Tuesday, August 4, 2020

Denda COVID-19

Bila melihat betapa bebalnya masyarakat Malaysia (ya, yang bebal sahaja, yang ikut SOP tahniah), aku rasa, kerajaan dah boleh mula tukar kaedah denda. 

Kalau sekarang kita tengok denda RM1K kalau tak kuarantin di rumah, apa kata kita ubah sikit. 

Caranya, jika individu yang wajib kuarantin tersebut bertanggungjawab sebarkan kepada orang lain (kes berjaya dibuktikan), untuk seorang pesakit yang positif, denda RM1K akan dikenakan. Kalau terbukti kau sebarkankan kepada 5 generasi ke sampai cecah 100 orang, ha, masaklah kau. Buta-buta kena denda RM100K. Tak boleh bayar denda, masuk ke dalam. 

Kejam? Lantaklah, masa sibuk nak jadi ketua kluster, tak fikir kejam pulak kan? Menyusahkan semua orang. Orang awam ni, kena main acah dengan duit, baru diorang boleh berfikir sikit. Bila kena macam ni, aku rasa orang yang wajib kuarantin pun cuak nak keluar dan tak berapa berminat dah nak berebut jawatan ketua kluster. 






Tegas tidak bermakna benci. 

Topeng Muka

Memakai topeng muka sambil mendedahkan hidung, adalah sama seperti kau pakai kondom yang dah digunting kat hujung.  

Ha, tu belum masuk yang jenis letak bawah dagu lagi tu. Baik kau buka seluar, sangkut kat peha kiri kanan kau, kemudian buat tempat letak telur je. 




Useless dan tak faham konsep.