Monday, February 28, 2011

Pelan Kecemasan


Pembaca hapacrita yang dihormati sekalian.

Semalam,salah sorang membe aku,Si Merah Jambu telah kehilangan blognya secara misteri.Jadi,memandangkan kejadian tersebut agak mengerikan,aku akan back-up blog aku.Last aku backup,6 bulan lepas.Tu pun entah mana aku letak.

Hahahaha. (kelakarnya).

Jadi,jika suatu hari nanti,jika blog hapacrita ni buat hal,dan anda tidak dapat akses ke sini,jangan risau,ah,nak risau pun risau lah,blog ni bukan kad pengenalan hangpa.haha.(kelakarnya lagi)

Jika blog ini tidak dapat dibuka,sila lihat pelan kecemasan di atas.Anda boleh hubungi aku melalui dua siaran di atas.Jika masa blog ni tak leh buka,time tu matahari tengah naik dari barat ke,komet sedang jatuh dari langit ke,jangan la dok main tenet lagi.Pegi la balik kampung jumpa mak abah habiskan sisa-sisa masa yang ada.

Melalut.

Ok.Kalau takleh buka blog ni,nak kontek aku,kontek lah aku di Fesbuk mahupun email aku di yahoo.Itu pun,kalau nak terus berhubung dengan aku lah.Mungkin aku akan buat blog baru dan publish alamat baru aku kat FB.

Ok.

Duduk elok-elok.Jangan nakal-nakal.

Kalau nakalllll....

I babap you.

Auw.

Thursday, February 24, 2011

Pejam celik pejam celik,dah sebulan tak update.

Blog aku yang satu lagi dah tak berapa idup dah.Hahha.Ok.Tadi baru update sambungan cerita aritu.




Kecakkecukkacakacukkucekcekuk

Ok.Kita letak tepi sat Lisa Surihani,Maria Farida,Jasmin Hamid dan Nora Danish serta Sharifah Sofia.







Semalam Yang Hangat 25

Tiba di rumah lebih kurang jam 10.30 malam.Otak dah high.

Parking kereta.Masuk dalam rumah.Buka jam,letak dalam kotak tepi TV.Letak kunci kereta di tempat yang sama.Keluarkan wallet,lepas tu aku lempar ke luar rumah.

Hik! Hik! Hik!

Tak lah.Wallet tu pun aku letak sebelah TV jugak.Sekali dengan jam dan kunci kereta tadi.Tak lempar ke luar rumah pun.Di TV,cerita berjudul Maisara sedang ke udara.

Sebelum mandi,kena rehat-rehat dulu.Aku buka seluar,sangkut di penyangkut yang disediakan.Nak mandi nanti bawak masuk bilik lah.Dengan hanya berboxer dan berkemeja,aku duduk depan tv.Layan cerita Maisara tadi.Angin kipas menderu-deru meniup rambut aku yang mulus dan beralun.Sekali tengok,fesyen aku malam tu,dah macam 'flasher' dah.Nasib baik aku duduk dalam rumah ja.

Di TV,kelihatan Syamsul Yusof,iaitu anak Yusof Haslam sedang berlakon.Cerita kes bini cemburu buta.Sampai satu part,kelihatan Shamsul sedang memegang 'brochure' dan menjual kereta di dalam pusat beli-belah.

"Eh.Apahal Shamsul ni jual kereta pulak.Bukan ke dia pengarah filem dan pelakon? Anak Yusof Haslam pulak tu.Dia tukar kerja?" tiba-tiba aku bersuara dalam hati.


Terdiam.

1 minit berlalu.

Masih terdiam.

Tersedar.

(T___T)










Ok.Memandangkan aku rasa tahap kewarasan aku sangat barai pada masa tersebut,aku ambil keputusan untuk menutup tv dan menuju ke bilik air lantas terus mandi sambil main-main buih sabun dan menyanyi-nyanyi manja.

Comel.



Wednesday, February 23, 2011

Terima Kasih Bruno Mars


Semua lagu-lagu hang memang sedap!

Tuesday, February 22, 2011

Tragedi Ketika Menonton Wayang di IOI Mall Puchong

Lampu mula padam.Iklan ditayangkan barang seminit dua.Setelah preview beberapa 'trailer' filem yang akan datang,maka filem yang aku nak tonton pun bermula.Aku tengok cerita Sanctum.Cerita orang main selam-selam dalam gua.

