Tuesday, June 30, 2009

Kriss Evo 7

Lokasi: Melaka
Tahun: 2006


Aku berada di tahun-tahun akhir pengajian aku.Aritu aku kena pegi antar projek final aku.Seperti biasa,aku menghidupkan kriss evo aku dan menunggangnya dengan penuh 'passion' bak kata mat saleh.....bukan Haji Salleh yang cakap.

Bila sampai kat lot kedai dekat area Taman Muzaffar kat Melaka tu,aku pun parking motor aku.Masuk kedai,pegi binding semua dokumen.Elok je dah siap,tetiba hujan turun lebat gila.Aku pun tepon membe serumah aku yang ada keta.Mintak tolong dia antar.

Membe aku sampai,dan aku pun tinggal la kriss evo aku kat depan kedai tu.Elok dah setel semua keja dengan penyelia aku,aku pun balik ke kedai tadi dengan membe aku.Bila sampai kat motor aku,aku jadi gelabah bila aku tak jumpa kunci motor aku dalam poket.Jenuh aku check kat motor kalau-kalau kunci aku tercicir ka.Bila dah puas gelabah,aku amik keputusan untuk balik ke rumah dulu.Amik kunci spare.Sekali lagi aku tinggalkan kriss evo aku kat situ.

Bila sampai rumah,aku pun cari la kunci motor aku.Punya penat cari tak jumpa.Bila dah penat aku kena rehatkan diri.Caranya? Aku layan DOTA kejap.Main sampai puas.Tup-tup kejap je dah malam.Aku amik keputusan untuk pegi tgk besok ja lah motor aku.Pegi tukar kunci terus.

Besoknya,dengan penuh bergaya,aku mintak membe aku antar jap.Dah sampai kat lot kedai bawah rumah aku tu,aku pun berjalan ke tempat aku parking motor aku semalam.


Motor aku tiada di situ.


Aku panik.Gila ko,Kriss Evo tuuuu! Mau tak panik.Membe aku antar aku balik rumah.Kat rumah kami bincang macam-macam.Nak kontek kongsi gelap la,nak guna bomoh la,mintak tolong spiderman ngan batman...tak kurang juga idea untuk menggunakan doraemon.Sungguh tak matang.

Bila dah penat bersedih dan risau,aku pinjam motor membe aku.Selaku seorang yang hensem,aku membuat tindakan yang sangat bijak.Aku nak report kat polis.Ya,menda-menda camni kena la report.Kot-kot buleh jumpa lagi dengan Kriss Evo.Walaupun aku tak letak harapan tinggi.Sedih jgn cakap la,macam hilang bini walaupun aku tak penah kawin lagi.

Aku menunggang dengan penuh longlai ke balai polis berdekatan.Walaupun longlai,aku tetap hensem dan kacak.

Bila tiba di balai polis,aku parking motor di tempat yang disediakan.Dalam kepala dah karang macam-macam ayat manis.Aku tutup enjin motor,tongkat motor,buang helmet dan kemudiannya aku terpaku.Tergamam.Badan rasa sejuk panas-sejuk panas.Hati dah dup dap dup dap.Macam meenaci bertemu dengan thambi.Macam romeo dating ngan juliet.Macam erra dan awie dulu-dulu.

Aku nampak Kriss Evo aku parking dengan hensem kat balai polis.

Aku bergegas ke balai balai.Dari ayat "encik,saya nak laporkan kehilangan motor saya" terus bertukar kepada "encik,macam mana saya nak amik motor saya bawah bangsal tu?".

Polis tu cakap aku tertinggal kunci kat motor.Ada orang tolong simpan dan polis yang buat rondaan angkut motor aku ke balai dengan lori.











Petang tu,polis yang bertugas betul-betul seronok berceramah kat aku.

29 comments:

Anonymous said...

nasib baik jumpa balik kriss evo ko!ko mmg betuah!

Anonymous said...

eh!aku 1st!

Anonymous said...

eh!aku yg second jugak!hahahaha


penat sudah aku main2 di blog ko..blah dulu!

loti mukhtar said...

HEH..MEMBER SAYA PERNAH MENGALAMI YANG SEDEMIKIAN RUPA.MEMBER SAYA YAKNI POMPOAN TERTINGGAL KUNCI MOTO DIA ATAS MOTO DAN KUNCI MOTO ITU TELAH DISIMPAN OLEH LELAKI YANG GENTLEMAN.LELAKI ITU MENGAMBIL PELUANG UNTUK BERKENALAN DAN MEMBUAT KAN SAYA DAN KWN SAYA FOBIA KERNA LELAKI ITU NAK KAWEN SANGAT2 DENGAN KAWAN SAYA..GILA FORMAL AYAT AKU

Ana Lyana said...

hahahah..lawak giler ko ni...

tu pon n asib baik jumpe...

kalau tak...

menangis tak berlagu ler deme...

hehehe..

lain kali hati2 ya..

