Tuesday, June 30, 2009

Kriss Evo 7

Lokasi: Melaka
Tahun: 2006


Aku berada di tahun-tahun akhir pengajian aku.Aritu aku kena pegi antar projek final aku.Seperti biasa,aku menghidupkan kriss evo aku dan menunggangnya dengan penuh 'passion' bak kata mat saleh.....bukan Haji Salleh yang cakap.

Bila sampai kat lot kedai dekat area Taman Muzaffar kat Melaka tu,aku pun parking motor aku.Masuk kedai,pegi binding semua dokumen.Elok je dah siap,tetiba hujan turun lebat gila.Aku pun tepon membe serumah aku yang ada keta.Mintak tolong dia antar.

Membe aku sampai,dan aku pun tinggal la kriss evo aku kat depan kedai tu.Elok dah setel semua keja dengan penyelia aku,aku pun balik ke kedai tadi dengan membe aku.Bila sampai kat motor aku,aku jadi gelabah bila aku tak jumpa kunci motor aku dalam poket.Jenuh aku check kat motor kalau-kalau kunci aku tercicir ka.Bila dah puas gelabah,aku amik keputusan untuk balik ke rumah dulu.Amik kunci spare.Sekali lagi aku tinggalkan kriss evo aku kat situ.

Bila sampai rumah,aku pun cari la kunci motor aku.Punya penat cari tak jumpa.Bila dah penat aku kena rehatkan diri.Caranya? Aku layan DOTA kejap.Main sampai puas.Tup-tup kejap je dah malam.Aku amik keputusan untuk pegi tgk besok ja lah motor aku.Pegi tukar kunci terus.

Besoknya,dengan penuh bergaya,aku mintak membe aku antar jap.Dah sampai kat lot kedai bawah rumah aku tu,aku pun berjalan ke tempat aku parking motor aku semalam.


Motor aku tiada di situ.


Aku panik.Gila ko,Kriss Evo tuuuu! Mau tak panik.Membe aku antar aku balik rumah.Kat rumah kami bincang macam-macam.Nak kontek kongsi gelap la,nak guna bomoh la,mintak tolong spiderman ngan batman...tak kurang juga idea untuk menggunakan doraemon.Sungguh tak matang.

Bila dah penat bersedih dan risau,aku pinjam motor membe aku.Selaku seorang yang hensem,aku membuat tindakan yang sangat bijak.Aku nak report kat polis.Ya,menda-menda camni kena la report.Kot-kot buleh jumpa lagi dengan Kriss Evo.Walaupun aku tak letak harapan tinggi.Sedih jgn cakap la,macam hilang bini walaupun aku tak penah kawin lagi.

Aku menunggang dengan penuh longlai ke balai polis berdekatan.Walaupun longlai,aku tetap hensem dan kacak.

Bila tiba di balai polis,aku parking motor di tempat yang disediakan.Dalam kepala dah karang macam-macam ayat manis.Aku tutup enjin motor,tongkat motor,buang helmet dan kemudiannya aku terpaku.Tergamam.Badan rasa sejuk panas-sejuk panas.Hati dah dup dap dup dap.Macam meenaci bertemu dengan thambi.Macam romeo dating ngan juliet.Macam erra dan awie dulu-dulu.

Aku nampak Kriss Evo aku parking dengan hensem kat balai polis.

Aku bergegas ke balai balai.Dari ayat "encik,saya nak laporkan kehilangan motor saya" terus bertukar kepada "encik,macam mana saya nak amik motor saya bawah bangsal tu?".

Polis tu cakap aku tertinggal kunci kat motor.Ada orang tolong simpan dan polis yang buat rondaan angkut motor aku ke balai dengan lori.











Petang tu,polis yang bertugas betul-betul seronok berceramah kat aku.

Jam 2 pagi,melayan lagu ini.Sangat mengasyikkan.



Pipi dia sumpah cantik.

Monday, June 29, 2009

Dialog Masyarakat Marhain 8

"Jamil...ko ni hensem lah."

"Jom kita makan nasi lemak.Aku blanja ko.Amacam?"

"Terima kasih Jamil."

Sarip

Sarip memandu dengan tenang menghampiri tol di hadapannya.Dia memegang tiket dan bersedia untuk membuat pembayaran.Tiap-tiap hari pegi balik keja kena lalu highway.Nasib baik satu tol ja.Baru seminggu di tempat kerja baru,Sarip lebih selesa dengan pembayaran tunai.Malas beliau nak pakai kad touch and go lagi.Lagipun tol dekat rumahnya tu pun bukannya sesak sangat.

Sedang menunggu barisan,dia mendengar koleksi lagu-lagu hip hop yang beliau simpan di dalam 'pendrive' nya.Orang minat muzik,audio kereta kena la canggih.Main cucuk pendrive ja..tak yah burn cd.

Sebagai peminat hip hop sejati,dressing kena la ala-ala hip hop walaupun pegi kerja.Kepala hangguk-hangguk sket.Muka kena ketat-ketat.Baru nampak ganas macam nigger kat US sana.

Kereta di hadapan bergerak pergi.Tiba giliran Sarip.Sarip menekan butang 'next' pada sistem audionya sambil menghampiri kaunter.Nasibnya baik,awek cun melecun yang jaga kaunter tersebut pada hari itu.Sarip membuat muka sehabis macho sambil menghulurkan tiket tol kepada awek tadi.

"Hai ....si cantik manisss.....cuba tgk saya....hip hop tak?...boleh berkenalan? " Sarip cuba mengorat sambil senyum-senyum.

Pada masa yang sama,tiba-tiba audionya memainkan lagu hip hop tamil.Sarip terkejut.Bila masa dia letak lagu hip hop tamil dalam pendrive beliau? Beliau memanglah 'hakkor' hip hop.Tapi beliau cuma layan lagu melayu dan inggeris saja.Tamil bukanlah lagu kegemarannya.Kemudian baru Sarip teringat,semalam officemate beliau..si Ravi ada pinjam pendrive.

*Lagu hip hop tamil masih berkumandang*

Awek jaga kaunter tadi mula pandang-pandang Sarip.Sarip yang gelabah hip hop dah mula tak tentu arah.Tapi muka dia maintain cool.Tangannya mula meraba-raba sistem audionya mencari butang next...sambil muka tgk ke arah lain....nak cover.

"1st time tau saya tgk peminat hip hop melayu layan lagu hip hop tamil macam awk...." ujar awek jaga kaunter tol tadi tersengih-sengih sambil menghulurkan duit baki kepada Sarip.









Keluar ja dari tol,Sarip terus beli SMART TAG.Siap dengan kad touch and go sekali sebagai back-up.





update: cerita ini hanya rekaan semata-mata.Sekian. =)

Friday, June 26, 2009

Malam jumaat orang kawin ada kat rumah peluk bini...aku lepak CC...HA HA




Heh...lagu malam jumaat.

Ha! Ha! Ha! Ha!

Thursday, June 25, 2009

Update

Weh...weh....cerita En. Kamal kat bawah tu rekaan aku je lah.Ramai la plak yang tanya betul ke tidak cerita tu.


Haru bebeno.Teruk lah korang semua nih.

HA HA HA HA HA HA HA HA HA

Heroes Come Back



Video Klip Penyanyi lagu ni.

Aku suka melayan cerita naruto.Dulu gigih bebeno download katun dia.Sekarng layan baca komik ja.senang.X yah tunggu lama2 nak download.Opening kat atas tu..adalah antara opening naruto yang aku paling suka.

Lagu yang bersemangat....kartun yang cantik,'smooth' dan nampak hidup....peh.Layan.

En. Kamal

TRUTTTT! TRUTTTTT!

"Assalamualaikum....Selamat pagi en Kamal..."
"w'salam....Selamat pagi.Siapa yang bercakap ni?"

"Saya dari pihak bank.Rekod kami menunjukkan en Kamal sudah 3 bulan tidak membayar ansuran kereta encik.Jadi pihak bank terpaksa tarik kereta encik jika encik tak membuat pembayaran hari ini."

"Eh...saya tidak pernah 'miss' bayar kereta saya.Macam mana encik boleh cakap saya tidak bayar selama 3 bulan?" En. Kamal mula bersuara cemas.
"Pihak bank tidak mempunyai rekod pembayaran Encik Kamal."balas pemanggil tadi.

Perbualan bertukar menjadi sengit.Masing-masing tak nak mengaku kalah.Tiba-tiba pemanggil tersebut berkata...

"En Kamal..En Kamal terkena PANGGILAN HANGITTTTTTT !!!!! Saya deejay yang bertugas hari ini.Sahabat en Kamal ada bersama saya di konti ni.Nama dia En Shukri.Ha ha ha ha... " meriah betul deejay tersebut gelakkan en Kamal.Seorang lagi mangsanya telah berjaya dikenakan untuk panggilan hangit secara live di udara.Semua pendengar mesti gembira.

