Friday, February 26, 2010

S.O.S

Jika kamu terjumpa proton saga BLM warna silver,driver pompuan cina,no plate WT*****...depan dan belakang ada tampal sticker 'P' dan SEBELAH KIRI KERETA TERSEBUT ADA KESAN MACAM BERGESEL,sila email aku no plet penuh dia.Email ke hapacrita@yahoo.com.Ganjaran akan diberikan jika betul orang tu yang langgar.Mungkin area ampang/pandan kot keta ni akan ada.

Kesian PS aku.Tolong ya.Thanx!


Thursday, February 25, 2010

Menara Maxisegar



Dulu,masa aku sekolah rendah dulu,tiap-tiap hujung tahun aku akan datang ke KL.

Bila aku datang KL,aku mesti akan lepak kat rumah akak aku di Pandan Indah.Masa tu,kalau aku buka tingkap kat rumah akak aku,selain dari bangunan Maybank kat KL,aku akan nampak bangunan satu ni.Bangunan ni puncak dia tajam.Aku selalu bayangkan bangunan ni macam pensel.Pensel petak.

Sekarang,dah tahun 2010.Aku kerja kat kawasan Ampang Jaya.Hari-hari aku akan lalu sebelah bangunan ni masa pegi dan balik keja.

Dan...aku tak tahu kenapa,aku tak jemu-jemu pandang bangunan ni.







Nak kata aku pernah dating dengan Lisa Surihani kat bawah bangunan tu masa sekolah rendah dulu pun....tak jugak.

Karam Singh Walia dan Aduan Rakyat

Semalam aku layan tengok Aduan Rakyat.

Sedih jugak.Ada kes yang sampai kutip makan hasil buangan pun ada.Sedih jugak tengok nasib orang yang susah camtu.Bermalam pun merata-rata.Siap ada anak.Tapi heran jugak,pakaian agak bergaya.Tak apa lah,masing-masing ada sebab.

Yang paling aku tergelak besar sekali,pasal kes sampah kat Sabah.Masih tengiang-ngiang kata Karam Singh Walia dalam kepala aku.



"Mereka ini perlu diajar dengan tegas...ibarat ayam dihentakkan kepalanya!"




First time aku dengar dowh peribahasa tu.Gilababi rare.

Karam Singh Walia,saya suka cara anda.

Antara Shin Pad,Nestum dan....

Lokasi:Smallville
Tahun: 1993 (Darjah 3)

Masa kat kampung dulu,petang-petang aku suka berkayuh basikal dengan membe-membe.Disebabkan aku kacak,pandai dan hensem serta mempunyai basikal BMX yang cantik,aku dilantik sebagai ketua kumpulan.Sebagai ketua kumpulan,aku mesti kayuh depan sekali.

Selalunya petang-petang macam tu,aku suka merayau ke kawasan sekolah.Ini bertujuan supaya tak ada budak kampung seberang yang datang buat onar kat kawasan aku.Onar di sini bermaksud perlakuan seperti melastik burung di kampung aku,kacau awek-awek kampung aku dan membuli membe-membe aku.

Aku mulanya tak amik port sangat budak-budak kampung lain ni.Tapi memandangkan diorang ni kalau masuk kampung aku suka sangat membuli,aku terpaksa menunjukkan kekuatan sebenar sebagai seorang power rangers.

Satu hari,membe aku ajak pegi pekan terdekat.Tujuannya nak beli shin pad.Biasa la,ada shin pad baru sedap sikit nak langgar-langgar masa main bola petang-petang.Selaku ketua yang gagah dan hensem,aku pun join sekali.Mana boleh hampakan membe baik.Lagipun setakat nak berkayuh 5 km ke pekan terdekat tu,small matter orang putih kata.Tapi sekarang orang yang tak putih pun boleh kata jugak.Obama contohnya.

Kami akhirnya tiba di pekan.Dah siap beli,aku ajak balik.Tapi membe aku ni ada cadangan best.Dia ajak pegi rumah cikgu bahasa inggeris kami.Cikgu tersebut adalah serang amoi yang cun.Aku dah tak sedap hati.Nak tak nak,aku follow la jugak.Malas nak balik sorang-sorang.

Setelah mengetuk beberapa kali tanpa memberi salam secara islam,cikgu bahasa inggeris aku pun buka pintu.Kami dijemput masuk dengan mesra.Dah masuk,dia terus bancuhkan nestum untuk kami berdua.Sambil minum,amoi tadi layan kami borak-borak dengan mesra.

Masa minum,mata aku memang letih nak tahan pemandangan pertama.Dah nama pun amoi,duduk rumah mesti pakai short ja.Short yag gilababi short.Aku nak telan nestum tu pun macam lekat kat leher.Mata dah susah nak berkelip.Masa tu aku dah tak pikir pasal membe aku dah.








Masa berkayuh balik tu,5km aku rasakan macam 500km.Kepala lutut rasa macam tak kuat ja.

Kenapa ya?

Cash Out Nuffnang

Heh..first time cash out.

Rasa macam malam pertama.Berdebar-debar.


Wednesday, February 24, 2010

Tentera



I rela kena tembak dengan you.

Auww...!!

Fesbuk

Aku dah deactivate akaun aku.

Bila buka FB tu,kepala aku rasa semak.Memang tak ngam dengan jiwa aku.






Hik! Hik! Hik!

Tuesday, February 23, 2010

Kejadian-kejadian jenis DEMMIT.

Aku tengah tekun buat kerja.Kod-kod sistem ni bukan buleh main-main.Kang salah tulis,lain pulak jadinya sistem nih.Kalau dikira,aku pun dah tak tau brapa banyak baris kod aku dah godek-godek sepanjang aku kerja 3 tahun ni.Tu tak termasuk masa belajar dulu lagi.Rasanya dah main juta-juta baris.

Tengah sedap melayan kerja,tiba-tiba aku dapat satu email.

"Jom ikut ke saya ke seminar bisness XXXXXX malam ini."

Begitulah tajuk email tersebut.

Aku dah mula menyampah.Pantang betul ntah sesapa yang cuba hantar email sebarangan kat aku.Buat menyemak inbox ja.Mula-mula aku buat tak peduli ja.Tapi,masa tengah buat kerja,idea nakal aku mula datang.

Aku buka inbox email aku,dan aku terus klik butang reply email tadi tanpa banyak soal.Laju je aku taip menda ni.

"Kalau awk kawin dengan saya,baru saya pergi...hik hik hik".

