Thursday, June 21, 2012

Maklumbalas untuk iklan kerja kosong

Assalamualaikum,

Minggu lepas,aku ada post pasal kerja kosong di SINI.

Pertama-tama sekali,terima kasih banyak-banyak kepada yang menghantar resume kepada aku.Disebabkan aku terima berpuluh-puluh resume,maka,ambil masa sikit untuk diuruskan.Ye lah,ada form yang perlu diisi untuk hantar resume korang tu.

So,aku dah siap kategorikan resume korang,dan,akan dihantar hari ini kepada HR.Ambil masa bukan apa,sebab ada yang hantar,tak cakap nak jawatan apa.So,terpaksa la aku cari jawatan yang sesuai untuk kome.Jadi,kepada yang nak hantar resume lepas ni,sila letak jawatan yang hendak dipohon ya.Bukan apa,mudah sikit kerja,dan bila mudah kerja,resume korang dapat dihantar dengan hensem.

Ingat,aku hanya cuma tolong hantar,pihak HR akan buat tapisan. Ok? =)

Jadi,selepas 2 minggu dari hari ini kalau korang tak dapat apa-apa panggilan,anggaplah anda belum ada rezeki lagi.Aku cuba tolong apa yang aku mampu ok? =)

Jadi,banyak-banyakkan berdoa,dan,kalau dapat panggilan untuk interview dari syarikat yang aku dah reply dalam email korang tu,buat yang terbaik ye? Jangan dok buat loqlaq pulak.Buat malu aku je karang.Hahaha.

Ha,ada lagi beberapa resume yang masuk dalam email aku.

Nak download kejap.

(^_-)v <- bajet comel.Menyampah!


2 comments:

diz is me... said...

byk tul position yg ksg kt company ko tue...ops slp....company tmpt ko kje cr mkn tue....hehe :)

naiba said...

en jamil..kenape cek tak boleh bace entri terbaru anda..bila ramadhan hampir tiba?