Wednesday, March 31, 2010

Status - 3

Sedang mengepak-ngepakkan tangan.Bersedia untuk berenang jika hari tidak hujan.

Halim dan Razif

Halim sibuk membetulkan kedudukan motornya.Tugasnya sebagai anggota trafik memerlukannya berada di tepi jalan pada hari tersebut.Beliau ditugasnya untuk membuat sekatan jalanraya secara rawak.

Pada hari tersebut,Halim bertugas bersama Razif.Razif kelihatan sangat komited dengan tugasnya.Banyak motor yang ditahan.Razif tekun menyemak lesen dan kad pengenalan penunggang motorsikal yang ditahannya.

Di satu sudut yang lain,ada beberapa orang anggota trafik yang turut bertugas.Mereka menahan kereta.Halim yang bangga melihat anak buahnya bertugas mula tersenyum-senyum.Tambah lebar senyumannya bila melihat Razif yang sangat cekap mengendalikan tugasnya.Halim mula berkira-kira nak belanja Razif sebab suka dengan cara Razif bekerja.Halim duduk di atas kerusi plastik yang disediakan untuknya.Sebagai ketua,dia hanya perlu memantau tugas anak buahnya sahaja.

Tiba-tiba ada sebuah motor yang mencilok-cilok di jalan menuju ke arah mereka.Halim dan Razif memerhatikan mamat motor tadi yang masih tak sedar ada sekatan di hadapannya.Bila menyedari ada sekatan jalanraya,mamat tadi gelabah.Terjebak.

Razif menahan mamat tadi.Seperti biasa,Razif meminta lesen dan kad pengenalan.Halim memerhatikan mereka berdua dengan penuh minat.Dia cuba melihat bagaimana Razif mengendalikan situasi tersebut.

"Ni kenapa bawak motor cilok-cilok ni? Sapa ajar?" Razif mula menyoal sambil membelek-belek lesen.Agak tegas.

"Saya tengok dalam cerita Star Wars encik.Ala..yang kapal angkasa diorang masa perang tu.Cunnn ja tengok dia cilok-cilok.Saya cuba lah..." balas mamat tadi sambil sengih-sengih.

"Ooo....part yang diorang berperang tu eh.Lepas tu kapal tu elak dari tembakan kan?" balas Razif dengan penuh minat.

"Ha'ah.Lepas tu ada lagi.Masa Luke bawak motor terbang dalam hutan tu.Masyukk..."

"Ha..tu lah...part tu memang sedap.Main cilok pokok rilek-rilek ja.Gayat aku tengok." balas Razif sambil mula bersandar pada motor mamat tadi.Semakin rancak bercerita.

Hati Halim mula panas.Namun Halim masih sabar.Tak sangka pulak Razif berperangai gampang sebegitu.Telahan Halim,mungkin Razif sekadar menguji mamat motor tersebut.Halim terus menyaksikan gelagat mereka berdua sambil bersabar.

"Lighsaber yang Luke pakai tu tajam betul.Potong besi rilek-rilek ja." mamat motor tadi semakin rancak berbual.Mereka duduk bersebelahan sambil bersandar kat motor.

"Itu lah...pedang tu kalau bawak pegi rumah kenduri,sedap jugak tu nak lapah daging..sembelih ayam ke..tebang pokok pisang ke..." balas Razif bersahaja sambil senyum-senyum.










"Rumah kenduri kepala hangguk!" jerit Halim yang hilang sabar sambil tendang kerusi laju-laju.

Din Beramboi Masuk ICU?

Baru baca berita pasal dia tadi.Harap cepat sembuh.Pagi-pagi hati aku terhibur dengar dia membebel.

Sumber: KLIK SINI.

Pantang-Larang

Orang dulu-dulu selalu kata,kalau nak pergi mana-mana,jika dalam perjalanan ada biawak melintas,tandanya ada sesuatu yang tak elok akan berlaku.Sama juga kesnya kalau kucing hitam melintas.Namun tidak diketahui jika carpelai yang melintas.Itu memerlukan kajian yang lebih lanjut dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik di kampung.

Pagi ni,ada benda melintas depan aku masa aku dalam perjalanan ke pejabat.Aku jadi runsing jugak bila pikir-pikir.Sebab benda yang melintas ni takda pulak dalam kisah-kisah pantang larang yang aku tau.Nak patah balik ke rumah pun,dah dekat setengah jalan dah.Lagipun,makhluk yang lintas depan aku tadi tu,rasanya takda pulak kat kampung-kampung.

Jadi,apa pendapat korang semua kalau benda ni melintas di tengah jalan?











I risau tau.

Tuesday, March 30, 2010

Dialog Masyarakat Marhain 25

"Aku tengok ko ni..lembik la Mat."
"Lembik?"

"Ye.Senaman kurang.Balik keja rehat je kat rumah."
"Kan aku ada joging jugak.Kira ok la tu."

"Tak boleh.Ko kena serius sikit.Tgk macam aku,pegi gym,jogging,senaman selalu.Baru badan sedap.Ketul-ketul macam aku."
"Ye la..badan ko kan hebat."

"Itu la ko..kederat ada,bukan nak guna.Badan tuhan bagi ni,kita kena la jaga.Baru tuhan sayang."
"Ye la tuu..."

"Sikit-sikit Ye la ye la...malas nak melayan aku la tu.Nasihat sikit bukan nak dengar."
"Harap badan je gagah...nak solat 5 waktu pun payah ko tu,sibuk ke gym ja kejanya....celah-celah mana tuhan nak sayang balik kat ko.Berat sangat kot solat tu dari besi kat gym."




Sepi...




"Kami solat jemaah dalam gym lah!"

Status - 2

Sedang menyiapkan fizikal dan mental untuk 'Sweet Escape' teragung.

Cari Seluar

Aku terhendap-hendap pilih seluar yang aku berkenan.Dah jumpa yang best,aku pun amik dan pergi ke kaunter.

Setelah bayar,aku tanya kat akak cashier tu kat mana bahagian alter seluar.Aku nak potong kaki seluar tu sikit sebab aku bukannya tinggi sangat.Akak cashier tunjuk ke arah seorang lelaki yang berada di sebalik timbunan baju-baju.Setelah mengucapkan terima kasih,aku pergi ke arah lelaki yang akak tadi tunjuk.




"Bang...nak alter seluar." ujarku dengan penuh sopan.


Sepi.


"Aku pun datang sini nak beli seluar." balas brader tadi dengan muka habis sayu.Mukanya sedih-sedih.






Aku pusing laju-laju ke arah akak cashier tadi.Kelihatan dia tengah tunjukkan jari ke arah seorang lagi mamat yang lain...

Demmit!

Kegedikan Jamil Di Awal Pagi



-Berdebar menunggu cek pertama.Seronok macam riang-riang.-

Uji akal: Kenapa aku terjaga jam 3 pagi?


Monday, March 29, 2010

Missyen Impassibel....