Lepas taip...aku terus hantar laju-laju.Muka aku dah sengih-sengih.Nak tergelak pun ada.Ha,usik sikit orang marketing diorang ni.Setelah puas gelak sorang-sorang,aku buka semula email yang aku hantar tadi.Pastu aku tengok sapa nama mangsa aku.











Dalam email tu,kat bawah sekali,tertera dengan jelas gambar dan nama penghantar email tadi.Beliau adalah seorang lelaki.Bermisai lebat.

Bontot aku tiba-tiba terkemut dengan sendirinya.

Demmit.

Hari Terbuka Asrama

Lokasi: Asrama Remaja-Remaja Genius
Tahun: 1999 (Form 3)

Speaker kat dewan makan mula memainkan lagu-lagu.Kadang-kadang diselang-selikan dengan nasyid.

Budak-budak semua bertungkus lumus buat sentuhan terakhir pada dorm masing-masing.Aku tak terkecuali.Semua gambar aku sorok.Risau jugak.Hari terbuka asrama adalah hari di mana budak asrama pompuan buleh melawat asrama lelaki dan begitulah sebaliknya.

Pada acara yang sama dulu,gambar aku dalam locker pernah kena curi dengan budak pompuan.Inilah delima jadi pelajar kacak dan hensem.Jenuh jugak aku kena buat rundingan damai untuk dapatkan semula gambar tersebut.Dulu bukan senang nak amik gambar,kamera pun amik yang akak.Pastu kena pegi cuci lagi.Sekali pikir,macam jebon jugak aku punya gigih masa tu.

Berbalik kepada situasi tadi,setelah puas hati dengan kekemasan dorm masing-masing,kami berkumpul di bawah asrama.Warden bagi isyarat yang sesi lawatan dimulakan.

Maka berbondonglah kami budak lelaki menuju ke asrama pompuan.Muka masing-masing dah berseri.Selama ni ada yang siap hapal nama dorm dan nombor katil awek pujaan masing-masing.Aku tak perlu hafal sebab selalunya budak pompuan yang datang bagi no katil diorang kat aku.Tak matang langsung.Bagi no katil macam bagi no bilik hotel.Macam le boleh melawat.

Pada masa yang sama,budak pompuan pun berpusu-pusu menuju ke arah asrama lelaki.Muka masing-masing dah jelas dengan satu tujuan.Nak menuju ke arah locker aku.Ah...tgk muka pun dah tau.Gatal.

Aku dan budak-budak lelaki lain mula melawat dengan tekun ke setiap dorm pompuan.Ada yang hias macam bilik pengantin.Ada yang hias siap dengan replika makanan,ada yang hias biasa-biasa ja.

Kami berpecah dan mula melawat secara rawak.Tiba-tiba aku sampai kat satu dorm yang tak dijaga.Kosong.Sorang pompuan pun tak ada.

Senior aku yang turut serta dah mula sengih lebar-lebar sampai pipi.Dengan rakus mereka pecahkan locker dan mula amik segala pakaian dalam pompuan yang ada.Setelah dapat,senior aku tadi keluarkan gunting.Aku pun tak tau camna dia buleh terpikir idea celaka camni.Mukanya penuh ceria dan bahagia.

Dengan penuh kreatif,senior aku tadi gunting bra tadi.Dia gunting betul-betul kat tengah mangkuk tu.Kiranya ada lubang la.Pakaian dalam yang satu lagi dia buat lubang corak-corak.Sangat berseni.










Malam tu,aku termenung atas katil tepi tingkap.Termenung membayangkan camna kalau diorang pakai baju yang dah kena gunting tadi.

Aku tersenyum gatal...

Hai !!!!!

Assalamualaikum.

Selamat pagi.Nama saya Jamil.Saya sayang pembaca saya.

Anda sayang saya?




Hik! Hik! Hik!

Monday, February 22, 2010

Keajaiban Pinggan Noli

Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius
Tahun:1994 (Darjah 4)

Waktu rehat telah bermula.

Selepas makan nasik lauk ikan bilis dengan kuah sambal kat kantin,aku basuh tangan bersih-bersih.Masa nak pergi basuh tangan tu,ramai jugak awek-awek darjah 3 jeling-jeling.Susah jugak jadi abang senior yang kacak.Aku tak suka buat pelajar perempuan resah dan susah hati.Aku faham gelojak jiwa mereka dan aku bersimpati.Tu baru kerenah junior,senior pun ada yang gedik main ngorat-ngorat masa lepas perhimpunan sekolah.Tak matang langsung.

Selesai cuci tangan,aku pergi ke meja makan semula,habiskan air yang aku gelarkan dengan nama air siren (Sirap campur Oren).Nasib baik tukang tuang air tu sporting.Kira aku mintak air siren tu,dia bagi je.Setting masa nak buat air tu kena tepat.Ukurannya mudah.Setengah gelas air oren,setengah gelas air sirap.Baru rasa dia ngam-ngam.Anda boleh cuba resipi ni di rumah.Bosan jugak minum air sirap,air oren tiap2 hari kan?Sekali-sekala kena kreatif jugak.Apa? Starbucks? Nak kena penampar?

Selesai makan,aku menuju ke kelas.Masa masih lagi berbaki.

Dalam kelas,aku lepak-lepak kat meja.Masa lepak tu,macam-macam aktiviti ada.Ada yang jual kacang pedas kat dalam kelas,ada yang berbual,ada yang kunyah jeruk dan ada yang tidur.

Tengah sedap sembang-sembang dengan membe aku,tiba-tiba Noli (budak kelas aku) muncul kat sebelah.Beliau tersenyum-senyum.Sambil tersenyum,beliau menunjukkan satu jenis pinggan kecil kat aku dan rakan-rakan aku yang lain.Pinggan kaca? Aku dan rakan-rakan lain tidak memberikan reaksi yang positif.Yelah..pinggan mangkuk? Apajadah kami yang lelaki ni nak buat? Kalau letak patung power rangers versi terhad atau koleksi video tape cerita kartun,boleh la jugak buat air liur kami meleleh.Paling koman pun,majalah KAWAN ke.


KTANGGGGG !!!! TANG! TANG! TANG!

Bunyi pinggan tadi jatuh.Aku serta merta ketap gigi.Gayat gila bunyi dia.Yang peliknya,pinggan tersebut tak pecah.Kalau kat rumah,kucing selalu jugak pecahkan pinggan mangkuk mak aku kat dapur.Hasilnya boleh tengok kucing berlari keluar dengan muka cemas sambil dikejar oleh mak aku.Comel betul bila aku imbas kembali situasi tersebut.Dah macam acara lari-lari sambil passing baton.

Berbalik kepada cerita tadi.

