Salim berjalan-jalan dengan seorang perempuan di pusat beli-belah.Mereka berpegangan tangan.Salim berjalan di hadapan sket.perempuan tersebut di belakang sket.Tapi tak la belakang sangat.Masih seiring.Mereka sangat mesra.Sekali-sekala perempuan tersebut terlanggar orang.Tapi mereka tak kisah.Masih bergelak ketawa.Berbual mesra.Seperti kat dunia ni..ada diorang berdua ja.
Puding (nama sebenar sharifudin) amat jeles melihat kejadian tersebut.Salim adalah budak belasahannya.Selalu jugak la dia belasah bila berjumpa.Hari ini Salim kelihatan lebih hebat darinya.Ada awek cun.Berpakaian kemas.Nampak teratur betul hidupnya.Ini tak boleh jadi.Baru je tak jumpa beberapa hari.Puding tak leh nampak Salim lebih senang dari dia.
Puding dapat satu akal.
Dihampirinya Salim yang tengah sedap pegang tangan perempuan tadi.Kemudian Puding pintas Salim.Salim terkejut.Puding tersenyum sinis.Salim cuba untuk bersalaman dengan Puding.Ye lah,dah agak lama tak jumpa.Salim pun dah tak amik kisah dengan kes Puding yang selalu buli dia dulu.Dia maafkan.
Salam yang dihulurkan Salim ditepis oleh puding.
"Oii....ko tau tak..berpegang tangan dengan pompuan camni haram? Dah tu siap heret sana sini....macam pimpin orang buta! Ha! ha! ha! ha!..Kalau kau nak selamat,serah awek ko kat aku." sound Puding kuat-kuat.Bagi semua orang dengar.Ahh...puding bukan tau malu.Dia kena tunjuk otai sket.
Salim terdiam.
Perlahan-lahan Salim keluarkan sekeping kad dan menunjukkannya kepada Puding.Puding memerhatikan kad yang ditunjukkan oleh Salim.Puding memerhatikan kad tersebut dengan penuh minat.
"BERTUKAR!....aku lah polis angkasa gaban!" Jerit Salim dengan keras.Penuh serius.Sambil melemparkan patung perempuan yang diheretnya selama ini jauh-jauh.Bersedia untuk beraksi.Sudah agak lama dia tak berjumpa dengan Puding.Orang gila dari daerah sebelah.Puding yang memerhatikan kad tadi dengan leka mula terkejut.
"Aku lah power rangers merah jambu!" jerit Puding pula..sambil membuat gaya yang ntah hapa-hapa.Sampah yang dikutipnya tadi diletakkan di sebelah.Mentol lampu yang dililitkan di kepalanya juga diletakkan dengan kemas di sebelahnya.
Klepek! klepuk! klepak!.... bunyi mereka bergaduh.
"Susah betul bila orang gila dua daerah ni bertembung.." ngomel pengawal keselamatan pusat beli belah yang memerhatikan kejadian tersebut....sambil pekena sirap bungkus.
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
10 comments:
hahahaha
gelak guling-guling...
bagus-bagus!!!
woho...jap2..lepas 3 bukan 4 ke? apsal terus 5?
ke aku yg miss cerekarama 4 ni?
puding vs salim...wakakakakaka
cian patung perempuan tu
jadi bahan....hahahahha
wei...ko minat ECAH kawan aku yg baju kurung hijau tu ker?
hahahaha
haha..ko ni mmg pandai reka cita ek..
unik nama blog aku?seunik aku lah..
adeih macam2..
ape ade power renjes kaler pink? sesat ke?
hahaha.
simpati dengan mereka berdua.
gila btol!
jd org gile ni mmg sempoi.. lex je. haha...
Post a Comment