Botak memang terkenal dengan perangainya yang suka mencuri.Kat kawasan KL,dah berapa ramai yang disamunnya.Semuanya selamba dia tibai.Polis pun tak dapat tangkap.Licik bukan main.Umur baru 18 tahun.Muka nampak ganas.Kena pulak kepala botak,baru nampak macam otai-otai.

Botak ada seorang lagi membe.Nama dia Raziman.Raziman ni boleh dikatakan pasangan jenayahnya.Kadang-kadang jadi tukang permerhati.Line clear ja,botak amik peranan sebagai peragut dan penyamun.Kira gabungan mereka boleh dikatakan agak mantap.

Satu hari,tengah sedap melepak kat sebuah pusat beli belah yang tak ramai orang,Raziman nampak ada sorang mamat masuk ke dalam tandas.Walaupun badan mamat tu agak sedap,dia tak risau.Kalau bertumbuk pun,dia ada Botak.Boleh lagi setakat nak menang.Raziman tersengih-sengih.Mangsa mudah berada di hadapan.Raziman bagi isyarat kat Botak yang pada masa tu tengah sibuk menjilat lolipop.Muka ganas,tapi perangai macam gadis-gadis Gothic kat Time Square.

Tanpa membuang masa,mereka berdua masuk ke dalam tandas.Line memang clear.Botak amik peranan dengan pergi ke bahagian sebelah mamat tadi.Botak jenguk-jenguk ke dalam bahagian mamat tu tadi.Mamat tadi buang seluar dan sangkut kat dinding belakang.Botak tersengih.Sasaran mudah.

Selepas bagi isyarat bagus kepada Raziman yang berada di sinki,Botak cuba memanjat perlahan-lahan.Tangannya cuba mencapai seluar mamat tadi.Tengah sibuk memanjat dengan gaya tanpa bunyi,tiba-tiba Botak tergelincir dan terus terjatuh ke dalam bahagian tandas mamat tadi.

"What kejadah is that!!??" jerit makcik cleaner yang tiba-tiba muncul setelah terdengar kekecohan dari dalam tandas.

"Takda..takda..sy terjatuh..licin..hehee..." Raziman cuba cover.Setelah makcik cleaner blah,Raziman memanggil nama Botak.Sunyi.Tiada sebarang suara.

"Botak....psstt...botak....pssttt..." Raziman cuba memanggil.Sepi.3 minit berlalu.Raziman cemas.

Suasana masih sepi.




Pintu tandas terbuka perlahan-lahan.Kelihatan Botak bersusah-payah keluar.Mukanya pucat.Raziman kehairanan.Dipapahnya Botak supaya dapat berdiri dengan betul.Lidah Botak kelu berkata-kata.Mukanya menunjukkan dia hanya mahu keluar dari tandas dengan segera.

"I like guys yang botak-botak tau...gerammm.....rezeki I hari ni.Macam jatuh dari langit." bunyi suara mamat dalam tandas tadi sambil berdiri di muka pintu.Tangannya mengelap-ngelap bibir.Mukanya begitu puas sekali...

Air mata Botak bercucuran.

Dirinya telah ternoda.

Apa Aku Jumpa Bila Weekend - 2




















-Kamera 2MP Nokia mmg cokia.Tak leh lawan 2MP henpon SE.Ni Sweet Escape versi mini.Sweet Escape versi besaq..kena tunggu dapat gaji.-

Sunday, March 28, 2010

Dialog Masyarakat Marhain 24

"Agak-agak ko...semalam,masa earth hour, berapa ramai yang 'ehem-ehem' dalam KLCC masa lampu tutup sejam tu."








"Entah..."

Thursday, March 25, 2010

Terjebak

Lokasi: Melaka
Tahun: 2004

Semua pelajar yang baru mendaftar berkumpul di bawah khemah yang disediakan.Panas yarabbi masa tu jgn cakap.Muka masing-masing dah kepam.Nak kata macam sauna tak jugak.Nak kata macam padang pasir pun tak jugak sebab keliling khemah ada rumput.Cuma belakang khemah ada la pasir.Pasir barang setompok dua.

Tengah sedap duduk tu,tiba-tiba tiba rektor ke dekan ntah naik ke pentas.Serta merta semua pelajar kena bangun.Tanda hormat.Ala,macam tak biasa pulak korang ni.Macam korang bangun bila cikgu masuk dalam kelas masa sekolah dulu.Ha,macam tu la.

Aku pulak masa tu punya la malas.Bak kata orang kampung aku...menghela.Aku pun bangun liat-liat.Lambat-lambat.Gaya menggedik sikit.Malas toksah cakap.Pekena tidur sedap jugak.Yep,tidur kat hostel sedap la masa tu.Panas-panas pekena kipas.Memang macam lipas la tidur.

"Ha...kamu...kamu tu.Tak sehat ka? Macam nak pengsan ja." tiba-tiba aku terdengar suara seseorang berbunyi dari pentas.Aku tak tau samada dia dekan ke atau pengacara majlis.Aku andaikan Dekan lah,sedap sikit bunyinya.Baru grand.Lagipun 'Dekan' lagi senang nak taip berbanding 'pengacara majlis' yang panjang.

Suasana sepi.Aku pandang ke arah pentas.Kelihatan dekan sedang menunjukkan ke arah aku dengan jari telunjuknya.Aku tergamam.Semua pelajar memandang ke arah aku.

Demmit.

"Kamu tak sehat?" soal dekan dari atas pentas.Kira-kira 25 meter dari aku.Habis tu,aku mana ada mikrofon kat tangan nak jawab.Takkan aku nak jerit kan?

"Angkat dia..angkat dia." arah dekan kepada pensyarah yang bertugas.Juga melalui mikrofon.Aku tergamam sekali lagi.Rasanya aku sihat walafiat.Pelajar-pelajar yang lain masih memandang ke arah aku.Haram aku tak kenal sangat pelajar lain,maklumlah,baru minggu pendaftaran.

Melihatkan dua orang pensyarah tadi bergegas ke arah aku dan pelajar lain pun tengah pandang ke arah aku,aku serta merta buat muka paling kesian.Badan aku buat-buat lemah.Mata buat macam kena denggi seminggu.Kaki pulak aku buat macam mangsa dera masa dua orang pensyarah tadi papah aku ke dalam kereta.

Aku dibawa ke klinik oleh dua orang pensyarah tadi dan doktor terus bagi MC.Dari klinik panel pelajar,aku terus dihantar pulang ke hostel.Pakej lengkap punya servis.Sampai hostel,aku baring-baring penuh comel.

Nikmat yarabbi sampai nak keluar air mata.









Orang kata,tuhan selalu makbulkan doa dan niat orang yang baik-baik.

Dak gitu?

Setting terbaik.

Muka dah cemas.Tangan pantas-pantas capai kipas angin.Pintu bilik dikunci rapat.Kalau tak kunci nahas jugak.Dah pastikan semua lengkap,aku tala kipas angin ke arah tempat tersebut.

