Thursday, November 14, 2013

Lampu Isyarat

Bila nak reply mesej penting dalam henpon, semua lampu jadi hijau.

Bila nak cepat, semua lampu jadi merah.



Benci.

Monday, November 11, 2013

Tengah Hari Yang Panas


Aku berjalan dengan tenang.

Aku berjalan di dalam sekumpulan pekerja makan gaji yang di dalam otak masing-masing sedang sibuk memikirkan apakah jenis makanan yang akan dilahap sebentar lagi.

Ketika berjalan,kami tiba di sebuah binaan yang dipanggil tangga.Ketika sampai giliran aku,selaku jejaka budiman,aku bagi geng perempuan di belakang aku untuk naik dahulu.Budiman habis.

Lagipun,tak manis nak berebut dengan perempuan.Kan? 

Apa? Nak manis kena letak gula? Please, jangan buat lawak hambar macam tu.

I tak suka.

Jadi,berbalik kepada situasi tadi,aku memberikan laluan kepada perempuan dahulu.

Bila semua dah lepas,aku pun panjat tangga tersebut.Dalam kepala,dah terbayang kari ikan campur kacang bendi yang masam-masam rasa kuahnya.Makan pula dengan tempe goreng yang digoreng tebal-tebal.Gebu dan berjus rasanya.

Tengah sibuk panjat tangga sambil sedap membayangkan lauk tu,tiba-tiba aku terdiam.

Fokus aku dah lari jauh.

Ikan dalam kari yang aku bayang tadi tiba-tiba hidup dan melompat ke dalam air.Elok je dia berenang macam tak ada masalah langsung.Kacang bendi pun hilang dalam kari tu.Elok je ada kat pokok.Tempe pulak,hilang entah ke mana.

Di hadapan aku.......

Okay,aku ulang.

Di hadapan aku, kelihatan awek tadi sedang terkedek-kedek panjat tangga dengan bersungguh-sungguh sampai ternampak G-string yang dipakainya.








Bahu kiri aku tiba-tiba rasa berat.



Friday, November 8, 2013

Mata

Jam 3 pagi.
Terkebil-kebil.

3:50 pagi - Diharap,dos megi dan 3 biji telur ini dapat menidurkan aku macam bayi-bayi.

Thursday, November 7, 2013

Jamil dan Kerjayanya

Aku duduk mengadap skrin komputer dengan comel sambil memerhatikan baris kod yang merepek-repek. Tiba-tiba aku dapat gambar dari pihak media syarikat.Aku memilih gambar yang sesuai untuk diletakkan di dalam web baru syarikat.

Dalam banyak-banyak gambar tu,ada sorang awek cun.Macam model rupanya.Jadi,untuk jaga imej syarikat,aku pilih gambar dia dan yang lain-lain.Entah gambar pompuan mana le diorang ni cekau.Belasah je lah.

Tengah sedap buat kerja,aku dipanggil untuk sertai satu mesyuarat.Aku bangun dan turun ke bilik mesyuarat di bawah dengan gaya yang tenang.

Aku tiba di bilik mesyuarat dan terus buka pintu selepas mengetuknya dengan sopan.

Pintu dibuka.

Kelihatan awek dalam gambar yang aku terima tadi,sedang duduk dan tersenyum manis di hadapan aku.








Jantung aku gugur ke lantai.


Wednesday, November 6, 2013

Jamil di KFC

Aku beratur seperti mereka yang lain.Semuanya muka lapar.Ada juga yang cuba buat muka tenang,tetapi bila mata terpandang ke menu, lidah terus terkeluar.

Tak senonoh.

Setelah brader depan aku selesai ambil makanan, aku melangkah dengan tenang menuju ke hadapan kaunter.Perut lapar.

Aku disambut dengan penuh mesra oleh awek kaunter.Aku memesan sepinggan nasi beserta seketul ayam dan sedikit sayur.Cukuplah untuk aku yang kerjanya lebih banyak duduk dari berjalan.Kalau kerja aku di sawah bendang,mungkin aku boleh berbincang dengan diri sendiri untuk menelan 5 ketul ayam.

Setelah mengambil pesanan aku,awek tadi terus menyediakan hidangan seperti yang aku minta.

