Thursday, January 28, 2010

Sepetang Di Pasar Malam

Lokasi: Kampung
Tahun: 1994 (Darjah 4)

Petang tu petang rabu.Petang rabu biasanya antara petang yang aku tunggu sebab petang tu ada pasar malam.

Selain dapat beli mi goreng brader lori muka macam pelakon drama tv spektra jam 7 petang,aku juga boleh beli kuih pau yang sedap dan dapat duit belanja bernilai RM1.Masa pegang duit syiling RM1 yang bewarna emas tu,seronok bukan main.Mi goreng 50 sen,air sirap 20 sen.Belen 30 sen simpan pegi sekolah besok.Campur duit belanja sekolah besok,dah buleh beli nasik lauk ayam kat kantin masa rehat.Padahal kat rumah mak masak ayam pun jarang makan.Gedik.

Selesai kelas petang,aku kayuh laju-laju balik rumah.Aku bergegas masuk ke rumah untuk tukar pakaian.Buang baju melayu,tukar pakai track suit,sarung tshirt paling kacak yang ada tali silang-silang kat dada dan terus melompat atas beskal BMX kesayangan aku.Aku kayuh laju-laju menuju ke arah pasar malam.

Bila sampai kat pasar malam,aku kayuh slow-slow.Mata dah rambang.Sate pun ada.Secucuk baru 10 sen.Tak heran la jiran aku pernah open table sate sampai seratus cucuk.Rilek je.Baru RM10.

Aku amik keputusan untuk beli mi goreng sedap dari brader lori yang muka macam pelakon drama spekta jam 7 petang tu.Aku mintak macam biasa sambil berada di atas basikal.Gaya kacak habis.Awek-awek pun pandang dengan penuh bernafsu.Sambil tunggu mi goreng,aku kawal muka aku sket.Muka kena nampak jamcak (jambu + kacak).Usaha aku tak sia-sia bila budak lelaki pun turut pandang aku.Budak perempuan apatah lagi.

Selesai beli mi goreng,aku sangkut kat handle basikal dan mula memecut laju menuju ke arah membe-membe yang dah kat padang sekolah dengan gaya paling hensem.Aku kayuh laju-laju sambil buat gaya macho.







BAMMM!!!!

Aku terlanggar pagar sekolah.






Benci!

13 comments:

TAF World said...

nasib baik pagar, kalau parit macam mane? dah langgar pagar kacak lagi tak?

Unknown said...

ni la orang menggelabah lebih, poyo lebih, sume lebih...


rasakan!!!

PuteraOhtraBulan said...

sudahlah..jgn berlagak kacak time kayuh beskal

Nazz@Purple said...

cam ner leh langgar..pagar tu sejenis kaca jernih yg susah utk dilihat ke?

Anonymous said...

hensem tak hang masa langgar pagar sekolah tu?

alhariesz said...

sian pagar skola yang tak berdosa tuh....

Unknown said...

pas langgar pagar tue hensem lg x???

eNaSaN said...

hik3...tue la excitEd sGt...lalallalala

Siti Nur Aminah said...

tu pasai la jgn cover jamcak sangat....

Lazyf said...

igt Tuhan slalu...amin

ariel said...

jamcak cam sape?harun salim bachik ke?ke cam rajnikhan?hehe

nmEsfie said...

aku tertanya2 apa jadi ngan mee goreng tu.... ;p

StingRay said...

wsr: mestilah masih kacak.haha

naddy:wah wah..meriah.

pob: dengki..dengki.haha

nazz: mata leka sangat.haha..pagar besi.

life: hensemmmm....=)

alhariez: haha..sungguh.

o: mestilah.haha

enasan: agaknya.haha

aminah: dah jamcak..nak buek camna.=p

lazyf:haha..baekk..=p

ariel: mestilah macam stingray.unik dan hanya ada satu sahaja di dunia.keh keh keh

mazeed: selamat dimakan begitu sahaja.haha