"Arjuna...sudah lama kamu tidak singgah di gua ini." tegur seorang tua yang sedang bertapa di tepi pintu gua bila melihat bekas anak muridnya sedang menuju ke arahnya.
"Maaf tok guru.Tuan hamba pergi merantau jauh." balas Arjuna sambil menyembah tanda hormat.
"Kamu sudah besar nak.Baguslah.Kamu telah menjadi pendekar yang hebat." ujar si tua tersebut sambil bangun dan menepuk-nepuk bahu anak muda tersebut.
"Tak lah tok guru.Saya tidak sehebat tok guru."balas Arjuna merendah diri.
"Arjuna,dari riak wajah kamu,aku dapat melihat seperti kamu ada masalah.Benarkah?" duga si tua tersebut.
"Ya tok guru.Ilmu yang tok guru ajar kepada saya sudah hilang tok guru." balas Arjuna.Mukanya penuh hampa.
"Hilang? Bila? Ilmu apa yang hilang?" balas si tua tersebut serius.
"Ilmu tendangan berapi.Ilmu saya yang terhebat.Saya benar-benar gusar tok guru." Arjuna merintih.
"Kamu ada aniaya orang yang tak bersalah?" soal si tua.
"Tidak."
"Ada kamu melakukan maksiat?"
"Tidak."
"Ada kamu menderhaka kedua orang tuamu?"
"Tidak."
"Adakah kamu tinggalkan solat?"
"Tidak."
"Bagus.Jika begitu,hanya ada satu sebab sahaja kenapa ilmu kamu hilang." teka si tua tersebut penuh yakin.
"Apadia tok guru?"
Sepi.
"Patut la...hang tak bayar lagi lesen guna ilmu tu.Dah cukup setahun dah.Aku dah set dah dalam badan hang bagi buleh guna setahun ja ilmu tu.Nak guna,kena renew lesen la.Mesin deposit wang tunai kan berlambak kat luar sana tu.Nombor akaun aku pun dah bagi kat hang.Saja buat-buat lupa ya? Abes tu macam mana aku nak hidup kalau semua anak murid aku tak bayar.Ingat aku tak bosan makan bertih jagung tiap-tiap hari?" bebel si tua tersebut panjang lebar sambil menyemak akaun bank melalui Cimbclicks dengan menggunakan Iphone yang terselit di pinggangnya.
"Ha...adik kamu pun belum bayar lagi.Perangai sama ja hangpa berdua.Cepat pi bayar.Sat lagi aku aktifkan balik." si tua tersebut sambung bebel.
Si Arjuna melangkah pergi sambil meneka-neka mesin deposit tunai yang terdekat.
Sepi.
"Haaaa!!! Ni sorang lagi tak bayar!" jerit si tua tadi sambil menyemak maklumat di dalam Iphonenya.

9 comments:
gedebance punye tok guru..
hahah.
gile ar millenium tok guru! hehe =)
xikhlas sungguh tok guru tu~wahahaha
tuan hamba = awak/anda
hamba = saya
cth ayat : tuan hamba hendak ke mana?
ngok ngek betul...hahahaha!!!
cangey tok guru nih
cam PTPTiPU dah aku tgk...hoho
wah kena renew. nasib baik takder penguatkuasa yang cari. silap2 leh kena waran tangkap.:P
ezzati: gedebance tu apa menda?haha
noin:sungguh millenium.=)
nurul: =p
gurl:eiiii..malasnya nak tukar.hahahhahahahahhaha..
life: haha..bisness beb.
lotikus: sungguh.=p
alhariez: ni x da riba.hahah..
baby: x da..power dia ja habis.haha
Post a Comment