Thursday, December 31, 2009

Merepek Betul

Jam baru 10.47 malam.Kat luar tingkap dah bunyi mercun bagai.Takkan tukang cucuh bunga api salah cucuh kot.Ke ada 'rehearsal'? Tak pun tukang cucuh dah tak tahan tengok bunga api.

Biaq pi la kat depa nooo....ceq nak rehat-rehat dalam bilik.Nak guling-guling macam tenggiling bak kata Sin Chan.

Sat lagi masuk tahun baru ceq buat entry (gedik).

Hik hik hik.

Promote

Sila baca DALAM-DALAM. Cerita terbaik beliau -> INI.


Rekod Prestasi 2009 Hapacrita

1.Pelawat baru semakin ramai masuk.Hai..selamat berkenalan. =)
2.Angka kat Nuffnang semakin rajin berubah-ubah.Rasa gembira macam makan nasik.
3.Keluarnya Blook Hapacrita.Memang banyak kekurangan.Tak apa,aku buat yang lagi baik nanti. =)
4.Semakin banyak keluar nama Lisa Surihani.

Tahun 2010? Mai kita tengok apa jadi kat Hapacrita.Jadi lagi gampang? Lagi sewel tapi masih cool dan kacak? Itu kita tak tahu.Tunggu 31 Dec 2010 pulak aku buat rekod prestasi.

Ha....kalu korang takda kerja,tangan gedik-gedik nak tambah,tambah kat ruang komen.Keh keh keh..





Tak guna!...keluar air mata aku gelak tgk video ni.

Wednesday, December 30, 2009

Super Sedap



Gardenia Delicia Butter Toffee.Alternatif kepada Butterscotch.Bila makan yang ni,aku buleh lupa kejap kat Lisa Surihani.

Ha..tengah kunyah ni,tengah kunyah ni....

Sedap sampai keluar air mata.

P/S: Bukan selalu aku nak buat entry bergambar rupanya.Baru sedar.

Jeniyes

"Shhh....diam diam...jgn bising." bisik Harun kepada temannya,David Beckham.
"Ye..aku mana bising,terkentut je tadi.Mana buleh tahan kentut,buleh kena batu karang." balas David Beckham.

Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke arah sebuah kereta.Masing-masing membawa beg yang berisi peralatan untuk mencuri kenderaan.Muka masing-masing kompiden.Maklumlah,dah lama mencuri kereta.

Mereka tiba di sebuah kereta sasaran.Setelah mematikan 'alarm' kereta dengan alat khas,mereka masuk ke dalam kereta.Fasa pertama selesai.Kawasan gelap memang sesuai untuk mereka buat kerja-kerja macam ni.

"Dia kunci stereng la Harun.Hahaha....kacang je nih." David Beckham gelak-gelak.
"Heh..da banyak kali kita buleh setel menda ni.Apa barang main kunci stereng.Ketinggalan zaman betul." bebel Harun sambil keluarkan alat dalam begnya.

Disebabkan kunci yang digunakan menutupi hampir keseluruhan steering,mereka tidak dapat memotong stering tersebut.Salah satu cara adalah dengan menanggalkan steering dan memasangnya dengan steering pendua yang dibawa oleh mereka.Tak sampai 3 minit,stereng berjaya ditanggalkan.

"Bijak kan aku?" soal Harun kepada David Beckham.Teknik ni Harun punya idea.Minggu lepas pun dah 3 biji kereta diorang guna modus macam ni.Semua setel.David Beckham angguk-angguk tanda setuju.

Harun mengambil begnya dan mengeluarkan steering pendua yang dibawanya.Setelah mengeluarkan steering tersebut,tak semena-mena mata David Beckham menjadi bulat.Mata Harun apatah lagi.Lagi membulat.Mulut kedua-duanya ternganga.

Sepi.

"Macam mana ni?" soal David Beckham kepada Harun.Cemas.
"Masuk dalam kereta,dah masuk dah.Rugi kita tak kebas.Redah je la.Aku buleh sambung menda ni kat steering." balas Harun sambil bergegas menyambungkan steering pendua yang dibawanya.Pengalamannya sebagai mekanik dan pertolongan alat-alat ganti di dalam begnya yang serba lengkap telah berjaya membantu Harun dalam menyambungkan steering pendua tersebut.Susah jugak nak pasang,siap keta potong bagi kecik sikit steering pendua tersebut.Kalau tak,memang tak bergerak la mereka.Setelah siap,mereka beredar dari kawasan tersebut.

Sepi.

"Cantik steering kereta bang!" puji David Beckham di sebelah ketika Harun terkial-kial memandu..
"Diammmm!!!" jerit Harun sambil memecut laju.

Sambil memecut,Harun menyumpah-nyumpah.Tak pernah dia memandu kereta pakai 'steering' handle basikal.Siap ada loceng lagi kat handle tu.Harun dapat merasakan,mesti anak dia yang kecik main barang dalam beg dia pagi tadi.

Di sebelah,David Beckham ketawa bagai nak gila.

hehe


Huarghhhhh......selamat pagi malaysia.

Bangun pagi tadi,aku terus teringat menu yang aku pekena kat kampung minggu lepas.Gila sedap.Masih rasa dalam mulut aku.Rasa lemak-lemak wangi.Pedas-pedas sket.Masin-masin sket.Wahha...lapar.Petang karang nak cari daun ni.Sambal belacan je risau,takut tak sedap.Ah..pedulik.

Menu cadangan:

Daun sup + sambal belacan mak buat + ikan tamban masin + nasi sejuk = lupa lisa surihani.

Tuesday, December 29, 2009

Takda lagi dah saat macam tu,




Rindu pulak saat-saat ni.Saat bertungkus lumus siapkan blook pertama.Saat reka design untuk cover.Saat susun cerita.Saat reka cerita baru.Hantar soft copy.Saat berdebar tunggu order.Saat melompat dapat order pertama.Saat bibir sengih melebar bila menonton transaksi akaun di cimbclicks.Saat sain buku malam-malam lepas kerja.Saat akak pejabat pos buat muka hairan bila aku borong sampul pos ekspress banyak-banyak.Saat sedih campur gembira bila blook habis.Punya la sibuk,Lily si bantal peluk aku pun aku tinggalkan kejap.



What a whewwwww moment!!!


P/S: Perlu ulang cetak VERSI TAK TERHAD (Cover lain)? Kepada yang masih bertanya,maaf ya,dah habis.Yang cacat sikit2 ada le 4 buah lagi.haha..kalu berminat jugak,email permintaan anda ke hapacrita@yahoo.com =)

Petang yang tenang 7

Hari mula gelap.Aku memandu pulang dari kerja dengan tenang.Tak laju sangat,baru 90km/j.Masih ikut kelajuan yang ditetapkan.Polis pun tak ada sebab nak saman.Lagipun orang kacak yang memandu sambil memakai 'seat belt' memang polis tak akan sembur dengan air kimia.Yang demo kat KL ja selalu kena sembur.

Tengah sedap melayan pemanduan pada laluan paling kanan jalan,aku dikejutkan dengan sebuah kereta yang sedang bergerak penuh gemalai di hadapan.Wadehel pandu perlahan lorong kanan.Tak Maikel Shumeker langsung.

Ini tak boleh jadi.Aku bagi 'high beam' paling pantas.Sekali je.Tanda suruh ke tepi dengan penuh sopan.Tiada tindakbalas.

Aku bagi 'high beam' pantas-pantas dua kali.Sunyi.Tiada tindakbalas jugak.

Aku bagi 'high beam' dua kali slow-slow.Sunyi.Masih lagi tiada tindakbalas.

Hilang sabar.Hati waja dah mula membebel-bebel.Aku bagi 'high beam' terus.Takda kelip-kelip dah.No Mercy orang kata.Kalau dalam cerita Marksman petang-petang dulu tu,dah macam tahap serangan meriam katak dah.Nak bagi hon takut dia terbabas pulak sebab terkejut.Aku tak nak masuk dalam surat khabar Metros.Kang keluar tajuk "Lelaki keluar beli susu anak mati kemalangan disebabkan pemandu yang tak sabar bagi hon" nanti,apa aku nak jawab dengan rakyat Malaysia.

Kereta di hadapan mula ke kiri.








Penakut cahaya rupanya.
Mesti pelakon watak vampire sampingan dalam Twilight ni.

Dialog Suami Isteri 14

"Tengok TV sorang-sorang ye bang?" soal si isteri dengan manja sambil keluar dari bilik tidur.
"Ha'ah." balas si suami.Mata masih fokus ke arah tv.

"Cerita apa tu?" si isteri mula duduk di sebelah suaminya.Tangan mengusap-ngusap perutnya.
"Cerita apa ntah.Main tengok je ni." balas si suami serius.

"Abang...tgk la perut ayang niii..."rayu manja si isteri.Si suami berpaling.
"Eh eh eh...apa ni? Napa perut macam ni?" si suami terkejut.