Selesai tala,aku hidupkan kipas.Tak lupa,aku pasang lagu sedap-sedap dari handphone aku.

Selesai hidupkan kipas..aku pergi duduk kat tempat khas tersebut.








Walauwehhhh....bila kena angin tu,nikmat dia sampai boleh mengembalikan kenangan nostalgia aku melepas 'habis madu sepah dibuang' masa mandi kat hilir sungai belakang masjid masa sekolah rendah dulu.Campur sikit dengan bunyi lagu tenang-tenang,rasa macam duduk dalam tandas Times Square ngan KLCC.

Cuma bunyi desiran pokok buluh ditiup angin je yang takda.

Aku cuba buat bunyi pokok buluh yang ditiup angin dengan bunyi mulut sendiri.

Gagal.







Jangan cuba di tandas awam ok.

Memperkenalkan..

Aku termenung jauh.Tangan tenang mengawal steering kereta.PS pun bergerak tenang.Jalan raya tidak sesibuk seperti biasa.

"Jamil....saya melihat awak agak tertekan sejak kebelakangan ini." tiba-tiba bunyi satu suara.Aku terkejut.Tangan hampir-hampir terlepas dari steering.PS dah mula marah-marah.Katanya masa atas jalan ni,pemanduan kena fokus.Aku meminta maaf kepada PS.

"Awak juga perlukan rehat sebentar." bunyi suara itu lagi.Aku mula mencari-cari di mana datangnya suara tadi.Halus betul nasihatnya.

"Saya di sini Jamil." bunyi suara tadi.Aku tergamam.Betulkah benda itu yang bersuara sebentar tadi.

"Awak ke yang bersuara tadi?" soalku.

"Ya." jawabnya ringkas.

"Tak tahu pulak awak boleh bercakap.Dah berapa lama bertenggek kat situ,senyap ja selama ni." balasku yang semakin tenang.

"Saya hanya diamkan diri.Memerhatikan awak dan hanya bersuara apabila perlu." lembut tutur katanya.

"Jadi,apa maksud awak,saya perlukan rehat sebentar?" soalku sambil mata fokus ke jalan.

"Saya cadangkan awak buat 'sweet escape'.Awak terlalu berusaha untuk puaskan hati orang lain.Sampai abaikan diri sendiri.Cari satu hari yang hanya khas untuk awak.Hanya awak seorang." balasnya.

"Sweet Escape? Tu macam lagu Gwen Stephanie ja tu." aku mula menyoal.

"Itu tajuk lagu.Ini benda lain.Pergi ambil angin.Ya,pilih satu hari yang lapang.Pergi ke tempat yang awak rasa menarik.Hanya berseorangan.Tidak perlu ada sesiapa.Cuma ada awak dan diri awak sahaja.Pergi lapangkan hati awak.Saya namakan ia sebagai 'sweet escape'." balasnya lembut.

"Sweet escape ya...hummm..macam menarik.Trimas!" balasku.

"Sama-sama." balasnya balik.

"Apa saya nak panggil awak eh?" soalku semula.

"Terpulang." balasnya ringkas.

"Aku panggil ko BG lah.Singkatan daripada Bunga Goyang." cadangku secara spontan.

"Bengapnya citarasa nama awak Jamil.Apa-apa je lah.Saya terima." ngomelnya semula.




Sepi.




"Hai BG....saya Hati Waja." Hati Waja mula beramah mesra.
"Hai hati waja.Saya BG." balas Bunga Goyang kembali.Ramah.

"Hai BG...panggil saya PS." PS mula menyibuk.
"Hai PS....saya BG.Selamat berkenalan.Jamil masuk opis nanti,kita gossip-gossip pasal Jamil ye." balas BG.

"Hik...hik...hik....nak! nak!.." balas PS dengan begitu gembira sekali.

Lagu-lagu inggeris yang baru dan segar berkumandang dari radio.Perjalanan diteruskan.Sweet Escape.Hummm..Sweet Escape.

Hanya satu tempat yang bermain di fikiranku.Ya...aku akan ke sana.






P/S:Dalam hati ada jongkang-jongkit.

Wednesday, March 24, 2010

Boleh Jatuh Air Muka Mat Rempit.



Jubah tak jubah.Tibaiii...haha..



*p/s: Da lama tgk pun..masih boleh gelak.

Kebengapan Jamil

Aku berdiri depan cermin.

Puas aku cuba tutup mata sambil mengawal pandangan.Senang cerita,tutup mata tapi masih boleh tengok.Dapat bayangkan? Ok la..aku straight to the point.Aku nak tengok rupa aku macam mana bila pejam mata.Itu ja.Jadi aku berdiri depan cermin,sambil pejam mata sambil curi-curi tengok.

Gagal.

Susah yarabbi.Susah dia macam masa nak makan megi panas-panas berasap.Terkial-kial.

Aku terlupa aku ada telepon berkamera.Aku keluarkan henpon aku,pejam mata dan tala kamera ke arah aku.

Snap!

Selesai.Semudah alif ba ta..wan tu tri dan A bi si...






Harap-harap aku tak jadi bahan hiburan iblis sekeliling aku.

Mimpi Nakal

Semalam aku mimpi aku tersilap upload gambar muka aku kat hapacrita.

Demmit sungguh.Cemas yarabbi.Nasib baik mimpi ja.

Setan punya setan.

Virus-Virus benci




Sapa dapat menda macam ni dalam YM,jgn buka ye.bahaya wooo.. =p..Bila buka ni,komputer anda akan berupaya untuk menggeletek anda sampai anda tak boleh bercakap.



Khidmat pesanan masyarakat ini,dibawakan khas oleh......ah..tak larat nak promote diri sediri dah.Banyak pulak bagi nasihat minggu ni.

Joe Doyan

Lokasi: Megan Avenue 1,KL
Tahun: 2007

Dulu aku pernah menceritakan perihal Joe Doyan.Joe Doyan ni penyelia aku.Kiranya dia penyelia besar la.Dia menyelia department grafik,department IT,department hardware dan department HR.

Joe Doyan ni warganegara Turki.Agak susah nak faham english dia.Maklumlah,english Brad Pitt aku mana nak sama dengan english Turki dia.Lagi satu,Joe Doyan ni,kuat mencarut yarabbi.Ada saja benda yang dia nak maki tiap-tiap hari.

Menghairankan bila dia datang tempat aku,dia akan gelak-gelak,buat-buat kelakar Turki lebih kurang dengan aku.Aku faham,pakej KAJAK @ KANIUS (Kacak + Bijak @ Kacak + Genius) yang ada pada aku memang boleh membuatkan bos-bos menjadi tidak keruan.Naik bosan jugak asyik kena puji walaupun web yang aku buat tu macam web hasil kerja budak darjah 6.Tu belum aku buat web yang macam hasil budak tingkatan 6 lagi.Apatah lagi hasil web dengan kepandaian sebenar aku.

Ok...aku berhenti riak di situ.Mari kita sambung cerita.