Seperti biasa,mereka yang lambat,mula terkedek-kedek masuk ke dalam panggung dan melintasi di hadapan aku.Melintasi aku,bermaksud menghalang penglihatan aku ke arah skrin.

Benci.I tak suka.

Setelah gangguan reda,aku kembali fokus ke arah skrin.Layan je lah.

TAP! TAP!

Kerusi aku bergegar.Ada orang tendang-tendang di belakang.Aku sabar.Buat bodoh dulu.Terus layan cerita kat depan.

TAP! TAP!

Kerusi aku bergegar lagi.Hati mula panas.Aku terus toleh ke belakang sambil buat muka ketat-ketat.Kelihatan ada sorang mamat sedang buat muka tak bersalah.Kakinya menekan belakang kerusi aku.Celaka.Jenis yang tak belajar Fizik dan Sivik.

Aku sabar.

TAP! TAP! TAP!

Kerusi aku bergegar lagi.Aku hilang sabar.Aku pusing belakang,aku tepuk-tepuk perlahan tapak tangan aku atas kasut beliau sebagai tanda untuk menyuruh beliau menurunkan kaki beliau dari kerusi aku.Kasut beliau diturunkan.

Aku sambung layan filem kat depan tadi.

TAP! TAP! TAP!

Kerusi aku bergegar lagi.


Ok.Aku dah hilang sabar.Aku bangun,terus aku sound apa masalah mamat tu.Tak tunggu lama,dia pun bangun sound aku balik suruh aku diam.Aku cakap jangan nak cari pasal,jangan kurang ajar main kaki.Dia cakap,dia peduli apa.

Orang kat seat lain semua dah tengok.Celaka.Malu pulak aku.Ah,letak tepi malu tu.Sebelum duduk,aku cakap kat mamat tadi,buat sekali lagi,nahas.

Belum sempat aku duduk,dia sepak kaki aku.Ok.Permainan kasar bermula.Aku sepak balik mamat tadi sampai terjatuh.Mamat tadi cuba bangun,belum habis dia bangun,aku bagi penumbuk sedas.Elok kena penumbuk,terus dia balas balik kat aku.Amik,padan muka aku.Kena sedas penumbuk.Ada dua-tiga orang brader kerusi sebelah bangun tenangkan keadaan.

Aku tak kira,aku tak puas hati.Aku terajang mamat tadi sedas.Baru puas hati.Kotor betul main kaki ni.Kurang ajar! Lepas kena penendang aku,aku nampak mamat tadi bawak keluar menda macam besi dalam poket dia,lepas tu laju dia terkam aku.Brader kat sebelah tak sempat nak tahan.Bancau.Habis aku.Kalau menda yang macam besi tu pisau,boleh mati kena tikam.Menyesal sebab tak sabar tadi pun ada jugak.Tapi dah terlambat.

Nak buat macam mana,tangan ada,bersedia je lah nak mengelak.Kaki dah ready nak bagi penendang sekali lagi.Memang pasrah habis!











Ok...dah...dah.Sebenarnya lepas aku tepuk kaki brader tadi tu,dah setel dah pun.Takda tendang-tendang dah.

Awat pikir jauh sangat?







Nakal.


Hiburan di Pagi Hari.

"Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang."

Hmetro memang betul-betul buat aku ceria setiap hari dengan laporan 'terperinci' mereka.

Nak tahu kenapa mereka mati? =)

Berita Penuh: KLIK SINI.

Monday, February 21, 2011

Simon Pegg yang Bloody Gampang.


Ya.Aku peminat aktor Simon Pegg.Mamat ni pelakon British.Cerita-cerita yang beliau lakonkan..memang unik.Filem seperti Run Fatboy Run,How to Lose Friends and Alienate People(Megan Fox pun ada sekali),Shaun Of The Dead, memang antara filem beliau yang aku layan habis.Terutamanya cerita Run Fatboy Run Lah! Memang terbaik! Aku rekemenkan cerita tersebut.Klik sini untuk menonton salah satu SCENE kelakar dalam Run Fatboy Run.

Ok.Kali ni,beliau kembali bersama 'side-kicknya',si Nick Frost! Nick Frost ni,pasangan beliau dalam Shaun Of The Dead.Mereka kembali semula dengan cerita yang merepek dan kelakar.