"La,ayang kan dah 8 bulan mengandung.Apa la abang ni!" si isteri mula muncungkan bibir.


Sepi.Hanya bunyi tv kedengaran.


"Abang..serius la sikit." si isteri masih muncungkan bibir.
"Ayang..buang bola dalam baju tu.Jangan nak buat menda pelik-pelik.Terkejut abang tadi tau." balas si suami.Matanya masih menonton tv.

"Tapi ayang nak perut macam ni." si isteri mula merengek-rengek sambil menepek di bahu si suami.
"Ye lah ye lahhhhh......dah..buang bola tu." balas si suami sambil menutup tv.














"Auuuuwwwww!!!" jeritan manja si isteri kedengaran dari dalam rumah.

Monday, December 28, 2009

Heathcliff



Ramai orang suka tgk kartun garfield...tapi aku suka tgk katun ni masa budak-budak dulu.Lagi umphh!!

Petang yang tenang 6

Aku memandu pulang ke Puncak Jalil.Balik kerja memang penat.Dalam kepala,terbayang dah sampai rumah nanti aku nak dive atas tilam.Golek-golek sebelum mandi.Sambil drive,aku layan radio.Cuaca masa tu memang cerah.Hujung ufuk sana,matahari dah hampir terbenam.Memang pemandangan yang walau-weh!

Sampai Bandar Tasik Selatan,mata mula stim.Mengantuk.Kena pulak jalan jadi slow.Aku kuatkan radio sikit untuk kembali fokus.

Tiba-tiba ada iklan di radio.Pada penghujung iklan tersebut,ada pesanan dari gadis suara manja...bunyinya begini.

"Pandulah dengan hati-hati.Jika mengantuk,berhenti di tepi jalan.Jangan memandu semasa mengantuk."

Sepi.

"Alolololo...awek radio ni bagi peringatan.Sweetnyaaa!!" ujarku dengan gaya paling ceria.

PIAPPPPPPP!!!! bunyi tamparan di bahu jelas kedengaran.








"I ni tak cukup sweet lagi ka?" bebel Lisa Surihani yang berada di sebelah.Mukanya mula masam mencuka.

Marah betul dia bila aku puji pompuan lain.

Pipiyapong si Dewa Blog



Tumpang glemer hilangpunca kejap.

Terima kasih AOK!

Semalam yang hangat 11

Semalam,aku drive dari Kedah.

Gila apa atas highway drive pakai gear 1 ngan 2 ja.Kat Juru sesak,kat Sungai Perak sesak,Slim River ada eksiden,Gua tempurung pun dah pandai sesak-sesak.Kaki dah macam nak krem main tendang-tendang clucth.

Kat sebelah kiri steering ada satu butang.Kalau tekan butang tu,secara automatik PS akan bertukar jadi helikopter.Tapi memikirkan bila jadi helikopter,minyak pun cepat habis,aku tak jadi tekan butang tu.

Ada jugak rasa macam nak beli kapal selam.Dengar cerita dalam laut tak ada trafik jam.Kalau beli,buleh selam kat sungai Klang pastu timbul kat sungai belakang masjid kat kampung aku.Kalau masa timbul tu ada orang tengah berkelah megi,boleh join jugak sepinggan dua.

Kena pulak sampai time zohor,buleh terus pegi solat berjemaah.

Buleh sejuk perut mak aku camni.



P/S: Tak cukup tidur.Mula merapu.

Thursday, December 24, 2009

Dah habis dah.

 


Blook Hapacrita sudah habis dijual.

Terharu.

Sapa yang tempah atau beli sebelum pukul 4 tadi,jgn risau,pesanan anda akan diproses malam ni.

Sebenarnya ada lagi dalam 4 buah dalam simpanan.Aku tak jual sebab ada kecacatan.Tak sampai hati nak jual menda rosak.Kecacatan macam bucu buku dah pecah,gam binding terlebih yang mana kalu korang buka tutup banyak kali buku tu,mungkin cover buleh koyak kalau lama-lama,tercalar pada hujung buku dan beberapa kecacatan kecil lain.Kalau korang nak jugak,aku jual murah sikit.Dalam RM15.Bank in je RM20,duit baki nanti aku pos sekali dengan buku.

Kalau nak beli jugak,IKUT STEP NI.

Yang bucu buku pecah tu,aku nak jual RM10 je.Kalau nak le.Kalau tak,aku buat hadiah kat cucu aku nanti.

Terima kasih yang membeli. =)

Maklumbalas dari pembaca blook

Salam kepada semua pembaca yang disayangi.(Taip sambil buat muka sehabis manis.)

Untuk blook hapacrita,semua proses aku buat sendiri kecuali cetakan buku yang telah diuruskan oleh brader Firol.Dari rekabentuk cover,pilihan cerita,sesi tandatangan dan sampai le acara pos sendiri,aku akui ada banyak kelemahan.Aku minta maaf kepada pembeli jika ada yang tak puas hati.Kesalahan ejaan,tertinggal entry yang tak di edit semula dan beberapa kesalahan lain lagi telah dikenalpasti.Termasuk jugak tertinggal order seperti yang terjadi pada 'enasan'.haha..Aku minta maaf untuk semua tu.

Jadi,di sini,jika hangpa semua ada cadangan dan komen berdasarkan kepada kelemahan blook hapacrita,buleh le letak kat komen bawah.Komen pedas-pedas pun takda hal.Aku terima dengan tabah.haha.

Kalu buleh,komen mana yang kurang.Aku tengah belajar ni sebab next project aku nak buat lagi mantap.Komen dari pemilik blook amat dihargai.Kalu malas nak expose diri,komen je terus ke email rasmi blog hapacrita di hapacrita@yahoo.com.

Anyway,next project....aku jamin kualiti akan berganda dan kesalahan ejaan akan ditiadakan terus.Itu pun,beberapa bulan lagi lah.Amik masa nak menulis walaupun semua idea dah setel dalam kepala.Haha..

Cuti 3 hari ni aku akan teliti semua komen,pastu aku amik pengajaran.

Sekali lagi,terima kasih. =)

Malas Gila H1N1




Rasa macam nak pegi bercuti kat Barbados.

Kat Miami selatan pun macam seronok.

Wednesday, December 23, 2009

Cun doh.




Dengar lagu ni sambil drive balik dari kerja sambil ditemani sunset di hujung MRR2 adalah amat cool sekali.Jiwang?

Amy search pun tau jiwang.

Pembentangan yang kacak.

Aku tiba di sebuah pejabat di jalan Tun Razak.Aku datang bersama dengan bos aku dan projek manager.Sekarang ni memang takda sapa kat opis yang sama spesis dengan aku.Bos aku dan sorang brader despatch je yang lelaki.Kalau bos aku keluar,despatch tu keluar,tinggal aku sorang je lelaki.Buntu jugak takleh bergurau dengan membe-membe lelaki.Takkan aku nak sembang pasal alat mekap dengan budak pompuan kat opis aku.Gila tak macam rambo.

Setelah menunggu,kami dapat akses naik ke pejabat.Masuk terus ke bilik meeting dan bersedia untuk pembentangan sistem.Dalam tu dah ada 3 orang yang sedia menunggu.Wakil dari bos mereka.Setelah bersalaman sesama jenis,kami memulakan pembentangan.Mula-mula bos aku bentang.Macam-macma dia goreng,memang menarik.Kemudian sampai turn projek manager aku bentang.Sembang lebih kurang.Tuptup sampai bahagian aku.Aku tak payah present pun,saja gatal nak mencelah.

Aku cerita pasal bahagian teknikal.

"Apa yang bos saya cakap,dia nak sistem ni boleh dibuka dengan Blackberry yang dia pakai." ujar salah seorang dari 3 client yang berada di dalam bilik tersebut.
"Tak ada masalah,sistem ni boleh diakses dari mana-mana peralatan samada mobile atau komputer biasa,asalkan ada capaian internet." balas aku penuh yakin.

"Tapi kami kena bangunkan aplikasi khas untuk 'mobile'.Nanti boleh la sistem digunakan dengan lancar pada Blueberry bos encik." sambung aku dengan bertambah kompiden.


Bilik meeting sunyi.


"Blueberry? Kamu suka makan di Secret Recipe ya?" ujar salah seorang dari client bertiga tadi sambil tahan senyum.
"Ya,itu kegemaran saya." balas aku dengan gaya kompiden.Muka serius.Cover beb...cover.

Ah..cover tak cover.Satu bilik dah berderai gelakkan kat aku.






Benci.

Penjenayah

"Hahaha....banyak jugak kita tipu orang tua tu kan? Senang-senang je dapat RM100,000." Ali tersengih-sengih sambil mengira duit dalam beg.
"Itulah,cerdik kita ni kan? Ayat manis je dapat tipu."  balas Sarip pulak.

Mereka berdua sangat gembira.Semalam seorang lagi pesara kerajaan ditipu oleh mereka.Macam-macam mereka janjikan,dari perniagaan franchais sampai le ke bisness juta-juta.

