Thursday, October 30, 2008

Harga Minimum Rokok

petikan dari akhbar utusan: KLIK SINI

ALA...RM6 JE?..UP JE SAMPAI RM600.00! hahahaha!

Aku simpati kepada perokok....ketagihan diorang digunakan sebagai sumber rezeki kepada orang lain.....zzzzz

==================================================

Harga minimum rokok Disember

PUTRAJAYA 29 Okt. - Kerajaan dijangka menetapkan harga minimum rokok RM6 sekotak mengandungi 20 batang atau tidak kurang daripada 30 sen setiap batang menjelang akhir tahun ini untuk mengawal gejala merokok di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, kementeriannya kini di peringkat akhir untuk menyiapkan draf Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Kawalan Penjualan Hasil Tembakau) 2008 bagi menetapkan harga minimum semua rokok yang dijual di pasaran tempatan.

Menurutnya, draf peraturan itu telah dibincangkan dan dipersetujui semua pihak termasuk pengeluar rokok manakala Kabinet menyetujuinya 17 September lalu.

''Menurut hasil kajian Bank Dunia, cukai tembakau dan penetapan harga rokok merupakan strategi paling utama dan amat berkesan untuk mengawal penggunaan tembakau khususnya di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

''Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok yang mungkin membawa kepada penyalahgunaan dadah, kerajaan komited melindungi generasi muda dengan mengurangkan peluang mereka untuk merokok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam aspek ini, Tiong Lai memberitahu, kerajaan telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk keuntungan pihak industri rokok sebelum menetapkan harga minimum tersebut.

''Kementerian mengambil kira semua cukai yang sedang dikuatkuasakan dan keuntungan industri rokok malahan harga minimum rokok ini juga akan disemak semula apabila berlaku perubahan nilai cukai rokok.

''Setelah penguatkuasaan mengenai harga minimum ini dijalankan, peruncit yang didapati bersalah menjual rokok di bawah harga minimum akan didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam pada itu, Tiong Lai memberitahu, kotak rokok akan diwajibkan mempunyai enam set amaran kesihatan bergambar secara bergilir-gilir serta maklumat kesihatan bertulis mengenai bahaya merokok mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 yang diwartakan 15 September lalu.

''Pada Januari depan, mereka dikehendaki mencetak amaran ini sekurang-kurangnya pada kotak rokok bagi dua jenama keluaran mereka sebelum diperluaskan kepada semua kotak rokok keluaran mereka menjelang Mac.

''Menjelang 1 Jun depan, semua rokok yang berada di pasaran tempatan dimestikan mempunyai cetakan maklumat ini dan mana-mana kotak rokok yang tidak mematuhi peraturan ini akan didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

2 comments:

naiba said...

btul..naikkan harga tu lg tggi..bior sumer org x mampu beli...

bkn de pekdah pn rokok tu

(sori...ter 'emo' lak)

StingRay said...

nor: emo eh? haha..tau pulak emo.