"Ini pinggan arkopal.Kalau jatuh tak pecah.Mak aku jual." terang Noli dengan muka berseri-seri.Aku dan rakan-rakan aku tergamam.Pertama kali mendengar jenama tersebut.Ada jugak jenama pinggan ni rupanya.Selalu kat rumah bila makan,mata tengok nasik ngan lauk ja.Tak sempat pulak nak belek jenama pinggan.



KTANGGG !!!! TANG! TANG! TANG!
KTANGGG !!!! TANG! TANG! TANG!
KTANGGG !!!! TANG! TANG! TANG!
KTANGGG !!!! TANG! TANG! TANG!
KTANGGG !!!! TANG! TANG! TANG!



Baki waktu rehat kami dihabiskan di belakang kelas.Seronok betul acara lempar pinggan arkopal ni rupanya.Sekali tengok dah macam main piring terbang.

Di satu sudut tingkap kelas....Noli hanya mampu memerhatikan pinggan kesayangannya dilempar ke sana ke mari dengan penuh meriah oleh kami.

Destinasi Terakhir

Aku sedang tidur lena.Nyenyak bukan main.

Tiba-tiba ada orang kejutkan aku.Aku terjaga.Suasana sekeliling gelap-gelita.Aku bangun perlahan-lahan.Tiba-tiba lampu dibuka.Bilik menjadi terang.Aku terkejut.Mata berpinau-pinau.

Pada masa yang sama kedengaran suara sorakan.Aku dapati semua kawan-kawan aku ada dalam bilik aku masa tu.Ramai jugak,dalam 20 orang.Semuanya bersorak gembira.Rupanya diorang buat kejutan amik gambar candid aku bangun dari tidur.Apa punya gampang aktiviti.

Selepas selesai bersorak gembira,mereka meminta diri.Aku menghantar mereka sampai ke bahu jalan.Masing-masing menuju ke arah kereta.Aku melihat dari tepi jalan dengan tenang.

BAMMMMMM !!!!!

Sebuah kereta melanggar kereta membe aku yang parking tepi jalan tadi.Beberapa orang membe aku tercampak.Aku berkejar untuk menyelamatkan mereka.Suasana panik.

BAMMMMMMMM !!!!

Sebuah kereta lagi datang menghentam.Suasana bertambah panik.Membe aku yang ada kat jalan tu cuba menyelamatkan diri.Semuanya menjerit.Rakan yang cedera dan meninggal bergelimpangan atas jalan.

SKREEETTTT!! BAMMMMM!!

Sebuah motor terbabas dan melanggar seorang rakan aku.Dia terbaring sunyi.

Suasana sepi.

Kami berkumpul semua sambil menghalang trafik.Cemas.Rakan-rakan yang cedera dan meninggal bergelimpangan di atas jalan.Setelah selesai menolong rakan yang cedera dan meninggal ke hospital,aku dan rakan-rakanku yang lain berkumpul.





PUFFF!!!!

Terjaga.Aku mengajak rakan aku berkumpul.Setelah semuanya bekumpul,aku ceritakan mimpi tadi kepada mereka.Mereka percaya.Mereka percaya yang situasi tersebut ada persamaan dengan cerita Final Destination.

"Sapa membe kita yang mati dulu dalam mimpi ko tu?" tanya salah seorang dari rakan aku.
"Queen!" jerit salah seorang dari membe aku kat belakang.Aku bingung.Serta merta ada konsert rock sedang berlangsung kat belakang aku.Aku berbual dengan membe aku kat belakang pentas konsert rock rupanya.


PUFFF!!!!

Terjaga lagi..









Gilababi lah....mimpi dalam mimpi.

Dialog Masyarakat Marhain 22

"Camna dengan cuti ko kat kampung bebaru ni?"
"Mestilah best.Jumpa mak ayah,adik beradik semua."

"OOO....."
"Masa balik kampung tu,aku hairan la."

"Hairan kenapa?"
"Ye la,aku tengok orang tua kat kedai kopi kat kampung aku,rilek je lepak kedai tu dari pagi sampai tengah hari.Macam takda keja.Boleh diorang tahan lepak situ lama-lama."

"Diorang sembang apa?"
"Macam-macam la,dari lembu hilang,politik sampai le ke janda muda mana yang cantik kat kampung."

"Oooo...eh..jom balik."
"Hoh...dah 4 jam kita kat sini.Ko habiskan la dulu air ko tu.Badan aku pun dah bau Starbuck dah ni."




"Eh...Kejap-kejap...ada orang tegur aku dalam facebook ni ha."

Friday, February 19, 2010

Gurauan Manja

Lokasi: Sekolah Menengah Remaja-Remaja Genius
Tahun: 1999 (Form 3)

Disebabkan guru kelas belum masuk,aku pergi melepak kat meja guru.Budak-budak lain dalam kelas masing-masing buat hal sendiri.Ada yang tengah sibuk karang biodata nak bagi kat kakak/abang angkat.Ada yang tengah study,ada yang bersembang,ada yang main lari-lari,ada yang tengah mengayat awek dan ada jugak yang main skipping kat belakang kelas.Ok..part yang main skipping tu aku tipu.

Tengah sedap duduk kat kerusi khas untuk guru tu,aku perasan satu menda.

Budak perempuan kelas sebelah cuba membuat komunikasi melalui dinding.Ya,dinding konkrit dekat meja guru dalam kelas aku tu ada lubang.Aku tak tau apa motif lubang wujud tu sebab masa aku belajar kat kelas tu memang dah ada.Aku melihat ke arah lubang di dinding tadi.Budak perempuan kelas sebelah menyumbat gumpalan kecil kertas dan terus menolak masuk ke dalam kelas aku.Pada masa yang sama,kedengaran hilai tawa gedik budak pompuan kelas sebelah.Macam jebon,mudah betul hiburan mereka.Ini tak boleh jadi.Mana buleh buang sampah dalam kelas aku.

Aku ambil balik kertas tadi,kemudian sumbat semula ke arah lubang tadi,dan terus tolak masuk kelas diorang balik.Kedengaran hilaian gedik mereka semula.Kat pintu kelas aku ternampak ada spy diorang tengah ushar ke arah aku.

"Jamil kat sebelah...Jamil." spy tadi memberikan maklumat kepada rakannya di kelas sebelah.

Memandangkan aku pelajar yang hensem serta kacak,maka mereka yang di sebelah kelas semakin galak menolak masuk kertas.Aku yang kebetulan tengah bosan pun melayan acara tolak tarik sampah tersebut.Tak layan kang,merajuk pulak.

