Thursday, January 7, 2010

Pagi yang hensem 18

Mata dah berpasir.Badan dah tahap lemau.Jam dah pukul 6 pagi lebih.Tangan sibuk menaip di laptop.Renyah jugak freelance yang aku dapat kali ni.Mudah tapi banyak kerja.Menyesal jugak main lelap-lelap manja semalam.Terus terlajak sampai pukul 5 pagi.Memang jenis tak buleh nak bergurau sikit.

Azan subuh dah lama berbunyi tadi.Mata aku fokus kepada kerja.Orang kat masjid negara pun dah selesai subuh rasanya.Aku tak berganjak dari tilam.

Ayam belakang rumah berkokok.Panjang jugak.

Mata terus fokus kepada kerja.Kalut sebab banyak.Tangan semakin laju menaip.Sekali tengok macam Maksim main piano pun ada.Bezanya masa aku tekan keyboard tu dia tak keluar bunyi yang sedap-sedap.

Ayam belakang rumah berkokok lagi.Semakin laju-laju.

Mata aku fokus ke arah kerja.

Ayam berkokok lagi.

Mata masih fokus.

Ayam berkokok lagi dan lagi dan lagi.Macam marah pun ada bunyinya.

Insaf.Pegi amik wuduk.












Aku rasa nak buat ayam tu jadi adik angkat la.Orait tak?

10 comments:

PuteraOhtraBulan said...

Dari buat adik angkat..aku rasa elok disembelih buat lauk

zhrhtoodem said...

dia membebel sama ko suruh pergi semayang. hohoho

buatlah adek angkat. 24/7 dia membebel kat ko nanti.
hehehhehe

lezi-moskito said...

aku pun nak jugak la..

balqissy said...

kahwen je la... xyah nak pk amek ayam jadi adik angkat =P

Anonymous said...

ayam tu mmg baik. ko patut amik ajdi adik angkat

Unknown said...

abang angkat la.kalau dia adik, nanti ko buli dia plak.

eisya08 said...

ehm....prihatin gak ayam tu ngan ko ek...........
bgus ko p ambik dia bwa tdur sekali........
snang nak kejut ko pagi2.........
hehehhehe...........
^_^

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

giler isim ke hape nih..hahhaha.

Ain bintu Amir said...

hihii.. adek angkat? pon boley~ =D

StingRay said...

putera: sian plak aku rasa.haha

zara: ayam membebel? hhahahaha..

lezi:sila...sila... =)

balqissy:haha..ye tak ya jugak.=p

life: nanti aku bincang dengan dia.=p

naddy: aku memang nak buli dia pun.=)

eisya: kalu dia berak? jenuh. =p

kakuna: haha..nak kena sekeh?

noin: bulehhh....=)