Thursday, June 28, 2012

Jamil dan Jastin Biber

Jastin Biber,seperti yang diketahui,memang menjadi kegilaan terutama kepada gadis2 muda.Jastin Biber ni,bagi aku,macam Tomok jugak.Jenis muncul dengan imej budak-budak suara sengau,kemudian bertukar jadi "Matang".

Kini,Jastin berjaya menarik perhatian aku dengan lagunya "Die In Your Arms."

Memandangkan lagu ni adalah berdasarkan lagu Maikel Jeksen "We've got a good thing going",namun team Jastin Biber datang dengan lirik dan rentak baru sikit.

Jadi,senang cerita,aku boleh melayan lagu Jastin Biber yang satu ni.Layan siot kalau bawak kereta petang-petang sambil daun berguguran.Peh.Mood gedik?

Nak dengar? Klik ke tajuk lagu kat atas tu.Aku dah siap link dah.







Bye.


Thursday, June 21, 2012

Maklumbalas untuk iklan kerja kosong

Assalamualaikum,

Minggu lepas,aku ada post pasal kerja kosong di SINI.

Pertama-tama sekali,terima kasih banyak-banyak kepada yang menghantar resume kepada aku.Disebabkan aku terima berpuluh-puluh resume,maka,ambil masa sikit untuk diuruskan.Ye lah,ada form yang perlu diisi untuk hantar resume korang tu.

So,aku dah siap kategorikan resume korang,dan,akan dihantar hari ini kepada HR.Ambil masa bukan apa,sebab ada yang hantar,tak cakap nak jawatan apa.So,terpaksa la aku cari jawatan yang sesuai untuk kome.Jadi,kepada yang nak hantar resume lepas ni,sila letak jawatan yang hendak dipohon ya.Bukan apa,mudah sikit kerja,dan bila mudah kerja,resume korang dapat dihantar dengan hensem.

Ingat,aku hanya cuma tolong hantar,pihak HR akan buat tapisan. Ok? =)

Jadi,selepas 2 minggu dari hari ini kalau korang tak dapat apa-apa panggilan,anggaplah anda belum ada rezeki lagi.Aku cuba tolong apa yang aku mampu ok? =)

Jadi,banyak-banyakkan berdoa,dan,kalau dapat panggilan untuk interview dari syarikat yang aku dah reply dalam email korang tu,buat yang terbaik ye? Jangan dok buat loqlaq pulak.Buat malu aku je karang.Hahaha.

Ha,ada lagi beberapa resume yang masuk dalam email aku.

Nak download kejap.

(^_-)v <- bajet comel.Menyampah!


Tuesday, June 19, 2012

Benda-Benda Yang Indah.


Awal pagi,sebelum mula kerja,aku akan pasang lagu MUSE untuk bagi semangat.Tapi tadi,aku terjumpa dengan lagu ni.Ini versi perempuan,nak dengar versi lelaki (Matt Cardle),boleh klik di SINI.

Fuh,Roberta Flack,hang betui-betui buat ceq rasa terawang-awangan lah!

Rasa macam kena dodoi dengan mak masa dalam buai dulu-dulu...




Comel.

Monday, June 18, 2012

Membeli Yong Tau Fu

Saudara mara aku yang terdekat, datang bertandang ke rumah.Memandangkan mereka baru saja tiba,dan mereka mahu makan di rumah,aku bercadang untuk membeli lauk-pauk.

Aku yang baru habis kerja,bercadang untuk singgah di pasar malam Puncak Jalil.Sebelum singgah di pasar malam,aku singgah dulu di sebuah kedai makan.Setelah order tomyam,sup beraneka jenis,sayur dan beberapa helai ikan masak tiga rasa,aku terus menuju ke pasar malam.Aku cakap kat brader tukang ambil order tu,kejap lagi aku datang ambil.

Perancangan aku,selepas ke pasar malam,aku nak singgah di bank sekejap.Malas pulak nak pergi bank terus,nanti kena patah balik ke pasar malam pulak.Kalau pergi ke pasar malam dulu,nanti boleh terus pergi bank,lepas tu,ambil lauk di kedai dan terus balik rumah.Satu jalan je.Bijak kan perancangan aku?

Bijak macam arnab.

Aku tiba di pasar malam.

Masuk pasar malam,terus aku menuju ke arah yong tau fu.Aku tahu,anak-anak sedara aku ni,suka yong tau fu.Aku ambil bakul,terus masukkan pelbagai jenis bahan dari isi ikan,sampai lah ke isi sotong kurita.Nasib baik tak ada ketiak dolphin.

Selesai memilih,aku bagi bakul kepada brader tadi.Dengan pantas,brader tadi celup dalam air panas.Dah celup,brader tadi potong laju-laju dan masukkan ke dalam plastik.Dah semua barang hensem ada dalam plastik,dengan ramah,brader tadi bagi jumlah harga.

"RM18.50."ujar brader tadi sambil tersenyum.

