"Baiklah En Hafiz...sudah bersedia?" ujar hos rancangan...
"Saya bersedia!" balas Hafiz dengan semangat.
"Baiklah penonton di rumah...sekarang kita akan membawa en Hafiz pergi ke tempat yang tertentu dengan mata tertutup.En Hafiz hanya boleh menggunakan derianya yang lain seperti pendengaran dan deria bau untuk mengecam tempat yang kita bawa...Jika beliau dapat mengecam dengan betul hingga ke peringkat akhir,beliau akan memenangi wang tunai sebanyak 10,000 ringgit!!..dan beliau hanya ada masa 10 saat sahaja untuk mengenal tempat yang akan saya bawa." Ujar hos panjang lebar kepada penonton di rumah sambil tersengih-sengih.
Hafiz dibawa ke tempat pertama.Hos mula memberi arahan untuk bermula.Di situ Hafiz mula mengamati persekitaran dengan hanya menggunakan deria pendengaran dan baunya sahaja.Matanya telah ditutup.Tiba-tiba Hafiz menjawab....
"Saya berada di hadapan mesin ATM!" begitu konfiden sekali.
"Anda yakin dengan jawapan anda?" jawab hos yang berada di sebelahnya...
"Saya yakin!"
"Anda betulllll!!.." balas hos rancangan yang terlebih girang dari Hafiz.
Di peringkat seterusnya telinga dan mata Hafiz pula ditutup.Hafiz hanya mampu menggunakan deria baunya sahaja.Hos mula membawa Hafiz ke satu tempat baru.Seperti biasa hos memberikan arahan untuk bermula.
Hafiz mula menghidu.Dia tersenyum.Hidungnya dapat kesan bau sambal.Bau kari.Bau ayam goreng pun ada.Siap dengan bau ayam goreng berempah.Tidak ketinggalan bau petai.Orang pun ramai yang lalu lalang di sebelahnya.Hafiz mula menghidu dalam-dalam untuk meyakinkannya buat kali terakhir.Dia pasti!.Hafiz mula tersenyum.Dia mula membayangkan akan ke peringkat seterusnya...iaitu peringkat akhir.Maka Hafiz pun memberikan jawapan kepada hos.
"Saya berada di Food Court!"
"Anda yakin dengan jawapan anda?" tanya hos penuh skeptikal...sengaja mahu menduga Hafiz.
"Ya!...saya sangat yakin!..." balas Hafiz dengan tegas penuh senyum.
"Baiklah...saya akan membukakan kain di mata anda." jawab hos kembali..
Kain yang menutupi mata Hafiz pun dibuka.Penyumbat telinga juga dibuang.Hos tersenyum-senyum...kamera mula fokus ke muka Hafiz.....
Hafiz mendapati beliau berada di dalam sebuah tandas awam yang sangat sibuk......
Istighasah, boleh ke tak?
1 week ago
12 comments:
memang tersangat malaunaire..keji sungguh tandas bau food court..haha
errr..hafiz ni mmg bese mkn kt toilet ke hape ni?
ustazah aku ckp tabley mkn kt toliet wo...baca paper kat toilet pun tabley..
kalau sape yg baca gak kira, mcm baca paper bersama setan lah..
Hafiz ni seekor kucing sebenarnya... kucing yang biasa minum air dalam lubang tandas. Sebab itu dia kompius.
hahahahaaaaa......
mili: ha ha...idung dia kuat sangat.. =)
citah: terbukti 'kiasan' lawak aku bukan tahap pemikiran kamu.Sila cuba lagi. =)
terra:terra: ko suka minum air tandas? =)
haha.. bestnye bau..
gile sape berak ada bau kari bagai sume tuh...haaha..mesti keling
malaun peginye..
sedapnye bau tandas tu..kat mne eh?
malaun btol rancangan tuh.
P/S: aku tengah cuba bayangkan tandas bau food court. argghhh. xle. xle terima jugak. haha~
hah? taik2 mereka bau makanan? perghh
sengal punya malaun!
Post a Comment