Monday, September 3, 2012

Petang Ahad Yang Uh Ah Eh Oh Ah

Langkah diatur kemas.Larian pula mula memasuki kilometer yang ke-10.Peluh memercik di muka,telinga dan lurah bontot.Biarpun berpeluh sana-sini,badan aku tetap wangi hasil tenyehan deodorant yang awesome sebelum keluar tadi.Di hadapan,tersergam indah kawasan perumahan aku.Dah nak sampai.

Tengah sedap berlari,tiba-tiba ada sebuah motor yang ditunggang oleh seorang bangla menghampiri aku dari belakang.Perlahan-lahan dia follow aku.Aku berhenti,dia berhenti.Muka bangla tadi tersenyum memandang aku.Memandangkan hari hampir maghrib,mungkin dia mahu tumpangkan aku.

Baik betul bangla ni.

"Tak apa...tak apa..." ujar aku tersenyum sambil tangan buat gaya menolak pelawaannya.Comel.

"Sayyyyyaaa..mau tanya itu jalan pigi ke ..bla bla bla bla..." bangla tadi mula bersuara sambil tangan diangkat ke sana sini macam dalam cerita hindustan.









Ok.

Aku dah tak tahu dah nak letak muka kat mana.


2 comments:

bukankosong said...

nk ke ko tumpang bangla tu?

naiba said...

kahkahkah....jamil..jamil...haaa..kan dah malu..huhuhu

tadi bayang org nak meragut je..huhuhu