Pada satu hari,Joe Doyan memanggil semua staff.Masing-masing muka toya.Ye lah,masa tu puasa.Budak-budak Philipine yang tak posa pun buat-buat muka letih.Budak indon yang pegi solat jumaat tapi teguk wine pun penat berpuasa.India ketiak busuk masuk jamban tak flush dan suka tengok kriket pun buat muka penat-penat.Tinggal aku ja yang segar-bugar.Stamina kerja macam David Beckham.

Celaka Jamil,ko sorang je hebat.Ok..sambung cerita.

Pada perjumpaan tu,Joe Doyan yang suka marah-marah ,mula buat-buat muka sedih.Dia cakap,Raya Aidilfitri setiap tahun ada.Projek yang sedang kami buat tu perlu dilancarkan dengan segera.Joe Doyan memujuk supaya kami semua berkerja pada Hari Raya Aidilfitri.Kami semua diam.Langsung tak membantah.Patuh betul jika dilihat.Joe Doyan kelihatan macam lega.

Petang tu jugak,ramai-ramai isi borang cuti.Ada yang amik sampai seminggu.Apa barang kerja hari raya.Jenis yang kerja hari-hari perayaan ni aku rasa Santa Claus sorang ja.

Aku tak tau kat mana Joe Doyan lepak pagi-pagi raya tu.Sebab,masa tu aku tengah sibuk berlakon alim depan pintu masjid sambil kenyit-kenyit mata kat kancan-kancan yang melintas.

Lagipun,kampung aku tak meriah kalau takda orang kacak macam aku balik beraya.









Mak marah wooo tak balik raya.

Hik! hik! hik!

Tuesday, March 23, 2010

Mencari Kesalahan



Adik-adik yang bijaksana,sila cari kesalahan di dalam gambar.Jika jumpa,anda memang bijak.

Hadiah? Sila puji diri anda sendiri secara laju-laju.

Hahahaha...

Eksiden

Aku tgk sekarang ni,banyak betul berita pasal eksiden.Berita pasal makhluk asing ka,takda pulak.Habis-habis kuat pasal pendatang asing.Apa?Persamaan pendatang asing dengan makhluk asing? Depa takda MyKad kot.....hahahahahapacrita? (bajet klakar).

Ok...kembali kepada topik asal.

Dalam berita kemalangan tu,aku baca ada yang tercampak keluar dari kenderaaan.

Nasihat aku,masuk ja dalam kereta,pakai la tali pinggang keselamatan tu.Jadikan sebagai kebiasaan.Jangan pakai sebab nampak polis ja.Beli kereta mahal-mahal.Rugi tak guna.Lain la kalau korang beli kereta jenis pakej yang tak ada tali pinggang keledar dengan signal.Sebab banyak jugak aku jumpa kat jalanraya jenis tak pakai tali pinggang keledar dengan jenis tukar lorong tak tentu hala.Signal pun tak bagi.

Apa? Maikel shumeker pun tak bagi signal masa lumba? Tampar nak?

Jadi,masuk dalam kereta tu,biasakan terus pakai tali pinggang keledar.Kalau eksiden,kalau dah ajal ke,badan rosak teruk je....kurang-kurangnya korang dah cuba lindungi diri sendiri.Takdela dok rasa menyesal pulak sebab tak pakai tali pinggang keledar masa dok lepak atas katil sepital.Lagi haru jgn dok menyesal dalam kubur.Tapi kalau masa kat sepital tu,nurse atau doktor lawa-lawa layan korang,kira sedap juga tu.Lagi sedap tup-tup jadi bini terus.Kalau korang perempuan,kira jadi laki korang la.Jangan dok buat pesen kawin sejenis.Aku gedumbek laju-laju karang.

Tapi,kalau masuk dalam kereta sebab nak ambil kunci rumah yang tertinggal tu,jgn la pakai tali pinggang keledar.Tampar lagi kang!

Ok...babai.










Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh...hapacrita?

Kelas Darjah 4 Strawberry

Pagi tu,Cikgu Padil berjalan menuju ke kelasnya seperti biasa.Pagi tersebut sangat ceria.Burung-burung berkicauan.Ulat-ulat daun melompat keriangan.

Cikgu Padil melangkah penuh bergaya masuk ke dalam kelasnya.Pagi tersebut cikgu Padil perlu mengajar subjek matematik.Selalunya kelas matematik tengah hari.Hari ni ada kelas gantian,jadi Cikgu Padil gantikan dengan kelas matematik.

"Bangunnnn.....Assalamualaikum dan Selamat Pagi Cikgu." laung murid kelas ramai-ramai.

"Waalaikummussalam dan selamat pagi.Murid-murid semua,boleh duduk.Pagi ni cikgu adakan kelas matematik sebagai kelas gantian." balas Cikgu Padil dengan ramah.Mukanya senyum-senyum.

"Tapi Cikgu,kan sekarang waktu pendidikan jasmani.Kami nak main gelung rotan kat padang." balas Sarah,pelajar paling jelita dalam kelas tersebut.Cita-citanya nak jadi cheerleader.

"Betul tu.Saya nak main bola sepak." balas Kamarulzaman pulak yang bercita-cita menjadi seorang....tak..tak..dia bukan nak jadi pemain bola sepak...dia nak jadi peguam.

"Begini,cikgu pendidikan jasmani keluar daerah.Beliau hadiri kursus.Jadi kelas pagi ni cikgu ambil alih.Jadi kita belajar matematik ya? Boleh?" pujuk Cikgu Padil.

"Setuju!! Saya nak belajar matematik!" laung Hamid,pelajar yang paling kuat membodek.





Sepi.




Tiba-tiba murid dalam kelas 4 Strawberry keluar kelas ramai-ramai.Masing-masing keluar dan berkumpul di luar kelas.Tanda protes.Hamid tidak keluar.Hamid kan kuat membodek.Cikgu Padil mula panik.

"Ni sapa yang mengajar kamu buat perangai macam ni?" soal Cikgu Padil kepada murid-murid yang berkumpul di luar kelas.

"Ahli parlimen dalam TV!" jerit Jeman yang berada di belakang sekali.






Cikgu Padil duduk bersila atas meja guru dalam kelas sambil mengunyah cikedis.

Tensen.Mati akal.

Monday, March 22, 2010

Apa Aku Jumpa Bila Weekend - 1.


-Lama dah tak amik gambar macam ni.-


-Bihun goreng kuah laksa.Pekena kat rumah akak aku.Sedap yarabbi.-




-Seni Lidah dalam aksi Makan Eskerim Tengah Hari Panas Yarabbi di JJ Equine bersama dengan Fashan kacak.Ya,aku sangat suka perasa vanila.-


-Sambil bergesel manja,mata dia sempat jeling-jeling ke dalam rumah.Pasang plan nak ceroboh masuk la tu.-




-Roti Super Sedap.Da lama aku tak ngap roti plastik ungu tu.Roti plastik kuning tu aku dah iklan dah dulu.-


-Welll.....sambung kerja.Bantal merah tu bukan Lily.Lily ada kat rumah.-

Kenduri-Kendara

Aku pergi makan kenduri wiken bebaru ni.

