"Pandainya isteri abang ikatkan tali leher.Kemas." puji si suami kepada isterinya.
"Ala,ayang kan bijak.Setakat ikat tali leher ni,apa laaa sangat.Kacang jee.Selit sana,selit sini,siaplah.Mudah." balas si isteri dengan lantang sambil mengetatkan tali leher si suami.Mukanya berseri-seri selepas kena puji.Si suami pula,terus bersiap nak menuju ke pintu rumah.
"Ooo..selit sana,selit sini,siaplah ye? Mudah ye? Bijak ye? Aku ajar selit ketupat daun palas dari dulu sampai sekarang, tak pandai-pandai jugak.Kalau melantak,laju." bebel Mak Cik Senah sambil membawa sepinggan nasi goreng ke ruang tamu.Cuti sekolah,bosan katanya duduk di kampung.Saja berjalan-jalan ke kota.
"Pedih bangg...pediihhhhh..." ujar si isteri sambil kuis-kuis ibu jari kaki kiri di lantai.
0 comments:
Post a Comment