Hari mula gelap.Aku memandu pulang dari kerja dengan tenang.Tak laju sangat,baru 90km/j.Masih ikut kelajuan yang ditetapkan.Polis pun tak ada sebab nak saman.Lagipun orang kacak yang memandu sambil memakai 'seat belt' memang polis tak akan sembur dengan air kimia.Yang demo kat KL ja selalu kena sembur.
Tengah sedap melayan pemanduan pada laluan paling kanan jalan,aku dikejutkan dengan sebuah kereta yang sedang bergerak penuh gemalai di hadapan.Wadehel pandu perlahan lorong kanan.Tak Maikel Shumeker langsung.
Ini tak boleh jadi.Aku bagi 'high beam' paling pantas.Sekali je.Tanda suruh ke tepi dengan penuh sopan.Tiada tindakbalas.
Aku bagi 'high beam' pantas-pantas dua kali.Sunyi.Tiada tindakbalas jugak.
Aku bagi 'high beam' dua kali slow-slow.Sunyi.Masih lagi tiada tindakbalas.
Hilang sabar.Hati waja dah mula membebel-bebel.Aku bagi 'high beam' terus.Takda kelip-kelip dah.No Mercy orang kata.Kalau dalam cerita Marksman petang-petang dulu tu,dah macam tahap serangan meriam katak dah.Nak bagi hon takut dia terbabas pulak sebab terkejut.Aku tak nak masuk dalam surat khabar Metros.Kang keluar tajuk "Lelaki keluar beli susu anak mati kemalangan disebabkan pemandu yang tak sabar bagi hon" nanti,apa aku nak jawab dengan rakyat Malaysia.
Kereta di hadapan mula ke kiri.
Penakut cahaya rupanya.
Mesti pelakon watak vampire sampingan dalam Twilight ni.
Mesti pelakon watak vampire sampingan dalam Twilight ni.
16 comments:
mgkin dia pmndu yg bru belaJo..wakakkaka
tajuk metros yg tak bley blah..hahahahhahha..aku slalu gak mcm tu..maksud aku slalu gak bagik hig beam..kehkehkeh..mcm best plak kalau disusuli dgn hon..hehehhe :P
dia rabun tuu. dah cerah sikit, baru tahu ke kiri :D
lu kasi je singal jari antu..erk..leh msk paper gak ke..?
ko ni...aku tak suka btol org bagi signal lampu ni
cisss..gua nak bawak slow sikit pon tak boleh ke?
kalo awek cun..mesti x buat cmtu kannnn..hahhaa..bongek gak org tu
dia ni sengal ke...da bg high beam pn xphm bhs..
sabar la jamil...petang2 ni rilex je.hehehe..
meh jemput datang jengok http://lakom-oven.blogspot.com/
dia xtgk pon hi beam ko tu.. tgh ckp kat fon.. dah letak fon baru pasan..
x pon, dia mmg jarang pandang cermin pandang belakang.. mcm aku.. malas mendongak.. huhu..
yaaa...jgnnn....jgn....
lain kali ko lango je bontot kate die...kasi amaran the the the...
orang ka kera yang bwk kereta tu?
enasan: ntah la..haha
aima:itu kombo kalau orang tu dah bebal sangat.haaha
dancing: mungkin la.haha
pentoi: rasanya..masuk kot.haha
life: tak kira..sapa suruh block jalan.haha
demamng:ooo..engkau rupanya...hiyah hiyah hiyah...=p
ezzati: mungkin sejuk sket hati tu.hahaha
aminah: dia takda bahasa lampu-lampu kot dalam otak dia.haaha
kakuna: panas woo..=p
rizwan: okeh! =)
rmaizah: ni mesti kena lampu selalu ni.haha
pink: jgn apa pulak ni? haha
maya:bagus..aku yang kena bayar nanti.haha
duck: orang...sebab tak nampak macam kera.=)
xde lah selalu... baru 2x kot... biasa hon je... huhuhuhu
Post a Comment