"Aku rasa aku nak guna duit ni la untuk kuruskan badan aku." Ali tiba-tiba bersuara.
"Eh,ko manada gemuk.Ok je aku tgk." Sarip cuba mengambil hati rakan sepenjenahnya.

"Ko jangan tipu aku."
"Manada aku tipu.Badan ko gagah apa.Pompuan tengok pun tergoda."


"Ye ke ni?"
"Iyeee....ko takyah risau."


"Engkau tak apa la..badan dah kurus cikeding.Aku ni ha...bulat."
"Takdela..manada bulat.Ilusi optik je tu."


"Betul?"
"Betullllll......." balas Sarip.

Kelihatan Ali tersenyum lebar.Keyakinannya terhadap dirinya mula bertambah.Suasana kembali sepi.Hanya kedengaran bunyi Sarip yang tekun mengira duit di depan TV.

"Berita jam 1.30 petang." suara di TV bergema.Ali dan Sarip memberikan perhatian.

"Lagi kes penipuan berlaku semalam.Kali ini melibatkan seorang pesara kerajaan yang ditipu selepas dijanjikan dengan pelbagai janji manis oleh penipu tersebut." Ali dan Sarip tersengih-sengih.Bangga sekejap dengan penipuan mereka.


"Saksi berkata,dua penipu tersebut amat licik.Seorang berbadan kurus manakala seorang lagi pula berbadan......yarabbi....masyaallah punya gemuk...badan besar macam gajah,perut besar tong dram,kaki hampir sebesar batang pokok kelapa,kalau makan nasik mesti habis sekawah,makan tak bismillah,lubang pusat warna hitam dan kalau dilihat dari jauh orang ramai mungkin keliru samada beliau adalah lori buah ataupun orang." Ulas pembaca berita tersebut dengan gaya paling celaka.Muka ketat-ketat.Pembaca berita tersebut berhenti mengambil nafas.


"Mereka melakukan penipuan tersebut pada jam 8 malam semalam.Polis menasihatkan semua orang berhati-hati jika didatangi individu seperti yang dinyatakan." laju dan lancar pembaca berita tersebut menyambung bacaan skrip.Baca dengan penuh perasaan.










Di satu sudut bucu ruang tamu,kelihatan Ali sedang menangis bersendirian setelah dihina oleh pembaca berita tersebut.

Hatinya terguris.

Tuesday, December 22, 2009

Antara Lan & The Typewriter,MUH dan black.




MUH + BLACK = Drama King




Lan + The Typewriter = Kelibat Si Penyair



P/S: Hangpa bertiga memang best.

Monday, December 21, 2009

Karangan Bahasa Melayu

Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius dan Kampung.

Tahun: 1995 (Darjah 5)


"Baik murid-murid sekalian,ingat tau,30 karangan bila buka sekolah nanti.Hantar kat cikgu ye.Kamu cuti sebulan.Sehari buat satu karangan." laung cikgu Norzihan.Cikgu perempuan bujang badan mantap yang mengajar dalam kelas aku.

"Baikkkkk cikguuuu....." balas kami ramai-ramai penuh dusta.Jangan harap nak buat karangan.Masing-masing dalam kepala dah ada plan.Ada nak berkelah kat sungai,ada yang nak pegi KL,ada yang nak pergi kenduri adik-beradik dan ada jugak yang nak pergi berkhatan.

Aku tak terkecuali,bunyi je loceng balik,masing-masing berterabur keluar.Ada yang terpa ke pintu bas.Ada yang ke pintu kereta mak ayah.Yang panjat motor pun ada.Yang balik jalan kaki pun ada.Selaku pelajar kacak,aku menunggang basikal BMX warna hitam.Seronok punya pasal,aku kayuh laju-laju balik rumah.

Selama sebulan bercuti,aku buat macam-macam aktiviti.Berkelah la,tido sampai tak pandai dah nak tido,tgk cerita kartun pagi ahad yang aku jarang dapat tgk sebab kedah tak cuti ahad dan yang paling best sekali,aktiviti kampung seperti main perang-perang,gasing,mandi sungai,berkelah megi dan panjat bukit.

Tiba hari terakhir cuti,aku jadi penat.Tiba-tiba rasa tak best sebab cuti dah nak habis.Besok kelas dah start.Mata aku kuyu.Motivasi down.Aku capai bantal dan mula baring-baring manja.

Tetiba aku teringat pesan cikgu Norizan sebulan yang lepas.Mata tiba-tiba segar.Hati berdebar.Aku tengok jam dah pukul 12 malam.Buku kosong lagi.Takkan aku nak biar je.Selaku ketua kelas,aku kena tunjukkan teladan yang baik.Ada 30 karangan nak kena siap.Dah le tajuk kena cari sendiri.Tanpa buang masa,aku terpa beg sekolah yang aku langsung tak sentuh sebelum ni,keluarkan buku dan terus mengarang.Aku mengarang sambil mendengar bebelan akak aku yang tensen melihat gelagat aku.

Pagi esoknya,aku menyerahkan buku dengan penuh bangga sebab dapat siapkan 30 karangan tersebut tanpa banyak masalah.

Cuma,aku perasan,karangan yang pertama 140 patah perkataan.Karangan yang belakang-belakang dah jadi 80-60 patah perkataan.Macam ringkasan karangan pulak.Tajuk karangan yang belakang-belakang pun dah merepek-repek.










Aku rasa...Santa Claus pun tak terer mengarang karangan bahasa melayu yang macam aku buat.

Malam Yang Blues 4

Perut tiba-tiba memulas.Setelah bersoal jawab dengan perut,aku memutuskan untuk pergi makan.Aku tukar kostum batman yang aku sedang pakai kepada gaya santai berseluar pendek.

Aku berjalan menuju ke kereta.Kereta aku parking jauh sikit dari rumah.Depan rumah aku penuh dengan kereta.Tempat aku parking tu depan rumah kosong.Seram jugak sebab pintu rumah tu terbuka.Buleh nampak kelam-kelam dalam rumah.Kalau ada Lisa Surihani dalam rumah tu,buleh jugak rasa hati berbunga-bunga.

Aku tekan butang,kunci kereta terbuka.Aku masuk ke dalam kereta,tutup pintu,masukkan kunci dan terus menghidupkan enjin.

Elok enjin je enjin hidup,tiba-tiba ada bunyi hilaian tawa dari kerusi belakang.Baekkkk punya hilaian tawa.Macam pontianak.Darah aku berderau.Hati waja dah kecut.Kaki dah kaku.Mata dah tak pandang belakang.

Setelah 3 saat dalam keadaan kaku,tiba-tiba hilaian tawa tadi bertukar kepada lagu-lagu cinta maha meleret.


Benci betul iklan radio jenis tak kena tempat dengan masa nih.











"Ala..itu pun ko takut Jamil?" perli Hati Waja yang baru keluar dari tempat persembunyian.

Friday, December 18, 2009

Calon Orang Gaji Terbaik





Ha,korang nak minum air apa,suruh je dia bancuh.Hahahaha...

Spesis Terakhir


Ni je yang tinggal.11 buah lagi termasuk yang ditempah.Yang tak termasuk dalam tempahan lebih kurang 7  buah lagi kot.Lepas ni takde dah edisi terhad.Projek baru pulak.Cepat-cepat.Oh ya,yang tempah semalam,jap lagi aku pegi pos. =)


P/S: Next project....lihat SINI.  Ahhh...sumpah seronok cuti 3 hari berturut-turut selama 4 minggu.Hoye hoye...

Thursday, December 17, 2009

Dialog Masyarakat Marhain 21

"Sedap jugak melayan sekali-sekala lagu Isabella yang Amy Search nyanyi ni."
"Lagu tu memang sedap."


"Ha'ah...."
"Cuma kebelakangan ni,ada jugak orang nyanyi balik macam-macam versi."


"Tu lah..bagus jugak.Kira lagu ni hebat la sampai orang nyanyi balik."
"Yep.Itu aku tak kesah.Kalu sedap memang bagus lah.Kena yang merosak lagu,sakit jugak telinga."


"Ha'ah."
"Tadi aku dengar ada satu band seberang ni nyanyi balik lagu Isabella."


"Sedap tak dia nyanyi?"







"Masa intro lagu tu..bunyi dia macam orang nak mengawan....."

Wednesday, December 16, 2009

PS 4

PS: "Jamil....pleaseee......pleaseeee....."
Aku: " Tak nak lah...jgn nak ngengada."

PS: "Ala Jamil...pleasee...pleasee..buleh la..buleh la...line clear ni.."
Aku: "Tak nak la.Jangan merepek.Bahaya..."

PS: "Pleasee....tolong la..da lama tak rasa ni..."
Aku: "Gila degil.Huduh bebeno perangai."

PS: "Sekali je.Ok?"
Aku: "Ye lah.."




Pedal minyak ditekan lebih dari biasa.PS memecut laju dan liar di atas highway.




PS: "Yeayyyy......"
Aku : "..........."