Tiba-tiba datang seorang membe aku.Dia datang dengan muka penuh minat.Membe aku amik kertas yang jatuh ke lantai,digumpalnya kertas tersebut padu-padu.Sebelum beliau menolak kertas tersebut ke kelas sebelah,beliau meletakkan air liur ghairah beliau pada kertas tersebut.Banyak jugak dia letak aku tengok.Leher aku pun kembang.

Membe aku tanpa banyak soal,terus sumbat lubang tadi dengan kertas yang penuh dengan air liur beliau.Belum sempat membe aku tu tolak kertas tadi ke kelas sebelah,budak pompuan gedik di sebelah dinding sana dengan laju menolak semula kertas tersebut.

Hasilnya,kedengaran jeritan penuh ngeri dari pelajar perempuan yang terkena air liur tadi.










Jenuh jugak aku nak eksepelen yang air liur tu bukan kepunyaan aku kat semua budak -budak pompuan tu.

Saleh

"Aku tengok ko ni...kerja siang malam.Duit tak cukup-cukup." bebel Karim kepada Saleh ketika mereka sedang minum petang.
"Dah tu,kena la kerja,sapa nak bagi duit free." balas Saleh.

"Camni la,ko masuk bisness dengan kenalan aku.Dia cakap bulan lepas bukan main banyak dia dapat." terang Karim dengan penuh serius.
"Bisness apa?" soal Saleh.Mukanya menunjukkan minat.

"Jap aku call dia." balas Karim sambil mengeluarkan telefon bimbit.Karim bangun dari kerusinya dan bergerak jauh dari Saleh.Kelihatan Karim tersengih-sengih sambil bercakap di seberang jalan.Rahsia betul nampaknya.Saleh menunggu sambil mengunyah roti canai.

Selesai bercakap di telefon,Karim menuju ke arah Saleh.Mereka berdua sambung minum dan bersembang sambil menunggu kedatangan kenalan Karim tadi.Saleh tertanya-tanya apakah jenis bisness yang dilakukan oleh kenalan Karim tadi.Sambil menunggu,Karim memberikan kata-kata semangat kepada Saleh tentang slogan 'usaha tangga kejayaan'.Muka Karim betul-betul ceria.

Sambil makan,tiba-tiba Karim mengangkat tangan kepada seseorang yang sedang berjalan ke arah mereka.Nampaknya kenalan Karim sudah tiba.Karim menjemput kenalannya untuk duduk bersama mereka.

"Ha..ko terangkan kat membe aku ni macam mana ko boleh dapat duit banyak tiap-tiap bulan." arah Karim kepada kenalannya.

"Senang ja pak! Bapak bawak wang empat ratus ringgit,bapak pergi tukar kepada rupiah..nah! Sudah dapat sejuta pak! Mudah ajaaaa!!!" terang kenalan Karim,seorang pekerja warganegara Indonesia tadi bersungguh-sungguh.Karim pula kelihatan tersenyum-senyum sambil hirup teh tarik panas.









"Celakaaaa....lawak rupiah lagi!" jerit Saleh sambil menahan air matanya yang hampir menitis....geram.

Thursday, February 18, 2010

Haiwey Utara Selatan

Aku memandu dengan tenang.

Perjalanan ke Kedah masih jauh.Kereta bersimpang siur.Banyak pulak kereta atas haiwey.Maklumlah,raya cina.Semua cuti.

Tengah sedap memandu,tetiba depan aku ada papan tanda menunjukkan simpang keluar ke arah Batang Berjuntai.

Papan tanda PLUS,mesti la besar kan? Jelas je nampak tulisan Batang Berjuntai.Nak lagi ngam,kat bawah papan tanda tu..ada satu lagi iklan yang betul-betul ngam dengan nama Batang Berjuntai...iklan tersebut adalah...










Iklan TM....sudah potong?

Login Facebook dapat rm100?

Merepek!

Ayat mau gempak ye dak? Kalau korang rajin,cuba google menda ni.Diorang cuma cakap,login dapat rm100...tapi diorang tak dedahkan menda ni sebenarnya sama je ngan program jenis 'money game' yang lain.

Apa lagi,cari downline,bayar duit...pastu tiap2 bulan kena renew.Kira macam sedekah duit la.Yang untung sapa? Mesti la pengasasnya.

Haihhh.....dah..jgn hantar iklan camni kat email aku.Semak dowww!!!





Kalau hantar jugak...aku geletek tapak kaki korang laju-laju.

Bakal Ahli Baru?



Lepas ni,kalau jadi,Kriss Evo dan PS mesti ada teman baru.Membe adik aku nak jual beskal ni dan aku sedang cuba dapatkan harga yang sedap-sedap.Tapi haram aku tak tepon adik aku lagi.Jap lagi lah.


Dapat menatang ni sedap jugak buat eksesais petang-petang.

LAGEJ



Salam.

Kat tangan aku ada 10 unit ja menda alah ni.Sapa nak beli,cepat hantar email kat aku.Macam biasa,dalam tu akan ada tandatangan aku comel-comel.Korang nak aku letak apa lagi dalam tu? Bekas ciuman bibir? Tak nak ah..sebab aku takda lipstik.

Ni projek ramai-ramai sementara projek aku yang satu lagi tu siap.Projek ni diuruskan oleh Firol.Kalau ada sesapa berminat dengan koleksi camni,sila lihat pedoman di bawah.


1.Email kepada hapacrita@yahoo.com.Details aku akan cakap dlam tu nanti.





Wednesday, February 17, 2010

Iklan-Ikli

"Baca doa dulu sebelum makan!" ujar Azli Senario yang berlakon sebagai ayah kepada anaknya.
"Ayah...makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang.." ujar si anak pula kepada ayahnya.

Iklan tu aku tgk kat tv3 tadi.Iklan untuk mengangkat sunnah Nabi Muhammad S.A.W sempena Maulidur rasul.Baguslah.

Masalahnya,apa kehalnya bapak budak tadi rambut nak warna-warna..maknya pulak pakai tudung tak tutup rambut habis.




Nasib baik anaknya tadi tak berjoget shuffle masa makan nasik.

PS 6

"Jamil...."
"Ya..ada apa?"

"I suka la bila kita balik kampung."
"Well...kampung aku memang best.Tak sia-sia ko dapat tuan yang ada kampung yang best kan?"

"Yep.Tapi...ada sebab lain."
"Sebab apa?"