Oh Yeah!


Part akhir trailer kat atas tu mmg siot!



Hey! Ini Pagi Isnin Yang Gemilang!


Monday Blues?

Ah! Pigi la dead!

Yeah!

Saturday, February 19, 2011

Pagi Yang Hensem 24

Mata mula stim sket-sket.Skrin komputer kat depan mata dah tak berapa nak sedap dipandang.Mengantuk habis! Tahap mengantuk dia,dah nak menghampiri tahap mengantuk ketika mendengar khutbah jumaat yang lesu dan ditambah pula situasi perut kenyang lepas makan nasik.

Aku bangun dan menuju ke pantry.Amik mug,bersedia nak bancuh neskepe.Demmit,gula habis la pulak.Apahal la diorang ni tak topup gula semalam.Niat nak bancuh neskepe dibatalkan.Apa gila nak minum neskepe tanpa gula.Baik aku telan je serbuk neskepe tu,lagi pekdah.

"Gula habis la pulak.Tak boleh bancuh Neskepe." aku mengadu manja kepada sekumpulan opismet aku.
"Nah Jamil,amik ni.Nak?" salah sorang opismet passing aku kopi 3 dalam satu.Cantik!

Selepas ucap terima kasih,aku blah pegi bancuh air.Aroma kopi mula semerbak.Awan-awan mengantuk mula beredar.Cantik!








Sruppppp!!

Aku hirup air kopi 3 dalam satu tadi.Mata segar sikit.Muka dah boleh senyum-senyum.Fokus datang berduyun-duyun.

Tak sia-sia opismet pompuan tadi bagi aku kopi Pearl Kacip Fatimah 3 dalam satu warna pink.Kacip Fatimah pun,Kacip Fatimah lah! Janji tak mengantuk.

Aku harap,aku tak berjalan kepit bila balik nanti.

Emm...

Eh!..apahal rasa ketat-ketat ni.

Ehhh!

Ehh!

Eh!



Friday, February 18, 2011

Kashaf Imani




Semalam,sambil mengunyah nugget,setelah bosan dengan Discovery Channel,aku tonton cerita Kashaf Imani secara solo.Macam biasalah,jalan cerita agak tipikal macam cerita melayu lain.Semuanya boleh dijangka kesudahannya.

Namun,yang membezakannya adalah penghayatan perasaan pelakonnya.Itu yang membezakan kualiti sesebuah cerita walaupun jalan ceritanya amatlah 'kelice'.

Jadi,dalam cerita Kashaf Imani semalam,aku tabik kepada pelakon Sharifah Amani,Beto Kusyairi,Wan Sharmila,Normah Damhuri dan pengarahnya Azma Aizal Yusoof (oh dem,2 dari pelakon cerita ni kecuali Beto dan Normah, adalah pelakon slot Sindarela dulu,pengarahnya si Azma tu pun sama.nasib baik tak masuk Bront Palare..haha..).

Aku,kalau cerita tu boleh sampai ke hati aku yang cerewet ni,aku dah kira suka dah.Pelakon yang hebat,boleh menukarkan cerita yang 'kelice' kepada cerita yang sedap untuk ditonton.

Macam cerita 'garam',aura yang ada pada Angelina Jolie membuatkan filem itu menarik walaupun kita dah tahu macam mana jalan cerita tersebut akan berjalan.Kalau nak adaptasikan cerita tu dalam persekitaran Malaysia pun senang.Gantikan sahaja pihak berkuasa tu jadi Bukit Aman.Mungkin Abby Abadi boleh ganti Angelina Jolie.hahaha..terus jadi Gerak Khas rasanya.

Kalau Abby Abadi tak nak,mungkin Sharifah Sofia boleh ganti.Dia sesuai.Hot.

Sharifah Sofia? Ah! Pelakon Sindarela lagi!

Ok.Babai.

Muah!


Thursday, February 17, 2011

Antara Jamil,Tom Cruise dan Top Gun

Lokasi: Pasar Malam kira-kira 30km dari SmallVille
Tahun: 1993 rasanya.