"Kamal....sori la..aku da lama nak kenakan ko..asyik ko ja kenakan aku kat beret.Ha ha ha.."gelak en Shukri...sahabat en Kamal.En. Kamal dan En. Shukri bekerja sebagai polis diraja malaysia.

Suasana sunyi.Tiada gelak ketawa dari En. Kamal. Deejay dan En. Shukri mula kehairanan.Tiba-tiba en. Kamal bersuara.

"Kamu berdua tau tak?...aku tengah bertugas.Aku tengah ikut suspek pengedar dadah tadi.Disebabkan panggilan bodoh kamu berdua...aku telah kehilangan suspek.Ini kes besar kamu tahu? Aku hampir berjaya mengesan lokasi rahsia diorang."
"Ehh....bukan kau cuti ke hari ni Kamal?" tanya En Shukri kehairanan.

"Ini kan penyiasatan....orang ingat aku cuti...tapi aku kena join operasi secara rahsia.Aku akan saman kamu berdua di atas kesalahan mengganggu tugas seorang pegawai polis."Tegas sekali suara en Kamal.
"En. Kamal....kami minta maaf.Kami tak berniat untuk mengganggu tugas en Kamal."Deejay mula gelabah.Membe en Kamal pula terdiam.Dia tak sangka en Kamal bertugas secara rahsia pada hari tersebut.

"Kamal....aku minta maaf...ko jgn saman aku Kamal.Aku mana tau ko bertugas secara sulit hari ni."
"Kita jumpa di mahkamah.Tak guna punya kawan!.Menyusahkan aku!." balas En. Kamal dengan tegas.


Suasana sunyi.....tetiba..



"Anda terkena PANGGILAN HANGUSSSSS!!!! HA! HA! HA! HA! HA! HA! HA!....Woi....aku gurau je lah Shukri...aku tengah dodoikan anak aku kat rumah ni...HA! HA! HA! HA!" ujar en. Kamal..sambil disertai hilaian tawa yang sangat menyakitkan hati.....




Deejay yang bertugas dan En. Shukri tergamam di konti.Terdiam.Mereka telah bertemu buku dengan ruas.

Mereka telah dikenakan balik secara live!

Wednesday, June 24, 2009

Ayam 3



Satu-satunya lagu yang sangat sinonim dengan ayam....bagi aku lah.....orang lain aku tak tau.
Aku tak akan lupa lah ko membebel dengan lirik lagu ni dulu yam.Rehat elok-elok.


-Entri Ayam Terakhir-






-Bodoh betul..satu hapa kerja aku tak leh buat ... bertenang ... bertenang .... tarik napas.

Ayam 2




Korang baca lah sendiri.Tgk dia mimpi apa 2 jam sebelum dia eksiden.Cuba kelik gambar tu.Aku baru dapat tau ni.Sayu beb.

"Dreaming her but suddenly the other her coming too...how come both of you have same face in my dream?? stupid but excited dream"

"Just dream macam dalam movie blockbuster tetibe ada bunga sepanjang jalan peh tu angin sepoi2 tak reti bahasa then lepak kedai mamak je"

Pastu gambar dia pun dia terbalikkan.




Terkedu aku.

Tuesday, June 23, 2009

Ayam


Selepas pendaftaran,aku buka kasut dan masuk ke dalam rumah.1st sem kat UTEM...aku kena duduk kat hostel.Bila aku nak masuk ke dalam rumah,aku nampak ada sorang mamat.Dia bersandar kat dinding.Muka kerek bebeno.Dia lah muka yang aku mula-mula nampak bila masuk dalam rumah tu.Bila dah kenal-kenal...baru mesra.Muka ganas hati baik.Dia suruh aku panggil dia ayam.

=====================================

"Ko tak nak beli kereta ke?"
"Aku tak akan beli kereta.Kalau bakal isteri aku nak beli kereta,biar dia beli sendiri.Aku nak tunggang motor." ujarnya.Masih terngiang-ngiang kata-kata ayam dalam telinga aku sampai sekarang.

=====================================

"Apahal orang panggil ko ayam?"
"Dulu masa kat asrama sekolah..aku demam....ayah aku datang blanja kfc kat membe-membe aku sebab diorang jaga aku kat asrama...padahal diorang tak jaga sangat pun...sebab tu diorang panggil aku ayam." dia gelak-gelak masa cerita menda ni kat aku....juga masih terngiang-ngiang dalam kepala aku.


=====================================

Semalam,dalam jam 5 petang...tengah aku sibuk buat keja...tetiba membe aku antar sms.

"Ayam @ afdzal eksiden kat mrr2.Sesiapa tolong contact family dia."

Dan tak lama lepas tu..masa aku tengah melilau cuba-cuba check nama ayam kat wad kecemasan hospital ampang....aku dapat 1 lagi sms....

"Ayam da meninggal..dia kat HKL...innalillah..."

Start dari aku dapat sms tu..sampai sekarang kepala aku tak habis2 load segala kenangan dengan arwah.Memang tak leh stop.Laju je semua-semua tu datang.Sayu beb.

=====================================


Ayam (Mohd Afdzal bin Mohd Fadzi) dah x da.Maleh nak ckap banyak.Masa dia dah sampai.Aku tau korang tak kenal dia kan? Pasni tak da dah leh dengar direct sound dari dia..x da dah bunyi motor dia datang umah..x da dah troll warlord bersembunyi dalam hutan time main dota...tak leh dah aku lawan dia dalam Red Alert....antara seteru aku yang payah nak mengaku kalah...haha...fuck lah.....dah lama kita tak lawan kan yam?

Meh kita sedekah membe aku ni al-fatihah.Tak sampai 2 menet pun.Biar dia tenang kat sana.Ni ja yang kita mampu.Sebagai saudara seagama.

Al-Fatihah.






[ Gambar 1 ngan 2 dari facebook dia.Gambar ke3 aku amik dari sini. ]


Terima kasih semua.


Fakta menarik: Aku sedang amik masa untuk bertenang.Terkejut beb.Rilek2 jap la ye.Esok-esok lusa lah aku buat-buat kelakar dalam blog ni. =)

Monday, June 22, 2009

Antara Aksi-Aksi Gampang yang Aku Tak Akan Ulang Lagi Sampai Bila-Bila.



Antaranya seperti berada di dalam air sambil tunjuk lambang 'peace' disertai dengan memakai kaca mata hitam.Sekali tgk macam pelakon 'padayappa'.

Hampir 10 tahun usia gambar ni.Sampai sekarang tak matang-matang.Haihhh...Jamillll Jamillll....


Fakta menarik: Muka aku sekarang sumpah tak sama dengan dalam gambr.Berubah 100%.Jgn harap nak jumpa muka macam ni dah kat Malaysia.

Merpati Putih - Divine Master



- Aku suka lagu ni.Rileks.-

Update: baru aku tau..ni Lotter AF dan sepupunya kot... yang cipta dan nyanyi.Mati-mati aku ingat Sheila on 7 yang nyanyi..

Jeman buat hal lagi..

"Yaaa..selamat petang semua!..apa khabar anda pada petang ini? Kepada yang memandu...memandulah dengan cermat.Ingatlah orang tersayang.Ok..di sini saya akan bacakan laporan trafik di kawasan Kuala Lumpur." ujar Saiful tersengih-sengih di konti radio.

"Berlaku kesesakan di jalan Ampang.Jalan Loke Yeow...jalan Tun Sambanthan.Di laluan highway KL- Seremban jalan masih lancar dan terowong Smart pula ditutup untuk kerja penyelenggaraan..." Saiful masih lagi tersengih-sengih.Beliau menjalankan tugasnya dengan penuh ceria.

"Jika anda mahu menjadi mata dan telinga bagi pihak kami...hubungi saya..Saiful....deejay anda di 03-33000201 dan laporkan keadaan trafik di tempat anda.Tak kira di mana anda berada.Kongsikan maklumat anda!" Saiful berasa dia cukup profesional pada petang tersebut.Senyumnya semakin melebar.


TRUTTTT! TRUTTTTTT!...

"Hello Encik Saiful..."
"Ya saya di sini....siapa di sana?"

"Saya Jeman...."
"Ya en Jeman...en Jeman boleh laporkan sekarang.Biar semua pendengar mendapat manfaat dari maklumat yang encik berikan.."

"Saya baru balik dari kelas petang...terdapat kesesakan yang teruk telah berlaku di sini."ujar Jeman dengan sehabis baku sebutannya.Saiful mula rasa tak sedap hati....

"Ada seekor kerbau yang keracunan makanan sedang terbaring di atas batas sawah Pak Karim.Laluan di atas batas sawah tersekat.Saya tidak dapat balik ke rumah.Begitu juga dengan Mak Piah,Pak Cik Salim,Mak Endon,Tok Sarip, Haji Leman dan Pak Murad Burung Belatok....kami semua tersekat di atas batas sawah ni.nasib baik saya bawa henpon bapak saya ke sekolah hari ni.Boleh saya dengar radio.Diminta orang ramai tidak melalui jalan ini.I lap you abang Saiful.Terima kasih. " Ujar Jeman dengan laju dan terus meletakkan telefon.







