Saleh,Tukiman dan Rahim berehat-rehat di bawah pokok di sebuah taman di kawasan jajahan mereka.Tiba-tiba mereka nampak seorang mamat rockers melilau-lilau dengan sebuah beg kat taman tu.Mamat tu pakai seluar koyak-koyak sambil bergerak laju.Melilau-lilau.Nampak macam tengah mengejar atau dikejar sesuatu.
Elok je mamat tu lintas depan diorang,Saleh selaku ketua kumpulan pun sound.
"Oi mat...engkau dengan seluar koyak rabak..melilau sana sini....bawak beg....ko nak merompak eh?" diikuti gelak oleh Tukiman dan Rahim.
"Apa ada dalam beg tu?..bak sini!" rakus Saleh merampas beg dari mamat tersebut.Saleh terus membuka zip beg mamat tadi.Saleh terdiam apabila melihat kandungan beg tersebut.Selain majalah rock...ada sejadah dan kain pelikat.Siap dengan kopiah putih.
Pada masa yang sama mamat rock tadi mula bersuara.
"Surau kat belakang sana diorang tengah 'renovate'.Asar dah nak habis ni.Kat mana masjid terdekat eh?..saya baru sampai dari kampung.Nak tgk konsert rock malam ni.Kalau tak da masjid...saya solat kat taman ni je lah.Air paip pun ada kat situ.Mana arah kiblat ye sedara sekalian?"
Saleh dan Tukiman mula berterabur menunjukan arah kiblat.......Rahim pula mengeluarkan kalkulator dan 'protractor' untuk mengira sudut tepat arah kiblat berdasarkan rumus ciptaannya sendiri.
Mamat rock tadi hanya menggeleng-gelengkan kepala memerhatikan kejadian tersebut.
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
20 comments:
ish ish ish...
dont judge a book but its cover
don't sangka klear wata, no boya
rock2 pn ingt tuhan.
gud3..
I LIKE!! ;)
yeargh...nie barula rock sejati
calon suami sejati
hehehhehhe
er..kamu kem salam same mat rock itu ya !
haha. 3 org tu lak yg akhirnya melilau2. uhu
hmm... siapapun anda, sbg muslim, jgn tggl solat.... =)
bak kata awie,"rockers la yg paling ramai masuk syurga..."
perlu ker protractor segale??
huhu~
rock islam la tu...
rok rok juga.. semayang jangan lupa..
hahaha
memang rock
isk3
rock pun stil ingat semayang lagi tuh beb!
haha, bagus benor mat rock tu. sape eh stingray? ko ke :P hihi.
btw,
naddy,cuak:betul tu. ;)
ada no tel rock 2 x????nk wat suami nie....
yeah.. mat rock yg dicari2..
naddy: boya di mana-mana. =)
cuak: =)
ayam: haha..butul2..
yanie: dah jumpa? =)
anony: ok. =)
ije: =)
gurl: baek ustazah. =)
sultan: dia termasuk tak? haha
najwa: ntah.haha
pentoi: ye la kot.haha
paiseh: sungguh.haha
monkey: butul2..
olin: =)
jo: bukan aku.haha
anony:x da. =)
baik jugak rupanya
اسلام عليكم
اسلام عليكم
Post a Comment