Lokasi: Stesen Bas Butterworth
Tahun: 2002
Masa aku belajar kat Matrik Arau dulu,kalau bas ke SmallVille terlepas,aku akan naik bas ke Butterworth.Dari Buterworth aku akan ambil bas ke SmallVille semula.Gigih kan?Aku turun dari bas dengan gaya lebih kurang Keanu Reeves(bukan kanu yang main kat jeram tu).Gaya masa nak turun kena macho-macho.Mana tau,kot-kot berjumpa jodoh kat stesen bas tu ka.Kan?
Setelah turun dari bas,aku berjalan menuju ke arah deretan kerusi yang berada di depan kaunter tiket.Sambil berjalan,aku tengok kawasan sekeliling.Bas bersimpang siur.Teksi lagi.Tu tak termasuk feri yang sibuk bunyi hon kat laut.Heran betul,kat laut pun naik main hon.Bukan ada lembu melintas pun.Lembu laut ada la,tapi lembu laut tak main lintas jalan rasanya.Lagipun feri tak guna jalan raya untuk bergerak.Kuda laut pun aku rasa bukan ancaman bagi feri yang besar tu.Sotong kurita? Manada sotong kurita kat Pulau Pinang.Aku tengok dalam Discovery Channel,sotong kurita ni suka tempat yang tenang.Emo jugak sotong kurita ni rupanya.Macam gadis-gadis.Tapi heran,kenapa tapak sulaiman boleh masuk dalam lagu.
Jamil..hentikan merepek.
Ok....sambung cerita tadi.Sambil berjalan,aku cuba kawal muka.Bila kawal muka,aku jadi bosan.Ye lah,buat apa nak kawal muka kalau dah memang kacak.Buang masa.Jadi aku tak kawal muka aku.Biarkan secara neutral.
Masa aku berjalan tu,aku nampak ada sorang budak peminta sedekah menuju ke arah aku.Demmit,kenapa tak ada awek yang nak datang kat aku?
Aku dah jadi tak seronok.Aku bukan tak seronok bersedekah,cuma aku tak suka nak bagi duit kepada diorang.Sebab? Sebab diorang ni jenis sindiket.Kutip duit,bagi kat ketua yang jaga diorang.Macam haram perangai.Aku pernah cuba interview budak-budak ni dulu,tanya je datang dari mana,terus lari.Macam lahanat betul si celaka yang gunakan budak-budak ni.Nasib baik aku bukan Pahlawan Angkasa Gaban.Kalau aku Pahlawan Angkasa Gaban,dah lama aku pegi tarik kuat-kuat nipple brader yang eksploitasi budak-budak yang tak bersalah tu.
Jamil....pleasee...
Ok..ok...sambung cerita.Jadi,masa aku berjalan tu,budak peminta sedekah menuju dengan yakin ke arah aku.Dalam kepala aku dah sedia macam-macam alasan tak nak bagi.Alasan baekkkkkk punya!
Budak tadi semakin hampir dengan aku.Aku bersedia.
Semakin hampir.Bersedia.
Tiba-tiba budak tadi melempar satu sticker kecil ke arah aku.Aku yang melihat kejadian tersebut secara spontan bertukar menjadi seperti kucing yang manja dan terus menangkap lemparan budak tadi dengan tangkas.
"Haaa!! Abang dah pegang.Abang kena bayar RM2!" balas budak tadi dengan muka berseri-seri.
Gilababi advance punya taktik.

12 comments:
kalo die baling kat peter schmeichel, untuk budak ni...skali baling 10, smua kene tangkap...wahahaha
hahahaha!siot!macam tu pon ada taktik2 diaorg..ish3
keji siot
heheheh ada wawasan dirang nih..
hahah...gedebance..nk buat n3 psl peminta sedekah gaklaaa..nk curi idea :p
hahaha terkena...ku selalu dalanm bas...baru je duduk dalam bas, seklai ada budak terconggok sebelah aku sambil tengok muka aku memanjang...bila tanya kenapa? 2 ringgit je, stixcker tolong kami...huh hahaha memacam betul
iskh..
ko lempar r plak batu kat die!!
apsal lu tak lempar jer balik sticker die tuh ke tempat lain? bior bdak tu plak hambik pakai mulut cam hanjing polis tuh ker
kalau ko x bagi duit tu, apa dia leh buat kat ko? biar je next time. buat2 xdengar
syaitoonnnnirajimm......!!
Alahai.. RM2 tu sikit pun tidak mengurangkan pahala u... bertambah lagi ada.. Nampak dah tak ikhlasnya tu..
"Renung-renungkan.. selamat beramal..."
sky: ha...kena bayar smua 10 keping lah.haha
life:tak terpikir aku pun.=)
0: =p
tiger: licik.=)
ezzati: sila sila..=)
aqilah: susah diorang ni..x bagi kesian.=)
afzan: =p
ghost: batu x da.=)
bejerd:nanti dia lempar balik.malas nak main lempar-lempar.penat.haha
brat: kesian doh.haha
kakuna:hahaha..wahh..
wsr: ye..sila baca balik.den x nak tolong 'ketua' yang goyang kaki paw duit budak-budak ni.budak-budak ni patut belajar..bukan dijadikan kuli macam tu.Bukan sorang..ramai pulak tu yang mengemis. =)
Post a Comment