DIA hanya duduk memerhatikan di satu sudut,sudut yang agak tinggi dari mereka yang lain.DIA hanya memerhatikan pihak polis menahan lelaki-lelaki yang menolak barisan pertahanan pihak polis.Masing-masing bergelut,ada juga lelaki-lelaki berkopiah,berserban,masing-masing membawakan bendera parti dan fahaman masing-masing.Ada juga wanita yang menyertai mereka....kanak-kanak pun begitu juga.
Pihak polis ada yang menyembur air bercampur bahan kimia,bertujuan untuk meleraikan rusuhan yang berlaku,rasa tidak puas hati di antara beberapa pihak diluahkan di atas jalanan lantaran kehendak yang tidak dipenuhi dan kehendak yang tidak difahami oleh satu pihak yang lain,iaitu pemerintah.Suasana mula kecoh.Pihak polis yang beragama islam,berbangsa melayu,berusaha memenuhi tanggungjawab mereka.Manakala pihak yang ramai di jalanan,juga berbangsa melayu,beragama islam,mara dengan bersemangat menuntut hak mereka sebagai rakyat,dipacu pula oleh ketua mereka yang pandai membangkitkan semangat.
Pihak pemerintah pula menggunakan media sambil memberi peringatan kepada orang ramai supaya bersurai,tapi tidak diendahkan.Giliran mereka pula tidak diendahkan selepas mereka tidak mengendahkan permintaan rakyat,merompak sana sini,tidak jujur dan sebagainya ketika menjalankan tugas.
DIA yang memerhati hanya menggelengkan kepala.
Pihak polis berjaya menyekat kemaraan penunjuk perasaan.Ada yang dipukul,ada yang terlepas,ada yang dimaki hamun,ada yang diterajang dan ada pula polis yang dipukul oleh mereka yang tidak tahan sabar.
DIA mula bangun dari tempat duduknya tadi dan terbang dengan perlahan melalui atas kepala mereka semua.
Semua yang ada di situ terdiam bila menyedari kehadirannya.DIA terus terbang perlahan di atas mereka semua.Mereka yang sejak tadi menjerit-jerit rakus,memukul di sana-sini mula terdiam,tergamam.Tiada lagi hiruk pikuk.Suasana sangat sunyi dan DIA berhenti tepat-tepat di pusat rusuhan tersebut,di tengah kotaraya yang serba maju,lantas mula bersuara.....
"Kamu telah diberi peluang selepas dijajah.......kamu mempunyai kuasa untuk memerintah.....namun ramai dari kamu sia-siakannya....hanya segelintir dari kamu yang ikhlas....dan kamu semua lebih sibuk berbalah antara satu sama lain dari cuba untuk memajukan diri kamu sendiri.Kamu tidak mahu bersatu.Kamu tidak mahu bermuafakat.Sampai di sini sahaja peluang kamu semua,tiada lagi peluang selepas ini,nasib kamu sama seperti bangsa-bangsa lain yang telah pupus dari muka bumi ini.....dan.....inilah takdir kamu.....bangsa Melayu!"
Semua terdiam,terpana.Ada yang cuba membaling besi dan beberapa benda bahaya kepadanya,namun,semuanya terpantul dan terjatuh kembali ke bumi.
DIA terbang semakin tinggi ke udara.Mula melepasi bangunan-bangunan di sekelilingnya.Mereka yang merusuh dan dirusuh tadi mula cemas,mereka tidak tahu makhluk apakah itu.Tiada sesiapa yang tahu,mukanya,badannya,dia bukan seperti manusia!
Mereka yang berani menjerit-jerit dan memukul-mukul tadi mula kecut,ramai yang mula melarikan diri dari pusat bandar,bertempiaran,namun sudah terlambat.
Cahaya terang mula memancar keluar dari tubuh makhluk tadi dan cahaya tadi terus menjunam ke bumi.Tepat-tepat pada pusat rusuhan tadi.
Tanah mula retak.Bumi mula berkocak,letupan besar mula berlaku.Segalanya menjadi debu.Bermula di Kuala Lumpur,letupan mula merebak,membuak-buak hingga ke johor dan di utara pula hingga ke perlis,hingga ke selatan Thailand pun turut sama terkena tempiasnya.Letupan tadi terus merebak ke Sabah dan Sarawak,menghancurkan Sabah dan Sarawak menjadi debu.Bumi Malaysia mula ditelan ke dalam bumi.,pentas Sunda mula musnah.Perlahan-lahan semuanya mula ditenggelami air dan hilang dari pandangan mata dan sejarah dunia.
===============1225 Tahun Kemudian================
"Mengikut cerita...begitu lah kisahnya....ahli sejarah jumpa simbol peradaban di dalam laut...ada bangunan dengan kubah besar...dan ada tugu tertulis perkataan PUTRAJAYA...mereka percaya tu pusat pentadbiran bangsa melayu dulu...dan juga rekod tentang cerita yang atuk baru cakap tadi......hasil dari orang yang terselamat.....mungkin juga cerita tadi telah diubah suai..maklumlah..dah lama...."
"Ye ke tuk?...betul ke cerita ni?...."
"Betul....tapi dah lama cerita tu terjadi.....dah 1225 tahun dulu.....bangsa Melayu yang ahli sejarah dunia jumpa memang macam tu dulu....mengikut kajian,asalnya kaum ini sangat bagus..berbudi bahasa...lemah lembut.Namun disebabkan penjajahan.....kuasa....wang......dan pelbagai sebab lagi,mereka musnah.Hilang jati diri mereka.Keturunan mereka tidak lagi disegani musuh dan lawan.Ahli sejarah cakap, Bangsa Melayu pupus sebab dihentam meteorit besar dari angkasa lepas,tapi ada orang cakap menda yang muncul hari tu,dipanggil penghapus bangsa.Dia yang memusnahkan bangsa Melayu atas keburukan yang mereka lakukan......mereka berpecah belah,bergaduh sesama sendiri."
"OOOooooooo.......mereka pupus macam masyarakat Atlantis jugak?..."
"Lebih kurang lah cu....cuma Atlantis tu berlaku lagi awal dari Kaum Melayu..."
"Takutnyaa...."
"Jadi......Lily kena belajar pandai-pandai.....jgn rosakkan hati dan minda....jgn jadi macam mereka semua......jadilah seorang yang amanah.....dan hiduplah dengan bermasyarakat....cuba hidup dengan aman damai."
"Baik tuk!"
"Bagussss......" si atuk tersenyum.Senyumannya tidak lama.Ia kembali resah apabila menonton liputan secara langsung perarakan yang dilakukan oleh bangsanya melalui media.Dia tahu,bangsanya juga mula berpecah belah.Adakah bangsanya akan menerima nasib yang sama dengan bangsa Melayu?
Hatinya berdebar.