Mata aku melilau sana-sini.Seronok tengok barang-barang yang dijual.Tak jauh dari aku,kira-kira 30 sentimeter di hadapan,kelihatan bapak aku sedang berjalan-jalan santai.Aku ikut dengan patuh.Sebenarnya,aku jalan sebelah bapak aku tadi,tapi disebabkan leka sekejap,aku terkebelakang sedikit.

Bila sedar aku dah terkebelakang,aku cepat-cepat berjalan di sebelah bapak aku semula.Bukan apa,budak comel macam aku ni,kalau tak penculik,mesti ada mak budak pompuan yang berkenan nak culik aku,tak pun nak cubit-cubit pipi aku.

Aku tak suka.

Aku sambung berjalan-jalan di sebelah bapak aku.Ini untungnya kalau ikut bapak aku pergi ke rumah kawan-kawan beliau.Kalau balik,mesti singgah memana.Seronok bukan main.Bukan nak beli sangat pun,cuma nak tambah pengalaman hidup orang kata.Ye lah,baru 9 tahun hidup kat dunia.Kat sekolah pun,kalau subjek matematik tu,baru masuk silibus darab dan bahagi.

Sambil berjalan tu,tiba-tiba ada satu khemah jual barang-barang caca-marba.Caca marba di sini bermaksud,tuan khemah tersebut tidak spesifik barang apa yang beliau jual.Dari barang dapur,sampailah kepada coli,habis dijualnya.Tak senonoh betul.

Tengah seronok tengok ropol-ropol pada coli yang dijual,aku tiba-tiba tertarik kepada satu menda.Tak jauh dari aku,cerita Top Gun sedang dipasang.Peh.Cerita Top Gun tu.Cerita pasal peperangan jet pejuang.Mana boleh tak tertarik.Walaupun tuan khemah tersebut hanya pasang pada TV kecik yang diletakkan di atas VHS Player,namun hati aku tetap bergolak riang.

Oh ya,pada masa tu,manada lagi VCD dan DVD bagai.Yang ada cuma pita video VHS.Mata aku kembali segar.Menda-menda yang melibatkan jet memang membuatkan aku mudah naik sheikh sket pada masa tu.

Aku tarik tangan bapak aku menuju ke arah TV tadi.Bapak aku yang sedang berjalan terus terhenti.Kami berdua berada di hadapan TV.Turut serta pada masa tersebut,ada sorang budak sebaya aku.Dia berseorangan.Di belakang budak tadi,ada beberapa brader yang tumpang tengok.Kelihatan mereka semua kagum dengan cerita yang sedang ditayangkan.

Mau tak kagum,cerita tengah sedap.Tengah klimaks orang kata.Aksi berperang di udara.Dah dekat nak habis dah cerita pun.Aku rasa,diorang follow dari awal.Kusyuk sangat nampaknya.Aku pun,tak nak kalah.Layan habis cerita Top Gun tadi dengan penuh penghayatan.

Tengah sedap layan,bapak aku ajak pergi.Dem.Cerita belum habis.Hero tengah tembak satu persatu kapal musuh.Macam mana nak tinggal.Budak tadi pun tengah terlopong menyaksikan aksi peperangan tadi.Begitu juga dengan brader-brader kat belakang.

Bapak aku dah tarik tangan.Ajak balik.Jauh lagi perjalanan.Malam dah lewat.Esoknya nak ke sekolah lagi.

Aku tak nak gerak.

Bapak aku ajak balik.

Aku tak nak.

Kelihatan Tom Cruise sedang bersedia nak setelkan musuh.Kalau dah sampai babak di mana Tom Cruise nak tembak musuh,mana boleh nak blah macam tu aja.Bapak aku mana faham menda-menda macam ni.Kalau dia nak tunggu,jenuh la.

Kapal terbang Tom Cruise sibuk mengejar pesawat musuh.Nak lagi berdebar,kapal membe dia pulak kena tembak sampai berasap enjin.Memang epik habis.Hati semua penonton depan tv kecik pada malam tersebut berdebar-debar.







TAPPP !!!!

Tuan khemah tutup cerita kat TV.Dia tekan butang Eject.Tape keluar.Dia amik tape tu,letak dalam plastik kemudian bagi kat aku yang sedang menyeringai tersenyum.Bapak aku bayar duit.

"Tape yang last." kata tuan khemah tersebut sambil menerima duit.