PS: "Betul cakap Kriss Evo.Laju-laju memang seronok."
Aku: "Kalu kena saman,aku bagi ko minum minyak murah tiap-tiap hari.Servis pun pakai minyak murah."


PS: "Mencik! Mencik! Mencik!"

Kipas Hangin.

Badan melekit.Aku tak selesa.Nak bagi badan tak melekit kena mandi.Aku capai tuala dan menuju ke bilik air.Masa nak masuk bilik air,aku tgk kipas angin aku dah berhabuk.

Tanpa pikir panjang,aku bukak kipas kesayangan aku satu persatu dan bawak masuk dalam bilik air sekali.Mandi-mandi bersama aku.Dah setel mandi dan memandikan kipas,aku keluar dari bilik air.Bila pikir balik,macam loser jugak memandikan kipas-kipas ni.Kalu mandikan bini,sedap jugak.

Abaikan.

Bilah kipas dah berkilat.Jaring kipas pun berkilat.Tip-top.Lepas pakai baju semua,aku pasang kipas.Setel pasang,aku try on.

Mak aih,memang berbeza angin dia.Rasa lagi sejuk dan laju.

Tengah sedap melayan angin,tiba-tiba aku nampak kotoran kat tepi butang kelajuan nombor 2 pada kaki kipas.Aku terus mencapai sehelai kain dan mula gosok-gosok bagi hilang.Nak dijadikan cerita,kotoran tersebut tak hilang.Jenuh jugak aku gosok banyak-banyak kali.

Aku gosok-gosok sampai tensen.Bila tensen aku berehat sekejap.Kepala aku dah ligat memikirkan apa jenis kotoran tersebut.Tengah sedap berpikir,baru aku perasan satu menda.







Kotoran tersebut sebenarnya merupakan bayang jaring kipas yang bersatu dan membentuk satu corak yang abstrak.

Benci.

Tuesday, December 15, 2009

Bola Sepak

Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius
Tahun: 1994 rasanya.Tak pun 1993.haha..

Masa aku sekolah rendah dulu,bola memang best.Masa tu seronok tengok Kedah main.Petang-petang pun praktis bola.Siap gigih kayuh beskal pegi pekan beli bola.

Satu hari,aku tgk Kedah lawan pasukan apa ntah.Masa tu rumah aku adalah antara rumah yang buleh tgk TV3.Rumah lain tv1 ngan tv2 ja.Kiranya jadi port la.Ramai membe2 abang aku datang.Dekat 20 orang jugak.Siap akak-akak aku masakkan bihun sup.Dah jadi macam kenduri.Memang meriah.Kalu gol sebijik,memang bergema la bunyi sorakan.Dasat.

Malam tu Kedah menang.Aku pegi ke bilik tidur sambil senyum.

Esoknya,bila tiba di sekolah,masing-masing buka cerita pasal bola.Ada yang bercerita macam mana bola dijaringkan.Macam mana pemain gelecek bola,macam mana game berlangsung,sapa yang tercedera.Memang meriah.

Dalam ramai-ramai tu,ada sorang membe aku ni rancak bercerita.Nama dia Afifi.Dia ni lagi gila bola.Antara penyerang dalam team bola sekolah.Aku pun naik sedap dengar dia bercerita.Memang dia bercerita dengan penuh perasaan.Macam dia ada dalam stadium masa tu.Aku rasa bapak dia bawak pegi stadium dah sebab cerita dia lagi detail.Tengah sedap-sedap cerita tu,aku pun tanya dia.

"Ko tengok kat mana bola semalam?"

Sunyi...

"Aku dengar dari radio." jawabnya bersahaja sambil sambung bercerita tentang game semalam.Sebijik-sebijik macam yang aku nampak kat tv.







Celaka.
Aku terus rasa nak bangun sambil bagi tabik hormat.Respek.
Gila kencang otak dia berimiginasi.

Tak sia-sia dia masuk Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius.

Facebook

Gila tak kena dengan jiwa aku facebook ni.Bila bukak je..semak kepala aku rasa.Ada orang cakap dia baru sudah berak le,baru makan bak kut teh la.Ni kalau wartawan kampung aku ada fb...mesti lagi sedap dia menjaja cerita kat kampung.

Ha,tgk kat sebelah tu,ada badge fb aku.Nak tgk gambar blook hapacrita the making,tgk la dalam tu.Ada aku letak design awal-awal.

Oh ye..sesapa yang dah bayar tapi x dapat buku lagi,habaq mai noh.Sori Enasan,miss buku ko.Dah pos dah tadi.Gila rasa bersalah.haha... Jangan saman aku.


Monday, December 14, 2009

Merantau Trailer




Filem yang paling aku tunggu.

Iklan Kebajikan

Salam.

Sabtu ni,ada kempen derma darah kat:


KPJ Kajang Specialist Hospital,
Jln Cheras, 43000 Kajang,
Selangor DE.

Sesapa yang ada darah lebih tu,jangan buang merata-rata.Pegi derma.Ok?
Kalau anda makhluk asing dan berada di dalam dilema kerana darah anda tak sama untuk didermakan,sila call no ni untuk pertanyaan lanjut. 03-8769 2999

Ok.Selamat menderma darah.



Sepagi di Sunway Pyramid.

Lokasi: Sunway Pyramid.
Tahun: 2007

Aku buka mata dengan ceria.Hati dah gedik-gedik.Ada acara yang best pagi hari sabtu.Untuk buat acara ni lagi menarik,aku ajak membe serumah aku.Nama dia dirahsiakan.Tapi aku panggil dia Robel.Comel kan nama beliau? Ok la,aku cerita nama sebenar dia.Nama dia Hanif.

Macam mana boleh jadi Robel? Cuba pegi tanya kat kaunter pendaftaran nama-nama samaran.

Malam sebelum tu,abang aku ada call.Dia tanya nak tak tiket free ke Sunway Lagoon.Heh,aku yang masa tu sibuk bernafas,terus bercakap 'ya' tanpa banyak soal.Sekali sekala seronok jugak mandi kat tempat yang orang ramai pakai dedah-dedah ni.Busan jugak mandi dalam bilik air kat rumah sewa aku tu.Nak berenang pun susah.

Lepas bersiap lebih kurang,aku masukkan pakaian mandi ke dalam beg.Cermin snorkling pun aku bawak jugak.Ok...aku tipu.G-String aku tak bawak sebab aku memang tak pakai g-string seumur hidup aku.

Selesai bersiap,aku dengan Robel pergi ke Sunway Pyramid naik motor.Masa ni Robel tak beli kereta lagi.Masing-masing naik motor.Masa naik motor tu,hepi toksah cakap,siap nyanyi-nyanyi lagi dalam hati.Dah le tak mandi langsung.Buat apa nak mandi,kan nak pergi mandi kat Sunway Lagoon.

Akhirnya kami berdua sampai.Aku call abang aku.Sembang punya sembang,aku jumpa abang aku.Lepas amik tiket,aku ngan Robel menuju ke pintu masuk Sunway Lagoon.Hati dah riang-ria.

Keriangan aku tak bertahan lama bila aku tengok ke arah pintu masuk.

Orang ramai bertolak-tolak.Ada jugak yang sampai jerit-jerit.Orang yang buat Haji kat Mekah lagi berdisiplin aku rasa.Bayangkan nak masuk kena berbaris.Bertolak-tolak.Barisan di depan aku,bermula dari tangga turun ke Sunway Lagoon yang tinggi tu,pastu dia patah balik naik ke atas,pastu patah balik turun ke bawah.Gila panjang! Kat Lagoon pulak,orang bukan main ramai.Penuh.Sungai Ganges kat India tu pun tak sesak macam ni.

Setelah memikirkan logik akal,aku ngan Robel bersepakat untuk membatalkan acara mandi-mandi.Untuk menenangkan hati yang kecewa,kami pergi bersiar-siar dalam Sunway Pyramid sambil galas beg.Muka seko-seko tak mandi.







Muka aku masa tu,kalau tengok dari jauh,macam orang baru balik dari bukit cari petai.

Thursday, December 10, 2009

CSI

"Jangan lintas kawasan ni." tegur Razali kepada dua orang budak lelaki yang menaiki basikal.
"Kenapa?" balas mereka.

"Ini kawasan siasatan.Kamu tak nampak ke hadangan ni.Ada kes pembunuhan di sini.Guna jalan lain". terang Razali.
"Tapi rumah saya dekat tu je."


"Tak boleh."
"Abang ni siapa?"

"Abang pegawai siasatan."
"Wah...yang macam dalam cerita CSI kat tv tu?"

"Lebih kurang la...kenapa?"
"Gila cool...mesti abang kena cari bukti,balik makmal pastu pergi tangkap orang jahat kan?" balas budak-budak tadi dengan muka berseri-seri.

"Ha'ah..tu le keja abang." Razali mula kembang-kembang.
"Macam Horatio?" Teka budak sorang lagi.

"Yep...kena cool."
"Woow! hebat."


