Thursday, December 10, 2009

CSI

"Jangan lintas kawasan ni." tegur Razali kepada dua orang budak lelaki yang menaiki basikal.
"Kenapa?" balas mereka.

"Ini kawasan siasatan.Kamu tak nampak ke hadangan ni.Ada kes pembunuhan di sini.Guna jalan lain". terang Razali.
"Tapi rumah saya dekat tu je."


"Tak boleh."
"Abang ni siapa?"

"Abang pegawai siasatan."
"Wah...yang macam dalam cerita CSI kat tv tu?"

"Lebih kurang la...kenapa?"
"Gila cool...mesti abang kena cari bukti,balik makmal pastu pergi tangkap orang jahat kan?" balas budak-budak tadi dengan muka berseri-seri.

"Ha'ah..tu le keja abang." Razali mula kembang-kembang.
"Macam Horatio?" Teka budak sorang lagi.

"Yep...kena cool."
"Woow! hebat."


"Biasa je.Tangkap orang ni abang dah biasa buat.Apa yang adik tgk kat cerita CSI tu,itu le abg buat." Razali bangga.Hidung dah kembang-kembang.Dia berterima kasih kepada cerita CSI dalam tv.Cerita tu banyak membantu orang ramai mengenali tugas pegawai siasatan jenayah.Jenuh jugak nak cerita kat mak dia kat kampung.Sekarang Razali cuma perlu tayang cerita tu ja kalau nak bagi orang paham kerjanya.


Sunyi......



"Tapi apahal abang gemuk? Tak hensem.Tak macam hero lansung.Horatio pakai HUMMER,abang pakai Datsun buruk.Apa kes?"
"Ntah...tak macam hero lansung.Spek mata pun retak."




Selain daripada pengalaman direjek cinta pertama semasa di sekolah dulu,Razali rasa,inilah detik paling celaka dalam hidupnya.

Razali tiba-tiba benci kepada cerita CSI.

25 comments:

Mimie.Candy Cane said...

hahahahha...komen ikhlas..memang makan hati razali tu

Unknown said...

kesian razali....

farwalis said...

haha. razali. tabik razali!

mrblind said...

budak tu mulut memang tak agak..kalau gua dapat..

Ann said...

kecian tol la razali tu...

noorafzan.blogspot.com said...

kuang asam..
kesian razali..

terrarosa said...

'spek mata pun retak'

itu yang tak buleh tahan...

hahahahaaaa

Anonymous said...

kah3!!! tu hero zaman bila tu?hahhaa..sian razali...

eNaSaN said...

tErsentaP klu aku jd razaLi...huahuahua

qishie said...

haha..tu kurang ajar!

Siti Nur Aminah said...

fikiran kanak2 naif...hahhaah...

Kensi Ell Byle said...

bdak2 jujur...mane reti menipu..
terima je la hakikat..
hahaha..

Lazyf said...

trime jela hakikat razali oi...hahahaha

Anonymous said...

hahaha
standard ler tu csi malaysia

Guten Tag said...

ini memang kelakar hahahah...

aYu Luv Mak said...

apa da!!!!

aYu Luv Mak said...

apa daaa!!

aYu Luv Mak said...

apa daaa!!

bungacahaya said...

Satu masa dulu..awal tahun 2009. Umah sewa aku kena pecah kul 2 pagi. Umah aku flat tingkat 5, atas skali. Pegawai yg dtg ala2 CSI dtg jam 4 pagi lebih kurang. Bwk kamera dan buku siasatan. Dan tak lupa....bwk perut yg ke depan. Pastu termengah-mengah; apela umah kao ni tinggi sangat? Aikkk...umah aku plakkkk jd hal?

bungacahaya said...

Tapi nama dia bukan Razali kot...hahahhahahah....

[biru][pink] said...

horatio macho gila.
ada gaya bila cabut spec hitam dia

mukasurat17 said...

hahaha...
kesian razali. ko wat lah kutipan derma dr blook ko utk belikan spek razali yg dah retak.

k.e.r.i. said...

pedih menusuk kalbu betul.
mesti bergenang air mata.

StingRay said...

mimie: mau x makan hati.=)

naddy: sungguh. =)

farwalis: tabik tabik. =)

mrblind: haha..jgn garang sangat.

ann: kesiannnnn....=)

noor: haha....kesian kesian.=)

terra: ayat bunuh tu.haha

life: zaman padayappa kot.=)

enasan: mesti ko da nangis.=)

qishie: budak budak...=)

aminah: kalu diorang geniyes macam mana? =)

leyha: mesti ko pun dah pernah kena kan? haha

lazyf: dia sedang terima.=)

fatt: haha...sana mewah.=)

guten: ahhaha..layan sudah..=)

maya: wah..ada 3 komen. =)

bunga: haha....nanti turn ko preknen..baru tau cmana dia punya mengah.haha

buru: bila cabut..terus blah..cam cilakak..x sempat orang nak balas.haha

mukasurat: duit dah habis.keh keh keh..

keri: memang tak terperi.haha

brat2104 said...

huhu.. tu la hakikatnye.. x mesti yg keje bagus tu muka hensem.. tapi mmg terlampau la kalau spek retak.. kat crime scene pon x gitu..