Aku pandang ke arah budak dan brader-brader yang menonton bersama aku tadi.Kelihatan budak tadi dah pikul bazooka.Brader yang lain dah standby dengan bom tangan dan senapang M-16.

Tanpa membuang masa,mereka semua melepaskan tembakan serentak ke arah aku.Aku juga,tanpa membuang masa,dengan tenang,terus angkat tangan,baca doa memelihara diri dari bala dan ancaman mala petaka dengan penuh ikhlas dan tawadhuk.

Hasilnya,semua peluru tadi melencong entah ke mana di dalam kegelapan malam.Bapak aku tak perasan semua tu sebab aku ada 30 sentimeter di belakang beliau.Semuanya selamat.

Baik-baik saja.

Tiba di rumah,aku tonton cerita Top Gun sampai meleleh-leleh air liur dan air hidung.


Cedera Parah

Semalam tercucuk tulang ikan goreng bawah kuku ibu jari tangan kanan.

Sakit sampai sekarang.

Malas la nak update.

Merajuk dengan ikan.








Sakit.


Wednesday, February 16, 2011

Sejarah penting 14hb Februari selain Valentine.


Anda kenal jejaka kacak,maskulin,kental dan gagah di dalam gambar ini?

Tak kenal?




"Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India(British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh leftenan adnan dan regimennya."


Sumber:SINI


Pada usia 27 tahun,maknanya sama dengan usia aku sekarang,arwah dah berjuang untuk negara.Emo tak emo la.Muda-muda lagi dah lawan jepun sampai mati.Bertahan sampai ke titisan darah terakhir orang kata.Kalau lawan fight dalam dota,aku selalu cakap 'fight till last sperm'.Memang beza macam langit dengan bumi.


Cakap banyak takda...meh kita sedekah al-fatihah untuk semua pahlawan dulu.

Al-fatihah.



Demmit! Keluar Air Mata Aku Gelak.


Da lama cari dalam youtube video ni.Arini baru jumpa.1st time tengok dulu kat fesbuk opismet.

Dah.Aku tak tau nak kata apa dah.

Kelakar Habis!

Rahsia besar aku.

Sebelum ni,aku pendam semua rahsia ni.Aku tak tahu nak cakap kat sapa.Jadi,setelah berfikir panjang,aku rasa,tak salah kot nak dedahkan rahsia ni.Semua orang akan faham nanti.

Walaupun ia membuatkan aku serba salah.

Entahlah.Hummmm....

Sebenarnya....












Dragon ball ada 7 biji kesemuanya...


Hahahaha...kena..kena..

Monday, February 14, 2011

Hashim Kasbari

"Abang pun tak berapa ingat.Nanti lah kita tengok kat mana.Abang pun nak tahu ni.Dah dekat sebulan baru saman nak sampai rumah.Mana boleh ingat." bebel Hashim Kasbari sambil memandu kepada isterinya yang berada di sebelah.
"Ala..ayang tanya aja.Mana le tahu abang ingat kat mana abang memecut.Kan dah kena saman ekor.Bukan apa,saman ekor ni kadang-kadang tak betul.Kalau betul,kita bayarlah." balas isteri Hashim Kasbari.

Kereta yang dipandu meluncur laju ke balai polis.

Setelah tiba,Hashim Kasbari dan isteri meminta salinan gambar dari pihak polis yang bertugas.Setelah membayar RM10,mereka menunggu gambar dicetak.Selesai mencetak gambar,anggota polis yang bertugas tadi menyerahkan gambar kepada Hashim Kasbari dan isteri.

Hashim Kasbari dan isteri terdiam.Hashim Kasbari memandang muka isterinya.Isteri Hashim Kasbari memandang kembali muka Hashim Kasbari.Di dalam gambar,memang sah kereta Hashim Kasbari yang terpapar.Kelajuan yang dicatatkan pun memang melebihi had laju.

"Hummm...mungkin......super impose kot." Hashim Kasbari cuba memberikan alasan.

Dadanya berdebar.





PELEPOWWWW !!!!!

Hashim Kasbari tergolek di lantai balai polis setelah ditampar laju oleh isterinya.Gambar di tangannya terlepas ke lantai.

Di dalam gambar tersebut,samar-samar kelihatan Hashim Kasbari yang sedang memandu laju,sedang dipeluk manja lengannya oleh seorang gadis manis.