Air mata Saiful menitis perlahan-lahan....menahan geram.Petangnya yang ceria dan profesional telah dicabul dengan rakus oleh Jeman.Pelajar sekolah rendah darjah 4 strawberry.

Friday, June 19, 2009

Hapacrita Sketsa 1

Saleh,Tukiman dan Rahim berehat-rehat di bawah pokok di sebuah taman di kawasan jajahan mereka.Tiba-tiba mereka nampak seorang mamat rockers melilau-lilau dengan sebuah beg kat taman tu.Mamat tu pakai seluar koyak-koyak sambil bergerak laju.Melilau-lilau.Nampak macam tengah mengejar atau dikejar sesuatu.

Elok je mamat tu lintas depan diorang,Saleh selaku ketua kumpulan pun sound.

"Oi mat...engkau dengan seluar koyak rabak..melilau sana sini....bawak beg....ko nak merompak eh?" diikuti gelak oleh Tukiman dan Rahim.

"Apa ada dalam beg tu?..bak sini!" rakus Saleh merampas beg dari mamat tersebut.Saleh terus membuka zip beg mamat tadi.Saleh terdiam apabila melihat kandungan beg tersebut.Selain majalah rock...ada sejadah dan kain pelikat.Siap dengan kopiah putih.

Pada masa yang sama mamat rock tadi mula bersuara.

"Surau kat belakang sana diorang tengah 'renovate'.Asar dah nak habis ni.Kat mana masjid terdekat eh?..saya baru sampai dari kampung.Nak tgk konsert rock malam ni.Kalau tak da masjid...saya solat kat taman ni je lah.Air paip pun ada kat situ.Mana arah kiblat ye sedara sekalian?"
















Saleh dan Tukiman mula berterabur menunjukan arah kiblat.......Rahim pula mengeluarkan kalkulator dan 'protractor' untuk mengira sudut tepat arah kiblat berdasarkan rumus ciptaannya sendiri.

Mamat rock tadi hanya menggeleng-gelengkan kepala memerhatikan kejadian tersebut.

Hapacrita Cerekarama 6

Sudah 2 bulan sejak dari pertemuan pertama mereka.Sani hanya tersenyum sendiri mengenangkan detik pertemuan mereka.

Dia mengenali Aisyah ketika dia keluar dari keretanya setelah mereka secara tidak sengaja terlibat dengan kemalangan jalan raya.Ketika itu Sani sedang memandu.Tiba-tiba sebuah kereta di hadapannya hilang kawalan.Mereka berlanggar.

Sani kemudiannya bergegas keluar setelah tersedar dari pengsan.Dilihatnya seorang perempuan tersepit di dalam kereta yang remuk.Dia cuba membantu perempuan tersebut.Mereka akhirnya dihantarkan ke hospital oleh orang ramai.Perempuan itu bernama Aisyah.

Sani dan Aisyah akhirnya terselamat dari kemalangan itu.

Setelah 2 bulan saling kenal mengenali,Sani bercadang untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa Aisyah.Dia ingin menyatakan hasrat hatinya untuk mengambil Aisyah sebagai isterinya yang sah.Sani yakin,Aisyah adalah cintanya yang sejati.

Dia terlalu menyayangi Aisyah dan tidak sanggup kehilangannya.

Kini dia sedang memandu menuju ke rumah Aisyah.Dipandunya perlahan-lahan.Dia tidak mahu tergesa-gesa.Sani cuba menenangkan hatinya yang gundah gulana.

Setelah tiba di perkarangan rumah Aisyah,Sani pun keluar dari kereta dan berjalan perlahan-lahan ke pintu rumah Aisyah.

Sani memberikan salam.

Salamnya disambut dengan lembut dari dalam.Kelihatan Aisyah keluar dari rumah dengan berseri-seri.Sungguh cantik sekali.

Sani dipelawa masuk oleh Aisyah.Sani hanya menurut Aisyah masuk.

Ketika di dalam rumah,kelihatan ayah dan ibu Aisyah sedang duduk menunggunya.Hati Sani sekali lagi bergetar.

Sani dijemput duduk.

Setelah berbual mesra bersama ayah dan ibu Aisyah,akhirnya Sani menyatakan hasratnya kepada ibu dan bapa Aisyah.

Ibu dan bapa Aisyah hanya terdiam.Kemudian ayah Aisyah berkata:

"Sebenarnya Sani,kami sudah ada pilihan kami sendiri.Kami bercadang untuk menyatukan Aisyah dengan orang lain.Pilihan kami sendiri.Kamu terlewat.Kami minta maaf." Ringkas dan padu sekali jawapan dari mulut ayah Aisyah.

Sani rasa seperti tidak dapat menerima kenyataan tersebut.Air mata Aisyah sudah berjurai dan mula mengalir laju membasahi pipinya.

"TIDAKKKKKK!!! Aisyahhh...aku tidak akan tinggalkan kamu! "..Sani menjerit dengan penuh kecewa.

"Saniiiii !!!!" jerit Aisyah pula.


-----------------------------------------------------------------


Suasana di wad 5 sebuah hospital kerajaan menjadi kecoh.Dua orang pesakit yang sedang koma secara tiba-tiba tersedar dan menjerit serentak.Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Doktor bergegas pergi ke wad tersebut.Kedua-dua pesakit tersebut kebetulan diletakkan bersebelahan antara satu sama lain.Selain dari pesakit tersebut,ahli keluarga mereka turut ada bersama.

Apabila doktor tiba,dia melihat kedua pesakit tersebut sedang berpandangan antara satu sama lain.Saling memerhati tanpa berkelip.Kedua keluarga hanya terdiam memerhatikan gelagat pesakit tersebut.

Air mata pesakit perempuan tadi mula mengalir.Air mata kegembiraan.Muka pesakit lelaki tadi pula mula bercahaya.Penuh bersemangat.

"Aisyah..." bunyi suara dari pesakit lelaki tersebut...
"Sani.." pesakit perempuan pula bersuara..

"Saya pelik.Adakah kamu saling kenal mengenal sebelum kamu koma? Kamu berdua telah koma selama 2 bulan kerana terlibat dalam kemalangan.Kamu berdua tidak sedarkan diri semasa diselamatkan.Kereta yang dipandu Cik Aisyah telah terbabas dan berlanggar dengan kereta Encik Sani." doktor yang menjaga mereka selama ini menerangkan panjang lebar kepada Sani dan Aisyah.Kedua keluarga pesakit saling berpandangan antara satu sama lain.Mereka keliru.Tidak pernah mereka kenal atau berjumpa sebelum kemalangan tersebut.

Kini Sani dan Aisyah mengerti.Mereka bertemu,bercinta dan berkenalan ketika di dalam koma.Sani tersenyum.Ini adalah peluang keduanya untuk melamar Aisyah.Jika ketika di dalam koma dia terlewat untuk menyunting Aisyah,kali ini dia mesti pantas.

"Ayah!..saya nak pinang Aisyah dengan segera!" Sani bersuara dengan tegas.Sambil tersenyum kepada Aisyah.

Aisyah tersenyum lebar.Mukanya mula merah-merah menahan malu.






Ayah Sani dan Ayah Aisyah berpandangan sesama sendiri......mulut mereka terlopong.







Nota ibujari:Aku da antar cerita ni dalam peraduan neskepe semalam.Aku antar atas nama orang lain.Tak lepas kot.Tak keluar pun lagi.

Thursday, June 18, 2009

Dialog Masyarakat Marhain 7

"Wahhh...eksiden laaaaa."
"Ha'ah la...teruk jugak kan?"


"Aku pun nampak eksiden tadi."
"Kat mana?"


"Dalam TV."

Tetiba aku tersenyum

"Jamilll......cuba kamu tgk laptop Dell XPS...ataupun...tgk lah yang mana sesuai dengan kamu." ujar bos aku.






Sekarang aku tgh sibuk memilih laptop yang sesuai dengan aku.Programmer kencang...laptop pun kena lah kencang.

HA HA HA HA

Aku sekarang dah jadi macam bebudak dalam kedai gula-gula.Macam jantan mata keranjang di dalam kedai buku 18sx...macam pompuan dalam shopping complex yang tengah ada sale sampai 90%...

Dah tak tahu nak pilih yang mana.Semua nak rembat.Tamak sungguh.





Ha ha ha ha....aku sudah boleh tersenyum semula.

Eh eh....dah ada pembaca hapacrita melayu di luar negara?


-Sila kelik untuk kebenaran-

(Fakta sebenar..semalam aku pegi US,Austeraliya ngan Jepun....pegi cc diorang...pastu buka blog aku.Licik tak aku?)