Setelah semua poket diseluk,semua celahan wallet digeledah,hanya RM17.50 sahaja yang ada.Kurang lagi RM1.



Benci.

Benci.Benci.Benci.

Benci.


Tawaran Kerja Untuk Yang Memerlukan. =)

Ekceli,aku nak habaq satu benda.

Kat tempat kerja aku,ada dibuka tawaran kerja kosong.Banyak memang banyak.Ok lah,ini list kerja yang ditawarkan.Kalau ada mana yang sangkut dengan korang,apply lah.

Kuala Lumpur

Kategori 1
  1. PA TO GROUP CEO / EXECUTIVE PA TO CEO
  2. SENIOR EXECUTIVE/EXECUTIVE, FINANCE
  3. EXECUTIVE, SALES
  4. EXECUTIVE, MARKETING COMMUNICATIONS
  5. EXECUTIVE, CUSTOMER SERVICE
  6. EXECUTIVE, SALES & CREDIT ADMINISTRATION
  7. ADMINISTRATION ASSISTANT,SALES & CREDIT ADMINISTRATION
  8. SENIOR EXECUTIVE/EXECUTIVE, FINANCE
  9. DESPATCH, ADMINISTRATION
  10. RECEPTIONIST
  11. EXECUTIVE,CUSTOMER SERVICE
  12. EXECUTIVE, MEMBERSHIP SERVICE
  13. EXECUTIVE, PROJECT

Kategori 2

  1. FOOD & BEVERAGE ASSISTANT
  2. FRONT OFFICE ASSISTANT/AGENT, FRONT OFFICE
  3. COMMIS I & II, CULINARY
  4. SOUS CHEF, CULINARY
  5. CHEF-DE-PARTIE / DEMI CHEF , CULINARY
  6. ASSISTANT MANAGER, FOOD AND BEVERAGE
  7. SUPERVISOR / CAPTAIN , FOOD AND BEVERAGE
  8. HOSTESS / WAITER / WAITRESS , FOOD AND BEVERAGE
  9. BAR TENDER , FOOD AND BEVERAGE


Kategori 3
  1. MAINTENANCE ASSISTANT
Kategori 4
  1. FINANCE ASSISTANT
Kategori 5

  1. EXECUTIVE, SALES & LEASING
  2. MANAGER, SALES & LEASING
  3. EXECUTIVE SALES
  4. ASSISTANT MANAGER / MANAGER , SALES
  5. SALES AND RETAIL REPRESENTATIVE , BIOHERBS
Kategori 6
  1. COORDINATOR, EVENTS
  2. EXECUTIVE, EVENTS
Kategori 7
  1. GRAPHIC ASSISTANT
  2. GRAPHIC DESIGNER
Kategori 8
  1. EXECUTIVE OPERATIONS

Kategori 9
  1. ASSISTANT MANAGER , FRONT OFFICE
  2. DUTY MANAGER , FRONT OFFICE
  3. ASSISTANT CHIEF CONCIERGE , FRONT OFFICE
  4. SUPERVISOR , FRONT OFFICE
  5. FRONT OFFICE ASSISTANT / AGENT , FRONT OFFICE
  6. ASSISTANT HOUSEKEEPER, HOUSEKEEPING
  7. GUEST SERVICES, FRONT OFFICE
Kategori 10
  1. SENIOR EXECUTIVE/EXECUTIVE, FINANCE
  2. COST CONTROLLER, FINANCE
Kategori 11
  1. TRAINER, TRAINING & DEVELOPMENT
  2. EXECUTIVE, FITNESS & RECREATION
  3. STEWARD SUPERVISOR, STEWARDING
  4. STEWARD, STEWARDING
Kategori 12
  1. CARPENTER, ENGINEERING
  2. TECHNICIAN (AV), ENGINEERING
  3. HANDYMAN, ENGINEERING

Kategori 13
  1. ADMINISTRATOR , BIOHERBS
Kategori 14
  1. EXECUTIVE MAINTENANCE & IT SUPPORT
Kategori 15
  1. NUTRITIONIST
  2. TUINALOGIST
  3. CHINESE PHYSICIAN ASSISTANT

Sarawak
  1. SOUS CHEF, CULINARY
  2. FINANCE ASSISTANT
  3. CHEF-DE-PARTIE / DEMI CHEF , CULINARY
  4. MANAGER, SITE ADMINISTRATION (HORTICULTURE)
  5. GENERAL WORKER, SITE ADMINISTRATION / BUSH CUTTER

Aku bukan bekerja di hotel,cuma,tempat yang aku kerja ni,salah satu cabang perniagaannya adalah perhotelan. =)


Jadi,kepada mereka yang memerlukan pekerjaan,boleh la email kepada aku di hapacrita@yahoo.com.Maklumat peribadi korang,aku jaga dengan penuh amanah.

