunci motor aku dalam poket.Jenuh aku check kat motor kalau-kalau kunci aku tercicir ka.Bila dah puas gelabah,aku amik keputusan untuk balik ke rumah dulu.Amik kunci spare.Sekali lagi aku tinggalkan kriss evo aku kat situ.
Bila sampai rumah,aku pun cari la kunci motor aku.Punya penat cari tak jumpa.Bila dah penat aku kena rehatkan diri.Caranya? Aku layan DOTA kejap.Main sampai puas.Tup-tup kejap je dah malam.Aku amik keputusan untuk pegi tgk besok ja lah motor aku.Pegi tukar kunci terus.
Besoknya,dengan penuh bergaya,aku mintak membe aku antar jap.Dah sampai kat lot kedai bawah rumah aku tu,aku pun berjalan ke tempat aku parking motor aku semalam.
Motor aku tiada di situ.
Aku panik.Gila ko,Kriss Evo tuuuu! Mau tak panik.Membe aku antar aku balik rumah.Kat rumah kami bincang macam-macam.Nak kontek kongsi gelap la,nak guna bomoh la,mintak tolong spiderman ngan batman...tak kurang juga idea untuk menggunakan doraemon.Sungguh tak matang.
Bila dah penat bersedih dan risau,aku pinjam motor membe aku.Selaku seorang yang hensem,aku membuat tindakan yang sangat bijak.Aku nak report kat polis.Ya,menda-menda camni kena la report.Kot-kot buleh jumpa lagi dengan Kriss Evo.Walaupun aku tak letak harapan tinggi.Sedih jgn cakap la,macam hilang bini walaupun aku tak penah kawin lagi.
Aku menunggang dengan penuh longlai ke balai polis berdekatan.Walaupun longlai,aku tetap hensem dan kacak.
Bila tiba di balai polis,aku parking motor di tempat yang disediakan.Dalam kepala dah karang macam-macam ayat manis.Aku tutup enjin motor,tongkat motor,buang helmet dan kemudiannya aku terpaku.Tergamam.Badan rasa sejuk panas-sejuk panas.Hati dah dup dap dup dap.Macam meenaci bertemu dengan thambi.Macam romeo dating ngan juliet.Macam erra dan awie dulu-dulu.
Aku nampak Kriss Evo aku parking dengan hensem kat balai polis.
Aku bergegas ke balai balai.Dari ayat "encik,saya nak laporkan kehilangan motor saya" terus bertukar kepada "encik,macam mana saya nak amik motor saya bawah bangsal tu?".
Polis tu cakap aku tertinggal kunci kat motor.Ada orang tolong simpan dan polis yang buat rondaan angkut motor aku ke balai dengan lori.
Petang tu,polis yang bertugas betul-betul seronok berceramah kat aku.
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
3 weeks ago