"Biasa je.Tangkap orang ni abang dah biasa buat.Apa yang adik tgk kat cerita CSI tu,itu le abg buat." Razali bangga.Hidung dah kembang-kembang.Dia berterima kasih kepada cerita CSI dalam tv.Cerita tu banyak membantu orang ramai mengenali tugas pegawai siasatan jenayah.Jenuh jugak nak cerita kat mak dia kat kampung.Sekarang Razali cuma perlu tayang cerita tu ja kalau nak bagi orang paham kerjanya.


Sunyi......



"Tapi apahal abang gemuk? Tak hensem.Tak macam hero lansung.Horatio pakai HUMMER,abang pakai Datsun buruk.Apa kes?"
"Ntah...tak macam hero lansung.Spek mata pun retak."




Selain daripada pengalaman direjek cinta pertama semasa di sekolah dulu,Razali rasa,inilah detik paling celaka dalam hidupnya.

Razali tiba-tiba benci kepada cerita CSI.

Gelak Sampai Penat



Demmit.

Harap-harap takda sapa kat Malaysia buat perangai macam ni.Gila kantoi.Pegang mic terbalik.

Ok...sambung gelak jap.

P/S: Aku terjumpa kat SINI.

Wednesday, December 9, 2009

PS 3




Mata merah garang.

Aku silap cucuk bontot dia masa nak buka bonet.

Melayan





Foreigner - I want To Know What The Love Is.

Mak

"Cari la kerja dekat-dekat sini....dah lama dah merantau." ujar mak aku di dapur ketika aku sedang menolongnya membasuh pinggan kat sinki dapur 3 tahun lepas.

Dia cakap menda tu selepas aku dapat panggilan interbiu pertama kat KL.Mungkin dia tak nak aku berjauhan lagi.

Sampai sekarang terngiang-ngiang dalam kepala aku.

Aku rasa aku kena tunaikan sebelum terlambat.Terlambat samada dia pergi dulu,ataupun aku yang pergi dulu.Ya,jam biologi aku seolah-olah sedang memanggil-manggil.






Ada kerja (IT) kosong tak kat Kedah? SP ka..Aloq Staq ka...Kulim ka...habaq maiiii.......

Kat California tak nak...nak kat Kedah ja.

Jangan jadi degil.

Pagi yang hensem 17

"Hik hik hik...."
"Oiii....oii.....jgn la gelak...sukati aku la..."


"Hik hik hikkk...."
"Apa ni.Jangan la buat camni.Tak suka la..."


"Hik hik hik.....hahaha....."
"Demmit......ye la ye la..aku tukar...."




Aku merajuk dengan hati waja arini.Dia gelakkan kat aku.Salah ke aku dengar lagu jiwang-jiwang Backstreet Boy dalam radio tadi?

DJ tu yang mainkan lagu.Bukan aku.

Benci.

Monday, December 7, 2009

Blook.

Ha,sapa yang dah bayar,tapi belum dapat lagi,cakap eh.Aku nak buat double check.Kot-kot tertinggal ke.Segala kekurangan amat dikesali.Keh keh keh...

Terima kasih.

Pagi yang hensem 16

Datang ke pejabat pada awal pagi hanya akan membuatkan aku dan PS menjadi bosan.Mau tak bosan,jalan sesak bukan main.Semua nak pegi cari duit.Dah macam artis pulak duit ni.

Kalau dulu,aku buleh cilok dengan Kriss Evo,sekarang aku pulak buleh tengok orang lain cilok aku.Jeles jugak.Masa-masa camni la teringat Kriss Evo yang sedang berehat dengan tenang di rumah.Berkilat-kilat.

Elok sampai dekat Pandan Indah,MRR2 dah sesak.Macam biasa.Kereta tak bergerak.Untuk menghilangkan bosan,aku melayan lagu-lagu rancak di radio.Sedap jugak.Lagu apa aku tak tahu.Yang aku tahu,aku suka.

Aku berjoget sakan dalam kereta.Goyang-goyang kepala,liuk-liuk badan,goyang badan ke kiri,goyang badan ke kanan.Peh,nikmat jugak kalau naik sheikh macam ni sekali-sekala.Siap sekali dengan 'sing along'.Rasa jugak nak buat booty dance,tapi susah.Sempit.Tengah sedap berjoget,tiba-tiba kereta di depan bergerak.Aku berhenti bejoget,masukkan gear dan pandang ke cermin belakang untuk memastikan perimeter sekeliling clear.

Kelihatan di belakang aku ada sebuah lori kecik.Dalam lori tu ada 3 brader duduk rapat-rapat kat seat depan.Muka mereka bertiga ketat-ketat memandang ke arah aku.Pandangan yang penuh dengan rasa menyampah.








Aku yakin,kalau perempuan yang menari tadi,muka mereka akan manis berseri.


Nasib

Tangan kiri dah pegang not RM10. Tangan kanan pulak pegang RM2.20. Mata dah fokus ke depan.Menda ni tak boleh main-main.Memang memerlukan pemerhatian tajam.Fokus kena ajaib macam helang.

Kat depan cuma ada tiga pilihan.Buntu jugak nak pilih yang mana.Semua pilihan nampak macam sama dari jauh.Hati dah berkira-kira samada nak pilih yang pertama,kedua atau ketiga.

Jauh dari dalam hati,aku memilih pilihan kedua.Tangan menggenggam kemas duit tadi.

Aku sampai pada pilihan kedua.

Ya,pilihan aku salah kali ni.Agak hampa.Aku hulurkan duit RM2.20 kepada lelaki penjaga tol yang tersenyum manis.Selesai palang dibuka,aku memecut laju.Aku simpan semula not RM10 yang aku pegang tadi.

Kalau awek cun yang jaga tol,baru bagi RM10.Masa dia kira duit baki,boleh jugak ushar-ushar.Cuci mata orang kata.Hilang jugak rasa mengantuk bila nak sambung memandu.








Punya la susah nak kena awek cun.Susah macam main teka silang kata.

P/S: Awek tol Karak majoriti cun-cun.

Saturday, December 5, 2009

Tiket Bas

Lokasi: Puduraya
Tahun: 2003 rasanya.

Aku tiba di puduraya.Jam menunjukkan pukul 5 petang.Aku kena pergi ke rumah abang aku kat Rawang pulak.Naik je dari platform bas,aku cari jalan keluar.

Aku pilih jalan keluar menuju ke arah LRT.Ala,yang ikut pintu belakang tu.Kat situ memang ramai penjual tiket bas tengah tunggu.Aku tak heran sebab aku baru je sampai.Buat apa nak beli tiket bas lagi kan?

Aku redah je laluan tu untuk keluar.Orang ramai jugak.Tetiba ada sorang brader jual tiket bas ekspress datang kat aku.Mungkin jual tiket bas ke Johor rasanya.

"Nak pegi mana bang?"
"Tak apa." aku balas sambil buat gaya tangan menolak.

"Nak pegi mana bang?" sekali lagi beliau bertanya.
"Tak apa.Saya baru sampai KL ni." aku balas dengan harapan dia faham.

"Takpe..takpe...saya nak tau je.Abang nak pegi mana?" balas dia.Degil.
"Tak apa."Aku buat gaya tangan menolak.Aku terus berjalan.Dia masih ikut di sebelah.Rimas.

"Abang nak pegi mana? Cakap je.Saya nak tau je." dia desak.
"Saya nak pegi Rawang." aku balas sambil berjalan.

"Manada ada tiket pegi Rawang!" jerit beliau pada aku.

Dah la tak kacak macam aku brader tu.Bodoh pulak tu.









Kalau aku Mona Fendley,dah lama aku kerat 14 badan brader tu.

Friday, December 4, 2009

Kehairanan

Kalau cina sembang kita akan dengar bunyi ( cong ceng cong ceng).

Kalau india sembang kita akan dengar bunyi (yillek yillek..banyak hurul L ).








Macam mana bunyi orang melayu berbual? Adakah bunyi bla.bla.bla?

Semalam yang hangat 10

Semalam aku tak pegi pejabat.Agak petang sikit,aku keluar.Keluar dengan budak rumah aku.Pastu dengan 2 orang lagi membe masa belajar.

Lokasi yang dituju adalah Sunway Pyramid.Kami pergi sana tengok cerita Ninja Assasin.Cerita tu effect ok la..cuma skrip dia tak mantap.Cerita yang terlalu mudah dijangka dan ada adegan entah apa-apa seperti Rain meletakkan telinga di dada perempuan untuk mendengar 'hati'.Bila dengar siap pejam-pejam mata.Entah menghayati bunyi 'hati' atau sedap landing kat situ.Tak Rambo langsung.

Sudah le cerita so-so...duduk pulak kerusi couple seat.Semua yang lain duduk dengan pasangan berlainan jantina.Aku je duduk dengan kaum sejenis.Aku duduk dengan Lan.Nak peluk Lan pun aku bukan gay.Lan pun bukan gay.