Idea dah tak laju bila hilang laptop kesayangan

Dengan laptop tu le aku cipta blog ni.Gambar-gambar best pun banyak.Sekarang ni nak mengarang pun dah rasa tak sedap pakai laptop sementara nih.Nak kerja pun dah tak best.Banyak betul kod-kod yang aku buat lesap.Sistem-sistem,design2.peh.Tak sempat nak bekap.

Lepas ni aku nak bekap dalam cd.Pastu pos ke planet marikh.

Macam hilang bini pulak.Cilakak punya pencuri.Kalau aku dapat kamu,aku upah gay,kurung dalam bilik.Biar kamu tahu apa itu erti seksa.

Ahh..cakap berdegar-degar plak aku ni.

Faking eshol betol pencuri tersebut!




Tengah marah ni...tengah marah ni....

Wednesday, June 17, 2009

Hapacrita Meradang

Opis aku kena pecah masuk.Laptop semua ilang.Selalu aku bawak balik laptop.Napa semalam aku tak bawak balik ntah.Pelik betul.

Cuma aku terkilan sebab banyak gambar menarik aku snap dalam tu abes ilang.Nasib baik x da gambar bogel aku dalam laptop tu.Tapi ada le gambar peha gebu aku.Harap-harap perompak semalam bukan gay.

Aku rasa mesti geng Ocean's Thirteen lah yang buat keja ni.

Ok..aku sumpah perompak tu tujuh keturunan...semua mati pucuk.




So,sekarang aku tunggu laptop baru.Selamat bekerja semua.Aku nak rehat-rehat kat opis. =)

Tuesday, June 16, 2009

Dialog Anak Bapak 1

Anak:"Wahhhh....banyaknya kenduri kan bapak kan?" ujar Aiman yang berumur 4 tahun sambil memandang ke luar tingkap kereta bapaknya yang sedang bergerak sederhana laju merentasi jalan raya.

Bapak:"Biasa lah..musim cuti sekolah.Apa nak hairan."

Anak:"Cuma Aiman rasa terkilan sikit lah dengan bapak."

Bapak:"Ha?..kenapa Aiman? Apa yang bapak dah buat dengan Aiman?"

Anak:"Ye lah...bapak kawin dengan mak dulu bukan nak ajak Aiman datang kenduri bapak.Aiman sedih tau."













Bapak Aiman mula mengorek-ngorek hidungnya yang gatal tak gatal.....

Dialog Suami Isteri 3

Isteri:"Abangg....abang ada cita-cita jangka pendek tak?"
Suami:"Ha?.....mesti lah ada...nanti la abang cita.Nak tgk cerita ni.Best nih." ujar suami sambil menonton tv dengan kusyuk.

Isteri:"Alaa...abang ni...cakap la...sayang nak dengar..."
Suami:"Nanti la..abang nak tgk tv ni..."

Isteri:"Tak nakkk....nak tau sekarang jugak!" si isteri mula memuncungkan bibirnya...buat2 merajuk.

Isteri: "Abangggg....cakap laaaa....."isteri mula ngada-ngada...











Suami:"Abang nak buncitkan sayang." ringkas sahaja jawapan dari suami sambil menutup tv.




















AUUUWWWWW!.... jeritan gedik isteri mula kedengaran dari dalam rumah.

Peraduan Neskepe


[Kelik untuk penjelasan lanjut]

Ok...tq kepada Rona Realiti yang bagi tau aku pasal peraduan ni.Aku baru je masuk.Tapi aku amik cerita dalam ni jugak.Cuma edit-edit sket ja.Tak sempat nak karang cerita baru.Korang tgk la.Kat sini korang leh tau nama sebenar aku.Penat2 aku taip nama samaran....dia letak jugak nama betul.Cilakak.Hahahahahahah...

Takpe la..kira bonus utk pembaca blog ni. =)

TGK SINI dan klik pada kisah JEMAN DAN NESCAFE.

Award


Dari blog ini.



Ehem...ehem....Terima kasih.

Saya tujukan award ini kepada mak ayah saya di kampung.Pembaca-pembaca blog.Tuan blog yang sudi bagi award ni.Rakan-rakan yang banyak membantu.Syarikat rakaman album.Kedai mamak yang selalu saya makan.Di samping peminat-peminat yang menyokong saya.

Terima kasih.Terima kasih.


*bunyi tepukan mula bergemuruh...*

Monday, June 15, 2009

Aku sedang berkira-kira untuk:

1. Membuang chat box kat sebelah tu.
2. Buang ruangan komen untuk entri.Maknanya korang tak leh dah komen semua entry aku pasni.


Apa pendapat anda selaku pembaca blog HapaCrita? =)

ABC

=)

Menguji Kekuatan Hidung Anjing Jiran

Aku turun dari kereta dengan tenang.Setelah kunci semua apa yang patut,dan tidak kunci apa yang patut,aku pun berjalan menuju ke rumah yang ibarat 'home sweet home'.

Dalam perjalanan ke pintu rumah..aku nampak anjing jiran aku.Dia tetap berkawal seperti biasa.Dia tenung aku kemudian dia pandang ke arah lain.Mungkin aku tidak menarik seperti anjing betina kegemarannya.

Ah..aku bukan anjing.Tiba-tiba aku dapat idea.Aku nak uji sejauh mana kehandalan hidung anjing jiran aku nih.Aku menumpukan perhatian penuh untuk buat ujian nih.Aku tarik nafas dalam-dalam.







Aku kentut perlahan-lahan.








Anjing tersebut tidak memberikan sebarang reaksi.
Sah hidungnya tak hebat.

Beyond Godlike


[kelik gambar untuk lebih jelas]

-Weekend yang ceria di Cyber Cafe-

Order 2

"Minum apa bang?...arak kurang manis lagi?"

"Ha'ah...bungkus eh....jgn ikat mati plastik tu....ikat tepi....saya nak minum.Letak straw ye.."





-update laju2..banyak keja. =)

Sunday, June 14, 2009

Order

"Minum apa bang?"

"Bagi arak segelas.Kurang manis ye..."

Friday, June 12, 2009

Kadang-kadang..menda yang lepas-lepas tu..kita kena biarkan ia pegi...



Kan?

Ok..selamat berhujung minggu. =)

Who Wants To Be A 'Malaun'aire..

"Baiklah En Hafiz...sudah bersedia?" ujar hos rancangan...
"Saya bersedia!" balas Hafiz dengan semangat.

"Baiklah penonton di rumah...sekarang kita akan membawa en Hafiz pergi ke tempat yang tertentu dengan mata tertutup.En Hafiz hanya boleh menggunakan derianya yang lain seperti pendengaran dan deria bau untuk mengecam tempat yang kita bawa...Jika beliau dapat mengecam dengan betul hingga ke peringkat akhir,beliau akan memenangi wang tunai sebanyak 10,000 ringgit!!..dan beliau hanya ada masa 10 saat sahaja untuk mengenal tempat yang akan saya bawa." Ujar hos panjang lebar kepada penonton di rumah sambil tersengih-sengih.

Hafiz dibawa ke tempat pertama.Hos mula memberi arahan untuk bermula.Di situ Hafiz mula mengamati persekitaran dengan hanya menggunakan deria pendengaran dan baunya sahaja.Matanya telah ditutup.Tiba-tiba Hafiz menjawab....

"Saya berada di hadapan mesin ATM!" begitu konfiden sekali.
"Anda yakin dengan jawapan anda?" jawab hos yang berada di sebelahnya...
"Saya yakin!"
"Anda betulllll!!.." balas hos rancangan yang terlebih girang dari Hafiz.


Di peringkat seterusnya telinga dan mata Hafiz pula ditutup.Hafiz hanya mampu menggunakan deria baunya sahaja.Hos mula membawa Hafiz ke satu tempat baru.Seperti biasa hos memberikan arahan untuk bermula.

Hafiz mula menghidu.Dia tersenyum.Hidungnya dapat kesan bau sambal.Bau kari.Bau ayam goreng pun ada.Siap dengan bau ayam goreng berempah.Tidak ketinggalan bau petai.Orang pun ramai yang lalu lalang di sebelahnya.Hafiz mula menghidu dalam-dalam untuk meyakinkannya buat kali terakhir.Dia pasti!.Hafiz mula tersenyum.Dia mula membayangkan akan ke peringkat seterusnya...iaitu peringkat akhir.Maka Hafiz pun memberikan jawapan kepada hos.

"Saya berada di Food Court!"
"Anda yakin dengan jawapan anda?" tanya hos penuh skeptikal...sengaja mahu menduga Hafiz.
"Ya!...saya sangat yakin!..." balas Hafiz dengan tegas penuh senyum.
"Baiklah...saya akan membukakan kain di mata anda." jawab hos kembali..

Kain yang menutupi mata Hafiz pun dibuka.Penyumbat telinga juga dibuang.Hos tersenyum-senyum...kamera mula fokus ke muka Hafiz.....



















Hafiz mendapati beliau berada di dalam sebuah tandas awam yang sangat sibuk......

