Monday, June 18, 2012

Membeli Yong Tau Fu

Saudara mara aku yang terdekat, datang bertandang ke rumah.Memandangkan mereka baru saja tiba,dan mereka mahu makan di rumah,aku bercadang untuk membeli lauk-pauk.

Aku yang baru habis kerja,bercadang untuk singgah di pasar malam Puncak Jalil.Sebelum singgah di pasar malam,aku singgah dulu di sebuah kedai makan.Setelah order tomyam,sup beraneka jenis,sayur dan beberapa helai ikan masak tiga rasa,aku terus menuju ke pasar malam.Aku cakap kat brader tukang ambil order tu,kejap lagi aku datang ambil.

Perancangan aku,selepas ke pasar malam,aku nak singgah di bank sekejap.Malas pulak nak pergi bank terus,nanti kena patah balik ke pasar malam pulak.Kalau pergi ke pasar malam dulu,nanti boleh terus pergi bank,lepas tu,ambil lauk di kedai dan terus balik rumah.Satu jalan je.Bijak kan perancangan aku?

Bijak macam arnab.

Aku tiba di pasar malam.

Masuk pasar malam,terus aku menuju ke arah yong tau fu.Aku tahu,anak-anak sedara aku ni,suka yong tau fu.Aku ambil bakul,terus masukkan pelbagai jenis bahan dari isi ikan,sampai lah ke isi sotong kurita.Nasib baik tak ada ketiak dolphin.

Selesai memilih,aku bagi bakul kepada brader tadi.Dengan pantas,brader tadi celup dalam air panas.Dah celup,brader tadi potong laju-laju dan masukkan ke dalam plastik.Dah semua barang hensem ada dalam plastik,dengan ramah,brader tadi bagi jumlah harga.

"RM18.50."ujar brader tadi sambil tersenyum.

Setelah semua poket diseluk,semua celahan wallet digeledah,hanya RM17.50 sahaja yang ada.Kurang lagi RM1.



Benci.

Benci.Benci.Benci.

Benci.


5 comments:

pakurawan said...

.bijak tapi malang. Keh3

bukankosong said...

merah padam kat situ

bijak bijak

hahaha!

diz is me... said...

x leh diskaun ke?hehe.....

zulkoa said...

bijak mcm dolphin

Ain bintu Amir said...

hahaha :D

mcm xabes je lagi entri ni, ape kesudahannye?