Lokasi: Melaka
Tahun: 2004
Semua pelajar yang baru mendaftar berkumpul di bawah khemah yang disediakan.Panas yarabbi masa tu jgn cakap.Muka masing-masing dah kepam.Nak kata macam sauna tak jugak.Nak kata macam padang pasir pun tak jugak sebab keliling khemah ada rumput.Cuma belakang khemah ada la pasir.Pasir barang setompok dua.
Tengah sedap duduk tu,tiba-tiba tiba rektor ke dekan ntah naik ke pentas.Serta merta semua pelajar kena bangun.Tanda hormat.Ala,macam tak biasa pulak korang ni.Macam korang bangun bila cikgu masuk dalam kelas masa sekolah dulu.Ha,macam tu la.
Aku pulak masa tu punya la malas.Bak kata orang kampung aku...menghela.Aku pun bangun liat-liat.Lambat-lambat.Gaya menggedik sikit.Malas toksah cakap.Pekena tidur sedap jugak.Yep,tidur kat hostel sedap la masa tu.Panas-panas pekena kipas.Memang macam lipas la tidur.
"Ha...kamu...kamu tu.Tak sehat ka? Macam nak pengsan ja." tiba-tiba aku terdengar suara seseorang berbunyi dari pentas.Aku tak tau samada dia dekan ke atau pengacara majlis.Aku andaikan Dekan lah,sedap sikit bunyinya.Baru grand.Lagipun 'Dekan' lagi senang nak taip berbanding 'pengacara majlis' yang panjang.
Suasana sepi.Aku pandang ke arah pentas.Kelihatan dekan sedang menunjukkan ke arah aku dengan jari telunjuknya.Aku tergamam.Semua pelajar memandang ke arah aku.
Demmit.
"Kamu tak sehat?" soal dekan dari atas pentas.Kira-kira 25 meter dari aku.Habis tu,aku mana ada mikrofon kat tangan nak jawab.Takkan aku nak jerit kan?
"Angkat dia..angkat dia." arah dekan kepada pensyarah yang bertugas.Juga melalui mikrofon.Aku tergamam sekali lagi.Rasanya aku sihat walafiat.Pelajar-pelajar yang lain masih memandang ke arah aku.Haram aku tak kenal sangat pelajar lain,maklumlah,baru minggu pendaftaran.
Melihatkan dua orang pensyarah tadi bergegas ke arah aku dan pelajar lain pun tengah pandang ke arah aku,aku serta merta buat muka paling kesian.Badan aku buat-buat lemah.Mata buat macam kena denggi seminggu.Kaki pulak aku buat macam mangsa dera masa dua orang pensyarah tadi papah aku ke dalam kereta.
Aku dibawa ke klinik oleh dua orang pensyarah tadi dan doktor terus bagi MC.Dari klinik panel pelajar,aku terus dihantar pulang ke hostel.Pakej lengkap punya servis.Sampai hostel,aku baring-baring penuh comel.
Nikmat yarabbi sampai nak keluar air mata.
Orang kata,tuhan selalu makbulkan doa dan niat orang yang baik-baik.
Dak gitu?

11 comments:
Sabo jela...
Len kali nak try buat gak la...
idea bernas.. tapi hati kena iklass..
kelaka2... haha
aku rasa kan, ko ni mmg ada iras muka2 lemibik.. =p
asal berlakon sakit, x larat or kena buli, mesti jadik kan?
hahaha baekk punyer cover!!
tp kan, itu pun sbb dekan tu kata cmtu. cuba klu dia sound ko ke, haha wat tebal muka je la hahaa..
bykla niat hang tu baik..ceh
Aku ingat aku dok dua 3 baris belakang hang.. Hahaha.. aku rasa cam nk buat2 pengsan time tu gak.. nasib baik aku kuat iman. Eh sting, kita dah 3 tahun habis belajar lah.. hapa daa...
gua takde pun skil lakonan macam lu, tapi gua tetap ponteng minggu orientasi. keh keh keh..
wah..gile best!!!
demmit..
memang syiok..impian jadi kenyataan..=)
min: haha..buuat2..=p
alyia: hati memang halus dan ikhlas.=p
gurl: seronok dia.=)
brat: aku pelakon terbaik.=p
cloud: dia sound ja......aku nangis.hahah
selamah: dengki.haha
komander: ko pengsan tak masa tu? haha
bokbon: style aku kira ponteng versi kompliketed.banyak main kias-kias.hahaa
ina: sungguh.=)
noor: sampai keluar air mata hepi dia.haha
Post a Comment