Lauk boleh tahan sedap.Lauk daging masak itam,sayur,dalca,ayam dan buah tembikai.Disebabkan aku lapar,lepas jumpa pengantin,aku pegi terkam arah nasi.

Aku ambil nasi sikit,pastu letak lauk banyak-banyak.Aku memang suka daging masak itam.Sayur aku tak amik,sebab aku tgk sayur dia dah kecut sikit.Datang lewat ada hati nak ngomel pulak.

Dah amik lauk,aku pun makan sambil senyum-senyum.Lauk dia sedap yarabbi.Aku suka betul masak itam macam tu.Tengah sedap-sedap makan,tiba-tiba aku nak lap mulut.Nak lap mulut tak boleh pakai kain alas meja.Kena pakai tisu.

Aku ushar-ushar,tgk-tgk ada nampak tisu kat meja sebelah.Aku bangun pegi amik tisu.Aku bangun laju-laju.Dah amik tisu,aku pergi ke meja aku balik.Balik ke meja juga secara laju-laju.Sayang tinggal lauk lama-lama.Lapar.








Kelihatan mamat yang bertugas sebagai tukang angkut pinggan tengah bawak pinggan nasik aku pegi letak dalam bekas pinggan kotor.

Demmit.Potong selera betul.

Aku minum air laju-laju tanda merajuk.

Polis Trafik

Aku memandu dengan tenang.Tenang macam air kat dalam mangkuk tandas.

Tengah sedap drive,aku tiba di lampu isyarat.Lampu merah dan aku berhenti.Tiba-tiba aku nampak di sebelah kanan aku ada 2 orang polis trafik berhenti tepi jalan.Polis ni naik motor besar.Ala,motor macam dalam cerita gerak khas ngan cerita Roda-Roda Kuala Lumpur(betul ke tajuk dia macam ni?) tu.

Disebabkan aku pemandu yang berhemah,aku tak risau sangat.Tali pinggang semua setel.Road tax pun belum cukup setahun jagung.Aku check semua benda yang boleh buat spoil kalau dia tahan.Semua clear.Cantik.

Lampu bertukar hijau.Aku bergerak.

Aku menghampiri 2 orang brader polis trafik tadi.Masa dekat nak sampai tu,aku setting muka manis-manis.Kalau buat muka ganas karang,kena tembak pulak.Sakit jugak kalau kena tembak walaupun peluru dia kecik ja.Nak-nak lagi kalau kena tembak kat ibu jari kaki kiri.Susah nak main teng-teng dengan anak buah kalau balik kampung.

Aku tidak dihiraukan.

Pelik.Selalunya polis trafik ni akan tengok-tengok kereta yang lintas depan diorang.Ni bukan setakat tengok,jeling pun tidak.Yang herannya dua orang polis ni dok sengih-sengih.Aku tak tahu la pulak apa diorang dok sengih kat seberang jalan.

Aku teruskan perjalanan.Sampai hujung jalan,aku buat u-turn.Salah jalan la pulak.Aku patah balik ke arah 2 orang polis trafik tadi.Mereka masih lagi senyum.Berdiri nak macho-macho.Aku naik hairan apa menda diorang buat kat situ.

Aku pandang ke arah seberang jalan.










Kelihatan sekumpulan krew penggambaran sedang fokus kamera ke arah 2 orang polis trafik tadi yang sedang berdiri di tengah-tengah panas terik.

Sibuk berlakon rupanya.

Benci.

Sunday, March 21, 2010

Status

Sedang menunggu PS diservis di Serdang.





-Wah...dah macam update status kat FB.

Kerunsingan Jamil

Bulu ketiak dah mula meninggi.Nak cukur,boleh tahan jugak geli dia.


Ni macam mana nak setel ni?

Friday, March 19, 2010

Semalam yang hangat 15

Aku memandu dengan tenang.Suasana sekeliling dah gelap-gelap manja.

Dari Ampang melalui MRR2,macam jebon sibuk dia.Letih jugak nak main tukar-tukar gear.Nasib baik stamina pergelangan tangan kiri aku tinggi,kira tak ada masalah sangat la.Cuma hati la yang menyirap sikit bila jumpa driver spesis masuk tak bagi signal,drive meleret kat bahagian kanan jalan dan beberapa aksi gampang lagi.

Elok sampai kat bulatan lumba kuda dekat Astro tu,jalan sesak bukan main.Dah masuk tahap yarabbi sesak dia.Kereta sampai tak bergerak.

Untuk buang rasa bosan,aku layan radio kereta kuat-kuat.Kebetulan pulak lagu memang rancak-rancak.Sambil dengar lagu aku goyang-goyangkan kepala.Lagu semakin rancak.Kepala aku pun semakin rancak bergoyang.Aku tukar channel lain,lagu rancak jugak.Dari goyang-goyang dah nak jadi head banging.

Aku tukar channel lagi,lagu masih rancak.Semangat semakin naik.Semakin melayan.Kereta tak bergerak pun aku tak heran sangat.Sedap melayan lagu.Kepala masih goyang-goyang.

Aku bersedia untuk tukar channel lagi.Bersemangat.Bersedia untuk lagu seterusnya.Jari menekan butang 'next' sambil kepala masih goyang-goyang.










Dengan jelas,aku mendengar azan maghrib keluar mendayu-dayu dari speaker kereta.

Friday I'm In Love



Maunya tak in love..besok cuti baiii....hahaha.Sedap yarabbi buleh tido-tido.

Ni sekerat ja.Nak dengar sampai habis,KLIK SINI.

Thursday, March 18, 2010

Arjuna dan Melur

"Kenapa Melur...kenapa?"
"Maafkan Melur Arjuna.Melur terpaksa berkahwin dengan Jalak."

"Sampai hati Melur lukakan hati abang.Kenapa tiada berita sampai kepada abang?"
"Melur sudah utuskan surat.Mungkin abang tak dapat surat Melur.Sudah 2 minggu Melur hantar."

"Abang bergegas balik dari perantauan sebab abang rasa tak sedap hati.Betul telahan abang.Ini jadinya.Keluarga Melur tak patut terima Jalak."
"Benda dah jadi abg.Melur tak boleh bantah pilihan mak ayah Melur.Lagipun abang di perantauan tidak mengirimkan sebarang berita kepada Melur.Sudah 4 purnama abang di perantauan."

"Abang jauh di perantauan Melur.Bukan dekat nak balik selalu."
"Melur faham.Melur minta maaf."



Sepi.




"Itu la..orang nak ajar pakai handphone tak nak.Degil.Keras kepala.Bebal.Kang dah susah jadi macam ni.Mak kat rumah nak kontek abang pun susah.Zaman sekarang pun bergedik nak main surat lagi.Berlagak tak tentu hala.Tak paham betul aku." bebel Adik perempuan Arjuna yang berusia 10 tahun yang turut serta dalam pertemuan tersebut.

