Friday, May 29, 2009

Hapacrita Cerekarama 2

"Berambus kau dari sini!...Pergi!!!"...tempik Zamri kepada pengemis itu.
"Berilah saya sedikit makanan,saya sangat lapar...tolonglah tuan..." rayu pengemis itu pula..

PANGGG!!!

Satu penampar hinggap di muka pengemis tersebut.Zamri marah betul jika ada orang yang kacau bila dia sedang makan.Hairan betul macam mana pengemis boleh terlepas masuk ke dalam restoran mewah tersebut.Pengemis tersebut merangkak-rangkak pergi meninggalkan Zamri.

"Maafkan pakcik nak...kerana mengganggu anak makan....maaf..." ujar pengemis tadi sambil berlalu pergi...

Zamri hanya menjeling,memandang tajam kepada pengemis tersebut.Selera makannya betul-betul sudah hilang.Hidup serba mewah menjadikan Zamri seorang yang bongkak.Hanya mereka yang boleh mendatangkan kekayaan kepadanya sahaja akan dilayan.

Zamri membayar makanannya sebelum berlalu pergi.Dibuka 'walletnya' dan dia meletakkan beberapa duit di atas meja tersebut dan berlalu pergi.Tidak mengambil wang baki merupakan salah satu cara untuk dia menunjukkan lagak.Zamri terus memasuki keretanya dan memandu laju.Dia berasa puas bila dapat bersikap angkuh kepada pengemis tadi...

Setelah tiba di rumah,Zamri pergi mandi dan kemudiannya berehat.Kehidupan bujangnya membuatkan beliau bebas berbuat apa sahaja.Dibukanya TV,tiada apa yang menarik.Dia bosan,dan terus melelapkan mata.Malas pulak rasanya dia hendak ke kelab malam pada malam tersebut.

Hari sudah siang bila Zamri membukakan matanya.Dia bergegas pergi mandi dan bersiap.Dipandunya kereta laju-laju masuk ke hotel yang berdekatan.Dia rasa lapar.Setelah selesai makan,dia memanggil pelayan di hotel tersebut.Zamri membuka 'walletnya'.

Wajah Zamri pucat.Kad Kredit yang membolehkannya berhutang berpuluh-puluh ribu tanpa masalah telah tiada di dalam 'wallet'.Bukan satu,malah beberapa keping kad kreditnya tiada,kad bank juga lesap.Zamri teringat peristiwa di restoran semalam,ketika membayar,dia tersilap meletakkan kadnya.Bukan wang tunai.Tidak pernah seumur hidupnya cuai sebegitu....mungkin kesan disebabkan arak yang diminumnya ketika makan semalam...
















Di satu sudut di hujung dunia,pengemis tua tadi tidak lagi lapar.Dia sedang menikmati makan malam paling mewah di atas katil hotel.Dikelilingi gadis jelita dan seksi.Berserta layanan bertaraf VVIP.Mukanya tersenyum puas sambil memandang-mandang kad kredit bernilai tinggi yang beliau jumpa ketika melilau di dalam restoran semalam....kad tersebut kemas di dalam tangannya....kad yang membolehkan beliau sampai ke Hollywood tanpa masalah....

"Besok nak pegi Milan lah....." bisik beliau sendirian sambil tersengih-sengih memerhatikan segala tiket kapal terbang pelbagai destinasi yang telah beliau beli lebih awal...beserta pelbagai pakej percutian mewah yang telah siap ditempah di seluruh dunia...cuma menunggu masa untuk pegi......hatinya puas apabila dia berjaya menghabiskan had perbelanjaan kad tersebut dalam masa yang sekejap sahaja....













"Aku tak kira!....ko basuh pinggan ni sekarang! " jerit chef hotel tersebut kepada Zamri yang sedang teresak-esak menangis......

18 comments:

ainShahajar said...

woo...jom g restoran..cari kad kedit..

tp mmg lawak seh..

gelak syok

kotaklimasegi said...

camner lah zamri tak boleh beza antara kad kredit dan wang kertas..

cuai tahap melampau nih..

bokbon said...

padan muka zamri, haha!

Lazyf said...

adehhhhhh....hahahaha

Anonymous said...

zamri ni buta ke?

Anonymous said...

hehehe......
nasib baik si angkuh tue nama zamri....
kalau zamir.... !@#$%&&%$#@@!

qishie said...

haha

lawak gila

tapi apesal si zamry tu tak reti nak blok balik kad kredit dia?

StingRay said...

ain: jom jom.. =)

arfah: tu la..jgn jadi camtu ye.. =}

bokbon: ke ko tgh simpati?

lazyf: =}

life: tak..dia tak buta..sehat je. =}

oyeng: zamir tu adik zamri.. =}

qishie:dia tgh sedih...block pun tak guna..dah habis limit orang tu guna..hahahaaa

Op said...

dergh..basuh pingan pun bermelodrama ka?..haduih..hehe

najwa hazirah halmi said...

ekekkeke....

selamat dapat keje basoh pinggan!

MelatiPutih said...

hahah..i ingt u buat cite sedih..haha..best2..thx for dropping by my silly blog..hehe.

paiseh said...

jangan kita meminum arak,
arak itu syaitan yg punya,
kalu kita minum,
nanti syaitan nak minum air apa..?

Anonymous said...

haha.. pdn ngan muke si zamri tu.

hady said...

hotel mana tu?

kasi tau kat aku

aku pun nak makan free juga..

haha

nuyuljana said...

ha ha.

mengong punya zamri.

durian runtuh la pengemis tuh!

tahap kebangangang zamri memang kritikal kerana tak dapat bezakan duit kertas ngan kad.

aiyoo. -_-"

udRe said...

nyianyia..
ingat ending dia sedih ke..
tapi still lawak lagi...

Anonymous said...

pdn muka
tu la berdosa..

~gUrL in pUrPle~ said...

huhu... zamri mmg salah... tp.... pengemis pun salah... saya xsokong sesiapa dalam kes ini...

sebab 1 = pengemis xperlu mengemis
sebab 2 = pengemis xpatut ambik hak org lain...

selain drp zamri yg mmg jahattu mmg xpatut... sori saya menjadi org yg bmoral...huhu