Wednesday, January 6, 2010

Serbuk Cabai

Lokasi: Kampung
Tahun: 1992

Aku kayuh beskal laju-laju.Kat kanan handle basikal aku ada satu plastik warna merah.Dalam plastik tu ada kargo berharga.Ya,kargo yang berupa tiga bungkus plastik bihun PAMA.

Bihun PAMA ni sedap bukan main.Sedap dia sampai boleh tersebut 'yarabbi' masa makan.Punya la sedap.Kuah dia pun memang tip-top.Sedap.Ketagih.Nak jugak aku cadangkan kepada peminum arak kat luar sana tu,supaya minum je kuah bihun PAMA ni.Lagi pekdah.

Berbalik kepada situasi aku yang tengah laju mengayuh tadi.Kayuhan aku adalah yang paling laju dalam kampung.Tiap-tiap petang ada jugak sesi berentap.Selalu aku menang.Dari jalan besar,aku belok ke arah rumah aku.Lalu bawah pokok sawa,jalan berbatu sikit tapi aku kayuh jugak laju-laju.Debu-debu berterbangan.Kalau dilihat dari jauh,dah macam acara Rally dah.

Sampai kat rumah,aku bergegas ke dapur.Akak aku dah ready air panas.Petang-petang yang tenang camtu memang sedap pekena PAMA.Tambah pulak masa burung berkicau,hulamak,rasa nikmat dia macam nak menangis.

Selesai ambik mangkuk,aku ngan akak serta adik pompuan aku mula buka bungkusan masing-masing.Ni jenis tak masak,rendam air panas je.Lagi sedap cara ni bagi aku.

"Haa...jom kita main game.Letak serbuk cabai sampai habis,lepas tu jangan minum air.Kita tengok sapa yang tahan paling lama." akak aku bagi cadangan yang langsung tak bernas.Demi menjadi adik yang baik,aku pun layan je lah game tu.Apadahal la sangat setakat serbuk cabai tu.

Bihun dah kembang.Aku buka serbuk cabai dan tuang sampai habis depan akak aku.Adik pompuan aku terkecuali sebab dia kecik lagi.Aku ngan akak aku makan dengan berselera.Lepas makan akak aku kemas-kemas bekas makan tadi dan letak kat sinki.Dia pandang aku,aku pandang dia.Tengok sapa yang dapat bertahan.Cuba teka sapa yang menang?






Dua-dua terus minum air bila kena marah dengan mak aku.Aku minum air sebab penat kayuh beskal.Bukan sebab pedas.

Betul.

Tak tipu.


11 comments:

kimomoto kozaima said...

mesti dua2 muke merah tahan pedas wakakaka

brat2104 said...

pada aku, mi tu mmg pedas tp xde la sampai melampau.. kalau aku, aku lagi suka lg pedas..

kami kat umah mmg letak cili padi sokmo dlm masakan

munira anis said...

PAMA..mmmmaverlous!
tp susah nk jumpa sgai petani neh.

haney said...

sedap juga dimakantime lapa ujung bulan..

mabeles!

~gUrL in pUrPle~ said...

mmg sedappn pama... bihun sup pedas.. tp xdelah pedas sgtpn.. hehe

Ann said...

suka gak angkut PAMA ni dulu...

Unknown said...

aku PERCAYA....percayalah~

Anonymous said...

ye.ye. aku serius percaya

iza_hafizah said...

ni brekfast favorite aku ni... tp skg susah nak cari kecuali kena p giant..kalau de pun kat kedai abwah stok bihun brand magi..yg tu tak best...alamak teringin plak.stok kat umah dh abis..kena singgah giant la nampaknya

Ain bintu Amir said...

sedap ka pama neh?
bole try neh~ heheheh ^_^

StingRay said...

kimo: mesti la.pedas woh.=p

rumaizah:biasa la.masa tu budak-budak lagi.haha

munira: nak beli kat aku? aku jual sebungkus rm10.amacam? haha

haney: awal bulan pun sodap.=p

gurl: dah tua-tua ni x da la rasa pedas sgt.=)

ann: wah..bunyi da macam seludup. =)

naddy: maceh maceh. =)

life: tengkiu. =)

iza: singgah singgah. =p

noin: try la.sedap bagi aku.=)