Friday, October 31, 2008

Kakashi Mati?



NEHIIIIIIIIII.............

Semalam Yang Hepi-Hepi







Cukup buat aku gelak berdekah-dekah...hilangkan tensen kerja...hilangkan tensen peribadi..bla bla.....aku suka...


(^_-)


Thursday, October 30, 2008

Pandainya Saya

A untuk Ayam
B untuk Burung


Saya pandai kannn??

Harga Minimum Rokok

petikan dari akhbar utusan: KLIK SINI

ALA...RM6 JE?..UP JE SAMPAI RM600.00! hahahaha!

Aku simpati kepada perokok....ketagihan diorang digunakan sebagai sumber rezeki kepada orang lain.....zzzzz

==================================================

Harga minimum rokok Disember

PUTRAJAYA 29 Okt. - Kerajaan dijangka menetapkan harga minimum rokok RM6 sekotak mengandungi 20 batang atau tidak kurang daripada 30 sen setiap batang menjelang akhir tahun ini untuk mengawal gejala merokok di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, kementeriannya kini di peringkat akhir untuk menyiapkan draf Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Kawalan Penjualan Hasil Tembakau) 2008 bagi menetapkan harga minimum semua rokok yang dijual di pasaran tempatan.

Menurutnya, draf peraturan itu telah dibincangkan dan dipersetujui semua pihak termasuk pengeluar rokok manakala Kabinet menyetujuinya 17 September lalu.

''Menurut hasil kajian Bank Dunia, cukai tembakau dan penetapan harga rokok merupakan strategi paling utama dan amat berkesan untuk mengawal penggunaan tembakau khususnya di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

''Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok yang mungkin membawa kepada penyalahgunaan dadah, kerajaan komited melindungi generasi muda dengan mengurangkan peluang mereka untuk merokok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam aspek ini, Tiong Lai memberitahu, kerajaan telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk keuntungan pihak industri rokok sebelum menetapkan harga minimum tersebut.

''Kementerian mengambil kira semua cukai yang sedang dikuatkuasakan dan keuntungan industri rokok malahan harga minimum rokok ini juga akan disemak semula apabila berlaku perubahan nilai cukai rokok.

''Setelah penguatkuasaan mengenai harga minimum ini dijalankan, peruncit yang didapati bersalah menjual rokok di bawah harga minimum akan didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam pada itu, Tiong Lai memberitahu, kotak rokok akan diwajibkan mempunyai enam set amaran kesihatan bergambar secara bergilir-gilir serta maklumat kesihatan bertulis mengenai bahaya merokok mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 yang diwartakan 15 September lalu.

''Pada Januari depan, mereka dikehendaki mencetak amaran ini sekurang-kurangnya pada kotak rokok bagi dua jenama keluaran mereka sebelum diperluaskan kepada semua kotak rokok keluaran mereka menjelang Mac.

''Menjelang 1 Jun depan, semua rokok yang berada di pasaran tempatan dimestikan mempunyai cetakan maklumat ini dan mana-mana kotak rokok yang tidak mematuhi peraturan ini akan didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Hari Kegembiraan Sedunia

on da way ke opis.....aku rasa teramat mandom sekali....ye la..baru je dapat gaji..tolak sana tolak sini...nombor duit dalam akaun aku dah jadi tak menarik......


time on da way tadi.....tgh sedih aku pikir nasib duit lam akaun aku...aku rasa agak down..

tetiba hati waja aku mula sound aku " baii....ni tuhan nak uji ko je...bawak le sabo sket...kecohhh aaa luu jamil (aku namakan diri aku jamil dalam entry kali ni..)..."...

tetiba aku bangkit dari lamunan....peh..nasib baik tersedar awal..simpang ke mrr2 depan tu je..kalau tak sah masuk kl lagi aku macam aritu... makaseh hati waja sebab sedarkan aku....

jadi..bila sampai je depan opis....tup-tup hp aku berbunyi...aku buka tgk..ada msg dari housemate aku....

" payment da dapat half..diorang bg cek atas nama aku...nanti kita upload ke server".

tuuu diaaaa...aku terus call membe aku tu (rakan se'freelance' aku)....terus tanya..kompom ke ni...ke dia gurau....last2 dia cakap betul...

on da spot jugak aku jerit kegembiraan.......peh.....walaupun pukul 10 pg...lagi sekali aku rasa macam nak gi solat zohor time nihhh....


makaseh tuhan.....

sob sob......nak tisu......

hati waja :" cibaii ah ko....nangis!"...