Misery



Aku menonton cerita ni dengan penuh minat.Macam korang tgk dalam gambar.Mamat tu adalah penulis novel.Dia eksiden.Tangan dan kakinya patah.Pastu dia diselamatkan oleh peminatnya yang fanatik.Peminatnya itu pula tak nak lepaskannya.Sumpah filem ni psiko.Tapi tahap psikonya masih di tahap sederhana.Kira ok la.Sangat menarik!

Ok..kita bayangkan kejadian ini.

Aku sedang berjalan-jalan dengan tenang.Tetiba aku terpijak duri.Pada masa yang sama seorang peminat blog aku (perempuan....ehem..ehem...) terus datang dan membawa aku pergi ke rumahnya.Aku menyuruhnya menghantar aku ke hospital.Tapi dia memberikan pelbagai alasan seperti hospital tidak akan menerima pesakit yang terlalu hensem macam aku....atau alasan lain yang logik seperti jalan ke hospital masih dalam pembinaan.

Di rumahnya dia merawatku.Setelah dirawat...aku tidak dibenarkan keluar.Kakiku sakit dan tidak dapat berjalan.Aku Dikurung dan dipaksa update blog di rumahnya.Sebarang update yang dia tak suka dia akan suruh aku buat semula.Akhirnya aku hanya dapat keluar dari rumah tu setelah membunuhnya.Seram kan?


Jadi...tahulah kamu semua...mengapa aku merahsiakan identiti aku. =)

Dialog Suami Isteri 2

Isteri: "Huaargghh.......morning honey!" ujar si isteri sambil menguap manja setelah bangun dari tido...

Suami:"Amboi...pagi ni romantik betul.Lena nampak tido semalam.he he he..morning..." balas si suami sambil tersenyum-senyum penuh makna...

Isteri:"Eh,sayang tegur botol madu atas meja solek tu..kenapa abang perasan pulak?" ujar isteri pula sambil menunjukkan ke arah botol madu di atas meja solek dengan muka penuh serius...

Suami:"Demmit...main balas dendam." balas si suami sambil buat muka geram-geram....








AUUUUWWWWWW!!!.......kedengaran jeritan manja si isteri dari dalam bilik..

Thursday, June 11, 2009

Shukri Hashim


Beliau telah meninggal dunia.Terkejut jugak bila aku tau berita ni.Aku respek dengan lakonan beliau.Tambah-tambah bila dia beraksi dalam part kelakar yang rilek-rilek tapi meletup.

Semoga tenang kamu di sana.Al-Fatihah.

Berita lanjut di UTUSAN.

Wednesday, June 10, 2009

Hapacrita Cerekarama 5

Engku Tamrin mula rasa hampa.Penat-penat dia tempah baju khas untuk penyamaran.Tapi sorang pun tak amik peduli.Memang hampa gila.Dah 3 hari dia menyamar.Sorang pun tak tegur dia dengan ikhlas.Awek-awek apatah lagi.Ramai yang jauhkan diri bila nampak beliau.

Engku Tamrin pergi ke keretanya.Beliau mahu pulang kerana sudah 'givap'.

Setelah memandu selama 4 jam,beliau pun sampai di rumahnya.Beliau adalah anak orang berada.Keturunan raja-raja.Kepulangannya disambut dengan penuh meriah oleh pekerja di rumahnya.Namun itu semua tidak dapat menceriakan Engku Tamrin.

Setelah meletakkan kereta,Engku Tamrin disambut mesra oleh ayahandanya, Engku Abdullah Engku Imran.Engku Abdullah dapat melihat kemurungan Engku Tamrin dengan jelas.Diajaknya Engku Tamrin masuk kedalam.Bonda Tamrin sudah lama tiada.Meninggal ketika beliau masih bersekolah.

Ketika di dalam rumah,sambil minum-minum Engku Abdullah pun menyoal Engku Tamrin.

"Anakanda...bagaimanakah penyamaran anakanda?..Berjaya? "
"Tak berjaya ayahanda....seorang pun tidak pedulikan anakanda..." jawab Engku Imran.

Engku Abdullah termenung seketika.Hairan betul.Apa menda yang menyebabkan orang tidak pedulikan Engku Tamrin?Anaknya itu sangat kacak.Memang mustahil.

"Anakanda menyamar sebagai apa?" Soal Engku Abdullah dengan penuh 'kuries'.













"Anakanda menyamar sebagai pokok....penat anakanda tempah kostum pokok tu mahal-mahal.." jawab Engku Tamrin dengan tenang sambil mengunyah peha ayam panggang yang baru dihidangkan sebentar tadi oleh pembantu rumahnya.



KLEPEK !!!!!! seketul ayam panggang yang dilempar laju oleh Engku Abdullah tepat mengenai kepala Engku Tamrin.

"Wai deddy?...waiiiiii?.." jerit Engku Tamrin sambil buat-buat aksi gedik....












"Engkau cakap engkau nak menyamar di kawasan desa...nak cari jodoh...menyamar la jadi petani ke...pekedai runcit ka...penoreh ka...yang kamu pegi jadi pokok tu kenaapaaaaaaaaa???......kenapaaaaaaaaa setannnnnnnnn?.....kamu nak bagi cucu pokok kat ayahanda? Ha?.." marah Engku Abdullah sambil pegang seketul lagi ayam panggang...bersedia untuk dilemparkan kepada Engku Tamrin yang tergedik-gedik cuba melarikan diri...




"Childish betul.." ujar Mak Kiah....pembantu rumah yang memerhatikan kejadian tersebut sambil geleng-geleng kepala...



Hapacrita Cerekarama 4

Salim berjalan-jalan dengan seorang perempuan di pusat beli-belah.Mereka berpegangan tangan.Salim berjalan di hadapan sket.perempuan tersebut di belakang sket.Tapi tak la belakang sangat.Masih seiring.Mereka sangat mesra.Sekali-sekala perempuan tersebut terlanggar orang.Tapi mereka tak kisah.Masih bergelak ketawa.Berbual mesra.Seperti kat dunia ni..ada diorang berdua ja.

Puding (nama sebenar sharifudin) amat jeles melihat kejadian tersebut.Salim adalah budak belasahannya.Selalu jugak la dia belasah bila berjumpa.Hari ini Salim kelihatan lebih hebat darinya.Ada awek cun.Berpakaian kemas.Nampak teratur betul hidupnya.Ini tak boleh jadi.Baru je tak jumpa beberapa hari.Puding tak leh nampak Salim lebih senang dari dia.

Puding dapat satu akal.

Dihampirinya Salim yang tengah sedap pegang tangan perempuan tadi.Kemudian Puding pintas Salim.Salim terkejut.Puding tersenyum sinis.Salim cuba untuk bersalaman dengan Puding.Ye lah,dah agak lama tak jumpa.Salim pun dah tak amik kisah dengan kes Puding yang selalu buli dia dulu.Dia maafkan.

Salam yang dihulurkan Salim ditepis oleh puding.

"Oii....ko tau tak..berpegang tangan dengan pompuan camni haram? Dah tu siap heret sana sini....macam pimpin orang buta! Ha! ha! ha! ha!..Kalau kau nak selamat,serah awek ko kat aku." sound Puding kuat-kuat.Bagi semua orang dengar.Ahh...puding bukan tau malu.Dia kena tunjuk otai sket.

Salim terdiam.











Perlahan-lahan Salim keluarkan sekeping kad dan menunjukkannya kepada Puding.Puding memerhatikan kad yang ditunjukkan oleh Salim.Puding memerhatikan kad tersebut dengan penuh minat.

"BERTUKAR!....aku lah polis angkasa gaban!" Jerit Salim dengan keras.Penuh serius.Sambil melemparkan patung perempuan yang diheretnya selama ini jauh-jauh.Bersedia untuk beraksi.Sudah agak lama dia tak berjumpa dengan Puding.Orang gila dari daerah sebelah.Puding yang memerhatikan kad tadi dengan leka mula terkejut.

"Aku lah power rangers merah jambu!" jerit Puding pula..sambil membuat gaya yang ntah hapa-hapa.Sampah yang dikutipnya tadi diletakkan di sebelah.Mentol lampu yang dililitkan di kepalanya juga diletakkan dengan kemas di sebelahnya.


Klepek! klepuk! klepak!.... bunyi mereka bergaduh.













"Susah betul bila orang gila dua daerah ni bertembung.." ngomel pengawal keselamatan pusat beli belah yang memerhatikan kejadian tersebut....sambil pekena sirap bungkus.

Hapacrita Spoof 3

Zamri memandang jauh ke kaki langit.Hatinya sayu.Penat dia minta duit kat mama dia tadi,bukan setakat tak dapat duit,siap kena marah lagi.Sebagai kanak-kanak yang berumur 4 tahun,membeli belah di kedai adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan.Apatah lagi yang diiklankan di tv.

