Tarikh: 6 bulan lepas.
Lokasi: Bilik CEO.
"It will looks like a Facebook,but this one, just for our companies.Are you sure you can do this Jamil?" soal amoi CEO sambil pandang tajam ke arah aku.Projek meneje kat sebelah,dah diam sambil pandang aku.Jenis kena panggil mengadap muka ke muka ni yang aku segan ni.Baru 26 tahun umur amoi ni.Cantik dan sedang pregnant.Muda-muda lagi dah kawin dan handle kampeni besar.Nasib baik dia ada belajar pasal 'Advance Technology'.Jadi,dia memang tahu lah hal ehwal sistem sedikit sebanyak.Takdelah jadi macam ayam dan itik.Macam mana aku tahu? Heh, tengok dalam resume dia lah.Haha.
"Yes, I can do this." balas aku ringkas sambil meneliti lakaran sistem yang dilukis oleh amoi CEO sebentar tadi.Amboi,segala benda dia nak.Email lah,chatting lah,poke lah,addressbook lah,Dropbox,IT ticket dan macam-macam aplikasi lagi yang dia senaraikan yang sesuai untuk kampeni dia.Kira dah jadi one stop centre punya sistem.Dari pengalaman aku, aku tak ada masalah nak buat.Walaupun besar 'banget' sistemnya dan nak buat pulak seorang,tapi,aku masih yakin.Alah.menda boleh buat satu persatu.Sikit demi sedikit.Apadahal.
CEO tadi tersenyum lebar.Mau tak senyum,boleh dia kensel upah company luar.Jimat banyak duit dah kat situ.Usai tiba di tempat aku,aku terus buka jadual, aturkan apa yang patut.Siapkan mana yang perlu,dan terus utamakan apa yang patut.Ye lah,jadual aku,bukan kena buat sistem yang CEO mintak je.Kerja yang lain-lain pun kena buat jugak.Jadi,perancangan jadual mestilah awesome dan dattebayo!
Tarikh: Selepas 2 minggu.
Lokasi: Bilik Meeting.
Prototaip sistem dah siap.Maka,datanglah manager-manager IT dan pembantu mereka dari semua syarikat jajahan untuk melihat.Ye lah.Dah siap nanti, deme dan staff deme jugak yang nak pakai.Campur tolak darab bahagi, berbelas orang jugak yang datang.Aku mula cuak.
Cuak tak cuak,present je lah.Sorang-sorang pun,belasah je lah.
"You will fail."
"You're not a Bill Gates." (Apa kaitan Bill Gates pulak?)
"Besar benda ni.User kampeni beribu orang.Boleh ke handle?".
"You kena stay di ofis la kalau nak buat semua ni.hahaha"
"Forget it lah..."
"Do your research first."
"You want to do this alone? Hehe..(senyum sinis)"
"Make sure it can be run on Windows 7, Windows XP and bla bla bla.." (nampak sangat dia ni programmer VB,haha...)
Itu komen yang aku dapat setelah aku terangkan apa yang aku akan buat dan ke mana hala tuju aku.Madefaker.Boleh tahan jugak deme punya pangkah.Terus aku rasa nak givap.Tapi,aku amik komen deme tadi tu,sebagai panduan jugak.Ye lah,deme keja kat sini lagi lama dari aku.Deme lebih tahu la masalah kampeni.
Kata meneje aku, dah 10 tahun sistem macam ni cuba diaplikasi kat kampeni.Tapi tak jadi-jadi sampai sekarang.Banyak sebabnya.Antaranya, sebab kos yang tinggi, dan nak hubungkait kesemua maklumat kampeni akan ambil masa.Patut la.Itu kata meneje aku lah.Dia dah 13 tahun kat sini.Aku angguk je lah.Tapi,dalam ramai-ramai yang kondem tu,ada jugak yang bagi semangat kat aku.Deme ni,aku cakap terima kasih.
Tarikh: Minggu lepas.
Lokasi: Bilik Meeting CEO.
Depan aku,ada amoi CEO.Di sebelahnya,ada 4 Exco utama kampeni.Dua dari 4 Exco tadi,aku dah familiar sebab deme berdua memang selalu ada dalam weekly meeting.Deme yang pantau progress dan bagi feedback.Aku mulakan pembentangan kali terakhir.Pembentangan hanya khas untuk ketua-ketua bagi membuat keputusan samada aku berjaya atau tidak.Sebelum present final pun, dah banyak kali test sistem dengan server baru.Laju betul.
Ikut kiraan dan perancangan, memang boleh handle semua jajahan dari Utara sampai ke Sarawak nun.
UAT untuk semua meneje IT pun dah
pass.Tunggu kata putus CEO je lah sekarang ni kiranya.Kalau sesiapa yang ada pengalaman buat sistem, mesti tahu betapa peritnya kalau ada modul yang 'sukahatidiajenaktambah'. Kau pakai la methodologi Agile ke, Extreme tak extreme ke, method belut lincah dalam sawah ke, kalau
dateline tak boleh nak ubah,kacau jadinya.
Masuk bulan ni,dah berapa banyak modul 'sukahatidiajenaktambah' yang aku kena buat.Layan.Dah final cenggini,kalau kena reject tetiba,memang aku pasrah je lah.
"Good job Jamil.Well done.Well done.Now, we can launch this system.You set the date." ujar amoi CEO penuh senyum setelah aku selesai present sistem dekat sejam lebih.Dia teliti satu persatu sampai puas hati.Dasar budak bijak.Baru bersalin amoi ni, tapi badan maintain macam anak dara.
Ok.Tahun ni,aku belajar 1 benda besar.
Kalau kau dah yakin (setelah sedar kemampuan diri), kau buat je lah.Mesti kau boleh.
Wallpaper laptop aku yang banyak menolong bila semangat aku lemah.
Ok.Sekarang ni aku yakin aku pandai berenang seperti seekor dolphin.Jadi,aku nak hiburkan diri dengan berenang di kolam Presint 11 dan Presint 6.
Please,jangan lempar ikan kat I. Nanti I gegetttt...