Wednesday, October 29, 2008

D.O.T.A

Sudah lama aku tak main game ni...selalunya aku dan housemate aku serta budak2 lain yang kerja kat kl ni akan kumpul kat izone (nama sebuah cc) kat jalan klang lama.

selalunya kami akan mula berentap pada ujung mggu...dari jam 12 sampai 6 pagi....waktu tu rate dia rendah...kira2 rm1.50 sejam....


okeh....dota ni sangat best bagi aku....sesapa yang tak pernah kenal dota..sila klik SINI ye..

sejarah dota ni bermula masa tahun 2006...di mana time aku 3rd year dulu kalau x silap.kami akan berentap sesama member masing2....memang seronok..

kalau tak berentap sesama member..aku gemar bermain secara online...aku gunakan GARENA.

antara negara yang aku selalu join channel diorang adalah filipin,india dan amerika selatan.orang2 filipin ni agak sedap untuk ditibai..sebab mereka ni x berapa expert sangat..sebab mudah sangat jadi leaver (tgh main game..tiba2 blah camtu ja a.k.a pengecut)...

geng2 dari benua india lak jenis cakap banyak..suka merepek2 kalau kena bunuh.....


geng2 amerika selatan lak connection dia yarabbi...gila babas lembab...asyik 'hang' je memanjang...

KINI..dah lama aku tak pekena dota....aku sangat rindu...aku rindu nak belasah hero lain..rindu nak guna razor...rindu nak guna barathum...rindu nak TRIPLE KILL....rindu nak GODLIKE..HAHAA...

Racauan Senja Hari Sang Arjuna



Orang selalu cakap....kalau umur dah senja...selalunya orang akan sibuk beribadat...sibuk bersedekah.....sibuk beramal dan bermacam-macam 'ber' lagi......

itu adalah lumrah manusia mungkin..ye lah..masa muda masa dihabiskan untuk bina kareer...cari bini...cari harta....cuma segelintir ja yang bertuah....yang mana celik2 mata..dah pusing seluruh dunia jalan2.....lahir-lahir..dah busan tgk duit banyak dalam bank...

ya..cuma segelintir sahaja...tidak ramai....dan aku TIDAK tergolong dalam golongan tersebut...







Bila aku dah busan



Aku suka badam.

-sekian-

Yeeaahhhh!!.....MAJU KE DEPAN!



Dalam kehidupan seharian...kita mestilah gagah dan berani seperti kesatria baja hitam...

melawan segala dugaan dan cabaran idup sambil mengontrol hensem agar tak nampak buruk....

ya betul.....apa ja yang datang...belasah je..janji enjoyyy!!....

aku tak tahu nak merepek apa...tapi aku terasa nak merepek-repek.....


hidup mesti terusss.....cuma kalo penat tu....take a rest kejap kat tepi..then sambung balik pecut....yeahhh!!

Khazanah aku






Masa aku 1st year dlu....ni le buku aku beli...awal sem satu..bulan 6 tahun 2003...peh..da lama tu..tapi buku ni masih aku gunakan...gmbar kedua tu menunjukkan 1st page dalam buku aku..cuba korang tgk tarikh kat atas tu...klasik kan?....


p/s: fakta menarik - aku menggunakan telinga aku hampir 25 tahun.....hebat kan?

Tuesday, October 28, 2008

Meter Keceriaan Mencanak Naik

Kerja arini sangat 'menensionkan' aku....

tetiba aku teringat 'scene' ni dalam white chicks..jadi aku terus search dalam youtube..dan hasilnya menjadi!..aku tergelak terbahak-bahak sekarang nih..memang siallll terry crews nih......

Tak paham aku..



Sambil jalan2 naik tren..tetiba aku terserempak ngan menda nih..

Apa yang beliau cuba buktikan dengan tulisan camni?

Itu le...kecik-kecik tak nak mampos...dah besar.. conteng tren.....

kang ko da tua-tua besok...anak ko conteng muka ko lak..
(dalam konteks ni..conteng arang di muka pun boleh dikira gak)


baru ada akaaiiiiiiiiii............


p/s: Kalau berani..tulis aaa nama penuh ngan alamat rumah skali no telepon.aku jumpa ko aku nak sepak ko laju-laju....

heeyyyaaa....heyyyooo......jalan herot-herot..



"Siapa yang betul 10 merka?"

aku terserempak dengan tulisan ni kat dinding mana ntah....

apa game yang diorang main?

musykillll.....

siap ada list nama pemain lagi..hehe..

cikkkgguuuuu...ada orang conteng dindinggggg......

Teori Kening



Orang cakap kalau kening bercantum....seseorang tu akan kawin ngan orang jauh kan?...kening aku bercantum ke?...ramai orang cakap kening aku bercantum(kalau tengok dari dekat la...nak tengok dari dekat..sila klik gambar di atas..tapi x nampak pun..)...
abes tu..aku kena kawin ngan orang jauh ke?...


waaa...susah le kalo raya...kalo tak leh balik sekali......


aku memang suka merepek.