"Kalau kat kampung...awal pagi 'you' mesti akan siram badan I dengan air sebab nak cuci air embun.Pastu 'you' lap badan 'I' elok-elok.Lepas lap,'you' akan cuci kat dalam badan I bersih-bersih.Dah siap,you pergi pulak check enjin I,cuci sana sini.Kalau kat KL,huh! Haram! Nak lap embun kat badan I celah-celah mana.You sendiri pun pukul 9 baru nak mandi,ada hati nak lap embun kat badan I.Dah,cepat sikit drive I.Terhegeh-hegeh.I rindu Kriss Evo.Nak sembang-sembang dengan dia."





Sepi....





"Ko period ke PS?"
"Mencik! Mencik! Mencik!"

Benda-Benda Sedap 4


Baru tiba dari kampung.Kaki terasa lenguh.Badan mula penat.Mata segan-segan nak buka.Kepala ligat berfikir.Fokus entah ke mana.Aku baring di atas tilam,pandang siling sambil diiringi nyanyian dari Five For Fighting - This Dance.

Sedap.

Friday, February 12, 2010

Benda-Benda Sedap 3



Mungkin ramai yang dah dengar Kris Allen nyanyi lagu ni.Bagi aku,aku lebih suka versi nyanyian penyanyi asalnya,The Script.Cara nyanyian dan sebutan lebih 'terasa' di hati aku.Mungkin sebab diorang yang cipta lagu ni.Mungkin. =)

Mempersembahkan...The Script-Live Like We're Dying.

Semalam yang hangat 14

"Pandang sini.Tengok saya ye." arah doktor gigi yang cun semalam sambil memegang kepala aku.Mukanya senyum-senyum.Paru-paru kiri aku terus tertanggal.

Tak bius pun tak apa rasanya.



P/S:Selamat bercuti. =)

Thursday, February 11, 2010

Antara Saiful,Shukri dan Saleh

"Dalam beg ni ada duit bernilai 1 juta.Jaga elok-elok.Serahkan kepada En. shukri dengan selamat.Dokumen dalam tu pun penting.Jangan bagi hilang.Berhati-hati.Saya tak nak kamu dirompak.Kalau jadi apa-apa,terus call saya.Ok?" pesan Saiful Iskandar kepada pembantu peribadinya.Masa pesan tu,muka Saiful penuh serius.

Pembantu peribadinya mengambil beg tersebut dengan berdebar-debar.Selama ni bos dia amanahkannya untuk menghantar duit dengan nilai ribu-ribu ja.Paling banyak pun dua puluh ribu.Kali ni nilai 1 juta.Mau tak berdebar.Ini menunjukkan bosnya telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepadanya sebagai pembantu peribadi.

Oh ya,nama pembantu peribadi tersebut adalah Saleh.

Saleh keluar dari pintu lif dengan berdebar.Beg yang dipegang di tangannya digenggam kemas.Bukan setakat dipegang dengan kemas,malah Saleh siap letak rantai lagi.Kalau ada orang nak rampas,kiranya mereka kena potong tangan Saleh lah.

Mata Saleh meliar ke kiri dan ke kanan.Semua skill yang dia tengok dalam cerita kat filem dipraktikannya.Hatta kucing melintas pun Saleh berhati-hati.Risau perompak pasang bom kat kucing tu.Bila bom tu meletup,perompak akan rampas beg tangan dari Saleh.Saleh tak nak kejadian macam tu.Saleh kena pastikan beg tersebut sampai di tangan En. Shukri dengan selamat.

Saleh selamat tiba di keretanya.Setelah masuk,semua pintu dikunci cepat-cepat.Beg diletakkan di bawah kerusi.Selamat sikit.

Saleh memandu keluar ke jalan raya.Masa memandu,terbayang-bayang akan ada perompak yang akan merempuh keretanya dan merampas duit yang dibawanya.Saleh betul-betul berhati-hati.

Nak dijadikan cerita,Saleh selamat tiba di pejabat En. Shukri.Saleh bergegas menuju ke arah pejabat En. Shukri.Bila pintu pejabat En. Shukri dibuka,Saleh betul-betul lega.Kelihatan En. Shukri sedang tekun menyiapkan kerjanya.Tugasnya telah selesai.Barang yang perlu dihantar,telah selamat diserahkan.

"Kenapa kamu ni Saleh? Cemas semacam ja." tegur En. Shukri sambil membuka beg yang diberikan oleh Saleh tadi.
"Mau tak cemas encik.Bos saya bagi beg ada duit satu juta.Mau tak berdebar.Hilang ke,kena rompak ke,mana saya ada duit nak ganti.Nak masuk pertandingan Satu Juta Power Root pun macam payah nak menang." balas Saleh sengih-sengih sambil cuba buat lawak lebih kurang.

"Setakat satu juta rupiah buat apa kamu nak cemas.Nakal jugak Saiful ni..kenakan pekerja sendiri." balas En. Shukri bersahaja sambil mengira duit berjumpah satu juta rupiah yang diambil dari dalam beg tadi.










Saleh menahan air matanya yang hampir menitis..............geram.

Wednesday, February 10, 2010

Pagi yang hensem 19

Lampu merah masih belum bertukar ke hijau.

Aku dan PS sedang galak menyanyi-nyanyi mengikut rentak lagu dalam radio.Meriah betul.Alah,bukan ada orang pun.Aku sorang ja.Cuma kali ni aku menari slow-slow.Segan menari kuat-kuat.Huduh bila orang tengok.

Sambil melayan lagu,depan aku ada kira-kira 5 buah kereta.Kat belakang lagi lah panjang.Semua beratur dengan sopan dan tertib serta to'maninah.Aku masih menyanyi-nyanyi riang.Sekali-sekala aku belai-belai stereng.PS kata dia suka bila aku belai kat stereng.Merepek jugak PS ni sekali-sekala.Pernah aritu dia suruh aku masukkan sirap kat tempat cooler enjin.Dia kata nampak sedap air sirap yang jual kat tepi jalan yang dia nampak masa nak balik kerja aritu.Jenuh jugak aku menerangkan yang tempat cooler tu tak sesuai dimasukkan air sirap.

Tiba-tiba lampu bertukar hijau.Kereta di hadapan mula bergerak perlahan-lahan.Aku memasukkan gear dan melepaskan handbrake dengan tertib.

Tiba-tiba ada sebijik kereta warna putih meluru laju dan cuba untuk memotong aku.Kiranya jenis nak potong barisan la ni.Wadehel...orang lain penat baris-baris,dia suka-suki ja main potong-potong.Well...dia memang salah orang.Bila Jamil dan PS bergabung,memang akan lebih meletup berbanding bila Adam dan Stacy bergabung dalam lagu tu (sila mainkan lagu tersebut dalam minda anda sekarang).

Kereta putih tadi dengan macho cuba pintas PS.Malangnya,aku dan PS lebih cergas memecut ke hadapan dan menghalang cilokan kereta tadi.

