Thursday, December 20, 2012

Pagi Yang Hensem - 31

Seperti biasa, jam menunjukkan hampir jam 8 pagi.

Aku baru keluar dari bilik air dan berjalan terkedek-kedek ke arah pintu dan terus keluar dari bilik tidur.Aku berjalan menuju ke sebuah bilik lagi yang dijadikan bilik simpanan baju.Kat bilik tu,di situ lah seterika baju,di situ lah gantung baju dan di situ lah jugak pakaian-pakaian diletakkan selain dari bilik tidur utama.Teringin jugak nak buat bilik besar untuk pakaian macam dalam cerita korea Full House yang dilakonkan oleh "Hai,nama saya Rain" tu.Nanti lah,bila dah ada duit banyak.

Sebelum aku masuk bilik pakaian tersebut, aku melintasi akuarium kat ruang tamu.Akuarium tu pula,letaknya di sebelah pintu bilik simpan baju.Aku tengok dalam akuarium, semua ikan sedang melepak.Ingatkan ada jugak ikan yang nak berjoging pagi-pagi ni.Haram tak ada.Pemalas betul.Dah kenyang makan semalam lah tu gamaknya.

Aku biarkan ikan-ikan tadi dengan hal mereka.Bukan apa,masa tu mata aku sibuk pilih kemeja mana yang sesuai untuk dipakai.Pilih tali leher mana yang matching dengan boxer.Ah,boxer pun tak pakai lagi.Sambil-sambil tu, tengok jugak tali pinggang mana yang matching dengan warna rambut.Sibuk betul.Badan pun tak sembur dengan body spray lagi,ubat ketiak lagi.Nasib baik lelaki tak perlu pakai bra.Kalau tak,bertambah sibuk lah aku.

Sedang sibuk belek-belek baju, tiba-tiba kain tuala yang aku pakai tertanggal.Jahanam.Sejuk betul.Meremang bulu roma dibuatnya.Cuak jugak.Nasib baik aku sorang-sorang dalam bilik pakaian.Tak jadi lah nak malu sangat.

Aku pusing ke belakang untuk tunduk mengambil kain tuala yang jatuh tadi.

Kelihatan,di cermin akuarium,semua ikan sedang memandang ke arah aku.








Gatal.


6 comments:

bukankosong said...

hahahaha

cis!

Unknown said...

tak terkata apatah lg terlompat2..hahaha

StingRay said...

bk: aku cis kepada ikan-ikan dalam akuarium.haha

atie: Bagus.behave yourself.Jangan terlompat-lompat. =p

naiba said...

hahahaha...buta mata ikan-ikan tu...hahahaha

zulkoa said...

ikan terkejut tgk saiz kepala gajah. haha

StingRay said...

naiba: deme ada contact lense.takpe.haha

ubi: hahaha.teringat sin chan pulak aku.