Aku suka beefsteak


sumber gambar dari SINI


di mana aku boleh dapatkan daging macam ni?? sumber : di sini

Pengalaman Ngeri Yang tak dapat dilupakan 2

Setelah ngeri dilumur krim oleh orang yang tidak dikenali...akhirnya smpai masa aku menonton crita dlam wayang...


sedang menonton...ada banyak babak yang berlainan..babak gembira..sedih..curiga..marah...cemburu dan pelbagai lagi.....


yang membuat aku rasa cemas dan marah dalam panggung tu...sebab ada sorang mamat yang tak pandai kawal perasaan bila menonton dalam wayang kat blakang aku....


ye la...gila hapa...tau le tu crita komedi....abes tu tak kan ko nak gelak semua scene?..yang babak patut nangis pun ko tibai gelak berdekah2....

memang cibai aahhhh ko (merujuk kepada mamat belakang aku...)

potong stim nak tgk crita tu...

eniwey....akhirnya sampai part yang aku tggu...di akhir crita tu..baru le lagu peberet aku dipasangkan....nasib baik mamat tu tak gelak time lagu ni berkumandang..kalau tak sah sah aku sepak beliau laju-laju....

Pengalaman Ngeri Yang tak dapat dilupakan

Semalam aku pegi time square..jalan-jalan...


disebabkan astro selalu tayang iklan pasal crita "tipu kanan..tipu kiri"....aku tertarik dengan lagu yang diorang letak.. "tipuuuuu kanannnnn aaaaa.....tipuuuuu kirriiiiiiiiiiiii....."...jadi...disebabkan lagu tu ja...aku beli tiket wayang ni...


okeh..bukan itu yang aku nak cerita...cuma..selepas aku bli tiket..aku pusing2 area depan kaunter tiket....

sambil jalan2..ada sorang mamat ni hulur kertas pasal produk yang dia jual.....

aku pun dengan spontan cuba sambut pemberian mamat tuh...tiba-tiba..

(pengalaman ngeri bermula di sini)

beliau tarik tangan aku..dan tanpa kerelaan aku....AUUWWW!!...

karim..cukup..jangan buat aksi bapuk..(aku namakan aku sebagai karim dalam entry ni..)

setelah ditarik...beliau dengan pantas dan tangkas letak krim yang dia jual atas tangan aku....klepek!...dilumur-lumur tangan aku...kemudian digosok-gosoknya tangan aku lagi.....aku da tergamam...aku da kaget..aku da cuak....mau tak cuak..banyakkk baii dia letakk...

da siap dilumurnya....dia bandingkan tangan aku dengan tangan yang sebelah tadi....kemudia dia tanya... "beza tak?..yang saya lumur tadi da cerah sket kan? " ..aku diam..dlam hati aku ngomel "samaa ja..".

aku agak lega..sebab semuanya dah berakhir......

tiba2...kelepek!!!...sekali lagi beliau letak krim tu kat idung aku....sambil2 mengomel..beliau usap2 idung aku....diulang...beliau usap2 idung aku....aku dah meremang bulu roma...

dah siap semua..aku blah terus.....x pandang blakang dah..sumpah aku cemas...

dah jauh aku blah dari situ..aku mula perasan..apahal mamat yang jual tu muka dia berjerawat / berjeragat sana sini...

camna bleh dia jual produk kecantikan/kesihatan?...




Friday, October 24, 2008

DEJAVU?...DEJA MOSS??...aahhh..mana aku tau..

kadang2..aku terkejut dalam dunia blog ni..ye la..bila aku explore ke blog lain..ada yang aku jumpa yang mana cara pemikiran diorang...cara penulisan diorang..mirip atau sama dengan aku....


cara humor disampaikan...cara merapu..ada yang sama..ada yang sipi2... hehe...semestinya aku kagummm..kagum sebab aku ada orang yang sekepala dengan aku di luar sana...dan aku sangat senang dengan kehadiran mereka....


...aku tidak kesorangan...

Gelojoh



Apa?....dia teguk beer 1 liter?......

kalau brani meehhhhh aaa lawan teguk epal aloe vera 1 liter.....!!!

ujarku selepas berjaya tibai 1 kotak air peberet aku.....

cakap sambil genggam-genggam tangan....muka kerut2....


p/s: aku suka epal aloe vera 'brand' F&N...yang MARIGOLD ni pilihan terakhir kalau F&N x ada...sebab aku suka F&N??...sebab dia tak ada bahan pengawet...

AUCHHH....terkejut tau!