Berjaya.

Untuk menambahkan lagi kesan yang mendalam,aku tekan hon kereta kuat-kuat.Muka kena ketat-ketat.Posisi badan kena ganas-ganas.Buat gaya mengamuk sikit walaupun masa tu radio tengah mainkan lagu jiwang-jiwang.

Hasilnya,kereta tersebut terpaksa berhenti dan memberi laluan kepada aku dan PS.

Good dog.(Betul-betul marah ni)











Ah....menda camni pun nak cerita.Macam gampang Jamil.

Halal ke Tak Halal?

Mesti korang kadang-kadang pening kan kalau nak beli barang yang statusnya halal atau haram.Aku pun kadang-kadang was-was.Tak nak beli,macam menarik.Nak beli,macam tak kompiden.

Jadi,aku nak tunjuk 2 penyelesaian yang mudah,pantas dan hensem.


1.Semak secara online: KLIK SINI.
2.Semak guna SMS: KLIK SINI.





Ok..aku nak check jap boxer yang aku baru beli ni halal ke tak.

Tuesday, February 9, 2010

Benda-Benda Sedap 2



Placebo - Bright Lights

Aku suka muzik dia.Bila dengar muzik dia,rasa macam nak capai sesuatu yang tinggi di langit.Sesuatu yang mungkin tak dapat dicapai mahupun digapai.Mungkin? Ok..masa untuk Jamil blues sekejap.Nak join? =p



Lagu ni......sedap sampai nak menangis.

Rumah Superman




Dengar cerita,masa mamat yang pakai baju oren ni sampai,Superman keluar pegi check duit KWSP.Moyang beliau dari planet Kripton yang satu lagi tolong bank in kan.

Sapa kata Superman takda gaji?


Sumber gambar : SINI

Dialog Suami Isteri 16

"Banggggg...nak tanya sikit boleh?"
"Apadia sayang? Tanya lah." balas si suami sambil menukar-nukar siaran tv.

"Abang....bagi la tumpuan.Nak tanya ni."
"Iyee...abang tengah dengar la ni.Cakap je." balas si suami lagi.

"Masa sebelum kita kawin dulu kan...abang! Dengar la ayang nak cakap ni! Pandang la kat ayang!"
"Iye..kan abang sambil dengar ni.Cakap la yang." balas si suami sekali lagi.

"Dulu sebelum kawin abang cakap nak bawak ayang ke Disneyland.Abang janji kan?"
"Ooo...pasal tu eh.Ok.Dapat bonus bulan depan kita pegi ye sayang.Abang akan tunai janji abang." balas si suami sambil menukar-nukar siaran lagi.

"Betul ni bang?" si isteri mula teruja.
"Iyee...betul.Abang kan berpegang dengan janji.Ni abang nak tegaskan lah ni.Abang akan bawa ayang ke Disneyland.Janji!" panjang lebar si suami berjanji sambil mengangkat tangan tanda berjanji,matanya masih tidak lepas memandang ke arah TV.



Sepi...



"Hik hik hik!" terdengar gelakan manja si isteri.
"Napa yang?" balas si suami.Matanya masih tidak lepas dari TV.

"Abang takde pun janji nak bawak ayang ke Disneyland dulu sebenarnya.Ayang saja cakap je tadi.Tapi memandangkan abang dah janji tadi kan,ayang ok je kalau nak pegi.Hik hik hik.Lain kali bagi perhatian kalau nak sembang.Hik hik hik.Yeay! Nak pegi Disneyland....muahhhh!!! Thanx abang." bebel si isteri dengan penuh ceria sambil memeluk si suami yang tergamam.

Si suami meletakkan perlahan-lahan remote TV di atas meja.Matanya tidak lagi memandang ke arah TV.











"Auwwwwwwwww!!!!" terdengar jeritan manja si isteri dari dalam rumah.

Monday, February 8, 2010

Tergeliat Otak


Masa sekolah dulu,bila 1st time tgk vklip ni,otak aku terus ngilu memikirkan betapa rajinnya editor video ni buat kerja.Kreatif dan penuh dengan kerajinan.Oh ya,penyanyi beliau si botak yang menari gaya psiko tu.

SYABAS BETTTYYY!!

R.EM - Imitation of life.

Evolusi Peminta Sedekah Versi Demmit

Lokasi: Stesen Bas Butterworth
Tahun: 2002

Masa aku belajar kat Matrik Arau dulu,kalau bas ke SmallVille terlepas,aku akan naik bas ke Butterworth.Dari Buterworth aku akan ambil bas ke SmallVille semula.Gigih kan?Aku turun dari bas dengan gaya lebih kurang Keanu Reeves(bukan kanu yang main kat jeram tu).Gaya masa nak turun kena macho-macho.Mana tau,kot-kot berjumpa jodoh kat stesen bas tu ka.Kan?

Setelah turun dari bas,aku berjalan menuju ke arah deretan kerusi yang berada di depan kaunter tiket.Sambil berjalan,aku tengok kawasan sekeliling.Bas bersimpang siur.Teksi lagi.Tu tak termasuk feri yang sibuk bunyi hon kat laut.Heran betul,kat laut pun naik main hon.Bukan ada lembu melintas pun.Lembu laut ada la,tapi lembu laut tak main lintas jalan rasanya.Lagipun feri tak guna jalan raya untuk bergerak.Kuda laut pun aku rasa bukan ancaman bagi feri yang besar tu.Sotong kurita? Manada sotong kurita kat Pulau Pinang.Aku tengok dalam Discovery Channel,sotong kurita ni suka tempat yang tenang.Emo jugak sotong kurita ni rupanya.Macam gadis-gadis.Tapi heran,kenapa tapak sulaiman boleh masuk dalam lagu.

Jamil..hentikan merepek.

Ok....sambung cerita tadi.Sambil berjalan,aku cuba kawal muka.Bila kawal muka,aku jadi bosan.Ye lah,buat apa nak kawal muka kalau dah memang kacak.Buang masa.Jadi aku tak kawal muka aku.Biarkan secara neutral.

Masa aku berjalan tu,aku nampak ada sorang budak peminta sedekah menuju ke arah aku.Demmit,kenapa tak ada awek yang nak datang kat aku?

Aku dah jadi tak seronok.Aku bukan tak seronok bersedekah,cuma aku tak suka nak bagi duit kepada diorang.Sebab? Sebab diorang ni jenis sindiket.Kutip duit,bagi kat ketua yang jaga diorang.Macam haram perangai.Aku pernah cuba interview budak-budak ni dulu,tanya je datang dari mana,terus lari.Macam lahanat betul si celaka yang gunakan budak-budak ni.Nasib baik aku bukan Pahlawan Angkasa Gaban.Kalau aku Pahlawan Angkasa Gaban,dah lama aku pegi tarik kuat-kuat nipple brader yang eksploitasi budak-budak yang tak bersalah tu.

