Tuesday, November 6, 2012

Review Filem James Bond: Skyfall

Aku malas nak cerita step by step macam mana cerita ni bergerak.Nanti spoil pulak kepada yang belum menonton.Cuma, aksi pembukaan cerita memang best tengok James Bond merempit dengan motor di atas bumbung.

Komen aku untuk filem JB kali ni, kira ok lah. 

Daniel Craig masih mampu membawa watak JB dengan baik.Sejak kemunculannya pada 2006 dulu,Daniel Craig ni, telah memperkenalkan James Bond versi baru.Versi James Bond yang tak statik dengan gaya yang terlalu cool sampai tak ada rasa sakit,takut dan celaru.James Bond versi Daniel Craig ni, kelihatan lebih santai dan tak terlalu ikut dengan protokol macam "mat smart".Well,setiap pelakon ada karekter tersendiri.

Ye lah, menyampah jugak tengok hero yang terlalu tenang ni kadang-kadang.

Dalam filem Skyfall ni, permainan emosi lebih banyak dimainkan.Wanita James Bond yang selalu menjadi tarikan, kurang diketengahkan di dalam Skyfall.Aku tak beri perhatian pun.Haha.Watak yang lebih ditumpukan adalah Emma (M).Sila tonton untuk lebih faham.Cewah.

Selain Daniel Craig, Emma, gadis Bond dan aksi letup-letup, satu watak yang perlu diberi perhatian adalah watak penjahat yang bernama Raoul Silva yang dilakonkan oleh Javier Bardem.

Jika beberapa tahun lepas kita dikejutkan dengan lakonan yang super awesome oleh Heath Ledger untuk watak Joker dalam cerita Batman (The Dark Knight),kali ini,dalam Skyfall, bagi aku, inilah watak yang kualititnya hampir kepada standard piawaian Joker.Diulang. Hampir, bukan menyamai.

Watak Raoul Silva dalam Skyfall ni, menggabungkan kecerdikan, dendam (biasa la), psiko  dan ekspresi muka dan mood yang sangat berkesan.Kebolehan watak ini untuk mewujudkan rasa simpati penonton kepadanya adalah sangat bagus.Selain itu, karekternya yang bersahaja ala-ala Joker (perbandingan), amatlah menyenangkan untuk ditonton.Senang cerita, bila melihat watak ini beraksi, aku gagal untuk TIDAK mengaitkannya dengan watak Joker dalam batman.

Ekspresi muka, ucapan dialog,loghat english yang dituturkan, emosi yang ditunjukkan, aku rasa, dalam Skyfall ni, Raoul Silva memang menonjol.Cuma aku terkilan, penamat cerita ni macam tak best.Kurang kick.Kurang awesome.Kalau otak Christopher Nolan dipinjamkan dalam cerita ni,aku percaya, satu watak penjahat seperti Joker (malah,mungkin lebih hebat) akan muncul semula.Watak Raoul Silva juga,kelihatan seperti tidak diberikan peluang untuk lebih menonjol.Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku rasa,Raoul Silva mampu untuk melakukan kemusnahan yang lebih besar dan psiko dalam cerita Skyfall ni.Seperti ketika dalam konsert, penonton menjerit "We want more! We want more!".

Perumpamaannya,seperti kencing yang ditahan-tahan.

Jadi,kesimpulannya, Skyfall ni kira ok untuk ditonton.Ia lebih kepada "mari mengenali sejarah Emma(M) dan betapa manusianya James Bond yang boleh jatuh(prestasi) dan bangun".Elemen kelakar berjaya diterapkan dengan baik.Ini boleh dilihat ketika aksi James Bond berlatih menembak semula.Itu hanya satu contoh. (^_^)v

Berbaloi untuk ditonton? Kalau anda rindukan Joker, James Bond dan BUKAN aksi wanita Bond, maka, anda dipersilakan untuk menonton. 

5 comments:

Joni Dep said...

Walaupon menjanjikan sesuatu yang kononnya baru – tiada lagi kete sukan, tiada lagi gadget canggih, tiada lagi weapon of mass destruction, tiada lagi penjahat dengan world domination plan tapi penjahat yang lembut-lembut gitu, namun Skyfall still nampak biase je bagi aku.

-Movie Review: Skyfall Penuh Dengan Plot Yang Buduh. Baca di www.sinema.my

nurul ayuni shafie said...

wah, dh tgk skyfall. musti tonton neh.. haha

hanie said...

skyfall? buleh laaa...wa tgk 2D. jalan cerita agak slow.
masuk part Shanghai..wa bantai tido smp sengah jam kahkahkah

Sayidah Nafisah Ruslan said...

tak tengok lagi..macam menarik :)

StingRay said...

joni: memang nampak biasa.kelainan yang cuba nak tunjuk,mungkin dari segi tak fokus kepada awek bond.Lebih kepada Emma. =)

nurul: sila sila sila. =p

hani: aku tabik kat hang.haha

Sayidah: not bad la.haha