Balik keja semalam......aku tunggang kriss evo aku dengan tenang...setenang lembu susu new zealand dalam iklan meragut rumput tanpa risau memikirkan tentang hutang PTPTN....

jaba...tolong kurangkan merepek.. (aku namakan diri aku dengan jaba ...bukan nama sebenar)

aku teruskan perjalanan aku...lalu depan ampang point...kuar jalan ampang...masuk MRR2....

naik fly over...lalu sebelah kondo mewah otam(dia tak kenal aku..aku kenal dia melalui blog).....dekat2 nak sampai TESCO ampang....tiba2 ada sebuah motor bergerak di sebelah aku......nak kata dia nak potong....tak potong.....

time tu aku cuba melayan lagu dari hp aku..buat2 tak ada apa...lagu "sultan of swing" berkumandang...sungguh tenang dan cool rasanya pada masa tu........

tiba2 motor tadi datang lagi...kini dia ke depan sket..dari kerlingan mata aku..aku nampak penunggang tersebut...seorang mamat india....mulutnya kumat-kamit.....cakap apa ntah...

aku dah kaget..mintak-mintak jgn le dia baca mantera-mantera untuk menggoda aku...aku tau aku jambu..tapi aku bukan gay......

aku juga risau kalau2 dia kuarkan pistol seraya menembak aku bertalu-talu yang semestinya akan rasa sangat sakit kalau kena...

tiba2..sayup2 kedengaran " sri gombakkkk " baca dalam nada gema...

aku pusing muka aku..ngadap dia...kami berdua berhentikan motor tepi jalan..lepas tu dia ulang dialog... "macam mana mau pegi sri gombak?"....aku lihat dia berkasut hitam berkilat...sluar slack..berkemeja.... "pegi interview ke?" ujar aku dalam hati...

sri gombak?.....peh..sesat sampai ampang mamat nih...jadi..selaku warganegara contoh..aku pun terangkan dengan penuh profesional jalan yang patut dia lalu......

dah setel aku cakap....dia blah...masa tu aku pikir..mesti jauh datang mamat nih....paling2 koman perak ke...pahang ke...mlaka ke....

tup2 nampak plet motor mula huruf 'B'.

orang selangor?

tak semestinya kan?...........

gud luck ravi..aku harap tengah2 hari camni..ko da selamat sampai sri gombak....

Thursday, October 23, 2008

kudaku lari gagah beraniii.......



ala..kira ok la tu..... heheee......

aeiou....



Dalam keretapi peluru....ketika di jepun....


....................

.......


aku tipu....tu tren LRT..... KL -> bkt jalil..

HapaCrita Kehairanan - Edisi Beg Hijau...



Kadang-kadang...bila aku kuar jalan2...aku akan terjumpa macam2 cara pemakaian manusia di kuala lumpur nih.....


sebelum balik raya aritu..aku kuar ke kl jap...nak beli baju raya...so..dalam tren ke kl...aku terserempak budak sekolah sorang ni....

secara tiba-tiba aku menjadi kompius yang teramat sangat.....apa yang dia bawa dalam beg tuh?..

kain pelekat untuk solat?......jadi...aku mula terpikir..adakah ini trend terbaru?..adakah aku ketinggalan zaman?....

sebab..setibanya di kl..aku lihat ramai plak yang galas beg macam nih....adakah ini menyambut saranan untuk mengurangkan beg plastik yang boleh mencemarkan alam sekitar?

kalau ya....Tahniah...anda memang perihatin.....

tapi jgn harap aku nak galas beg camni....

sebab?..... sebab aku suka melenggang....

lenggang-lenggang kangkung..kangkung di tepiiiiii paya....
(nyanyi2 sambil tepuk tangan dengan riang ria dan sambil tersenyum..jgn masam2.... )

Mari minum teh macam aku.....

Aku amik artikel ni kat sini....aku malas menulis...

kan aku suka minum teh...hehe

TEH DAN KANSER



Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.


Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

====================================================


INGAT!!.....teh o tau..bukan teh + susu.. =) =)

Pagi yang Steady...

Tet tenenet....tet tenenet.......tet tenenet......

bunyi alarm clock aku....yeah.....bangun...mandi.....pakai deodorant....pakai baju..sluar......amik laptop,hp..wallet...

turun bawah....buka pintu....

WAHHH..semua berjalan dengan smooth pagi ni..

pakai kasut...kunci grill.....

sumbat earphone kat tlinga...pasang lagu kat hp walkman kesayangan aku....

lagu hujan berkumandang....lagu dugaannya....peh...memang kena ngan pagi yang steady nih...

aku start kriss evo aku...enjim berderum....pakai helmet....pakai cermin mata itam....terus tiba2 aku rasa aku jadi arnold dalam terminator...cuma aku tak bawa senapang...dan aku tak nak bawak sebab nanti kalau ada road block jenuh aku nak menjawab...tak kan aku nak cakap aku sedang buru polis yang boleh jadi besi cair...mau ditampar pak cik polis yang kepalanya penuh dengan tekanan kerja itu.....sudah...hentikan merepek...

okey.....aku meneruskan perjalanan ke opis aku di ampang.....

aku melepasi bukit jalil...steady.....masuk hway kl seremban...steady...dan aku kena naik MRR2 lak....pastu...

tiba2..minda aku tanya otak aku satu soklan .....

aku pula cuba menghayati perbualan antara minda dan otak aku time tu....


minda: " otak..lagu ni tak best ahh...ko antar isyarat kat tangan.suruh dia tukar lagu lain"..

otak: " malas ahhhh....tangan tgn pegang handle tu...bahaya kalau lepas"..

minda: "ala..plz la...aku da busan dengar lagu ni.."

otak: "tak nak ahh..kang eksiden macam aritu..ko x tau macam mana teruk aku bergegar..aku tak nak tuan kita kena gegaran otak..."

minda: " ye la...aku merajuk aaaa"


perbualan diorang mati kat situ...tiba2 aku tersedar...aku da masuk dalam KL....