Sesi Mari Bernujum Bersama Jamil

Patik rasa,lagi 9 purnama....akan sibuklah surat khabar,terutamanya Akhbar Hmetrosss dengan cerita buang bayi.

Begitu juga dengan pendafaran kelahiran bayi yang 'anonymous'.

Patik rasa lah.

Patik rasa.

Saturday, February 12, 2011

Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 10

Sungai dah banyak berubah.Yang masih tak berubah,kesejukan dan kejernihan air.Awesome!

Pasangan adik-beradik keladi.

Bawah rimbunan buluh ni,serius banyak ikan.

Ah.Masa post menda ni,rasa nak balik mandi.

Ini yang dinamakan sungai belakang masjid.

Pokok beras dah berbuah.

Ha.Datang...datang.Jangan lupa bawak periuk.Boleh petik.

Berjalan di atas pokok tumbang merentas sungai.

Tergelincir!!!

Hiyah! Kuda-kuda kembali kukuh.Terselamat dari jatuh.

Layan blues habis!

Finishing balik kampung yang paling awesome! Sup Gearbox.

Thursday, February 10, 2011

Safee Sali

Dengar cerita,gaji Safee Sali cecah 89,170,075 sebulan.Jumlah tu,kalau dibahagikan dengan 30 hari dengan menggunakan kalkulator,maka jawapan yang diperolehi adalah 2,972,335.833 sehari.Jika tanpa menggunakan kalkulator,dan kiraan hanya dilakukan dengan menggunakan akal sahaja,dikhuatiri akal tersebut akan hilang.

Mungkin hanya Adi Putra sahaja yang mampu mencongaknya.Bukan.Bukan Adi Putra yang berlakon tu.Tu orang lain.Ish!

Nampaknya,dah main juta-juta dah gaji pemain Malaysia sekarang.

Serius.Tumpang bangga.

Steady lah!




Posisi Antena Paling Champion


Sementara tunggu Astro nak dapat dulu,macam ni lah gayanya antena rumah aku.

Posisi ni lah yang boleh dapat siaran paling clear.

(Geleng-geleng kepala)

Posting Bergambar - 5

Tenang macam minyak masak.

Bunga goyang hepi sungguh.

Kenderaan yang aku naik atas air ni,orang kata,nama dia feri.

Lobi resort.

Sebahagian tempat buffet.


Teluk depan resort.


Selipar kesayangan.

Kesian tengok ketam gali lubang.Tolong buat lubang untuk beliau.

Hahahahaha!

Itu kolam renang namanya.

Rasa nak buat tangga penuh air macam ni kat rumah.Senang sikit nak berwudhuk mahupun mandi wajib.

Traveller habis lah!

Ni guna gear satu,tapi dah cecah 90km/j.

Pintu depan resort.

Pakai main sebat.

Udang butter prawn,udang masak pedas,udang masak kunyit.Wohh..mengudang namanya.

Ini tisu namanya.Ini pun nak kena cakap?

Tempat pendaratan UFO rasanya.Rumit betul coraknya.

Teluk Dalam Resort.

Takda motif.


Hujan lebat sedang OTW.

Arwah dulu...baik sotongnya.

Topi aku ni memang periang.




Teluk Dalam Resort memang best!

Cuba lah.


Posting Bergambar - 4

Dalam masa kurang dari 4.5 saat,semua barang siap dipotong.Jangan jeles.

Masa nak masak,susun berseni bagai,last-last berterabur kena kacau.Haha.

Ni proses membuat stok ayam untuk digunakan semasa memasak nasi dalam gambar di bawah.Barulah rasa ayam sket nasi tu.Aku memang penggemar tegar celery.Wajib ada kalau nak buat sup.Oh ya,salary pun aku suka.Hik hik hik.

Ini lawan nasi daging tadi.Bezanya? Letak ayam je.Haha.Semua beras bersembunyi di bawah ayam.Comel.

Yeah.Nasi yang versi daging da siap! Nasi versi ayam? Tak sempat ambil gambar sebab jiran-jiran semua serbu datang ambil sorang sepinggan.

Sedap sangat.Nak buat macam mana.






Sepetang di dapur bersama Abang Jamil.

Abang Jamil?

Euwww...


Posting Bergambar - 3


Melaka A'Famosa resort.

Agak berbaloi.

Sedap untuk percutian keluarga.