Monday, September 3, 2012

Apa Aku Jumpa Bila Weekend - 8

Tinggi jugak fantasi petugas yang sediakan boxer ni.Hahaha.Kembung bukan main.Diharap,patung di sebelah tak rasa kecil hati.


Singgah di pasar malam Bandar Seri Putera (exit Bukit Mahkota).Hui,bihun sup ni,memang A! Murah pulak tu.Lokasinya,hujung sekali kat pasar malam tu.Dekat simpang jalan dekat sekolah.Nak mudah cerita, SILA KLIK LINK INI untuk buka map.Ha,kat situ la letaknya kedai yang jual bihun sup dan beraneka sup lain lagi.Bukan main ramai lagi budak-budak KUIS.

YAALLAH,bebola daging dia,memang marbeles! Aku sampai kena bungkus lagi sebab sedap sangat.Bungkus hanya kuah sup dan bebola daging semata-mata.Bila gigit ja bebola daging tu,rasa macam tengah gigit betis lembu yang gebu.Bau lemaknya,bau dagingnya,memang ahsem.Secukup rasa.Sedap sampai tak tahu nak kata apa.

Tak jauh dari kedai bihun sup tu,ada jual tako tao.Kalau beli kat JJ,tambah flakes kena bayar extra RM1.Jadi,bila aku ternampak balang flakes ikan ni,aku jadi tak keruan.Aku minta flakes ikan lebih sambil tanya brapa harga kena tambah.Brader tu cakap "tak apa,kalau nak lebih,kita bagi free jeee....". Terus aku menggelupur gembira.

RM4.50 untuk 4 ketul tako tao dan extra flakes + extra mayo = bahagia.



2 comments:

naiba said...

alamak..betapa jakunnya diriku...
tako tao tu makanan jenis pe?tak pernah dengar pun sebelum ni...huhuhuh

diz is me... said...

alah...sdpnyer tako..die pn jual cam kt jj ke...byk flavour?
nk octopus...