Zamri betul-betul tak paham kenapa mamanya menyinga bila dia meluahkan isi hatinya yang mulus untuk membeli menda yang diiklankan di tv sebentar tadi.Menda yang sangat menarik baginya.Masih terngiang-ngiang suara mamanya yang menyinga sebentar tadi.



"Apa?..nak beli KOTEX? Dah! Jangan nak mengarut! Cakap lagi sekali macam tu mama pukul baru tau! "







Zamri betul-betul tak faham.

Mi Goreng tersedap di Kuala Lumpur




Kalau korang semua penah pegi puduraya,mesti tau kan kat mana food court dalam tu.Ok..pegi cari platform 18 @ 19.Kat Platform tu ada jalan masuk ke food court.Masuk je food court,pandang kiri.Kedai yang ke-2 dari hujung.

-WARONG MAKANAN SELERA MOHD ISA-

Ok..aku da makan banyak jenis mi goreng.Kat warung ni lah,bagi aku,yang paling 'kena' dengan selera aku.Selera korang aku tak tau lah.Last aku dapat rasa mi goreng camni time aku makan kat stesen bas butterworth.Dah 3 kali kot aku makan kat sini dalam masa seminggu.Akak yang amik order pun dah sengih2 kat aku.Kenal aku kot.

Mi dia lembap-lembap..manis2 pedas...cukup rasa.ah..sepinggan rm8 pun aku sanggup bayar.Nasib baik dia jual murah.

Ok..ini bukan promote.Cuma aku rasa gembira ada orang buleh masak masakan yang kena dengan selera aku.Teruja beb.

Rilek je pakcik pengemis ni letak kaki atas Kriss Evo aku.Siap tido dengan aman.



Susah jugak nak kejutkan dia bangun.Empuk betul 'seat' motor aku.Tu baru letak kaki.Kalau letak kepala mau tak hengat dunia dia tido.

Dialog Suami Isteri

Suami: "Hi Honey!!"

Isteri: "Eh..Eh...abang da balik kerja.Wow...romantiknya panggil sayang honey.Abang penat?"

Suami:"Eh...abg tegur madu atas meja tu.Yang abang beli semalam.Kenapa sayang perasan?"

Isteri:"Mencik! Mencik! Mencik!"




Si suami tersenyum nakal.

Monday, June 8, 2009

Jarum

Lokasi: depan meja solek akak aku.
Tahun: Tadika rasanya. (1989-1990)

Aku memerhatikan akak aku pakai tudung.Salah satu part yang aku paling ngilu bila akak aku pakai tudung adalah bila dia cucuk jarum peniti.

"Akak...tak sakit ke cucuk jarum dalam kepala?" tanya aku dengan penuh kuries dan innesen.

"Tak sakit pun.Tgk ni ha,tgh cucuk le ni.." balas akak sambil menyucuk sebelah lagi kepalanya dengan jarum.Aku jadi ngilu.








Beberapa tahun kemudian baru aku tau rahsia 'bagaimana menyucuk jarum di kepala ketika memakai tudung tanpa mencederakan kepala' setelah diceritakan oleh kakak aku yang kesian dengan kedaifan aku walaupun aku bijak tahap genius.

Gila panjang ayat senapas aku.

Lama kan aku kena tipu?

Hapacrita Cerekarama 3

Aminuddin(nama tabley bla..) berlari-lari anak menuju ke arah bas yang sedang menunggunya.Dia hendak pulang ke kampung.Ye lah,dia baru je lepak KL ni.Umur pun dalam 18.Baru habis belajar sekolah.Nak kerja katanya.

Setelah tiba,dia pun naik dan mencari tempat duduk mengikut nombor yang tertera pada tiket.Dah duduk Aminuddin tersengih sorang-sorang.Hatinya tak sabar dah nak balik.

Tepat pada masanya bas pun bergerak.Kaki Aminuddin tergedik-gedik tanda seronok.Aminuddin melihat di luar bas.Ramai orang sedang menunggu bas balik ke kampung.

"Kesiannn....tak dapat bas lagi.." kata hati Aminuddin dengan nada memerli sambil tersengih-sengih..

Tetiba Aminuddin ternampak sorang brader.Brader tu tengah bertinggung.Mukanya berpeluh sebab penat menunggu bas.Bas yang tak kunjung tiba.Dah le panas terik.Aminuddin pun mendapat satu akal.Jenis jahat punya akal.Akal nak menyakat yang jenis tak kena tempat.

Aminuddin membulatkan mata,sambil menjelir-jelir kepada brader tadi dari dalam bas.Bas yang dinaiki Aminuddin melepasi brader tadi dengan perlahan-lahan sebab jalan 'jam'.Brader tadi yang perasan dengan gelagat Aminuddin cuma dapat bersabar.Tiada apa yang mampu dilakukannya.

"Budak-budak..." bisik hati brader tadi menenangkan diri...

Melihat brader tadi dapat bersabar,Aminuddin 'memesatkan' lagi serangan mentalnya.Dijelir-jelirkan lidah dengan gaya paling huduh kepada brader tadi.Semakin galak Aminuddin 'menguji' brader tadi.Aku yang menulis cerita ni pun tak paham perangai Aminuddin nih.

Brader tadi mula panas hati.Mula rasa nak marah.Di genggam-genggam penumbuknya.Aminuddin yang melihat keadaan tersebut berasa sangat gembira.Untuk kali terakhir sebelum brader tersebut lenyap dari pandangannya,Aminuddin menjelir-jelir kepada brader tadi.

Brader tadi dah tak tahan.Mukanya merah.Aminuddin sangat gembira.








POMMMMMMMM !!!!!

Tayar bas yang Aminuddin naiki tetiba pecah.Drebar bas terus bagi signal untuk parking kat tepi jalan sambil menjerit-jerit kepada penumpang supaya turun dan tunggu di luar sementara tayar ditukar.

Dari jauh,Aminuddin dapat melihat brader yang dia usik tadi tersengih-sengih.Tangannya dah genggam-genggam penumbuk.Tangan yang satu lagi plak Aminuddin tgk dah ada kayu.Entah dari mana brader tu dapat kayu tak tau la.Brader tu jalan dengan tenang menghampiri bas yang dinaiki Aminuddin.


















Aminuddin mula sibuk membaca mentera untuk menghilangkan diri seperti yang beliau tonton dalam cerita hantu semalam dalam TV.Kakinya tidak lagi tergedik-gedik keriangan...

Friday, June 5, 2009

Mari suruh komputer menyusun data. =)

function msort($array, $id="ah,cam cibai", $sort_ascending=true) {
$temp_array = array();
while(
count($array)>0) {
$lowest_id = 0;
$index=0;
foreach (
$array as $item) {
if (isset(
$item[$id])) {
if (
$array[$lowest_id][$id]) {
if (
strtolower($item[$id]) < strtolower($array[$lowest_id][$id])) {
$lowest_id = $index;
}
}
}
$index++;
}
$temp_array[] = $array[$lowest_id];
$array = array_merge(array_slice($array, 0,$lowest_id), array_slice($array, $lowest_id+1));
}
if (
$sort_ascending) {
return
$temp_array;
} else {
return
array_reverse($temp_array);
}
}






ok...takyah buat-buat kagum.Ni aku kopipes dari internet.Selamat berhujung minggu. =}

Bukan senang aku nak jawab tag weh.

Aku dapat tag ni dari membe aku.Blog dia private.Korang takleh baca.hahaha..


1.Ape perasaan anda sekarang?

Berdebar-debar nak jawab tag. <-cam jebon.

2.Saya nak makan?
nasi goreng cina kat mamak bawah yang ada udang besar-besar.

3.Saya tak suka?
orang yang memandu slow di lane kanan...cam aram.

4.Impian saya?
Bila pegi ATM mulut aku senyum sampai takleh nak kawal.Siap gedik2 depan ATM.

5.Haiwan yg saya tak suka?
Babi.

6.Saya harapkan?
Rahsia. =}

7.Jika boleh putarkan mase?
Balik ke kenduri mak ayah aku kawin dulu-dulu.Nak jadi pengapit.

8.Saya pada 10 tahun akan datang?
Tengah antar dan amik anak-anak kat sekolah.Malam-malam lak sesi main-main lidah dengan bini.Tukar-tukar cecair badan kata orang.

9.Handphone saya adalah sebuah?
SONY ERICSSON W580i

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
Rahsia. =}

11.Saya suke pada?
Diri Saya

12.Kawan2 saya?
Sesapa yang pernah join idup aku dari aku start kecik sampai sekarang,x kira la sembang kat kedai makan ke,mandi sungai ke,lepak2 rumah kenduri,main selut kat bendang ke,korang le membe aku.

13.Pernah dikhianati?
-Rahsia =)

14.Ape yg anda hendak lakukan terhadap org yg mengkhianati anda?
-Rilek2 sudah.Nak bunuh kang masuk penjara.tak nak lah.Baik aku layan megi kuah laksa.