Pelepap.

Sepinggan nasi beserta ayam goreng rangup diletakkan dengan penuh indah di hadapan aku.Awek kaunter tadi berpusing semula untuk mengambil sesuatu.Disebelah awek tadi,ada rakan sekerjanya yang juga sedang sibuk menyediakan pesanan.Jadi,keduanya sedang membelakangi aku.Mereka berdua sedang sibuk menyediakan pesanan pelanggan masing-masing.Ok lah tu.Boleh dikira rakan sekerja yang ngam.Sama-sama ada rupa dan serasi.

Ketika sedang sibuk tu,tiba-tiba awek di sebelah kanan pegang bontot awek di sebelah kiri.

Aku terdiam.

Sambil pegang bontot,awek di sebelah kanan tadi bergerak melintasi awek yang berada di sebelah kiri tadi.

Sambil melintas,dia sambung pegang bontot awek tadi dengan tangan kanannya pula.Pegangan yang kemas dan manja.Tak nak lepas.

Aku telan air liur dalam-dalam sebab ayam goreng dan nasi di hadapan aku tu, sedap betul baunya.

Betul.

Aku betul-betul lapar.












Aku tak tipu.

Friday, November 1, 2013

Halim Iskandar

"Ayah ingat lagi dulu,banyak betul cabaran nak membesarkan kamu.Tapi alhamdulillah,kamu jadi jugak anak yang berguna." ujar pakcik Kasim sambil duduk di sebelah Halim Iskandar.Seronok juga melawat sekali sekala ke rumah anak-anak katanya.

"Cabaran macam mana tu ayah?" Halim Iskandar cuba libatkan diri di dalam perbualan.Dia tak nak ayahnya sembang solo.Boleh jadi agak awkward jugak nanti dibuatnya.Halim Iskandar tidak mahu ayahnya tiba-tiba buat aksi tak senonoh di hadapan anaknya nanti kalau dia bosan.

"Ye lah,kamu tu dulu suka bergaduh,ponteng kelas.Balik rumah pulak,nak suruh makan punya la susah.Asyik nak makan makanan ringan aje.Keropok,jajan,gula-gula.Penat nak larang.Jenuh mak kamu dulu nak suruh makan nasi.Menda berkhasiat tak nak makan." Pakcik Kasim mula mengenang kembali memori lama.Satu aktiviti yang Halim Iskandar tidak gemar sangat.Tambah-tambah kenangan beliau tersalah minum minyak tanah yang diletakkan di dalam botol coca-cola.Malu.

"Sekarang pun sama je ayah.Tapi cabarannya macam lagi susah je." Halim Iskandar cuba main tarik tali.Tak nak kalah.

"Zaman serba canggih ni,ayah rasa lagi mudah nak pantau anak-anak.Ada telefon.Senang.Apa yang susahnya? Cuba cerita salah satu faktor, apa masalahnya.Mana tahu ayah boleh salurkan pendapat." Pakcik Kassim cuba menunjukkan kepakarannya.

"Masalah pemakanan jugak." ringkas Halim Iskandar memberi jawapan.

"Maksud kamu?" pakcik Kassim cuba mendapatkan penjelasan.

Halim Iskandar menarik nafasnya dalam-dalam dan melepaskannya dengan perlahan-lahan.

"Sekarang kita hidup di dalam zaman di mana para artis dan tukang masak terkenal sibuk menyuruh kita untuk makan mi segera." balas Halim Iskandar sambil menunjukkan iklan di tv.

Di kaca TV,kelihatan para artis dan chef sibuk betul menyatakan betapa hebat,segar dan sedapnya mi segera yang diwakili oleh mereka walaupun pada hakikatnya ianya adalah tetap mi segera yang tipikal.

Khairul Asyraf,anak Halim Iskandar berusia 11 tahun yang sedang leka menonton tv,perlahan-lahan meletakkan semangkuk mi segera yang sedang dimakannya di atas lantai.

Suasana sepi.












Pakcik Kasim yang duduk di sebelah Halim Iskandar, juga berhenti menghirup semangkuk mi segera yang dipegangnya sejak tadi. 

Halim Iskandar mengeluh panjang...