Wednesday, March 31, 2010

Halim dan Razif

Halim sibuk membetulkan kedudukan motornya.Tugasnya sebagai anggota trafik memerlukannya berada di tepi jalan pada hari tersebut.Beliau ditugasnya untuk membuat sekatan jalanraya secara rawak.

Pada hari tersebut,Halim bertugas bersama Razif.Razif kelihatan sangat komited dengan tugasnya.Banyak motor yang ditahan.Razif tekun menyemak lesen dan kad pengenalan penunggang motorsikal yang ditahannya.

Di satu sudut yang lain,ada beberapa orang anggota trafik yang turut bertugas.Mereka menahan kereta.Halim yang bangga melihat anak buahnya bertugas mula tersenyum-senyum.Tambah lebar senyumannya bila melihat Razif yang sangat cekap mengendalikan tugasnya.Halim mula berkira-kira nak belanja Razif sebab suka dengan cara Razif bekerja.Halim duduk di atas kerusi plastik yang disediakan untuknya.Sebagai ketua,dia hanya perlu memantau tugas anak buahnya sahaja.

Tiba-tiba ada sebuah motor yang mencilok-cilok di jalan menuju ke arah mereka.Halim dan Razif memerhatikan mamat motor tadi yang masih tak sedar ada sekatan di hadapannya.Bila menyedari ada sekatan jalanraya,mamat tadi gelabah.Terjebak.

Razif menahan mamat tadi.Seperti biasa,Razif meminta lesen dan kad pengenalan.Halim memerhatikan mereka berdua dengan penuh minat.Dia cuba melihat bagaimana Razif mengendalikan situasi tersebut.

"Ni kenapa bawak motor cilok-cilok ni? Sapa ajar?" Razif mula menyoal sambil membelek-belek lesen.Agak tegas.

"Saya tengok dalam cerita Star Wars encik.Ala..yang kapal angkasa diorang masa perang tu.Cunnn ja tengok dia cilok-cilok.Saya cuba lah..." balas mamat tadi sambil sengih-sengih.

"Ooo....part yang diorang berperang tu eh.Lepas tu kapal tu elak dari tembakan kan?" balas Razif dengan penuh minat.

"Ha'ah.Lepas tu ada lagi.Masa Luke bawak motor terbang dalam hutan tu.Masyukk..."

"Ha..tu lah...part tu memang sedap.Main cilok pokok rilek-rilek ja.Gayat aku tengok." balas Razif sambil mula bersandar pada motor mamat tadi.Semakin rancak bercerita.

Hati Halim mula panas.Namun Halim masih sabar.Tak sangka pulak Razif berperangai gampang sebegitu.Telahan Halim,mungkin Razif sekadar menguji mamat motor tersebut.Halim terus menyaksikan gelagat mereka berdua sambil bersabar.

"Lighsaber yang Luke pakai tu tajam betul.Potong besi rilek-rilek ja." mamat motor tadi semakin rancak berbual.Mereka duduk bersebelahan sambil bersandar kat motor.

"Itu lah...pedang tu kalau bawak pegi rumah kenduri,sedap jugak tu nak lapah daging..sembelih ayam ke..tebang pokok pisang ke..." balas Razif bersahaja sambil senyum-senyum.










"Rumah kenduri kepala hangguk!" jerit Halim yang hilang sabar sambil tendang kerusi laju-laju.

4 comments:

Misya Idris said...

hik hik hik


eh apsal gelak macam jamil nih?

Sharif John said...

Penuh adegan realistik manusia zaman sekarang

Unknown said...

moto tu mesti moto kebab kan?

Lazyf said...

kepala hangguk tol Razif itu...hahahaha