Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius
Tahun:1994 (Darjah 4)
Waktu rehat telah bermula.
Selepas makan nasik lauk ikan bilis dengan kuah sambal kat kantin,aku basuh tangan bersih-bersih.Masa nak pergi basuh tangan tu,ramai jugak awek-awek darjah 3 jeling-jeling.Susah jugak jadi abang senior yang kacak.Aku tak suka buat pelajar perempuan resah dan susah hati.Aku faham gelojak jiwa mereka dan aku bersimpati.Tu baru kerenah junior,senior pun ada yang gedik main ngorat-ngorat masa lepas perhimpunan sekolah.Tak matang langsung.
Selesai cuci tangan,aku pergi ke meja makan semula,habiskan air yang aku gelarkan dengan nama air siren (Sirap campur Oren).Nasib baik tukang tuang air tu sporting.Kira aku mintak air siren tu,dia bagi je.Setting masa nak buat air tu kena tepat.Ukurannya mudah.Setengah gelas air oren,setengah gelas air sirap.Baru rasa dia ngam-ngam.Anda boleh cuba resipi ni di rumah.Bosan jugak minum air sirap,air oren tiap2 hari kan?Sekali-sekala kena kreatif jugak.Apa? Starbucks? Nak kena penampar?
Selesai makan,aku menuju ke kelas.Masa masih lagi berbaki.
Dalam kelas,aku lepak-lepak kat meja.Masa lepak tu,macam-macam aktiviti ada.Ada yang jual kacang pedas kat dalam kelas,ada yang berbual,ada yang kunyah jeruk dan ada yang tidur.
Tengah sedap sembang-sembang dengan membe aku,tiba-tiba Noli (budak kelas aku) muncul kat sebelah.Beliau tersenyum-senyum.Sambil tersenyum,beliau menunjukkan satu jenis pinggan kecil kat aku dan rakan-rakan aku yang lain.Pinggan kaca? Aku dan rakan-rakan lain tidak memberikan reaksi yang positif.Yelah..pinggan mangkuk? Apajadah kami yang lelaki ni nak buat? Kalau letak patung power rangers versi terhad atau koleksi video tape cerita kartun,boleh la jugak buat air liur kami meleleh.Paling koman pun,majalah KAWAN ke.
KTANGGGGG !!!! TANG! TANG! TANG!
Bunyi pinggan tadi jatuh.Aku serta merta ketap gigi.Gayat gila bunyi dia.Yang peliknya,pinggan tersebut tak pecah.Kalau kat rumah,kucing selalu jugak pecahkan pinggan mangkuk mak aku kat dapur.Hasilnya boleh tengok kucing berlari keluar dengan muka cemas sambil dikejar oleh mak aku.Comel betul bila aku imbas kembali situasi tersebut.Dah macam acara lari-lari sambil passing baton.
Berbalik kepada cerita tadi.
"Ini pinggan arkopal.Kalau jatuh tak pecah.Mak aku jual." terang Noli dengan muka berseri-seri.Aku dan rakan-rakan aku tergamam.Pertama kali mendengar jenama tersebut.Ada jugak jenama pinggan ni rupanya.Selalu kat rumah bila makan,mata tengok nasik ngan lauk ja.Tak sempat pulak nak belek jenama pinggan.
KTANGGG !!!! TANG! TANG! TANG!
KTANGGG !!!! TANG! TANG! TANG!
KTANGGG !!!! TANG! TANG! TANG!
KTANGGG !!!! TANG! TANG! TANG!
KTANGGG !!!! TANG! TANG! TANG!
Baki waktu rehat kami dihabiskan di belakang kelas.Seronok betul acara lempar pinggan arkopal ni rupanya.Sekali tengok dah macam main piring terbang.
Di satu sudut tingkap kelas....Noli hanya mampu memerhatikan pinggan kesayangannya dilempar ke sana ke mari dengan penuh meriah oleh kami.

14 comments:
tinggi sangat ni sampai xpaham
hahaha!kalo aku jadi noli..aku rampas balik
lembik la noli tu.. kalo aku..aku dah sepak sekor2.. suke2 je nak kaco pinggan mak aku..cesh
Nakal lah dia nie..!! kesian Noli..
lu and the geng ni kaki buli...
siyes.. setelah dilempar sana sini, xpecah jugak ke pinggan tu?
tere r noli.. kecik2 dah direct selling
tingin jugak aku nak pakai pinggan noli tuh~;p
aku lah noli itu. siap kau!!! hahaha
haha..hebat la pinggan tu..plastik kan?
x pasal2 jadi barang mainan..
hak2..
hahahaha...
membazir jer promote kt korang..
cian noli... ngt amek nk wat blk tunjuk kt mak..
wat men pinggan terbang lak yer.. ganaz tol.. hahaha
noli tu silap strategi la. promote kat budak sekolah mana mampu beli arcopal tu. mahal. promote la kat cikgu ke, makcik kantin ke..
sengal tol cite ni.... menggeletek jiwa tahap gaban rider... hahaha
joe: amenda x paham joe.haha
life:eleh..ntah2 nangis.=)
ain:eleh..cakap degar-degar.haha
wsr:manada...baik je. =)
ann: kami ada sifat ingin tahu. =)
brat: ha'ah...cuma serpih je sikit.haha
mazeed:haha...kena cari lah arkopal.
muka: hahaa..nipu eh.
solehah: pinggan seramik yang telah diperkuatkan.=)
noor: haha..mainan la jugak.
asi:salah strategy.=p
imma:wah..kena geletek.
Post a Comment