Jamil....pleasee...

Ok..ok...sambung cerita.Jadi,masa aku berjalan tu,budak peminta sedekah menuju dengan yakin ke arah aku.Dalam kepala aku dah sedia macam-macam alasan tak nak bagi.Alasan baekkkkkk punya!

Budak tadi semakin hampir dengan aku.Aku bersedia.

Semakin hampir.Bersedia.

Tiba-tiba budak tadi melempar satu sticker kecil ke arah aku.Aku yang melihat kejadian tersebut secara spontan bertukar menjadi seperti kucing yang manja dan terus menangkap lemparan budak tadi dengan tangkas.

"Haaa!! Abang dah pegang.Abang kena bayar RM2!" balas budak tadi dengan muka berseri-seri.













Gilababi advance punya taktik.

Friday, February 5, 2010

Kek Gampang

Lokasi: Bandar mana ntah
Tahun: Lupa jugak yang ni.Mungkin masa tingkatan satu rasanya.(1997)

Mata aku tak berkelip.Banyak betul pilihan kek dalam kedai tu.Selalu aku makan nasik ja.Mana pandai tengah-tengah hari buta nak tibai kek.Tak kena langsung.Mak aku tak pernah ngajar pulak waktu makan tengah hari makan roti ke,kek ke.Selalu tengah hari mesti makan nasik lauk best-best.Paling cikai mesti ada ikan goreng dengan sambal dan kicap.

Mata aku masih tak berkelip.Aku tengok ada roti.Ada kek.

Akhirnya aku buat keputusan untuk memilih sejenis kek yang agak pelik di pandangan mata aku.Kek tu nampak sedap.Tapi atas kek tu ada menda yang aku tak pernah nampak.Nak kata ising macam akak aku buat kat rumah,tak sama.Nak kata buah-buahan,jauh bezanya.Aku jadi buntu.Pertama kali aku tengok hiasan atas kek macam tu.

Aku cuba jugak baca nama kek tu.Baca pun,kalau dah tak tahu apa menda yang aku baca,tak guna jugak.Kiranya kali pertama la aku jumpa hiasan kek macam tu.Rekod dalam kepala aku belum ada lagi menda-menda macam tu.Kat kedai makan kat kampung aku takda pulak menda-menda yang macam aku tengah tengok tu.Aku rasa,baru sampai kot kat Malaysia.Gila jakun.

Aku amik sepotong dan terus pergi bayar.

Tanpa membuang masa aku terus buat love bite kat kek tu sebagai tanda sayang dan lapar.

Ok...bayangkan rasa kek yang manis dan dicampur dengan hiasan kek yang rasanya pedas-pedas.Tekak aku dah marah-marah kat aku.Dia kompius samada aku telan kek yang dicicah dengan sambal belacan.Muka aku dah tabley bla.Rasa tak lalu.Gila apa kek manis campur menda pedas.

Aku berhenti makan kek tu,dan terus sambung cari nasi.

Mulai hari itu,aku dapat belajar mengenali dan merasai apa itu 'spicy chicken floss'.












Tak terpikir dek otak aku masa tu ada orang nak letak ayam atas kek.Ingat memain ja nama chicken tu..rupa-rupanya ayam betul.

Gila ka apa.

Agak Senggang Sikit

Sekarang ni aku ada masa sket untuk bernafas.Kerja memang la banyak.Nak layan kerja,sampai tua tak habis kan?

Jadi,sejak ada masa sikit ni,aku da mula kumpul idea untuk siapkan projek buku aku seterusnya,iaitu hapacrita all star.

Disebabkan aku tulis waktu senggang ja,rasanya lagi 2 bulan kot baru buleh jual.Kalu nak tulis laju-laju,memang takda masalah.Tapi aku pentingkan kualiti.Ye lah,korang bayar untuk dapatkan menda tu.Bukan free kan?Lagipun,adalah sangat tak best dan tak cool bila menghasilkan karya seperti 'melepaskan air kecil di tandas tanpa flush'(gila..siap ada pepatah baru).

Kepada yang selalu bertanya bila buku nak keluar tu,thanx ya.Harap bersabar.Aku akan cuba buat bagi kaw-kaw punya.Idea dah ada.Cuma tengah nak perkemaskan lagi jalan cerita.Ye la,buku kali ni bukan buku yang kumpulkan koleksi cerita lama.Semuanya cerita baru.Cerita panjang yang perlukan banyak twist..segar dari kepala otak Jamil orang kata.Rasanya buku ni macam blook hapacrita jugak.Tebal dalam 130ms.Mungkin.

Kalau aku sempat buat tebal dan tidak membosankan,aku akan buat.

Eniway...selamat berhujung minggu. =)





P/S:Penat jugak membalas komen anda semua secara rally.Macam jawab soklan ekzem. =p

Thursday, February 4, 2010

Kes Liwat yang Lewat.

Baru tadi aku baca paper online dan tak online.

Kenapa tak cuba alat pengesan bohong eh? Ala,alat yang bila salah dia buleh tunjuk graf atau keluar bunyi bagai tu.Mekgaiver siap buleh buat sendiri alat tu.

Letak dalam bilik khas.Soal sorang-sorang.Tanya satu-satu soalan kat orang yang dituduh dan orang yang menuduh.Pastu tayang secara langsung ke seluruh negara.Peh.Itu jam...AF dengan Roda Impian pun boleh kalah dia punya rating tayangan.

Mari kita tengok.Sapa yang kenaaa...!

Aktiviti Memanah Ikan

Lokasi: Sungai Belakang Masjid
Tahun: 1997 (Form 1)

Cuti sekolah bermula.Ya,cuti hujung tahun.

Aku balik dari asrama dengan gembira.Masa untuk lepak di kampung.Rindu betul aku nak liar-liar kat kampung.Lagipun,mesti semua penunggu kat kampung aku tu rindu kat aku.Penunggu hutan,penunggu sungai,penunggu bukit dan penunggu segala penunggu.

Satu hari,membe sekampung ajak aku 'memanah ikan'.Memanah di sini bermaksud menggunakan senjata seperti senapang yang diperbuat dari kayu dan pelurunya adalah batang besi runcing yang tajam.Selalunya diperbuat dari 'ranting' tayar motor atau rangka besi payung.