Pagi yang hensem 6












Sedang aku lepak-lepak menunggu kedatangan bos aku kat tempat client semalam...aku mendengar lagu2 yang ada dalam hp aku.Melayan walkman ni memang sedap.Tambah-tambah bila dok sorang-sorang.

Tengah sedap melepak tetiba lagu Ronan Keating berkumandang dalam earphone aku.Lagu When You Say Nothing At All. Aku tgk2 gaya duduk aku dah sama macam Ronan Keating dalam video klip.Cuaca sejuk-sejuk.Redup-redup.Angin sepoi2.Dahan pokok bergoyang-goyang manja.Suasana tenang.

Peh,masa tu terus aku rasa macam Ronan Keating dalam video klip.Cuma aku hensem sikit dari dia.






Sikit ja.

Thursday, June 4, 2009

Bos

Sebentar tadi aku pergi ke tempat 'client' aku.Bos aku nak present sistem yang aku buat kepada 'end user' lah kiranya.

Bila tiba dalam bilik meeting diorang aku pun lepak2 jap.Memang ramai orang.Sistem aku adalah sistem untuk promoter.Kiranya diorang buleh la masukkan sale diorang,tgk rekod jualan,graf,prediction,sales...bla bla bla...

Aku tolong on laptop kat bos aku.Setelah buka semua aplikasi yang perlu,aku pun pergi duduk di kerusi lain.Bersama2 dengan promoter yang lain.Sebelum bos aku present sistem,ketua promoter sibuk bagi penerangan tentang sales diorang.Strategy bla bla bla lah.

Dari kerusi aku,aku nampak bos aku sedang menggerakkan mouse laptop.Aku da mula cuak sket.Ye la,bos tgh check sistem yang aku buat.Walaupun aku dah kompiden,sistem ni bukan buleh kira.Kalau dia nak buat gila memang dia jadi gila.Aku tgk muka dia kerut-kerut.Aku da tak sedap hati.Aku perhatikan betul2.Muka bos aku macam tgh tak puas ati.

Masa tu aku dah tak sedap duduk dah.Last-last aku bangun...berjalan ke bos aku.Bila sampai aku pun bertanya...

"Ada masalah ke dengan sistem yang saya buat bos?"

Abes je aku tanya baru aku perasan.....













bos aku tengah main solitaire dengan bersungguh-sungguh....


Cilakak! Penat aku cemas.

HapaCrita Spoof 2

Nasir berehat-rehat manja di sofa rumahnya.Dia tinggal bersama dengan 4 lagi member-membernya.Malam tu 3 orang dah kuar.Pegi tgk wayang.Jadi tinggal Nasir ngan Topek ja.Topek lak tengah tido dalam bilik.Baru balik dari pejabat.

Sedang Nasir sedap layan AF kat estero,tetiba beliau perasan ada lembaga putih melintas di belakangnya.Nasir dah tak sedap hati.Tiba-tiba menda putih tu melintas lagi di belakangnya.Nasir hanya mengikut dengan ekor mata sahaja.Tup-tup dia muncul kat tepi Nasir.Muncul dari belakang sofa.

KLEPEK!! KLEPEK!! KLEPEK!! KLEPEK!!

Bunyi kertas surat khabar yang dah digulung padu dihempuk-hempuk ke kepala lembaga putih tadi.

"Haa....amik ko...amik ko...amik ko....dah sedap-sedap tido dalam bilik...gagah jugak nak sakat aku.Dah la topek..pegi tido.Jangan kaco aku." ujar Nasir sambil gelak-gelak kat lembaga putih yang dipukul tadi.

Lembaga putih tadi terus pergi ke arah bilik Topek.Nasir sambung tgk Estero.

"Amenda ko bising-bising sebut nama aku Nasir?" ujar Topek sambil garu2 kepala.Dia bangun nak ke tandas.

"Ah...dah tukar baju pulak?..mana kain putih ko pakai tadi?..ada hati nak ngusik aku.ingat aku takut?"balas Nasir sambil sengih-sengih.

"Apajadah aku nak usik ko.Aku tido lah tadi.Aku bangun pun sebab ko bising-bising.Ko cakap dengan sapa tadi? Baik ko cakap elok-elok." Muka Topek dah ketat-ketat....Topek mula tak puas ati sebab kena tuduh.

Nasir terdiam.









Dari celah-celah kain Nasir....kelihatan air jernih kekuningan mula mengalir....mukanya pucat....lidahnya kelu...badan dah mula ketar-ketar...
















Nun jauh di belakang rumah Nasir...

"Ha ha ha..kan aku da cakap...pesen hantu main kain putih ni dah lapuk...kita kena usik cara baru....aku da cakap...tukar pesen baru...ko degil..tgk...kan da kena ketuk....orang tak takut dah hantu cam ko buat tadi...banyak dah dalam Estero stail hantu camtu....hahahaha" gelak si langsuir berpakaian batik kepada pontianak yang sedang tahan marah setelah dipukul oleh Nasir........




Suara Penaja.

Langganilah Estero Sekarang! Banyak pakej-pakej hebat untuk anda semua!

Wednesday, June 3, 2009

Kes Ragut 2 - Untuk Lelaki

1. Senang.Dia ragut ja,ko tarik pastu cium mulut dia dengan penuh ghairah.Sedut-sedut sket lidah dia.Aku rasa kalau dia terlepas pun dia dah tak suci lagi dah.Dah sampai port diorang mesti dia kena kutuk kaw-kaw punya ngan membe dia.Biarkan dia rasa kotor seumur hidup.

2.Letak duit dalam spender.Ada brani seluk la amik.

3.Belajar silat.

4.Masa jalan sorang-sorang,muka kena ketat.Tangan genggam-genggam.Buat macam nak belasah orang.Lagi real buat gelak-gelak jahat masa tu.Amik le memana ranting kayu.Buat senjata.

5.Jalan dengan pak Mail yang belajar silat tarian naga.

6.Jerit no motor dia kuat-kuat lepas kena ragut.Ulang sampai polis datang.Jangan sebut laju-laju sangat.Nanti penat.

7.Masa dia ragut,tangan cepat2 amik wallet dia.Kira ok la tu,suka sama suka.




ok..tips 1 dan 2 tu tak sesuai kalau peragut tu adalah gay.Aku tgh busan.Sesaja merepek.Sekian. =}

Besday boy


Ni si JARD yang bagi.Sampai semalam.Tq weh.hahaha...hadiah berbakul-bakul yang lain aku x amik gambar.nanti2 lah.

Ok..cerita TAKEN tu memang best.

Rossi dan Malaysia

Rossi menunggang motorsikalnya dengan pantas.Dia mendahului semua pelumba lain.Perlumbaan di litar Sepang yang hangat itu memang sengit.Masing-masing tak nak kalah.

Bila tiba di pusingan akhir,Rossi memecut laju.Ditinggalkannya selekoh terakhir dengan penuh bergaya.Apabila tiba di jalan lurus,Rossi bersedia untuk memecut selaju-lajunya.Tiba-tiba beliau terkejut.Di atas jalan di hadapannya terdapat sekatan jalan raya.Rossi cemas.Apajadah atas litar sepang ni ada 'road block'.

Rossi memberhentikan motornya di tepi pegawai yang membuat sekatan tersebut.Bila dah berhenti Rossi pun sound pegawai tersebut.

"What the hell are you doing here idiot....im Rossi you know! World champion." cakap inggerisnya sikit berterabur.

"Bak lesen." ujar pegawai tersebut dengan tenang.Rossi memberikan lesen memandunya tanpa banyak soal.Peh,lumba pun bawak lesen Rossi ni.Pegawai tersebut memeriksa lesen memandu Rossi.










"Rossi kepala hangguk! Nama Deraman bin Khamis.Lalok la nih.Dah dah..sebelum aku taji mata ko laju-laju...ko tolak motor ko ke tepi.Balai cerita." marah pegawai tersebut.Sambil memerhati mat rempit lain yang sibuk melarikan diri dalam sekatan jalan raya di MRR2.

Tuesday, June 2, 2009

Kes Ragut

Banyak betul kes ragut zaman sekarang kan?
Aku ada beberapa idea utk kamu semua wahai orang perempuan. =)


1. Jangan guna beg tangan yang ada tali bagai..bawak purse sudah.
2.Lilit beg dengan kawat duri....kalau peragut tarik..mau menjerit beliau,dan korang tak yah susah-susah nak jerit dah.
3.Bawak 2 beg tangan serentak.Satu sebagai umpan.Biarkan kosong.Biar peragut kompius nak amik mana satu.Lagi banyak lagi bagus.
4.Amik Malik Noor sebagai bodyguard.
5.Letak seketul alarm yang kuat gila bunyi.Kena ragut ja tekan butang.bagi kecoh sket.
6.Jangan keluar rumah sampai bila-bila.Mesti tak kena ragut.Apajadah korang nak pakai beg tangan dalam rumah kan?