"Ntahnya.Kalau tak,boleh main sms dengan call sekali.Jalak siap main MMS lagi dengan Melur tau." bebel Melur yang baru berhenti dari menangis sambil menunjukkan gambar Jalak yang berposing sambil makan KFC di dalam handphonenya.







Arjuna terjun ke dalam sungai dan berenang laju-laju tanda frust.

Jeman buat hal lagi - 10

"Makkk....Man rasa Man nak tukar beg sekolah la." Jeman memulakan bual bicara pada malam tersebut sambil menonton TV bersama Mak Piah.
"Bukan ke beg Man elok lagi? Baru je beli kan?" soal Mak Piah semula sambil melipat kain di depan TV.

"Beg tu tak lawa." balas Jeman sambil bergolek-golek manja.
"Mengada! Pakai je la.Bukan murah harga beg sekarang pun." tegas Mak Piah.

"Nanti budak perempuan semua kutuk Man sebab beg tak lawa." balas Jeman sambil memandang ke arah Mak Piah.
"Jangan pedulikan.Lagipun pegi sekolah untuk belajar.Bukan cari pompuan.Beg Man dah lawa dah.Bukannya buruk pun.Mak dulu bawak beg plastik je pegi sekolah." bebel Mak Piah.

"Mesti tak ada orang yang ngorat mak kan masa tu? Mesti mak nampak pelik.Sekarang pun mak nampak pelik kalau mak bawak beg plastik beli barang bila balik dari kedai." Jeman menyoal sambil bergolek-golek manja atas tikar.

Tersedar.Tersilap.Terlambat.


Sepi.










PIAPP! PIAPPP!! PIAPPPP!!!

Jeman menggelupur kesakitan tanpa sebarang bunyi.

Tuesday, March 16, 2010

Mengomel-ngomel 2

Kolam renang Presint 11 semalam,meriah tak patut.Penuh.Sebab cuti sekolah rasanya.

Brader jaga kolam tu,tabur klorin tak tau berapa guni.Klorin dia,mak aii...badan aku sampai bau macam kena rendam dengan klorox.Mata dah merah-merah.Bahana berenang tak pakai goggle.Pakai goggle ni susah sikit,kang masa menyelam nampak macam-macam.Baik aku takyah pakai.hahahahaha....

Malam ni berhijrah ke kolam lain pulak.

Hik hik hik...




P/S:Bila aku pakai swimsuit,aku rasa macam pakai uniform power rangers.Ketat tak patut.

Memperkenalkan...Jiran Aku







-Kucing ni..kalau dia jumpa orang-orang hensem ja dia akan jadi macam ni.-




*Tengah pikir nama yang sesuai kat beliau.Runsing pikir nama kucing mengalahkan macam nak pikir nama anak sendiri.*

Air Panas

Lokasi: Taman Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Tahun: 2005 (Tahun main agak-agak.)

Malam tu,aku pegi Air Panas dengan membe-membe aku.Ramai la jugak malam tu.Awek-awek pun boleh tahan.Air Panas ni tempat dia best.Kolam luas,ada chalet semua siap.Kolam pun design macam kolam renang.Tak caya klik kat sini.

Masa aku pergi tu hari isnin.Kiranya,tak silap aku,masa tu kalau ikut jadual,hari isnin,khamis dan sabtu adalah hari tukar air kolam.Kiranya air bersih la.Kalau air bersih ni,feel dia sedap sikit nak mandi.Air dia jernih bak air mata gadis-gadis.

Aku amik port tepi kolam.Layan rendam kaki.Aku bukan gagah sangat jenis nak terjun tak tentu hala.Boleh masak badan.Oh ya,kolam kat sini ada 3 peringkat.Peringkat pertama adalah sumber air panas semulajadi.Kolam ni memang panas gila.Kolam kedua pulak,kolam sederhana panas.Panas dia memang panas lah.Untuk yang kental ja boleh berendam kat situ.Akhirnya kolam ketiga.Kolam ketiga ni air dia panas-panas sedap.Saiz dia besar.Macam kolam renang.Dalam pun dalam jugak.Kolam ni le ramai orang mandi.

Tengah aku sedap cuci mata tu,tiba-tiba ada gerombolan mat rempit datang.Ramai jugak.Biasa la,diorang datang pastu pegi berkumpul belakang aku.Diorang salin baju belakang aku je.Dalam ramai-ramai tu,aku nampak salah sorang dari mereka bersemangat sekali.Dah siap menukar seluar,mamat tadi terus pegi amik lajak.

Mamat tadi buat gaya macam perenang olimpik.Setting kaki dah bergaya.Mata fokus ke depan.Membe-membe dia yang lain layan je tengok mamat tadi.Aku pun perhati beliau dengan tekun dan tabah.Nak risau pun tak guna sebab aku bukan ibu dia pun.Lagipun,aku lelaki,mana boleh jadi ibu-ibu.Tak baik tau menentang hukum fitrah manusia yang tuhan tetapkan.

Jamil,stop it please...

Ok,mari sambung cerita tadi.Mamat tadi mula lari laju-laju.Persis Usain Bolt.Bila sampai ke gigi kolam,mamat tadi melompat laksana perenang profesional.Badannya melentik cantik.Jatuhan badan ke dalam air boleh dikatakan cemerlang.Memang otai mandi sungai mamat ni aku rasa.Jatuhan mamat tadi menyebabkan semua orang yang melepak tepi kolam,memandang ke tengah kolam.Mereka menantikan kemunculan mamat tadi.

Sepi.

KECEBURRRRR!! KECEBURRR! KECEBURRR!!!

Kelihatan mamat tadi timbul dan terus berenang laju-laju menuju ke arah tepi kolam.Laju dia tu,boleh kalah ikan Dolphin.Sampai ja tepi kolam,mamat tadi terus melompat naik laju-laju.Takda to'maninah langsung.

"Ko ingat ni kolam renang ke woi!" jerit sorang brader sebelah aku kat mamat tadi.Mamat tadi tercungap-cungap.Mukanya merah menyala.Badannya kembang-kempis bernafas laju.

"Awat ayaq dia panaih sangatttt...semalam tak panaih macam niiii..." ngomel mamat tadi dengan lemah sambil tunjuk-tunjuk arah kolam.Membe dia dah gelak bagai nak gila.








Ya,kolam air panas ni,kalau dia tukar air baru,air dia memang panas berbanding biasa.Ambil masa nak sejuk sikit.Mungkin sehari.Sebab tu aku lepak tepi kolam dulu,bila suhu dah boleh ngam dengan badan,baru buleh main renang-renang manja.Baru buleh renang sambil kenyit -kenyit mata kat kancan-kancan yang bersidai tepi kolam.Ye dak?

Bijak gila aku ni rupanya.Macam ikan dolphin.