Sebelah kanan aku ada couple sedang beramas mesra.Sebelah kiri aku Lan tengah tido dengan sedap.Siap selimut guna baju sejuk.Cerita kat depan pulak tak menarik.

Cuba bayangkan situasi aku masa tu....cepat....bayangkanlah cepat.

Sengsara kan?






Rasa macam nak bersara tengok wayang.

Bila Tok Rimau Menegur



[Klik untuk lebih jelas]

Antara blog aku suka adalah hilangpunca.Mamat ni buleh digelar dewa blog.Pengikut sikit lagi nak celen Ayah Pin.Dari blog tu aku kenal Tok Rimau.Tok Rimau ni pulak datang dari Sindiket Soljah.Aku tak pernah tegur dia.Cuma kagumi dia dari jauh.Tok Rimau yag aku tau,dia suka buat filem pendek.

Pagi tadi,bila aku buka blog kedua aku (hapacritabercerita),tetiba aku nampak ada komen Tok Rimau menegur aku.Debar toksah cakap.Macam mana aku nak makan nasik tengah hari ni? Perut dah kenyang.Bukan senang otai nak amik port kat blog hingusan camni.

Terima kasih bebanyak Tok Rimau untuk jemputan teragung tuh.Aku sangat terharu.Kalu tak ada hal..insyaallah aku datang.

Sob sob sob.

Demmit.

Thursday, December 3, 2009

Besday Boy



Ada sesapa nak kasi hadiah kat jejaka macho ni? Besday dia arini.

Orang panggil dia Lan.Lan Macho.Ingin berkenalan? (Wah..macam pantun.)

Tinggalkan komen anda di bawah.

Lan...Hepi Besday!

Wednesday, December 2, 2009

Petang yang tenang 5

Waktu Zohor dah sayup-sayup nak habis.Kalau diaplikasikan dalam kehidupan urban,dah macam pintu tren nak tutup.Dah suntuk.

Aku berlari manja menuju ke bilik air.Amik air semayang.Cuci semua yang patut.Patut ludah,aku ludah.Menda-menda dalam hidung semua aku buang.Bagi bersih.Dah setel,aku menerpa ke surau opis yang mana karpet dia buleh buat aku rasa nak tido sekejap.

Masuk je surau,antara aktiviti aku yang pertama adalah menuju ke cermin muka.Ye la,nak jumpa tuhan kena la hensem-hensem.Ingat nak pegi kenduri je kena hensem-hensem?

Lagi satu,bila aku tengok cermin,serta-merta aku dapat tengok muka Brad Pitt secara live.Cuba cakap dengan aku,berapa ramai orang kat Malaysia ni buleh tgk muka Brad Pitt secara live? Tak ramai kan? Setakat tengok dalam dvd haram ngan download kat tenet ramai la.

Aku tiba di depan cermin.Muka aku berseri-seri sambil tangan memusingkan cermin ke arah muka aku.Tak sabar nak tengok muka Brad Pitt muncul kat cermin tu.Cermin akhirnya menyuluh tepat ke arah muka aku.

Tiada gambar Brad Pitt yang muncul.

Yang ada hanya muka sorang budak yang ntah dari mana datang.Kat hidung dia ada taik idung sekeping melekat.










Taik idung bersepah,ada hati nak jadi Brad Pitt.

Kriss Evo dan PS

PS: "KE.....semalam Jamil belanja aku minyak mahal."
KE:"Minyak mahal? Minyak apa?"

PS:"Ala...minyak Primax 3 tu.Selalu dia isi Primax95 je."
KE:"OOOoo...minyak tu eh?"

PS:"Yep...sedap jugak.Ko jeles tak? Aku tau dia isi ko Primax95 je kan? Sabar ye.haha"
KE:"Jeles?"

PS:"Ha'ah...ko jeles tak aku dapat minyak mahal?"
KE:"Sebenarnya,aku dah puas rasa minyak tu.Dah 8 tahun aku rasa minyak tu.Cuma bebaru ni je Primax95 tu keluar.Masa Primax95 tu keluar,ko pun belum lahir lagi.Tu ko belum rasa lagi Shell V power.Lagi sedap."

PS:"Shell V power? Menda apa tu?"
KE:"See?...ko masih muda.Jangan nak berlagak dengan aku.Aku lebih dulu minum Shell V power dari ko.hahahaha..."







PS:"Mencik! Mencik! Mencik!"

Tuesday, December 1, 2009

Dialog Masyarakat Marhain 20

"VROOMMMM !!!! " Bunyi motor kedengaran dari dalam laptop.Cerita Ghost Rider sedang dimainkan.


"Sedap jugak cerita ni kan?"
"Ha'ah.Dia lalu je jalan semua terbakar."

"Kalu hari hujan agak-agak ko dia terbakar jugak ke?"
"Terbakar lah kot."

"Susah jugak jadi Ghost Rider ni eh."
"Napa pulak?"

"Ye lah...bila malam je dia terbakar."
"Abes tu?"

"Kalau malam-malam motor dia minyak habis,macam mana dia nak pegi isi minyak? Buleh meletup stesen minyak."
"Ha'ah gak kan?"











"Tu tak termasuk kalau ada orang ajak pegi baca tahlil lepas isya' lagi tu.Payah nak berkira jugak tuh."

Monday, November 30, 2009

New Moon

Aku berjalan menuju ke arah sofa lepas makan tengah hari.Makan lauk sambal memang sedap.Tak terperi orang kata.

Tengah berjalan menuju ke sofa,mata aku mula meliar pilih port nak baring-baring kejap.Tiba-tiba mata aku ternampak sebuah novel tebal bertajuk New Moon.

"Hoh...ni le novel gadis-gadis suka baca.." bisik hati waja.Aku dapat rasa,ni mesti novel anak buah aku.Baru sekolah rendah dah pandai bernew moon.Datang bulan kot.

Aku capai novel tersebut.Aku baring laju-laju.Bila dah selesa,aku buka muka pertama novel tersebut.

Seingat aku,aku baru baca baris pertama,perenggan pertama,muka surat pertama.Lepas baca baris tu ja...tetiba pemandangan menjadi gelap.

Dalam gelap-gelap tu,tetiba aku nampak Lisa Surihani.Apajadah Lisa Surihani ada dalam cerita New Moon.

Ya,kalau aku buang tebiat baca novel omputih,memang aku mudah terlelap sambil disertai dengan pakej mimpi yang merepek-repek.









Oh ya,cantik betul si Lisa Surihani tu.

Saturday, November 28, 2009

Update Penghantaran Blook

Penghantaran tak dapat dilakukan buat masa sekarang.Rumah aku semua balik.Sesak.Xda masa nak sain buku.Aku akan mula pos pada pagi selasa.Harap bersabar kepada sesiapa yang telah membayar.Gila banyak kenduri weh.

Salam. =)

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Ha,minta maaf banyak-banyak kalu ada salah silap.Hati dah girang.

Balik kampung...hooo hooo hoooo balik kampung....





Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.=)

Tuesday, November 24, 2009

Teka-Teki


Sumber gambar pertama.


sumber gambar ke-2



Soalan:Apakah perbezaan antara dua gambar di atas?

Pagi yang hensem 15

Buka mata.Genyeh-genyeh mata sikit.Menggeliat manja sorang-sorang atas tilam.Tangan meraba-raba cari hp.Jumpa hp,tgk jam.Woh...dah 8 pagi.Aku perlu pantas,ada banyak hal nak setel sebelum sampai opis.

Sebelum bangun,buat senaman kemut-kemut secara solo.Selesai senaman,mula merangkak cari tuala.Capai tuala,masuk bilik air.

Siap mandi,mula pakai baju seluar.Selesai bersiap,aku tengok susunan blook hapacrita berserta sampul pos ekspress yang tersusun rapi.Penat jugak sain buku semalam.Pehtu buat freelance lagi.Humang aih,memang sibuk lah.

Selesai bersiap,aku duduk semula atas tilam.Buka laptop,tgk tempahan baru.Buka cimbclicks nak tengok duit.Cimbclicks lak buat hal.Sangkut.Tutup laptop,kemas-kemas,masuk dalam beg.Dah siap,keluar rumah.

Aku berjalan menuju ke arah PS.Sebelum keluar,tepuk-tepuk Kriss Evo.Takut dia terasa hati tak tegur dia.Penat je aku tepuk,dia buat dekkk ja.Tak guna.

Kepala berpinau-pinau.Berat je.Nak tak nak kena gerak ke pejabat.Sebelum sampai pejabat,aku singgah pejabat pos.Bawak keluar semua buku-buku,masukkan dalam tong pos ekspress.Pandu ke pejabat.

Masuk ke pejabat,badan da tak bley blah.Penat.Buka laptop,update apa-apa kerja yang patut.Dah siap,buka cimbclicks kejap.Aku login masuk dengan longlai.Mata dah stim.Idung dah meleleh.Tetiba selsema.Badan rasa sebu.Kaki rasa lenguh.Otak rasa macam otak nenek-nenek dah.Dah tak rasa pantas.

