Hari masih awal.Masih pagi.Aku tekun mengadap laptop.Buat kerja dengan cermat.
Tiba-tiba,aku rasa macam ada sambadi kat belakang.Aku toleh, tengok-tengok amoi meneje HR sedang tersengih-sengih kepada aku.Ha,kalau dah buat muka baik ni, mesti nak sesuatu.
Setelah borak-borak sekejap,baru dia cakap tujuan sebenar.Pihak HR nak lantik aku sebagai calon Mr. Right sempena jamuan akhir tahun.Aku tersengih.Madefaker apakah ini.
Aku menolak dengan tenang.Namun amoi tersebut masih berkeras.Kental betul.Dia meyakinkan aku,yang aku boleh menang dalam pemilihan tersebut.Setelah berdiskusi selama 15 minit, nampaknya dia puas hati dengan alasan yang aku bagi.Gila kau, staff ada 1000 orang lebih,pergi la cari yang lain.Macam la dah takda sangat calon.
Nasib baik aku ni jenis yang sedar diri.
Setelah aku mengucapkan maaf kepadanya sebab aku menolak pelawaan tersebut, amoi tadi berlalu pergi dengan kecewa.Alah,relax lah,bukan ada menda pun.Pertandingan memoyokan diri di atas pentas je kot.
Aku sambung buat kerja.
Semalam, ketika di rumah,aku online sekejap.Tiba-tiba ada email kampeni masuk melalui Outlook.Dalam email tersebut, terpapar gambar finalis Mr. Right yang terpilih untuk bertanding semasa Annual Dinner nanti.
YA ALLAH, bila aku tengok senarai finalis lelaki yang masuk tu, aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab tak masuk.Memang tepat tindakan aku.Rasa nak tadah tangan sebab syukur sangat-sangat kepada yang maha Esa pun ada.
Bukan apa, dari senarai finalis yang masuk tu, kalau letak muka aku kat situ....
Gerenti aku menang.
Bagi lah peluang kat orang lain.
2 comments:
cettt...perasan...perasan yang amat!
hidney: menda betul ni.haha
naiba: dengki dengki.haha
Post a Comment