Kalau tak dapat bayang sangat,bayangkan ja pistol pemanah Rembo tu.Ha.lebih kurang la.Bezanya Rembo panah orang,aku panah ikan dalam sungai.

Modus operandi adalah seperti berikut.Aku akan pakai cermin menyelam (yang bulat besar tu) dan menyelam ke lubuk sungai.Kalau rasa habis gayat,jenguk bawah pokok tumbang ke,tepi batu-batu besar ke,tu pun dah kira ok.Asalkan ada ikan.Bila nampak ikan,diamkan diri.Bila ikan tengah leka,boleh terus panah.Tapi aku tak tembak ikan yang tengah dating,Kesian.Nak tembak dua-dua serentak,tak pandai pulak.

Kami pergi dalam 4 orang aritu.Kami menyelam bermula dari sungai belakang masjid,sampai ke sungai kampung seberang.Penat jangan cakap la.Tapi puas hati sebab dapat gak ikan.Hasil hari tu banyak jugak.Kami dapat tangkap ikan sebara,ikan sisik,ikan leh dan ikan tilam.Ikan-ikan tu semua kami cucuk kat ranting buluh.Senang nak bawak.

Masa berjalan semula ke arah sungai masjid tu,masing-masing dah penat gila.Dalam kepala dah nampak nasik lauk ikan sungai goreng.Campur pulak lauk ayam goreng,peh.Dah le matahari dah terik atas kepala.

Dalam perjalanan pulang,kami tergamam.Di hadapan kami ada koleksi gadis-gadis sedang mandi-manda sambil bermanja-manja.Dari rupa paras mereka,sah mereka semua bukan orang kampung aku.Ni mesti ada sedara mara sesapa yang datang dari bandar ni.Muka pun muka orang bandar.Riak muka masing-masing macam jakun bila jumpa air sungai yang jernih.

Hati masing dah berdebar-debar.Seko-seko tengah seksi pakai seluar pendek ketat-ketat.Kenapa pakai seluar pendek ketat-ketat? Ye la,nak memanah ikan,pakai seluar pendek la baru sedap nak menyelam macam dolphin.Takkan nak menyelam pakai kain pelekat kan?Buatnya ikan tu masuk lepak dalam kain masa tengah menyelam,macam mana nak panah.Lagipun kami tak nak tayang aurat bukan-bukan kat ikan dalam sungai tu.Tayang sikit-sikit takpa la.

Ok..mari kita sambung cerita tadi.....

Kalau nak balik,kami mesti kena lintas depan geng-geng pompuan tu semua.Kami melintasi depan gadis-gadis tadi dengan muka merah-merah.Walaupun kulit kami gelap,buleh nampak lagi blushing kat muka kami masa tu.Gadis-gadis tadi memandang kami sambil gelak-gelak manja.

Membe-membe aku laju ja berjalan.Ye lah,diorang bawak senapang panah je.Kat tangan aku,dengan ikannya,dengan senapang lagi,cermin menyelam lagi.Peh.

Aku yang tengah blushing tak tentu hala masa tu telah tertinggal kat belakang.Selaku ahli kumpulan yang paling kacak,aku menjadi tumpuan.Langkah kaki dah lemah.Tangan dah rasa macam nak terlepas koleksi ikan tadi.Aku ditinggalkan jauh dibelakang.Gadis-gadis tadi terus memandang dengan tajam.Kaget.

Bertambah celaka lagi,sumpahan batu menyerang aku pada masa yang sama.Gadis-gadis tadi semakin galak memandang sambil membuat bunyi-bunyi gedik.

Aku jalan slow-slow sambil cover dengan koleksi ikan.











Lenguh baiiiii !!!!

Tuesday, February 2, 2010

Buleh Tahan!



Aku bukan peminat N.D Lala...tapi anak dia..aku dah mula minat.Bagi aku,dia ada pakej yang baik.Suara sedap,muka cantik,gaya ok dan pronunciation yang jelas (ni yang penting).Dalam banyak-banyak penyanyi yang TM pilih utk lagu ni,aku rasa Bunkface dan Sheila ni ja yang sedap.

Baru 19 tahun ye dak umur Sheila ni.Harap buleh pegi jauh lagi budak ni.




P/S:Hoh...dah macam Mama Juwie pulak aku ni.

Monday, February 1, 2010

Pijja Hat

Din mencilok dengan pantas.Terlalu pantas beliau menunggang motor kapcainya sehinggakan tidak terkejar dek burung layang-layang yang sedang terbang di awan-awanan.

Langit semakin redup.Hujan mula menitis-nitis.Din perlu pantas sebelum hujan lebat.Di belakangnya,ada satu pesanan yang perlu dihantar seperti biasa.Pesanan pelanggan Pijja Hat.Sudah 3 bulan Din bekerja sebagai penghantar Pijja Hat.Setakat ini,semua pesanan berjaya dihantar dengan selamat dan tepat.

Setelah tiba di kawasan yang dimaksudkan,mata Din melilalu-lilau memerhatikan keadaan sekeliling.Sunyi.Din tiba di kawasan taman perumahan yang baru dibuka.Sambil mata melilau,Din melihat-lihat alamat yang diberikan kepadanya sebentar tadi.

"Dikk! Sini dik! " laung satu suara dari arah belakang Din.

Din menoleh ke belakang.Kelihatan seorang gadis yang cantik melambai kepadanya.Di belakang gadis tersebut ada sebuah rumah yang cantik.Din kemudiannya berpatah balik dan menuju ke arah gadis tadi.

"Akak ada pesan Pijja Hat kan?" soal Din.
"Ha'ah..." balas gadis tersebut sambil tersenyum.

"Ini dia pesanan cik dan sila tandatangan di sini berserta bayaran sekali ya.Semua sekali RM30.50." manis mulut Din berbicara.

Gadis tadi menurunkan tandatangan dan menyerahkan bayaran kepada Din.Din mengambil duit tersebut.Tiba-tiba Din perasan sesuatu yang ganjil.

"Akak...ni duit apa ni?" soal Din.
"Eh..alamak..sori sori...ni ha duitnya.Tadi tu matawang bunian.Salah bagi pulak." balas gadis tersebut tersipu-sipu sambil menyerahkan semula duit kepada Din.

"Haa...ni baru duit yang betul.Kitaorang tak terima matawang bunian kak." balas Din dengan ramah sambil memulangkan semula duit yang tersalah bagi tadi.Muka Din senyum-senyum.






Sepi....







Di dalam hujan yang lebat,kelihatan Din sedang berlari laju-laju sambil menolak motornya yang gagal dihidupkan.

Ketika berlari.....Din menangis ketakutan.