Kelihatan seorang komando tentera menghampiri kem musuh.....dia merayap senyap-senyap menghampiri seorang pengawal yang asyik leka termenung....suasana gelap dan hanya diterangi dengan cahaya bulan.....
Berbekalkan latihan yang mantap dan pengalaman tempur selama ini....komando tersebut yakin dia dapat menumpaskan pengawal tadi dengan mudah....rakan-rakan komando seramai 5 orang menunggu dengan penuh debar di belakang..mereka hanya memerhatikan senior mereka cuba untuk menumpaskan musuh...
Komando tadi semakin menghampiri pengawal tadi....dia mengeluarkan pisau rambo di pinggangnya....dengan otot-otot badan yang mantap...muka ketat-ketat....dan hanya berpakaian singlet....komando tadi nampak begitu hebat...beliau bersedia untuk membunuh musuh di depannya dan beliau bangun dengan tangkas serta laju untuk menangkap pengawal tadi......rakan-rakan komando di belakang tadi mula kagum dengan kehebatan senior mereka.....rasa bertuah kerana ada senior gagah macam tu.....rasa bangga mula menular di dalam diri mereka....
Pada masa yang sama....
TET TENENET TENENET.......
Tiada ku sangka
Bola-bola api
Yang sedulunya kecil
Telah menjadi besar
Lagu bola-bola api dendangan Acik Spin dan Siti Nordiana berkumandang di tengah-tengah hutan belantara tersebut....komando yang sedang bergaya nak terkam musuh tadi terus jadi kucar-kacir....berterabur.....beliau terlupa nak off handphone beliau tadi.......rakan-rakan komando di belakang ternganga....tak percaya dengan apa yang mereka saksikan...ditambah pula dengan ringtone yang langsung tak masuk dengan abang-abang komando yang gagah....
Pengawal yang leka tadi mula menjerit2 kepada pengawal lain sambil menjerit menunjukkan ada musuh yang menceroboh....
Suara penaja :
"Kini rangkaian CELCOM meliputi semua kawasan....beralihlah kepada CELCOM..!"
======================******======================
"Bodoh!...lain kali tutup la handphone!...." marah anggota junior kepada senior mereka ketika di dalam penjara musuh......
"Mesej pun nak letak lagu panjang-panjang...apajadah bini suruh beli sayur time operasi..." marah sorang lagi junior selepas mereka tau isi kandungan mesej yang diterima oleh senior mereka.....
"Mana aku tau kat sini ada line..." balas anggota senior sambil tutup muka tanda malu....
Tiada ku sangka
Bola-bola api
Yang sedulunya kecil
Telah menjadi besar
Bunyi tentera musuh menyanyi lagu tadi ramai-ramai di luar penjara....sambil disulami gelak ketawa bagai nak gila....
P/S: Hapacrita Spoof adalah idea iklan yang aku buat sukahati....kira kategori baru lah dalam blog ni....
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago
14 comments:
hahaha...nsb baek ko x jd classmate aku dulu..klu x, dh lm aku cantas ko dpn pn.francess..
knl pn.francess?
kekekeke muke macho muscle sume tp lagu acik spin hahahaah
pakcik2 mmg suke lagu cmtu..haha
hahahhahahaa...lawak giler :P
sungguh luas imaginasi anda..
boleh jual lah idea nih..
huhuhu..
ahaha!
mmg lawok sgtsgt!!
ngee~~
jum brader..
bukak agensi iklan.. gua jadi model. amacam???
paiseh jd brader bini suh beli sayo tuh...
yg lelain junior termasuk lu...
wa lak...director okeh!
hahahahahaha!
entri sempena 13 Mei ke neh?? hehe..
hehe..tatahan laa..klako
ko suka betul lagu tu ye..
ساي مولاي سوك بلوڬ اندا
...........سڬت مناريق
citah: sapa tu?..akak ko? haha
kimo: ha ha ha...aku sedang bayangkan..
mili: pakcik ko suka ? =p
aim: ha ha ha...
arfah: agak-agak celcom terima tak? =p
pikok: ha ha ha
paiseh: aku on ja...hahahaha....aku bukan suka sangat pemes-pemes ni...
ierma: aku tak nak berlakon..haha
jard: x da sempena-sempena...spontan ja..haha
ezzati: gelak dengan sopan.. =}
kumprinx: bukan ko jamming dengan lagu ni ke king?...ha ha ha...
en rbot: makaceh makaceh...x da la menarik sangat...hehee....err..apahal 'nga' ko macam 'ga' ja..haha..kang jadi 'sagat' kang....haha...betul?...
ahahahahahhahahha
watashi pernah a;ami situasi camnih..
muka hensem macho,stylo tak henggat sekali kuar lagu
"hingga ke akhirrrrr...haaaayyyyaaaaatttttttt..!!"
Post a Comment