Aminuddin(nama tabley bla..) berlari-lari anak menuju ke arah bas yang sedang menunggunya.Dia hendak pulang ke kampung.Ye lah,dia baru je lepak KL ni.Umur pun dalam 18.Baru habis belajar sekolah.Nak kerja katanya.
Setelah tiba,dia pun naik dan mencari tempat duduk mengikut nombor yang tertera pada tiket.Dah duduk Aminuddin tersengih sorang-sorang.Hatinya tak sabar dah nak balik.
Tepat pada masanya bas pun bergerak.Kaki Aminuddin tergedik-gedik tanda seronok.Aminuddin melihat di luar bas.Ramai orang sedang menunggu bas balik ke kampung.
"Kesiannn....tak dapat bas lagi.." kata hati Aminuddin dengan nada memerli sambil tersengih-sengih..
Tetiba Aminuddin ternampak sorang brader.Brader tu tengah bertinggung.Mukanya berpeluh sebab penat menunggu bas.Bas yang tak kunjung tiba.Dah le panas terik.Aminuddin pun mendapat satu akal.Jenis jahat punya akal.Akal nak menyakat yang jenis tak kena tempat.
Aminuddin membulatkan mata,sambil menjelir-jelir kepada brader tadi dari dalam bas.Bas yang dinaiki Aminuddin melepasi brader tadi dengan perlahan-lahan sebab jalan 'jam'.Brader tadi yang perasan dengan gelagat Aminuddin cuma dapat bersabar.Tiada apa yang mampu dilakukannya.
"Budak-budak..." bisik hati brader tadi menenangkan diri...
Melihat brader tadi dapat bersabar,Aminuddin 'memesatkan' lagi serangan mentalnya.Dijelir-jelirkan lidah dengan gaya paling huduh kepada brader tadi.Semakin galak Aminuddin 'menguji' brader tadi.Aku yang menulis cerita ni pun tak paham perangai Aminuddin nih.
Brader tadi mula panas hati.Mula rasa nak marah.Di genggam-genggam penumbuknya.Aminuddin yang melihat keadaan tersebut berasa sangat gembira.Untuk kali terakhir sebelum brader tersebut lenyap dari pandangannya,Aminuddin menjelir-jelir kepada brader tadi.
Brader tadi dah tak tahan.Mukanya merah.Aminuddin sangat gembira.
POMMMMMMMM !!!!!
Tayar bas yang Aminuddin naiki tetiba pecah.Drebar bas terus bagi signal untuk parking kat tepi jalan sambil menjerit-jerit kepada penumpang supaya turun dan tunggu di luar sementara tayar ditukar.
Dari jauh,Aminuddin dapat melihat brader yang dia usik tadi tersengih-sengih.Tangannya dah genggam-genggam penumbuk.Tangan yang satu lagi plak Aminuddin tgk dah ada kayu.Entah dari mana brader tu dapat kayu tak tau la.Brader tu jalan dengan tenang menghampiri bas yang dinaiki Aminuddin.
Aminuddin mula sibuk membaca mentera untuk menghilangkan diri seperti yang beliau tonton dalam cerita hantu semalam dalam TV.Kakinya tidak lagi tergedik-gedik keriangan...
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
8 comments:
erkk.. aminuddin mmg kurang waras la.. mcm penulis entri neh gak.. haha..
padan muka aminuddin.
padan muka. sape soh nakal sangat. ahaha~
ni bukan citer sdri ek? hahaha
cacat la aminuddin ni..
haha.. budak pndai.
haha...buat jht dibls jht..
ape kes la brader tu
Post a Comment