~gUrL in pUrPle~ said...

mm.. tulah.. bukan nk tgk kt motor dulu... sompat main game lg... kdg2 saya pun buat cmtu... xnak tensenkan diri... buat bnda merepek2 dulu sdgkan ada bnda pntg yg kne buat... nnti kalo tensen gila plak... tp kalo isteri anda bersalin, jgn plaklah wat cmtu masa dia tgh terjerit2tu...haha

Debot said...

lucky gile ko weh! (dlm tulisan jawi, kalau terer bace la..)

Rona Realiti said...

hilang moto sempat dota lagi...!?
tetiba plak ko kalah dota..
apa la ko rasa time tu...!?

Jay Harun said...

sengal melebih dari aku nampak...hahahah!!!

said...

yer2..ko memang hensem dan kacak...

aper isi kandungan ceramah bapak polisi tu?

kekkekke

nuyuljana said...

hahaha.

aku syak time motor ko hilang,

muka ko pucat xde darah.

kriss evo tuuuuuuuu..

:))

Aima Othman said...

ape daaaaa......nasib baik ade polis yg baek hati...

PuteraOhtraBulan said...

Aku ingat baik kita terus parking motor ke kereta ke dekat B.Polis.Selamat aja kan ?

LanaBusyBee said...

"Aku menunggang dengan penuh longlai ke balai polis berdekatan.Walaupun longlai,aku tetap hensem dan kacak." <------------ aaaaaaaaaaa ayat ni xleh blah la hihuuuu

qishie said...

camne kunci leh tertinggal?
muda2 dah nyanyuk ko ni..haih..
minum air semut banyak..

huhuhu

Cikgu Ije said...

nasib baik. isk.

makwe joni said...

hah? polis tu buat ceramah kat ko?
ceramah je?

tak silap aku beliau de sekeh sedas dua kat ko kan?

hahaha

Lazyf said...

hahahahahahaha..bodai!!!!!

Unknown said...

kriss evo 7 itu masih sayangkan anda...bersyukurlah~

Nur Syaza Azrudin said...

YA ALLAH.U ARE THE LUCKIEST RIDER IN THE WORLD.SERIOUS.0_0

Tggl moto yg bkunci sementara pegi shoping pn org boleh agkot curik.ni tggl moto yg mcm ckp 'steal me.i'm hot.i'm easy' pn ada makhluk Allah baik nk mmpos pegi bgtau polis.perh.

pnah jgk ttgl kunci kt moto masa nk trun g bli groceries.msa nk blk bru pasan.nsb baik abg parking jaga dgn tulusnya.

Firol said...

nasib baik le ketemu transformer hang

kena ceramah yang tak berapa nak tahan tu

Ayuraza said...

klaka giler la ko ni mamat...nyanyuk ke hape ntah..

Anonymous said...

er...
itu tinggal kunci ...kalo tinggal bende len...er..kamu rase ?

(meh sini dahi luas kamu nak kene tepuk nih)

tuntung said...

nasib jumpe blik..xbleh blah lu sempat men game dlu..hahahaha


tuntungkita.blogspot.com

Unknown said...

Nasib baik lh kriss evo, kalau Honda C-Class Type R mesti dah jalan kan? moto panas tu wey.. (aku dah lame masuk jawi. :D)

Misya Idris said...

hensem dan kacak.

hensem dan kacak.

hensem dan kacak.

3x tu aku taip. ha ha!!

Masy said...

giler betoi smpat main game.

tp xleh salahkan ko la. kadang2 jiwa kita terlebih rileks. cam aku gak masa tercicir purse kt TGV masa tgk midnite 5 thn lps. tghari esoknye baru aku gi TGV balik cari purse tu. dan aku untung gak sbb jumpe kecuali duit Rm10 dlm tu lesap.

takpelah, upah kat org yg jumpe tu hehehe

JO said...

aduh! dah agak je kunci moto tgl kat moto. mmg nasib ko baik jer, ada org baik hati tlg kan.

StingRay said...

life: haha..suka main-amin kat blog aku eh?..singgah2.. =)

loti: ahha..ko memang skema. =)

honey: baekk.. =)

gurl: errrkkk...no komen.haha

beda: aku memang lucky walaupun aku bukan penghisap rokok lucky strike.sekian. =)

rona: rasa nak lawan sedas lagi.hahaha

pag: aku sengal ke? haha

yanie: apa lagi...nasihat laa..haha

nuyul: betul2.. =)

aim: itu la pasal. =)

putera: buatnya dia caj sejam rm10...nak? ahah

lana: sila terima dengan tabah.haha

qishie:jus semut? hahaha..

ije: tu la pasal. =)

citah: tak.polis tu baik. =)

lazyf: bodai tu apa? =)

naddy: sob sob..terharu.hehe

NSA: aku memang lucky.hahahha..sila jgn jeles.

firol: aku dengar sambil senyum...motor da jumpa.haha

mrs: tak nyanyuk...cuma silap teknikal sket ja.haha

anonymous: tertinggal apa? (buat-buat tak paham) hahhaa

tuntung: game buatkan aku tenang..setenang pari-pari.haha

komander: bila ko masuk jawi? mggu lepas? hahaaa

baby: maaf..tiada hadiah..namun terima kasih..wat susah2 aja.hahahhaa

masy: main game sambil cari ilham.hahaa

jo: tu la..orang tu memang baik hati.hahaaa