Lokasi: Pantai Merdeka
Tahun: 1999 (Form3)
Muka aku berseri-seri.Depan aku laut terbentang luas.Bukan selalu buleh mandi laut.Selalu kat kampung nampak pokok getah,hutan rimba dengan sungai air tawar ja.Kalau diikutkan logik,kalau aku bawak kerbau jiran aku pegi laut,mesti kerbau tu gembira.Ye lah,tiap-tiap petang aku tengok jiran aku akan jamu kerbau tu dengan garam kasar.Beli seplastik besar,lepas tu tuang dalam bekas.Kerbau tu makan garam macam makan gula-gula.Naik ngilu aku tengok.Kalau bawak ke pantai ni,mesti kerbau tu tak rindu dah kat rumput.Ok,panjang pulak pendahuluan kali ni.
Berbalik kepada cerita tadi,aku ke Pantai merdeka selama 2 hari.Rombongan budak asrama.Berkhemah kat sana.Memang seronok.Masa ni la ada yang amik peluang nak berkapel la,nak main simbah-simbah air la,macam-macam.Aku jugak yang cool.Aku lebih melayan main pasir,main tanam-tanam,kejar anak ketam,main bola pantai,layan sukaneka dan melayan blues tepi pantai.Apa barang layan awek,balik asrama,muka tu jugak nak tengok.Ye dak? Lagipun,masa kat pantai,berapa kali ada cubaan mengorat aku.Semuanya aku tepis dengan sopan.Buat apa datang ke pantai merdeka untuk semua itu.Merugikan bukan? Hahahaha..
Pada suatu pagi,kami ada aktiviti berkayak.Semua berkumpul di tepi pantai.Kami diberi taklimat ringkas.Masa taklimat diberi,ada jugak pelatih kat situ yang cakap kami mungkin akan ditelan ombak besar la..apa la.Peh...macam-macam.Tau le kami datang dari kerajaan agraria,bukan kerajaan maritim.Suka sangat nak takutkan kami.
"Baik...cari pasangan masing-masing." laung jurulatih.
Aku ngan membe aku amik satu kayak.Tolak dalam air dan masuk.Simple.Aku tengok ada jugak pelajar pompuan yang susah nak masuk dalam kayak.Rasa nak jugak pegi tolong,tapi kalau terpegang menda tak senonoh kang,aku tak nak kena bedal dengan ustaz.Jadi aku amik keputusan untuk meneka-neka samada kayak yang aku naiki itu berjantina lelaki atau tidak.Nak teka jantina ikan keli,tak buleh pulak.Manada ikan keli dalam laut.Sotong kurita pun tak nampak.Apatah lagi kelibat Lisa Surihani,langsung tak nampak.
"Ok...sini ada kayak yang single seat.Sapa nak naik? Tapi kena yang betul-betul gagah la.Kang penat pulak berkayuh sorang-sorang." laung jurulatih lagi.
"Saya!" bunyi satu suara dengan penuh macho dan bersemangat.Setelah diamati,rupanya dia adalah senior aku.Budak tingkatan lima.Selalu jugak dia buli aku masa aku tingkatan satu dulu.Mungkin dia tak dapat terima kenyataan yang aku terlalu kacak.Mungkin.
Senior aku tu,aku gelarkan dengan nama abang gagah.Aku bagi nama tu sebab hari tu dia kayuh kayak sorang-sorang.Yang lain semua berdua.Ok la kan,takkan aku nak namakan dengan Yusuf Haslam pulak.Tak kena.
Setelah selesai di dalam kayak masing-masing,kami pun berkayuh menuju ke tengah lautan mengikut jurulatih yang berada dihadapan.Dengan budak-budak sekolah pun nak tunjuk hebat jurulatih ni.Kayuh slow-slow sudah.Panas jangan cakap.Tapi layan ja.Sebab seronok.Kami berkayuh dengan gembira.Sempat jugak test kelajuan.Bila rasa bosan,aku dengan membe aku berlumba dengan kayak membe sebelah.Dah penat sikit,kami kayuh cara santai.
Akhirnya jurulatih mengarahkan kami berhenti.Kami berkumpul dengan memegang kayak masing-masing.Aku pegang kayak membe sebelah,membe kayak sebelah pulak pegang kayak aku.Camtu la.
"Ada sesapa yang tak ok?" laung jurulatih.
"Semua ok!" balas kami semua.Jurulatih berpuas hati.
Angin laut meniup segar.Burung-burung berkicauan manja.Langit cerah secerahnya.Laut tenang.Airnya biru cantik.Muka masing-masing ceria.Dolphin meluncur kegembiraan.Anak -anak ketam berlari-lari manja di tepian pantai.
Di satu sudut,kelihatan abang gagah sedang muntah bersungguh-sungguh secara bersendirian di dalam kayak single seatnya.
Kesiannn.....