Tuesday, March 9, 2010

Sapa copy? Cepat Angkat Tangan! =)



Aku baru je pasang toyol dalam blog aku ni beberapa hari lepas.Dah ada 7 copy.Ha...dah copy cerita tu,jgn lupa letak link ke blog ni.Kalau tak letak,aku gigit. =)



Update: Korang klik dan tgk betul gambar tu..ada nama software dia.Apa? Malas nak cari? Ok la..aku bagi hint.Nama dia Tynt.Pegi google.

Dah lama tak buat sesi maki-makian...



Aku rasa..cibai lahanat ni patut kena lempar kat perogol.Baru diorang tau apa erti hina.

Ada sesapa rajin nak pegi buat report?



Update:Tgk ayat last skali.Dia hina nabi baii...

Monday, March 8, 2010

Dialog Masyarakat Marhain 23

"Aku tengok Jimah,kau ni,sejak baru beli kereta minggu lepas...awal-awal pagi da sampai tempat kerja." Senah membuka bicara pada tengah hari tersebut ketika makan di kafe pejabat.
"Kenapa pulak?" balas Jimah sambil menyuapkan nasi ke mulut.

"Tak la..awal sangat ko datang.Orang lain pun tak sampai lagi.Kenapa ko gerak awal sangat? Nak kata hantar anak ke sekolah,ko tu kawin pun belum.Lepas tu balik pun lewat petang." soal Senah.
"Ye la..kang kuar lambat,panas pulak.Aku tak suka biarkan kereta aku kena panas.Aku kan baru beli kereta tu.Kena la jaga.Nak pakai lama kereta tu." balas Jimah panjang lebar.

"OOO...kiranya nak lari dari panas la ni eh?"
"Ha'ah....bijak kan aku? Sampai awal pagi,sejuk je lagi.Balik pulak lewat petang,redup ja."



Sepi...



"Ye la,engkau dalam pejabat.Yang sejuknya...engkau.Yang redupnya..engkau.Kereta engkau tu,datang awal pejabat pun..parking tengah panas." bebel Senah sambil menunjukkan ke arah tempat parking kereta yang sedang dipanah terik mentari.

Tersedar.

Jimah memandang jauh ke ufuk langit.Suapan nasinya terhenti.

Nugget KFC

KFC ada keluarkan menu terbarunya.Menu tersebut berupa nugget udang.Ala,yang bila beli dapat mangkuk apajadah tu.

Aku beli nugget tu untuk rasa.Dah bayar segala bagai,aku pun amik seketul dan terus gigit.Lepas aku gigit,aku sangat pasti adunan rempah dia tak balance.Tak ada unsur-unsur harmoni dalam kestabilan rasa rempah.Kena makan dengan sos baru lepas nak telan.Aku hanya makan seketul.Yang belen tu dah tak lepas nak telan.






Kenapa bau dia tengik macam ketiak macha-macha?

Aktiviti Hari Ahad

Disebabkan bosan yang teramat sangat,aku dan hausmet aku pegi Giant Kinrara.

Kat kampung,kalau nak berenang pegi je sungai.Masalahnya,kat taman aku,mana ada sungai.Parit banyak la.Memandangkan Putrajaya ada banyak kolam renang dan tak jauh dari Puncak Jalil,aku jadi teruja.Masalahnya nak mandi kat sana kena pakai pakaian renang.Jadi,itulah tujuannya aku ke Giant.

Memandangkan ni pertama kali aku pakai baju renang,jadi aku cari baju murah dulu.Kalau berenang kat kolam ni best,mungkin aku akan cari baju sedap sikit kot nanti.Tak gamak aku nak beli baju renang harga beratus-ratus.Masa aku cuba dalam bilik persalinan,aku gelak sorang-sorang.Sebijik macam alien.Ketat baiii baju dengan seluar renang ni.Nasib baik selesa.Masa pakai baju ni,tambah pulak sejuk air-cond giant...rasa macam berbogel.

Setel beli baju dan barang-barang lain,aku pulang ke rumah.

Malamnya,lepas maghrib,aku pegi Presint x (rahsia).Kat sana,membe aku yang lain main badminton.Aku lak pegi kolam renang sorang-sorang dulu.Lepas salin pakaian renang,aku terjun ke dalam kolam.Masa tu jam lebih kurang 8.15 malam.Tak lama lepas tu..membe aku datang join.

Kecebur...kecebur....kecebur....

Jam 10 malam.....aku naik dari kolam.Hujan dah turun.Brader jaga kolam pun dah tiup wisel suruh naik.Masa naik dari kolam,penat dia dah macam tahap joging.Berdegup kencang jantung aku.Dahaga jgn cakap.Sekarang...aku dah ada acara wajib.Berenang di Putrajaya seperti memerang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.









Part paling ngilu,masa nak naik dari kolam.Baju melekat kat badan baiii.Jenuh cover.

Gadis-gadis,sila tutup mata.

Proton Vios



Boleh tahan jugak dia punya barai.

-Wartawan New York rasanya ni.-

Sunday, March 7, 2010

Sepetang Bersama Pakcik Teksi

Lokasi: Dalam teksi yang bergerak.
Tahun: 1999 (Form 3)

Petang tu,aku tunggu teksi untuk ke asrama.Setelah menunggu,akhirnya ada sebuah teksi datang.Aku tahan dengan penuh sopan.Selesai masukkan beg dalam bonet teksi,aku bergegas masuk dan duduk atas tempat duduk dalam teksi.Cadang nak duduk atas bonet depan teksi tu.Mesti seronok kalau dapat duduk.Boleh kena angin laju-laju kat muka macam naik feri kat Penang.

Teksi tadi mula bergerak.

Tengah sedap melayan blues,tiba-tiba di hadapan aku ada dua orang budak nak melintas jalan.Dari gaya mereka,nampak takut2.Tiba-tiba sorang dari mereka berlari melintas.Sampai kat tengah-tengah jalan,tiba-tiba dia lari patah balik.Gayat rasanya.

"Lintas ja la.Kalau mati,mak kau buat lain nanti." bebel pakcik pemandu teksi tadi.







Notty kan pakcik teksi tu?

Saturday, March 6, 2010

Cerita Lama yang Dikitar Semula.

Amaran: Cerita ini panjang dan sesuai untuk orang yang mahu berfikir sahaja. =)



DIA hanya duduk memerhatikan di satu sudut.Sudut yang agak tinggi dari mereka yang lain.DIA hanya memerhatikan pihak polis menahan lelaki-lelaki yang menolak barisan pertahanan pihak polis.Masing-masing bergelut.Ada juga lelaki-lelaki berkopiah,berserban,bersongkok.Masing-masing membawakan bendera parti dan fahaman masing-masing dan ada juga wanita yang menyertai mereka....kanak-kanak pun begitu juga.