LAHANAAATTTTTTTT!!.....

terlepas masuk MRR2 tadi..... keypadlock!!!

terpaksa aku




HapaCrita Wasiat - Edisi Insaf

Ehem...ehem....

uhuk uhuk....dua hari...aku terlantar kat rumah,aku demam......sampai x da daya nak buat kerja...aku cuma rehat..rehat..rehat......


time tu aku terpikir...macam mana kalau aku mati?...... kerja opis lum siap.....tanggungjawab kat mak ayah di kampung lum setel...utang PTPTN lum abes....aku pun lum kawin.....

semua tu aku terpikir.......

dan last skali...aku terpikir...sapa nak update blog ni kalau aku 'tak ada' nanti??..

oleh itu...aku nak cakap kat sini..kalau korang tgk blog ni tak ada apa2 update dalam tempoh lebih dari sebulan...maknanya aku tak ada lagi di atas bumi ni.....aku sedang berada di dalam bumi....


dan....masa tu......ringan-ringankanlah mulut korang sedekah al-fatihah kat aku...ye...


salam.....

(^_-)

Tuesday, October 21, 2008

ABC...123



warna warni kehidupan..lalala...


aku busan...




Monday, October 20, 2008

HapaCrita Berpesan - Edisi Rokok



No komen....he he he..

baca fatwa kat situ tu..ha..nampak?..nampak?

HapaCrita Mengketedarah - Edisi Nasi Ayam SOGO




Anda semua tahu apa itu SOGO?...TAHU?...bagusss......
bagi yang tak tahu dan buat-buat tak tahu..
anda semua boleh lihat DI SINI tentang apa itu SOGO.

Okess..berbalik kepada tajuk asal...nasi ayam sogo adalah nasi ayam terhebat dalam idup aku...aku da rasa banyak nasi ayam kat malaysia nih..dari perlis ke kedah....sampai penang..perak..pantai timur..johor..bla..bla....dan TAK ADA...diulang...TAK ADA yang boleh celen nasi ayam sogo.....

Mari kita pergi lebih dalam....kita tgk apa itu nasi ayam sogo....

Untuk pergi ke kedai nasi ayam ni...korang semua kena ke FOOD COURT sogo..FOOD COURT di sini bermakna is berada kat tgkat atas..tingkat 6 kot kalau aku tak silap...kedai dia senang je..dekat dengan 'eskelator'.so..bila korang sampai je aras food court tu..korang da nampak kedai dia...

Nasi ayam kegemaran aku adalah NASI AYAM HAINAN DRUMSTIK. harga dia dulu rm4.50..tapi sekarang da jadi rm5.Kalau nasi ayam biasa dalam rm3.80 rasanya.okeh...aku tunjukkan gambarnya...



Nampak?...simple kan?..x da la 'GRAND' sangat dari segi hiasannya....tapi..di sebalik 'kesimplelannya' itu le tersembunyi kehebatan nasi ayam nih....

Dalam gambar tu..korang leh nampak sos cili dia,sos pedas (warna hijau) ,kuah sup yang sedap dan kicap pekat manis(pekat betul-betul pekat,tanpa tambahan air yang menjadikannya hampeh)....

ok..aku ada sebut sos pedas kan?..untuk pengetahuan korang..aku penggemar makanan yang pedas..dan bila aku cakap pedas..bermakna ia betul2 pedas..bukan pedas seperti maggi kari berapi yang hanya hebat pedasnya di iklan tv sampai terbakar-bakar (betul ke kata ganda nih?)..tapi bila dimakan terasa macam makan gula-gula lolipop.......langsung tak pedas...

berbalik kepada kisah nasi ayam....

sos cili merah tu..sangatlah sedap..korang leh rasa perahan limau nipis..tomato..cili dan beberapa ramuan lain yang dimasukkan dengan 'kuota' yang sangat tepat bagi selera aku....OH YEAHH!

Sup yang dihidangkan adalah betul2 rasa pati ayam... sedap...

Nasinya memang wangi........

Tomato,timun yang diorang letak..semuanya FRESH!..

Dan...yang terakhir sekali.....AYAM yang segar...besar....dan SEDAP.....OH YEAH LAGI!





Kan aku da cakap..nasi ayam ni sedap....

dah 2 tahun lebey aku makan nasi ayam ni...

rasa dia LANGSUNG TAK PERNAH BERUBAH.

dan aku akan terus datang sampai bila pun aku tak tahu....