Genting Hailen

Lokasi: Malaysia
Tahun: 1999 (Form 3)

"Ok semua....berbariss...jgn rebut-rebut! " jerit warden aku.Asrama aku buat lawatan ke KL,Melaka dan Genting Hailen.Peh..seronok jgn cakap.Ada 2 buah bas ekspress semuanya.Aku masuk dalam bas pertama.Bas yang baru,cantik tapi tak pasang tv.Cam jebon. Bas kedua buruk,lama tapi pasang tv.Serius aku jeles.

Bas mula bergerak.Aku dah rasa macam nak lompat-lompat.Seronok dia lain macam.Macam ungka.

Masa dalam bas,aku da bayang macam-macam.Tersengih sorang-sorang.Akhirnya aku tiba di KL keesokan paginya.Seronok bukan main.Ye lah..setahun sekali pegi jalan jauh-jauh.Lepas KL,kami pergi ke Melaka.Seronok bukan main.Bergambar ala bintang filem kat Melaka dengan stail pakaian ala-ala backstreet boys.Rambut kena belah tengah.Gambar kena lawa.Balik rombongan kang mesti kakak angkat mintak.Dipikirkan balik memang macam badut.

Setelah pegi KL ngan Melaka.akhirnya tiba saat yang aku paling tunggu.

Genting Hailen!

Dalam bas lagi,otak aku da terbayang-bayang nak main roller coaster..siap bayang macam mana aku jerit bila naik menda tu.Lagi haru kami siap booking nak duduk sebelah sapa atas roller coaster tu.Gila gigih.Kemudian sengih sorang-sorang.

Akhirnya bas tiba di genting Hailen.Selepas berkumpul,kami menyerbu ke taman tema.




















"Wooooooooooo!!!!!!" jerit aku gayat menaiki roller coaster...


Jerit di dalam hati ketika bas menuruni Genting Hailen.Aku bayangkan bas yang sedang menuruni bukit tersebut sebagai Roller Coaster.Sambil terbayang-bayang papan tanda depan pintu masuk taman tema tadi.

"Taman Tema Ditutup"

Ditutup sebab cuaca buruk.

Kriss Evo 6

Aku menunggang Kriss Evo aku seperti biasa.Pukul 6 petang.MRR2 memang tengah sesak gila.Tapi aku tenang seperti biasa.Mencilok dengan pintar dan pantas.Ye lah,naik motor apa guna tak mencilok kan?Tak nak cilok baik naik belon udara.

Bila sampai area Pandan,kira-kira 50 meter di depan aku,ada sebuah Evo.Ya,kereta cap Evo.Kereta tersebut asyik menderum-derum.Mungkin nak tunjuk lagak.Kereta sekeliling semua kereta ikan bilis.Jenis enjin malu-malu nak bunyi.Semua jenis senyap.Tu yang buat kereta cap Evo tadi berlagak.





VROOOOOMMMM!!.... VROOOMMMMMM!!!.... jelas kedengaran bunyi tersebut.Kereta tak bergerak pun,ye lah,kan jalan 'jam'.





Aku dan Kriss Evo menghampiri kereta tersebut.Semakin lama semakin dekat.Semakin dekat.dekat...dekat........dan.....bila aku betul-betul sampai di sebelah kereta yang bising tersebut.....betul-betul tepi pintu driver yang asyik menekan-nekan minyak buat bunyi bising...

Aku tekan gear dan terus pulas 'throttle' motor aku dengan gaya paling galak dan ghairah...





VROOOOOMMMMMMMM!!! VROOOOOOOMMMM!!! giliran bunyi Kriss Evo aku pulak berbunyi....





Suasana sepi seketika...tenang seperti biasa...aku meneruskan perjalanan aku ke Metropolitan Kinrara dengan tenang sambil tersenyum-senyum.Tiada lagi bunyi VROM VROM dari kereta cap evo yang kedengaran.Beliau terkejut barangkali.












Heh...baru dia tau sapa aku.....Roy....si raja jalanan.

Monday, June 1, 2009

Cikgu Norizan

Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius
Tahun: 1994


Cikgu Norizan ngajar aku masa darjah 4.Kalau tak silap aku lah.Dia ngajar BM.Orangnya cantik.

Pada suatu hari,kami semua kena duduk depan kelas.Bersila di atas lantai.Selaku ketua kelas dan merangkap pelajar paling pintar,aku kena duduk depan sekali.Ye la,lagi depan lagi cepat paham.Tak buleh main-main.Tapi duduk depan pun azab jugak.Pernah korang tgk wayang duduk seat paling depan sekali? ha,camtu lah azabnya.Tapi nasib baik cikgu cun.Hilang lenguh.

Cikgu Norizan mengajar dengan tekun.Aku pun dengar dengan tekun.Tengah sedap layan apa yang cikgu Norizan cakap,tetiba dia pandang aku.Aku pandang dia balik.Dia pandang balik ke arah kasut aku.Aku pun tgk kasut aku.Tak ada apa-apa masalah pun.Ye la,kasut baru.Baru je beli.Aku tgk Cikgu Norizan balik.Dia masih tgk kasut aku.Aku tgk sekeliling.Budak-budak kelas aku pun tgh tgk kasut aku.Aku jadi heran.

Tetiba Cikgu Norizan duduk sebelah kasut aku.Di buka tali kasut aku satu persatu.Aku dah debar semacam.Kemudian dia ikat balik tali kasut aku satu persatu...

Tu la..tadi masa rehat nak sangat main buka pasang buka pasang tali.Nak tunjuk terer ikat tali kasut.Sebelum ni pakai kasut pallas yang lekat-lekat ja.Takda tali.

"Macam ni la ikat tali kasut.Baru kemas.Baru betul" ujar Cikgu Norizan sambil senyum-senyum.....
















"Haaa...macam tu baru betul..." sampuk satu suara dari belakang....aku kenal suara tu...kaki bodek cikgu paling besar.......siap ko nanti!

Kerja Kosong (URGENT!)

Takde dah. =)

Hapacrita Cinema - Mongol



Menonton filem Mongol merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.Filem yang dihasilkan dengan teliti tanpa unsur-unsur yang mengada-ngada.Hasilnya filem ini kelihatan sangat 'ikhlas' dalam penceritaannya.Unsur yang mampu membuatkan aku terpegun,terpana.

Cerita ini mengisahkan pemimpin terkenal Mongol.Genghis Khan.Ya,masa sekolah dulu nama beliau hanya dibayangkan dengan kekejaman,ganas dan sebagainya.Dalam cerita ini,ia mengisahkan siapa Genghis Khan.Bagaimana beliau membesar.Siapa ibunya.Siapa ayahnya.Bagaimana masyarakatnya.Kenapa dia ingin berkuasa.Bagaimana pada usia 9 tahun dia sudah mencari bakal isterinya (sangat menarik babak ini) serta bagaimana beliau mengembangkan pengaruh dengan sikapnya yang adil.

Penceritaan yang menarik.Pelakon yang bagus.Skrip yang padat.Lokasi yang sangat tepat.Bagi aku,semuanya 'mengena'.OK....balik nanti aku nak layan sekali lagi.Kamu semua...tonton lah.Itu pun kalau kamu minat cerita berbentuk epik.

Hapacrita Pujangga 2

Cinta itu ibarat mengorek hidung...

Sangat nikmat.Kita tak tahu samada kecil atau besar tahi idung yang akan kita dapat...

Mungkin tak dapat langsung......barangkali....

Superman

Orang tua itu meniupkan nafasnya kepada aku.Kemudian dia berkata...

"Anak ini sangat degil,degil kerana memperjuangkan kebenaran"..

Aku hanya terpaku.Tidak faham apa maksudnya.Jadi aku tidak memberikan respon.Kalau nafasnya berbau tadi,mungkin aku akan sound sket-sket.Aku hanya duduk memerhatikan orang tua itu.Berpakaian putih.Mukanya bersih.Berjanggut panjang.

"Mintalah satu kebolehan yang kamu mahu.Apa-apa kebolehan." kata orang tua itu...

"Tak apa lah,nanti kalau saya ada kelebihan,susah nak jaga.Susah nak kawal." jawab aku semula...

Orang tua itu hanya tersenyum mendengar jawapan aku.Dia merenung aku dengan tajam tapi penuh dengan kelembutan.Aku harap dia bukan gay.Berharap sangat.

"Tapi,saya ingin mencuba.Cuba terbangkan saya." Kata aku lagi sekadar menguji orang tua itu.

"Baiklah"...jawabnya ringkas....


Tiba-tiba aku dan dia terbang di langit.Aku ingat lagi,aku dan orang tua tersebut terbang di ruang udara Putrajaya.Semuanya nampak dengan jelas.Orang tua tadi hanya tersenyum kepada aku.Aku mula cuak.














***** KAPOFFFF!!! *****

Agak-agak korang,kalau aku mintak kebolehan terbang dalam mimpi semalam,hari ni aku boleh terbang tak?