Menonton filem Mongol merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.Filem yang dihasilkan dengan teliti tanpa unsur-unsur yang mengada-ngada.Hasilnya filem ini kelihatan sangat 'ikhlas' dalam penceritaannya.Unsur yang mampu membuatkan aku terpegun,terpana.
Cerita ini mengisahkan pemimpin terkenal Mongol.Genghis Khan.Ya,masa sekolah dulu nama beliau hanya dibayangkan dengan kekejaman,ganas dan sebagainya.Dalam cerita ini,ia mengisahkan siapa Genghis Khan.Bagaimana beliau membesar.Siapa ibunya.Siapa ayahnya.Bagaimana masyarakatnya.Kenapa dia ingin berkuasa.Bagaimana pada usia 9 tahun dia sudah mencari bakal isterinya (sangat menarik babak ini) serta bagaimana beliau mengembangkan pengaruh dengan sikapnya yang adil.
Penceritaan yang menarik.Pelakon yang bagus.Skrip yang padat.Lokasi yang sangat tepat.Bagi aku,semuanya 'mengena'.OK....balik nanti aku nak layan sekali lagi.Kamu semua...tonton lah.Itu pun kalau kamu minat cerita berbentuk epik.
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
3 comments:
nape x penah denga citer ni..
wah! lajunye meng-update blog..kita yg smlm pun xterbuat lagi..
kt ner nk tgk citer neh?x pnah dengau pun sblm neh...
Post a Comment