Disebabkan kerja aku yang memerlukan aku duduk depan komputer dari pagi sampai petang,kadang-kadang malam,maka mata aku mula buat perangai.
Sebagai individu yang menghargai pemberian tuhan..ecececece...aku telah pergi ke kedai cermin mata.Kenapa? Sebab mata aku mula bermasalah,mestilah ke kedai cermin mata kan?Lagipun,setakat yang aku tahu,belum ada lagi kedai cermin pipi atau cermin hidung di dunia ni.
Setelah amoi kedai cermin mata tu ushar-ushar mata coklat aku,beliau terus mencatatkan sesuatu.Ujian dijalankan.Ujiannya mudah,amoi tadi ajak aku masuk bilik.Kemudian aku disuruh untuk melihat teks di hujung dinding.Setelah selesai,beliau kemudiannya pergi ke bucu dinding dan mula berbogel sambil bertanyakan samada aku nampak beliau dengan jelas atau tidak.Ok...part bogel tu sumpah aku tipu.
Setelah selesai ujian,aku disuruh mengambil cermin mata keesokan harinya.Selesai membuat pembayaran,aku blah.
Esoknya aku ambil cermin mata aku.Setelah selesai mencubanya dengan pelbagai aksi dan gaya,akhirnya aku puas hati.Rimas jugak pakai menatang ni rupanya.Tapi aku kena pakai jugak sebab bila aku pakai,pandangan aku nampak clear.Bila aku buka cermin mata,aku nampak kabur.Senang cerita...beza dia macam tengok filem dalam vcd cetak rompak dengan tengok filem guna DVD ori.Beza kan?
Keesokan paginya,aku pergi ke pejabat seperti biasa.Di pejabat aku mengenakan cermin mata.Pertama kali aku pakai cermin mata dalam pejabat.
"Macam Tom Cruise." ujar bos aku yang tiba-tiba muncul di meja sebelah sambil memerhatikan aku tanpa berkelip.
Nak kata dia nak bodek aku sebab tak nak naikkan gaji,tak jugak sebab gaji aku dah naik.Nak kata dia nak bayar gaji lambat pun,tak jugak sebab gaji dah dapat.
Ekceli..aku benci sebenarnya kepada benda-benda yang boleh buat aku blushing macam ni.

17 comments:
perasan!bos ko cakap kat org sebelah ko lagi...ssh btol org perasan ni
huhuhu mesTi kaMoo ytrlampau chumIl berkaca mata...ahakkksss
bos kau suh blanja teh tarik la tue....hehehhe
inesen sunguh entry ko yg neh..;p
inesen sunguh entry ko yg neh..;p
tolonglah... loya dengar... uwekkk...
wahaha... nampak ke blush ko tu... sbb ko kan hi***
bos kau suruh puji balik kot....
bagi aku, tom cruise tak hensem...
TOL...TOM CRUISE X ENSEM...SLUMBER JE BOSS KO KUTUK KO KAN
poyo giler la ko Jamil...hahahaha
hahahaha.gila.mungkin aku mudah tergoda (dlm kurungan,tak langsung.ayat sejuk hati lepas minum air cap badak)
Bute dah kowt bos ko tu.hahhah
life: haha..dengki dngki.
enasan:welll...bahahaha..
0: x nak.haha
mazeed: well..i memang innesen..hik hik..
gurl: sila terima dengan tabah.
crazy: nak kena penampar? haha
farwalis: x nak.haha
ann: aku faham..sebab ko tak dapat dia.hahahhha
chenta: aku pun faham..kamu senasib dengan ann.haha
lazyf: sila terima kenyataan.haha
selamah: ah..ko semua nak tergoda.hahaha..=p
kakuna: hahha..dengki..=p
nak tanya soalan bodo boleh?
1- kenapa tom cruise? bila tom cruise pakai spek?
2- tom cruise pendek kan?
anyway, kalau ko betul hensem, aku tumpang bersyukur la..
hehheheee..... mengong...
pakai lens la... sapa pun x perasan
mata coklat..same2..hehe
kamoo mmg agk prasan!!!!hahaha..tom cruise hi***;p
Post a Comment