Sunday, October 19, 2008

Saya suka ikan


auchh!...aaarkk.....aaaaa.....geli lah..........




bunyi mulutku di luar kedai.....


menarik kan ikan ni.......



sesapa ada cagu....jgn memandai k?

Owhhh....patut la...


Kadang-kadang aku terpikir..apahal banyak sangat gambar dalam blog aku nih? Pernah ke aku ikut kelas fotografi selepas kerja?...jawapannya tidak...pernah ke aku ada kedai gambar?..tidak jugak jawapannya......ketika aku sedang pikir-pikir kenapa......tiba-tiba.....aku ternampak sijil aku yang dulu-dulu....



ooooo......patut laa..............



NAIB SETIAUSAHA tu baiiiiii !!!!!!

TAG?




Tentu korang semua pernah tgk beg seperti di atas kan?...cuba perhatikan betul2
di atas beg tersebut....ada 'kertas' @ tag yang dibalut pada pemegang beg...yang menunjukkan MAS atau apa2 syarikat penerbangan.....


soklan aku....
1.Apahal dalam tren komuter pun dia nak heret Tag nih?..
2.Adakah beliau cuba untuk menayang kepada orang ramai bahawa beliau baru sahaja turun dari besi terbang?....
3.Adakah undang2 penerbangan @ bagasi menentukan bahawa tag tersebut tidak boleh ditanggalkan sehinggalah sampai di rumah?
4....adakah tag tersebut akan meletup jika ianya ditanggalkan?....
5.Yang terakhir....bolehkan aku amik tag yang




sesiapa yang berotak bijak bernas pintar mantar....tolong bagi penerangan ye..sebab aku sangat2 kompius.....

Dugaannya



Apakah anda akan fokus bila menda ni berada BERTENTANGAN dengan bilik meeting anda?

kisah benar: aku nampak orang menari ballet (berbaju ketat semestinya kan?) ketika bos aku sedang memberi taklimat di dalam meeting....kesudahannya aku terpaksa tukar seat untuk 'memokuskan'(untuk budak2 sekolah,jgn guna perkataan ini k? ) diri aku.

Thursday, October 16, 2008

Monolog



Terlalu lama aku berada dalam sempadan gelap..
aku perlu melangkah ke sebelah sana..
ke sempadan cerah.......yang lebih luas....

dengan kadar S.E.G.E.R.A!


...

..

.


ahh..malas ahhhhhh.....

Intelek

Sila baca menda ni.. (klik di sini)

HapaCrita Impian - UTOPIA

Aku sukakan alam yang hijau.....simple.....dan TANPA ASAP ROKOK











semalam ashtray kat rumah aku tumpah.....dalam ashtray tu ada air..dan air tu kena baju aku...seterusnya baju aku berbau rokok........



aku da nekad...memang aku nak letupkan semua kilang rokok kat dunia ni! korang tggu je la....

dan hari ini..dengan rasminya aku mengisytiharkan...ROKOK MUSUH AKU.

Astro dan siaran - siarannya

Menonton Discovery Channel sangatlah mengasyikkan........dari channel 551 sampai 556 semua aku balun..sampai kadang2 x tahu nak tgk yang mana satu bila ada 2 atau lebih tayangan yang superb bagi aku ditayangkan secara serentak...

tapi aku lagi nak marah dan tak puas hati bila menda ni jadi di kala cuaca teramat elok dan tenang....


Cendol Pulut



Okeh..aku nak bercerita pasal cendol pulut...mggu lepas..kat pintu masuk masjid pandan indah..ada sorang ni...pak cik ravi (bukan nama sebenar) menjual cendol pulut...situasi yang beliau wujudkan ketika itu amat tepat dan kena sekali....

meh aku gambarkan.....

hari yang panas...orang berpusu-pusu ke solat jumaat..panas terik..terasa bahang matahari..tempat dduk dalam masjid penuh...tekak rasa kering......dan ada gerai cendol depan korang..

jadi aku amik keputusan untuk pekena cendol pulut beliau....hasilnya..sangat sedap...dan aku dengar khutbah sambil makan cendol pulut...sangat sedap..........


nasib baik ada cendol pulut..kalau tak..da lama aku hirup air kolah nih..



p/s: apa beza air kolah dengan air kolam??

Membudayakan Bahasa Melayu



Aku bangga bila bahasa melayu ada di mana-mana.....smpai dalam yahoo pun dah ada..

ok..sekarang cuba korang klik gambar di bawah...besarkan....dan cuba lihat apa yang x kena....



jumpa?...okeh..cuba perhatikan "Maut Turun Fail".

MAUT?????.......kamon la bai..menda formal camni..jgn la wat kelakar..aku da lama tgk..aku ingatkan diorang nak betulkan....x betulkan jugak.....makan gaji buta la korang ni..macam aku gak!...hahaa....