Dalam email tu,bagi:
1. Resume
2. Gambar terkini.
3.Tajuk kerja seperti yang tertera di dalam list di atas yang sesuai.Kalau kelulusan IT,takkan nak minta chef kot kan? Pandai-pandai la anda pilih yang sesuai dengan anda.

Don't worry,ini bukan scam.Ini bukan main-main.Ini adalah serius.

Details pasal kerja,aku akan reply dalam email.Lokasi kerja adalah di kawasan KL dan Sarawak.Jangan risau,company adalah company yang dah kukuh dan dah 20 tahun lebih beroperasi. =) Takda la masalah merepek macam gaji lambat ke,KWSP tak masuk ke.Ok? =)

Kalau sangkut dengan department aku,boleh aku belanja minum teh O ais nipis kurang manis dekat kafe.

Amacam? =)

Ha,apa lagi.Cepat la kemaskini resume.

Melangut lagi!

v(^_^)v

*Hebahkan kepada rakan-rakan! =)


Friday, June 15, 2012

Benda-benda yang awkward

Lepas solat jumaat,naik motor balik ke pejabat.

Dalam perjalanan,lintas satu lagi masjid yang baru sudah solat jumaat.

Jemaah keluar menderu-deru di tepi jalan,dan,mereka memandang anda seperti anda ponteng solat jumaat.


Wednesday, June 13, 2012

Hapacrita dan 2012

Untuk tahun 2012,aku hanya membuat 55 entry termasuk yang ini.Hampir setengah tahun,hanya 55 entry sahaja yang keluar.Jika dilihat pada Ogos 2009,satu bulan tu saja dah ada 65 entry.

Jelas sekali,aku sudah tidak ada banyak masa yang terluang seperti dulu.Kalau 2009 dulu,lepas kerja,balik rumah,taip entry,set jadual,terus publish.

Esoknya,dengan selamba 2-3 entry keluar dalam sehari secara automatik.

Kalau gian sangat,tengah takda kerja,selamba je post entry.

Sekarang? Heh,tidur pun tak berapa nak ngam.Sibuk bebeno ye Jamil siang malam? Ada idea nak menulis pun tak guna kalau tak ada masa.Banyak benda aku nak cerita dalam blog.Banyak benda aku nak publish.Banyak benda aku nak kongsi.

Bagi aku,kalau nak post entry tu,jangan sebab nak kejar trafik je,kan?Kalau nak kejar trafik,baik aku kopipes berita terkini dari mana-mana akhbar,terus buat entry.Hahaha.Terus jadi akhbar mini blog aku karang.Tak kuasa makkkkk...(ha,dia jadi gedik dah).






Jadi,apajadah yang aku mengomel pagi-pagi ni?

Takda apa lah.Anggap je la Jamil tengah rindu gila nak bercerita dan berblog sampai lebam tapi dia takda masa.





Hapacrita?

Monday, June 4, 2012

Jamil dan Langkawi

Lokasi: Langkawi lah.
Tahun: 1995 kalau tak salah.


Petang tu,angin laut sepoi-sepoi bahasa.Aku turun dari bas dengan bergaya.Beg digalas dengan penuh bergaya.Setelah turun,aku berbaris bersama rakan-rakan lain sebelum masuk ke jeti.Di tangan,dah ada banyak barang aku bawak.Minyak gamat dan pelbagai jenis barang lagi yang dikirim.

Tengah sedap berbaris,tiba-tiba datang Pak Noq.Pak Noq ni kerani sekolah.Dia memang baik orangnya.Suka buat kelakar dan bersembang dengan kami.Jadi,dia memang ngam lah dengan budak-budak.Ada jugak dia belanja kami makan sikit-sikit.

Pak Noq berjalan ke arah kami dengan penuh senyum.Dengan tak semena-mena,lepas beri taklimat pasal feri,dia bagi aku dua helai kain batik.Benda dah rezeki,aku ambil sambil tersenyum.Ini gunanya kalau berbuat baik dengan orang,kan dah dapat hadiah.Boleh bagi kat mak aku.

Jadi,setelah tunggu feri beberapa lama,akhirnya feri tiba.Kami bertolak meninggalkan Pulau Langkawi dengan penuh sedih.

Setelah beberapa lama meredah lautan api,akhirnya kami tiba di jeti Kuala Perlis.Dah tiba di jeti,kami berkumpul semula.Pak Noq kira bilangan semua murid-murid yang berbaris.Ada la berpuluh orang jugak,bukan senang nak handle.

Setelah berpuas hati dengan bilangan murid-murid,Pak Noq buat pengumuman yang aku tak akan lupa sampai hari ini.

"Haa...sapa yang dapat kain batik tadi,bak mai sini balik."Ujar Pak Noq sambil menggeledah beg galas aku.Selain aku,ramai jugak yang dapat kain batik rupanya.Pak Noq nampaknya,telah menggunakan taktik licik untuk mengelak dari Kastam.Berpuluh helai jugak dibelinya.







Kecik-kecik lagi,aku dah jadi kaldai batik.

Benci.