Tuesday, December 18, 2012

Review dan Ulasan Cerita : Sebuah Piala Seekor Kambing

Ya.Begitulah tajuk cerita yang aku tonton di kaca TV semalam.Habis jam 12 malam.Pada aku,filem ni menghiburkan.Banyak kali jugak aku tergelak keluar air mata.Memang pandai Sabri Yunus ni buat cerita.

Bagi aku,cerita ni sedap ditonton kerana:

1. Pelakonnya jenis selenge.Selenge di sini bermaksud,semuanya takda kontrol hensem atau kontrol ayu.Jenis belasah je cakap,beraksi,buat serius dan buat kelakar.Bahasa mudahnya, lakonan nampak natural.Bukan jenis dibuat-buat.Pelakon yang tak terkenal langsung.Underdog orang kata.Melihat muka pelakonnya sahaja boleh buat aku tersenyum.Tambah-tambah muka Khusairi Chua (Dollah Jin).Memang selenge habis.

2. Dialog. Ya,dialognya walaupun berbunyi Kelantan agak pekat,jangan risau,subtitle disediakan untuk bahagian yang dirasakan terlalu pekat ( yang tak dapat ditangkap oleh penonton).Dialog yang aku maksudkan di sini adalah ISI DIALOG.Buah tuju atau 'point' yang diutarakan,memang mengena.Contohnya,ketika Jani dan rakan-rakan nak pergi buat jahat.Mereka mengenakan pakaian seperti balik dari surau.Tujuannya,tak nak bagi orang syak mereka nak buat jahat.Dialog mereka lebih kurang macam ni "Nak buat jahat,jangan tunjuk muka jahat sangat.Ini tak,DALAM FILEM,dah la nak buat jahat,muka pun  jadi ginih (sambil buat muka jahat,berkerut-kerut dahi siap dengan tangan-tangan sekali),memang nampak jahat laaaaaa". Hell yeah,memang betul.haha.

3. Watak-watak yang diwujudkan juga,adalah menarik.Setakat ini, watak yang paling melekat dalam kepala aku,adalah watak Oud.Si bisu yang berkawan dengan si buta.Haha.Muncul dalam 2 - 4 scene je.Sikit sangat.Dialog pun takda.Ye lah,nama pun si bisu.Tapi berkesan di kepala aku.Tak perlu buat gaya slapstik,tak perlu berlakon jadi bodoh.Tak perlu pakai pakaian badut.Mereka sangat natural dan kelakar walaupun kaku sikit.Oh.Rumit nak terangkan.Tapi aku suka. =)






Scene last sekali tu,aku rasa dia angkat kamera guna Wau.Haha.

Kalau guna kren,memang tinggi betul lah kren tu.

Rasa segar bila tonton cerita ni.



6 comments:

naiba said...

cam menarik je..tv bape?

alien said...

kah3..
aku tgk 1jam terakhir ja

Anonymous said...

sedak molep cito nih~;p

shida idris said...

kann, nasib baik tayang jugak lepas 2 kali tunda. gomo kelate gomo...haha

Anonymous said...

Yeah.. Bo lawe staro demo..~! Gomo kelate gomo.. Hahahah..

Btw, scene last skali? Yg mane eh?

StingRay said...

naiba: tak ingat pulak.haha

alien: sama lah.tengok pun dah tengah dah kot.haha

ayu: molep eh? haha.cute sungguh.molep.

shida: la,pernah tunda ke? tak tahu lah pulak.hoho

anon: scene yang gambar dari atas padang terus menuju ke udara.tinggi tu.pakai helikopter? hoho