A.R.N.A.B

Sapa tak kenal arnab?......kiut kan mereka ni semua?......





dan cuba bayangkan anda semua tgh lapar gila....
tetiba ternampak menda ni ....


Yaaaa........Arnab gorengggggggg.........


Ahhh..persetankan kiut......

Hapacrita Musafir - Edisi Temerloh dan Ikan Patin


Temerloh??....


Well...bebaru ni...akak aku kawin ngan orang temerloh..alhamdulillah...
seperti yang saudara-saudari semua tahu...dan kalau tak tahu..meh aku nak beritahu..temerloh terkenal dengan ikan patin...kan?..
jadi..suka di sini aku nak bercerita dengan apa yang aku makan kat sana...dah tentu IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK....yeehaaa..bagi yang tak pernah tgk IKAN PATIN dan masakan IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK..sila tgk di bawah ni ye...



Kesimpulannya...aku suka masakan nih..sedap...3 kali tambah nasik baiii....
Masa aku blajar dlu..aku selalu makan masakan nih...hampir tiap2 hari aku jamah ikan patin masak tempoyak..tapi tak sesedap kat temerloh nih....memang kena pegi tempat asal dia kot..baru sedap..haha..ceh..psikologi je semua tuh....

( contoh: bagi yang da kawin...kalau bini korang mengidam..dia ngidam contohnya sup arnab berbulu emas...peh tu cuba korang beli sup ayam kat kedai makcik aloyah sebelah pokok rambai belakang kedai amat.....bagi dia makan....mesti dia kata...sedapnyaaaaaa sup arnab berbulu emas..... okeh..berhenti merepek...)

Dalam perjalanan pulang..aku ternampak signboard nih..


Kuala Lipis?...teringat plak komuniti lipis yang suka berblog....macam kumprinx yang kelakar dan berdikari ,otam yang kental ,pipi yang ada gambar baru nampak puting seksi baiii.. dan amar yang boleh nyanyi lagu The Killers....

best gak kalo ada membe2 sekampung,setaman,sekerja yang ada blog..leh saling berinteraksi....tapi aku solo2 je.....dan aku suka bersolo macam ni..untuk masa sekarang...sebab komuniti aku belum lagi terdedah dengan budaya blog nih....biarkan..nanti aku exposekan sket2 utk diorang..

WAHHH..da lari dari tajuk asal....okeh..sebelum aku lebih mengarut..aku buat ending crita ni terus k?....

okeh..aku tinggalkan temerloh...tinggalkan ikan patin...aku tinggalkan lipis...aku menuju ke kinrara...untuk tidur...penat baii drive..

Tuesday, October 14, 2008

HapaCrita Madah - Edisi kembang tekak

"Sekarang wa bleh LEPAK CHILL.."


Itu le ayat yang aku dengar dari sebuah radio.....


hapakejadah "lepak chill" nih?.....
konon-konon cool la tu....kembang tekak aku dengar..


"lepak chill"..??....CHILL LUUUU!....

Evolusi

Evolusi ...hummm... perkataan evolusi ni...selalu korang dengar kan?..menda ni lebih kurang macam pembaharuan..bermakna..dari bentuk asal....akan bertukar secara perlahan-lahan kepada bentuk yang lagi ekselen atau yang lagi canggih dari bentuk asalnya....

Evolusi ni boleh digunapakai dlam banyak perkara...dalam kes manusia..ada yang mengatakan manusia berevolusi dari keturunan beruk....lantak diorang la..yang aku tau..aku dari keturunan nabi adam yang sempurna ciptaannya...

dan aku rasa yang diorang jumpa rangka manusia yang macam beruk tu..aku rasa tu keturunan yang disumpah menjadi kera @ monyet oleh Allah SWT kepada kaum nabi yang terdahulu.KOrang ingat lagi kisahnya?...ala...yang diorang tangkap ikan time orang pegi solat tu...last2 kena sumpah jadi kera..aku rasa..yang tu kot yang diorang jumpa...wallahualam..

okeh.berbalik kepada tajuk evolusi tadi...kadang2..menda2 macam ni akan mendapat kritikan dari pandangan masyarakat sekeliling...yang sudah biasa dengan sifat asal sesuatu menda tersebut yang mana jika diubahsuai sikit..terus mendapat celaan atau kutukan sebagainya....

jadi...persoalan aku di sini...

Salah ke aku makan maruku dengan kuah laksa?......SEDAP LA!



HapaCrita Video - Discovery Channel

Bila balik dari kerja,aku suka tgk saluran discovery channel...
antara menda yang boleh buat aku tersenyum...adalah menda ni....korang tgk sendiri... =)




Unit multimedia diorang ni sangat kreatif..aku suka vklip ni...mereka berjaya menambahkan rasa sayang aku pada bumi dan aku sememangnya sayang bumi ni...aku suka tempat yang x ada pencemaran......aku impikan utopia tanpa asap rokok sebenarnya...


