Tuesday, January 5, 2010

Jamuan Hari Lahir yang Ding Dong

Lokasi: KL
Tahun: 2007

Pejabat aku ada buat majlis hari lahir.Dah jadi kebiasaan tiap-tiap bulan,semua yang ada tarikh dalam bulan yang sama mesti diraikan.Kira tiap-tiap bulan lah ada sambutan macam ni.

Setelah selesai acara tiup api lilin dan wish sana sini,para hadirin dijemput makan.Menu macam-macam.Ada kek aiskrim,mee goreng,kuih muih,spageti,nasi goreng dan....ah...malas nak taip.Sebab banyak sangat.

Aku ambil kek dan duduk atas kerusi.Tengah sedap-sedap makan,bos datang lepak sebelah aku.Kat tangan dia ada sepinggan kek.Sambil makan kami sembang-sembang.Macam biasa,aku cuba buat habis serius.Nak sembang kelakar mana buleh.Aku bukan pandai nak buat kelakar pasal saham-saham ke,pasal bisnes ke.Salah buat lawak,aku tak nak kena hempuk dengan kek aiskrim tu.Nanti membazir.Membazir kan amalan aku masa budak-budak dulu.Membazir awek misalnya.Ramai sangat awek masa sekolah dulu-dulu.Nasib baik aku tak layan budak sekolah lain,kalau tak,bertambah membazir lagi.Aku tak suka membazir.Nanti tuhan marah.

Jamil...hentikan merepek.

Ok,sambung cerita.

Tengah sedap makan sambil berbual dengan bos aku,tetiba ada 2 orang staff perempuan dari department lain yang badan mak-datuk-meletup-hot-gila-ding-dong-ah-badan-melentik-macam-bulu-mata-guna- eyeliner(maskara sebenarnya,tq yang tegur..haha)-maybeline datang ambil makanan.Aku dan bos aku tengok apa yang diorang ambil.

Mereka berdua ambil salad sahaja.Diulang,salad sahaja.Punya banyak makanan kat atas meja,itu ja diorang ambil.Bos aku yang sedang makan mula rasa nak bersuara.Aku pulak mula sibuk bagi mata aku makan makanan yang sedap-sedap.

"Kamu berdua tahu tak apa yang suka makan menda daun-daun macam ni?" soal bos aku kepada mereka.
"Tak tahu.Apadia?" soal mereka balik.

"Yang makan daun-daun macam ni,lembu,monyet,gajah,badak air...bla bla bla...." panjang bos aku bebel sambil gelak-gelak....gadis berdua tadi terdiam.

Aku tak amik port sangat...sebab mata aku tengah sibuk masa tu.







Letih jugak nak maintain pandangan pertama rupanya.

15 comments:

zonaku said...

mata ko mesti kekenyangan kan ari tu????

Anonymous said...

aku ingat bos ko nk ckp yg mkn daun tu ulat bulu ke ulat beluncas ke~wahahahaha

Anonymous said...

bulu mata melentik sebab pakai maskara. bukan eyeliner. harap maklum.

Sky0ne said...

ahhh gamba takde gamba?? hahah

Anonymous said...

setahun jugak hang tak basuh mata kan?

Ann said...

boleh tahan bos ko buat lawak..penat jer ko wat muka sehabis serius....

cik selamah kundang said...

cis.hang ni.sempat lg.anggap je gadis2 tu aku

LanaBusyBee said...

muney : badan hg mcm 2 ka? sekeping ja aku tgk wakaka jgn marah no ^^

tuntung said...

kalau aku le..

konfem join skaki kutuk dyorg.bos dah bg lampu hijau..

tuntungkita.blogspot.com

ada said...

errkkk?? kejam punya bos..

eisya08 said...

hahahhaha..........
kira sindir KAW2 ah bos ko tu kan........
hehehehe.........
^_^...........
n msti la ko puas cuci mata tgok org mltup...........
ehhehehhe.........
^_^

Ain bintu Amir said...

hahaha
alahai dorg ni pon, nak berdiet slh timing la. da mkn pree tu ngap je la sume! haha

ezzati said...

kijam boss

Unknown said...

ko tengah servis mata kan? bagus2.amalan mulia lagi BERPAHALA.

StingRay said...

zonaku: kenyang beb.haha

nurul:tu tak ganas sangat.haha..

ateeka: haha..dah betulkan.thanx.aku mana pandai menda-menda ni.haha..main taram.

skyone: x nak kongsi saham neraka.hahhaaa

life: masa wudhuk basuh je.haha..

ann: aku mmg serius.Serius macam superman.haha

selamah.: wakakaka..x sama.=p

lana: oh tidakk...aku tergelak.sian muni.haha..

tuntung: jgn kena kutuk balik dah.haha

ada: gurau manja.=)

eisya: semestinya.=)

noin: disiplin tu.haha

ezzati: anda makan salad? =p

naddy: mata tgk makanan jeee (cover)..haha