Aku klik pada 'account enquiry' untuk semak duit baki.Pembayaran oleh pembeli blook hapacrita yang transfer dari bank lain sepatutnya clear hari ni.Dalam wallet ada duit belas-belas ringgit je.Selesai klik,aku diam kejap.

Badan yang sebu rasa sehat.Otak rasa pantas.Idung tetiba mancung.Mata tiba-tiba jadi warna biru.Hazel pun dia jadi jugak kadang-kadang.Bersinar-sinar.Dada dah turun naik.Senyum je bibir.Lidah rasa manis.

Debar-debar pun ada jugak.

Macam ni rupanya nikmat berniaga.

Terima kasih kepada pembeli.Buku anda semua sedang 'On The Way'. Oh ya,terima kasih jugak kepada pembaca blog hapacrita.=p












Apajadah aku tacing sangat hari ni? Macam gadis-gadis.

Sami paling steady pernah aku tgk.



Kredit kepada Hyperbosan sebab bagi email.Oh,blog dia private.keh keh keh.

Monday, November 23, 2009

PS 2

Selepas servis pertama,PS mula menunjukkan kemampuan sebenarnya.Aku memandu sambil berkata 'WOW' ketika menuju ke pejabat tadi.

Gila Nikmat



Budak paling dekat dengan kamera dah nampak macam lepak kat sauna dah.Jangan kata diorang,kalu aku,mesti dah siap pelampung tayar lori.Buat tour satu kampung.

Gila best.

Sumber gambar.

Kriss Evo 10

Aku buka pintu.Pakai kasut.Galas beg laptop.

Mata pendang ke arah pagar.Bersedia untuk memulakan hari yang ceria,gemilang dan terbilang.Bilang apa? Aku pun tak tau.Abaikan.

Tengah sedap berjalan menuju ke pagar,tetiba Kriss Evo bersuara...

"Jamil....hati-hati pegi keja...aku dah takleh tolong tengok-tengokkan ko dah..."
"Tak guna betul,ko jgn la buat pesen sedih gini.Dah,malam karang kita pegi cari bege sama-sama..amacam?"

"Hahaha...ala....sesaja nak bergurau.Okeh..sett!!" balas Kriss Evo.
"Ko rehat elok-elok.Dah lama ko berjasa kat aku.Ni masa ko berehat." aku balas sambil tunjuk isyarat bagus.

"Jamil...."
"Ye? Ada apa?"

"Nak duit pencen.." Kriss Evo mula ngada-ngada.
"Duit pencen?"

"Ok..ok..aku gurau je.." balas Kriss Evo bila aku mula tunjuk gaya penampar.





Garang jugak aku ni kan?

Pengumuman.

Assalamualaikum.

Kepada sesiapa yang dah order buku,dan payment sekali,minta maaf sebab buku anda semua besok baru aku pegi pos.Hari ini ada hal kecemasan sikit.Besok awal-awal pagi aku lempar dalam tong pos ekspress.Semua sekali.

Seronok jugak bila tgk banyak order.

keh keh keh... maceh maceh...auww....




Ha..yang belum beli....cepat-cepat..sementara stok masih ada. =p

Blook Hapacrita Sudah Mula Dijual!

-Ini entri melekat.-



Memandangkan aku dah takda duit nak beli nasik,aku dah start jual dah blook ni.Cadangnya nak jual masa bersara nanti.Masa tu buleh jugak guna duit jual buku buat blanja cucu-cucu makan eskerim.

Tapi masa tu korang semua mesti sibuk jugak dengan cucu kan,jadi aku jual sekarang lah.

Berminat? Nak Beli? BACA DI SINI.




Friday, November 20, 2009

James Bond

TEBABOMMMMMM!!!!

Satu letupan jelas kedengaran.Sebuah kereta meletup ditembak dengan pelancar roket.Orang awam bertempiaran melarikan diri.

Di satu sudut,James Bond terselamat dari letupan sebentar tadi.Mukanya kekal tenang.Kalau muka gelabah orang kata tak hero pulak.Sambil bersembunyi di satu sudut,James Bond cuba memikirkan teknik untuk melepaskan diri dari kepungan kumpulan pengedar dadah.

Ramai jugak pengedar dadah bersenjata mengejar James Bond.Malangnya tak dapat.Amat pelik sekali walaupun beratus tembakan dilepaskan,sebijik pun tak kena pada James Bond.Nak kata James Bond pakai bomoh,tak jugak.

Sambil mengelak dari letupan dan tembakan peluru,akhirnya James Bond dapat satu idea.Dikeluarkannya satu alat berbentuk seperti Sony Playstation yang kecik tu.Mukanya berseri.James Bond terus menghidupkan alat tersebut.Dengan senang hati,James Bond menekan butang on dalam skrin alat tersebut.

Serta merta kereta James Bond yang sedang bersembunyi di seberang jalan terus hidup secara automatik.Dari kawasan parking seberang jalan,kereta tersebut hanya perlu datang terus ke arah James Bond yang sedang bersembunyi.Tak ada korner-korner.Sengihan James Bond bertambah lebar bila dia memikirkan dia akan blah dari kawasan tersebut dengan mudah.

James bond mengawal keretanya dari jauh dengan menggunakan alat kawalan di tangannya.Kereta tersebut mula bergerak ke hadapan.James Bond bersedia untuk menerpa ke arah kereta tersebut di tepi selekoh tempat dia bersembunyi.

Balaci pengedar dadah menyedari James Bond hampir dapat melepaskan diri.Mereka panik.Pada masa yang sama kagum melihat James Bond mengawal keretanya dengan alat kawalan jauh.

Kereta James Bond menghampiri dengan laju.Pintu sisi kereta dibuka secara automatik.James Bond bersedia untuk melompat masuk.Kereta tersebut semakin menghampiri selekoh.James Bond cuba tunjuk terer dengan membayangkan dia akan melompat masuk ketika kereta tersebut mengambil selekoh dan seterusnya membawa James Bond keluar dari kepungan.

Ketika kereta tiba di selekoh,James Bond menekan butang belok ke kiri sambil beliau melompat ke arah pintu kereta.James Bond terbang dengan bergaya.

GEDEBUK!!

James Bond tergolek atas jalan.Kereta yang dikawalnya tidak membelok seperti yang diharapkan.Kereta tersebut bergerak terus menuju ke arah kumpulan pengedar dadah tadi.

Dari jauh,James Bond dapat melihat dengan jelas,pada stereng keretanya,masih terdapat pengunci stereng.Pengunci yang dipasangnya sebelum keluar dari kereta semasa dia tiba sebentar tadi.

"Celaka,patut la hero-hero dalam tv tak suka kunci kereta." bebel James Bond sambil menutup muka menahan malu.









Di hujung jalan,kelihatan para pengedar dadah sedang gelak bagai nak gila melihat aksi gampang yang dilakukan oleh James Bond sebentar tadi.

Teknik membeli blook hapacrita





Assalamualaikum semua.

Ehem.Inginkan sesuatu untuk dibaca semasa dalam bas balik kampung? Semasa menunggu bas? Semasa tunggu pak imam sembelih korban? Lepas puas makan lauk korban? Ataupun semasa waktu senggang?

Disebabkan besok cuti,mungkin ada yang takda internet kat rumah kan? Ni aku nak cerita siap2.

Sebelum anda memutuskan untuk membeli buku ni,mari kita tengok apa ada di dalamnya.Dalam buku ni ada beberapa bahagian.Kategori cerita yang terpilih adalah:

1.Dialog Masyarakat Marhain
2.Dialog Suami Isteri
3.Jeman
4.Hapacrita Time Machine.
5.Koleksi cerita lain yang terpilih dalam blog hapacrita.

Dan,di penghujung buku,ada satu segmen khas yang dinamakan sebagai NASI TAMBAH.Dalam ruangan ni ada 13 cerita tambahan yang belum pernah ditayangkan di dalam blog hapacrita mahupun di tempat lain.Keseluruhan buku adalah setebal 129 mukasurat TIDAK termasuk penghargaan,komen dari firol,isi kandungan serta cover.

Penat tau aku design cover,susun cerita,pilih cerita,karang cerita baru.Kiranya aku memang puas hati lah untuk buku pertama.Walaupun ada cacat cela,insyaallah,aku akan cuba baiki lagi nanti.

Berminat?

Maaf,dah habis. =)

Operasi.

1.Bila balik kerja,aku akan check email.Kalau rekod yang korang bagi sama dengan apa yang terpapar dalam transaksi akaun cimb aku,aku akan amik buku,tandatangan lawa-lawa,masuk dalam sampul pos ekspress,besok pagi aku pos masa nak pegi kerja.Setel.
2.Aku akan reply email korang kalau aku dah siap masuk dalam sampul.Tanda aku dah terima pembelian korang.=) Dlam email tu juga aku akan bagi kod sampul,senang korang nak track dalam pos ekspress nanti.Kalu tak sampai lebih dari 5 hari,tunjuk email tu semula kat aku.
3.Korang leh antar email bukti pembayaran sebelum pukul 12 malam.Lepas 12 malam,cimbclicks akan berehat.Jadi aku tak boleh proses pembelian korang.
4.Terima kasih. =)


Ada apa-apa masalah,letak dalam komen.Aku takda akaun maybank.