WEIIII..korang yang isap rokok tu berenti le...isap le menda lain yang lagi berpekdah...

tapi aku tau..selagi aku x da Unit GUNDAM aku..aku tak akan berjaya memusnahkan semua kilang rokok di dunia...dan aku akan terus menghidu asap rokok..walaupun aku tak merokok....

utopia tetap menjadi utopia......sigh...

Monday, October 13, 2008

HapaCrita Muzik - Afgan

Afgan...antara nama artis yang aku kagum...aku kagum dengan bakat dan suara yang dia ada.Dengan gaya simple,muka skema + nerd...tapi suara dia..mak ai...aku tabik baiii..memang sedap didengar...korang dengar le sendiri..kalau x sedap..mungkin bukan taste korang la kot...tapi aku suka..aku peduli apa.....hahaha...

G.U.N.D.AM

Ya..gundam...aku kompiden..tak ramai dari korang yang kenal menatang ni...menda ni adalah imiginasi hasil dari buah pikiran otak jepun yang sangat COOL bagi aku....

mengisahkan tentang pilot-pilot dan robot perang mereka....

nak tgk gambar?...jap aku tjuk...



Well...ni le antara menda yang aku minat sangat.....kalau le aku ada menda ni.....aku nak buat 3 menda!


1.Aku nak tembak SEMUA KILANG ROKOK di dunia....
biar mampus dan persetankan semua rokok-rokok....HAHAHA! (gelak cara abes2 evil)

2.Aku nak hancurkan ISRAEL! (Ekceli,tentera Zionis sebenarnya)

3.Aku nak pegi tapak pendaratan APOLLO amerika kat bulan...nk tgk..betul ke diorang da mendarat kat bulan...kalau tak ada kapal diorang..maknanya..aku le manusia pertama kat bulan... COOL kan??
kalau kapal diorang ada..aku nak angkut dari bulan pehtu letak kat batu caves..sebelah patung besar tuh.....pehtu claim yang diorang salah mendarat....kuikui...

dah dah...sambung buat kerja....

haihhhh......

Friday, October 10, 2008

Hapacrita Romantis - edisi C.I.N.T.A


hummm...cinta??...bg aku...


Cinta akan melambangkan sesuatu yang agung,manis,ceria,berbunga-bunga,lari-lari lompat,terawang-awangan dan sebagainya JIKA ia dibawa oleh orang yang betul,pasangan yang betul,masa yang betul dan dengan cara yang betul....


SEBALIKNYA....

Cinta akan melambangkan sesuatu yang amat hampeh,seksa,derita,sakit hati,lompat-lompat tikam,azab,sakit dada,sakit jantung dan sebagainya JIKA ia dibawa oleh orang yang salah,pasangan yang salah,masa yang salah dan dengan cara yang salah.....



selain dari itu....cinta boleh la dikategorikan biasa2 ja...


korang???.....yang mana satu?...ha...pilih-pilih....

Wednesday, October 8, 2008

K.E.M.B.A.R.A

Aku cuba utk cipta dunia aku sendiri dalam blog ni..dunia yang hepi semata2...tapi..tadi tetiba aku terdengar lagi nih.....

aku tak tahu napa aku tiba2 leh down.....down yang tersangat2...sampai ke dasar apa yang aku pun x tahu..yang aku tahu..aku down gila-gila......


korang emsti pernah dengar lagu ni..atau sebetulnya sebuah nasyid...dari al-jawaher...tajuknya kembara di tanah gersang.....

aku sangat kenal lagu ni..dan aku sangat kenal situasi 'tersebut' semasa lagu ni berkumandang di 'ketika' itu..... korang x akan paham apa yang aku cakap...sebab aku saja yang tahu menda ni....dan..biar jadi rahsia aku sampai mati......

sesunggunya....aku tgh down.... ~


Limau nipis versi raksasa



ni perbandingan antara limau nipis normal (yang aku pegang) dengan limau nipis versi raksasa yang ditanam oleh mak ayah aku....besar kan?



teringat limau ais lak...

Tuesday, October 7, 2008

sebuah dialog kreatif di pasar malam..

pembeli 1 : "bang...saiz apa yang ada ni bang?"

brader jual baju :" yaaa...beli2. ada saiz S,ada saiz M, ada saiz L....."

disambungnya lagi.....

brader jual baju : " S untuk Sendat, M untuk Muat, L untuk Longgar"....

aku :............tersenyum...........

buah apakah ini?

ada sesiapa bijak pandai di sini?..aku terserempak dengan buah ni kat temerloh..pahang.....sapa tau apa namanya?


ketupat daun palas

Ketupat daun palas....apa?..bercerita?...aku malas...tgk je la gambar ye..





ha..setel..da siap dimasak..makan makan..tambah tambah....