Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius dan Kampung.
Tahun: 1995 (Darjah 5)
"Baik murid-murid sekalian,ingat tau,30 karangan bila buka sekolah nanti.Hantar kat cikgu ye.Kamu cuti sebulan.Sehari buat satu karangan." laung cikgu Norzihan.Cikgu perempuan bujang badan mantap yang mengajar dalam kelas aku.
"Baikkkkk cikguuuu....." balas kami ramai-ramai penuh dusta.Jangan harap nak buat karangan.Masing-masing dalam kepala dah ada plan.Ada nak berkelah kat sungai,ada yang nak pegi KL,ada yang nak pergi kenduri adik-beradik dan ada jugak yang nak pergi berkhatan.
Aku tak terkecuali,bunyi je loceng balik,masing-masing berterabur keluar.Ada yang terpa ke pintu bas.Ada yang ke pintu kereta mak ayah.Yang panjat motor pun ada.Yang balik jalan kaki pun ada.Selaku pelajar kacak,aku menunggang basikal BMX warna hitam.Seronok punya pasal,aku kayuh laju-laju balik rumah.
Selama sebulan bercuti,aku buat macam-macam aktiviti.Berkelah la,tido sampai tak pandai dah nak tido,tgk cerita kartun pagi ahad yang aku jarang dapat tgk sebab kedah tak cuti ahad dan yang paling best sekali,aktiviti kampung seperti main perang-perang,gasing,mandi sungai,berkelah megi dan panjat bukit.
Tiba hari terakhir cuti,aku jadi penat.Tiba-tiba rasa tak best sebab cuti dah nak habis.Besok kelas dah start.Mata aku kuyu.Motivasi down.Aku capai bantal dan mula baring-baring manja.
Tetiba aku teringat pesan cikgu Norizan sebulan yang lepas.Mata tiba-tiba segar.Hati berdebar.Aku tengok jam dah pukul 12 malam.Buku kosong lagi.Takkan aku nak biar je.Selaku ketua kelas,aku kena tunjukkan teladan yang baik.Ada 30 karangan nak kena siap.Dah le tajuk kena cari sendiri.Tanpa buang masa,aku terpa beg sekolah yang aku langsung tak sentuh sebelum ni,keluarkan buku dan terus mengarang.Aku mengarang sambil mendengar bebelan akak aku yang tensen melihat gelagat aku.
Pagi esoknya,aku menyerahkan buku dengan penuh bangga sebab dapat siapkan 30 karangan tersebut tanpa banyak masalah.
Cuma,aku perasan,karangan yang pertama 140 patah perkataan.Karangan yang belakang-belakang dah jadi 80-60 patah perkataan.Macam ringkasan karangan pulak.Tajuk karangan yang belakang-belakang pun dah merepek-repek.
Aku rasa...Santa Claus pun tak terer mengarang karangan bahasa melayu yang macam aku buat.
14 comments:
tengah malam buat karangan ok lagi tuh...
aku dulu, kerja skola aku buat sebelum Subuh pagi nak skola tuh...mak aku memang tensen tak ingat la...
sume kije aku main tibai je...nak2 matematik... yang bestnye, smpi skola, kawan aku plak tiru....
kesannya, sume kena denda jalan itik ulang-alik kat koridor....
HAHAHAHAHAHA
gila buat 30 karangan skali satu mlm..
eiiii..mahu tangan terkepak macam tu
akibat 30 karangan tu smpai sekarang kesannya masih ada. terbukti dgn blog ini. ahahaha
uih..terer..terer..
"Selaku pelajar kacak...."
Motif???
tp, bukan ke karangan UPSR kena 80 perkataan je? hurm.. *berfikir-fikir*
giler la...! takkan tangan ko tahan wt 30 karangan...huhuh..ke suh kakak die neh? ehee...
patah tgn aku kalo wat 30 karangan satu mlm...kira teror ar ko ni
alhariez: ha...normal la tu..dak lelaki.haha..skema skema apa barang.
ezzati: mmg gila...merapu habis habisan...haha
life:setakat ni.tak terkepak lagi.haha
zikery: sungguh.hahha....x sangka aku.
nazz: blushing....hik hik hik.
nazyf: tak da motif..peringatan untuk semua.kah kah kah kah
balqissy: ha...tu cerita lain..aku pernah kena marah ngan cikgu sebab buat karangan panjang-panjang..lebih limit...tak silap, aku pernah karang satu cerita 2 muka surat buku panjang tu...tak pandai berenti...suka merapu...hahhaa..macam gampang.
kakuna: manada....rambo kena buat sendiri.haha...kakak aku bebel je.
ann: karangan merapu aku pandai la.haha
aku syak lah, ko guna krgan tu utk buat entri dlm blog ko.
ada x?
jgn malu nk ngaku.
keh keh
sampai 30 sekaligus...
pergghhh..mantap..
hazerin:haha..manada...semua dah hilang.. =)
noor: wellll....u know meee...hahaa
puji dulu.. tere r ko.. 30 krgn 1 mlm.. aku klu soalan matematik pon lom tentu leh buat.
tapi.. tiba2 aku rasa bertuah x ajar budak laki. uh..uh.. x sanggup aku didescribe semula dalam blog anak murid aku.. xkira la.. badan mantap ke.. perut buncit ke.. ngeri oo..
Post a Comment