UPDATE: Hani,gila cepat ko.Pembeli pertama.tq.

Thursday, November 19, 2009

Hah..aku dah berdebar tunggu anak sulung.



Buku dah siap cetak.Memang edisi terhad lah.Lepas ni kalu cetak balik,dah keluar edisi tak terhad pulak.

Terima kasih tukang cetak.

Bila aku blur...




Fort Minor - Believe me.

Aku suka menonton video klip yang kreatif biarpun video tersebut dah lama.Video klip ni adalah contoh yang aku suka.Flow kamera sesuai dengan lirik.Pergerakan gaya dan sebutan Mike yang sedap serta jelas.Effect yang buat aku seronok.Pilihan warna effect dalam video yang cantik pada pandangan aku dan beberapa faktor lain.

Semua ni nampak kreatif walaupun hanya kat parking je background dia.Kena pulak lagu sedap,tambah lagi dengan versi high definition,gambar terang berseri.

Peh,memang melayan lah.

Joging

Lokasi: Sedim
Tahun: 2001

Cuti hujung minggu,aku dan Kriss Evo agak kerap pergi ke Sedim.Aku pergi ke salah sebuah rumah membe sekelas aku.Selain tarikan air terjun Sedim,ada awek cun di sini yang bernama Sofea.

Kalau aku pergi ke rumah membe aku ni,memang kompom aku akan tidur kat rumah dia.Selalu aku sampai dalam petang jumaat.Bila sampai petang tu,aku dan membe aku terus ke jeram Sedim.Mandi kat situ memang masyuk.Air sedap.Sejuk.Awek yang dada timbul pun ramai jugak.Masing-masing nak menayang orang kata.

Setel mandi-manda,malamnya ada acara wajib.Acara wajib tersebut adalah memanggang ayam kampung.Ayam kampung ni tak heran.Sumber dia banyak.Mak membe aku ni memang banyak bela ayam.Kira kalu aku datang,mesti ada acara korban macam ni.Setel tangkap ayam,lepas magrib aku dan membe aku panggang ayam tepi anak sungai kat rumah dia.Memang marbeles.

Kadang-kadang kalau kami naik sheikh,sebelum pegi mandi jeram pun dah tangkap ayam.Pegi panggang kat jeram.Lagi nikmat.Awek badan timbul seksi pun kami dah tak layan masa tu.Buang masa je.

Nak dijadikan cerita,pada satu pagi,lepas subuh,membe aku ajak berjoging.Aku pun ok je.

Dah siap semua dengan pakaian bersukan,kami pun mula berjoging.Ada le dalam 5-6km jugak trek dia.Keliling kampung.Pemandangan memang asyik.Hutan dan sungai.Kobinasi yang menyegarkan mata.Badan pun rasa gagah semacam.

Dah puas berjoging,kami berdua patah balik menuju ke arah rumah membe aku.Sebelum sampai rumah membe aku,kami akan melintasi sebuah kedai kopi.Bila kami berdua melintasi kedai kopi tersebut dengan kadar larian seperti atlit(atlit ke atlet ha?) marathon Kenya,tetiba ada sorang pakcik yang sedang lepak sambil minum memberikan ulasan kepada perlakuan kami berdua pada pagi tersebut...

"Buang tebiat ke hapa...." ujarnya kepada rakan-rakan sekopi sambil memandang ke arah kami berdua yang sedang berjoging.









Tersentap perasaan I tau.

Notty kan pakcik tu?

Wednesday, November 18, 2009

Hapacrita All Star

"Mann......sini kejap." laung Mak Piah.
"Ada apa mak?" balas Jeman yang muncul secara tiba-tiba di pintu dapur.

"Pergi kedai sekejap.Belikan bunga cengkih." balas Mak Piah sambil menghulurkan duit.
"Baik mak!" balas Jeman sambil berlari ke arah kedai.

Jeman menukar pergerakan daripada larian kepada berjalan.Penat jugak paru-parunya bila berlari laju-laju tadi.Sambil berjalan Jeman tengok tepi-tepi jalan.Kadang-kadang terjumpa jugak benda-benda menarik.Silap hari bulan boleh terjumpa IC Lisa Surihani yang tercicir.

Ketika berjalan,bas Hok Seng,satu-satunya bas yang memasuki Kampung Kembang Semangkuk,melintasinya.Bas tersebut tiba-tiba berhenti.Tidak lama kemudian,kelihatan seseorang turun dari bas tersebut.

Jeman memerhatikan dengan penuh minat penumpang tersebut.Mula-mula hanya kakinya yang kelihatan menjejakkan tanah.Ya,kakinya sangat putih.Gebu.Bila kakinya jejak di tanah,barulah Jeman dapat melihat susuk tubuh tuan punya badan.Seorang gadis yang cantik bak bidadari.Mukanya bersih.Berpakaian kebaya.Badannya bak model.

Jeman tergamam.Air liurnya menitik bercucuran.Duit dalam tangannya melayang entah ke mana.Tak pernah dia lihat gadis secantik itu secara langsung.Selalu banyak tengok dalam tv ja.

Gadis manis berbaju kebaya kuning tersebut berjalan menuju ke arah Jeman.Di tangannya ada beg besar berisi pakaian.Gaya macam nak tinggal lama ja kat kampung tu.

Jeman dah macam nak rebah.Gadis tersebut datang sambil tersenyum.

"Adik,tumpang tanya.Di mana rumah Mak Som Mak Andam kampung Kembang Semangkuk?" soal gadis manis tersebut dengan lembut.

Jeman terus rasa macam nak menggelupur.Suaranya gadis tersebut sangat halus.Lembut.Menggoda.Jauh bezanya dengan suara Mak Piah.

"Hujung simpang tu kak.Tapi kena jalan jauh sikit.Rumah paling hujung sekali." jawab Jeman sambil mata tak berkelip.Hairan jugak apa kaitan gadis tersebut dengan Mak Som.Satu kampung macam tak bergaul dengan Mak Som.Mak Som banyak buat hal sendiri.Ada orang kata Mak Som selalu guna sihir.Ada jugak yang cakap orang dengki sebab Mak Som pandai mekap muka bakal pengantin.

"Terima kasih ye dik.Oh ya,nama akak Aishah..." balas gadis tersebut smbil mengeyitkan mata kepada Jeman.

Air liur Jeman mengalir semakin laju.


BAMMMM !!!!


Jeman dan Aishah pandang ke belakang.Kelihatan motor yang ditunggang oleh tok ketua kampung terbabas ke dalam parit di tepi jalan.Walaupun berada di dalam parit,mata tok ketua kampung tidak berkelip memandang ke arah Aishah.Mulutnya terlopong.

Jeman dapat merasakan,kampungnya akan bergolak dengan kehadiran gadis secantik Aishah.







Siapakah Aishah?
Siapakah Mak Som?
Siapa yang dapat meminang Aishah?
Apa kaitan Aishah dengan Mak Som?
Adakah Pejon berjaya mengorat Aishah?
Apakah yang akan terjadi kepada Jeman?
Adakah Cikgu Meli akan tumpang mengorat Aishah?
Adakah Ali Agogo berjaya dalam ternakan lembunya?
Apakah nasib anak gadis lain di kampung Kembang Semangkuk?
Adakah tok ketua kampung akan pergi ke klinik setelah eksiden?
Adakah Bidin akan menukar seleranya dari Sheila kepada Aishah?
Adakah Seli akan selalu ke kebun untuk tunjuk kuat kepada Aishah?
Bolehkan tok imam kampung handle masalah berbangkit di kampungnya?
Adakah Jeman berjaya membeli bunga cengkih yang dipesan oleh Mak Piah?
Apa yang terjadi bila semua watak dalam blog hapacrita bergabung di dalam satu kampung?
Adakah takhta gadis kampung tercantik yang dipegang oleh Kamsiah anak bilal masjid akan tergugat?
Adakah Kriss Evo mampu mengekalkan juara sebagai motor paling laju dalam kampung Kembang Semangkuk?
Adakah jejaka Kampung Kembang Semangkuk akan berusaha semaksimum mungkin untuk mengorat Aishah?



Persoalan terbesar...Apakah yang akan terjadi kepada Kampung Kembang Semangkuk akhirnya?





Banyak lagi watak-watak akan terlibat.Nantikan kemunculannya.

Next Project selepas Blook Hapacrita.



P/S: Insyallah,blook hapacrita akan mula dijual ahad ni.Terima kasih untuk yang menempah samada melalui sms,email dan juga melalui mulut.Dah lebih setengah dari jumlah cetakan.Baki ada lagi kurang dari setengah.Alhamdulillah.

Terima kasih semua.