Pihak polis ada yang menyembur air bercampur bahan kimia bertujuan untuk meleraikan rusuhan yang berlaku.Rasa tidak puas hati di antara beberapa pihak diluahkan di atas jalanan lantaran kehendak yang tidak dipenuhi dan kehendak yang tidak difahami oleh satu pihak yang lain.....iaitu pihak pemerintah.Suasana mula kecoh.Pihak polis yang beragama islam,berbangsa Melayu,berusaha memenuhi tanggungjawab mereka sebagai penjaga keamanan.Manakala pihak yang ramai di jalanan,juga berbangsa melayu,beragama islam,mara dengan bersemangat menuntut hak mereka sebagai rakyat.Semangat mereka dipacu pula oleh ketua mereka yang pandai membangkitkan dan meniupkan kata-kata peransang.

Pihak pemerintah pula menggunakan media sambil memberi peringatan kepada orang ramai supaya bersurai,tapi tidak diendahkan.Kini,giliran pihak pemerintah pula tidak diendahkan selepas mereka tidak mengendahkan permintaan rakyat.Sebagai pemerintah,aktiviti seperti merompak kekayaan negara,tidak amanah,melakukan penipuan di sana sini dan pelbagai kesalahan lain lagi kerap dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Hanya segelintir sahaja yang benar-benar menjalankan tugas dengan amanah.


DIA yang memerhati hanya merenung dengan tenang.


Pihak polis berjaya menyekat kemaraan orang ramai...ada yang dipukul....ada yang terlepas...ada yang dimaki hamun....ada yang diterajang.....dan ada pula polis yang dipukul oleh mereka yang tidak tahan sabar.

DIA mula bangun dari tempat duduknya tadi......DIA berdiri sambil memandang ke arah kelompok manusia yang sedang sibuk dengan dunia mereka.Sibuk menuntut hak masing-masing.Sibuk dengan kepentingan masing-masing.DIA terbang dengan perlahan.Terbang melalui atas kepala-kepala manusia yang sedang terjerit-jerit memaki hamun antara satu sama lain.Sesama mereka yang sebangsa dan seagama.

Semua yang ada di situ terdiam bila menyedari kehadirannya.DIA terus terbang perlahan di atas mereka semua.Mereka yang sejak tadi menjerit-jerit rakus,memukul sana sini mula terdiam.Tergamam.Tiada lagi hiruk pikuk.Suasana sangat sunyi dan DIA berhenti tepat-tepat di pusat rusuhan tersebut lantas mula bersuara.


"Kamu telah diberi peluang selepas dijajah.......kamu mempunyai kuasa untuk memerintah.....namun ramai dari kamu sia-siakannya....hanya segelintir dari kamu yang ikhlas....dan kamu semua lebih sibuk berbalah di sana sini dari cuba untuk memajukan diri kamu sendiri.........sampai di sini sahaja peluang kamu semua........tiada lagi peluang selepas ini........nasib kamu sama seperti bangsa-bangsa lain yang telah aku musnahkan dari muka bumi ini.....dan.....hari ini,inilah takdir kamu.....bangsa Melayu."


Semua terdiam,terpana dan ada yang cuba membaling besi dan beberapa objek berbahaya kepadanya.....semuanya terpantul dan terjatuh kembali.Tidak meninggalkan kesan sedikitpun kepadanya.

DIA terbang semakin tinggi ke udara dan mula melepasi bangunan-bangunan di sekelilingnya.Mereka yang merusuh dan dirusuh tadi mula cemas.Mereka tidak tahu makhluk apakah itu....tiada sesiapa yang tahu.Mukanya kosong,tidak berwajah.Badannya bersinar dan bercahaya....dia bukan seperti manusia!

Mereka yang berani menjerit-jerit dan memukul-mukul tadi mula kecut....ramai yang mula cuba untuk melarikan diri dari pusat bandar......bertempiaran.......namun sudah terlambat.

Cahaya terang mula memancar dari makhluk tadi.Semakin lama semakin terang.Tanpa sebarang amaran,cahaya tadi terus menjunam ke bumi....tepat-tepat ke arah pusat rusuhan tadi.

Tanah mula retak...bumi mula berkocak.....letupan besar mula berlaku......segalanya menjadi debu.Bermula di Kuala Lumpur,letupan mula merebak membuak-buak hingga ke johor dan di utara pula hingga ke Perlis.Selatan Thailand pun turut sama terkena tempiasnya.Akhirnya,tanah besar semenanjung terus tenggelam ke dalam bumi.Negara serantau turut menerima tempiasnya.Tsunami besar telah merosakkan Indonesia,Sabah dan Sarawak.

Suasana bening semula.Tiada lagi hiruk pikuk.Tiada lagi yang kelihatan.Hanya lautan luas terbentang.

DIA mula terbang tinggi dan hilang dari pandangan.




***********1225 Tahun Kemudian***********

"Mengikut cerita...begitu lah kisahnya....ahli sejarah kita terjumpa simbol peradaban di dalam laut...ada bangunan dengan kubah besar...dan ada tugu tertulis perkataan PUTRAJAYA...mereka percaya tu pusat pentadbiran bangsa Melayu dulu...dan juga rekod tentang cerita yang atuk baru cakap tadi.Rekod tu dipercayai ditulis oleh orang yang terselamat dalam kejadian tersebut.Tapi mungkin juga cerita tadi telah diubah suai..maklumlah..dah lama sangat kejadian ni berlaku."

"Ye ke tuk?...betul ke cerita ni?...."

"Betul....tapi dah lama cerita ni terjadi.....dah 1225 tahun dulu.....bangsa Melayu yang ahli sejarah dunia jumpa memang macam tu dulu.Mengikut kajian,asalnya kaum ini sangat bagus..berbudi bahasa...lemah lembut.Namun disebabkan penjajahan,kuasa,wang dan pelbagai sebab lagi mereka mula musnah,hilang jati diri mereka.Keturunan mereka tidak lagi disegani musuh dan lawan.Ahli sejarah cakap Bangsa Melayu pupus sebab dihentam meteorit besar dari angkasa....tapi ada orang cakap menda yang muncul hari tu....dipanggil penghapus bangsa....dia yang memusnahkan bangsa Melayu atas keburukan yang mereka lakukan......mereka berpecah belah,bergaduh sesama sendiri."

"OOOooooooo.......mereka pupus macam masyarakat Atlantis jugak?..."

"Lebih kurang lah nak....cuma Atlantis tu berlaku lagi awal dari Kaum Melayu dan mungkin masyarakat Atlantis pun dimusnahkan oleh benda yang sama."

"Takutnyaa...."

"Jadi......Lily kena belajar pandai-pandai.....jgn rosakkan hati dan minda....jgn jadi macam mereka semua......jadilah seorang yang amanah.....dan hiduplah dengan bermasyarakat....cuba hidup dengan aman damai."

"Baik tuk!"

"Bagussss......" si atuk tersenyum.

Senyumannya tidak lama.Ia kembali resah apabila menonton liputan secara langsung perarakan yang dilakukan oleh bangsanya melalui media.Dia tahu,bangsanya juga mula berpecah belah.

Adakah bangsanya akan menerima nasib yang sama dengan bangsa Melayu?






Sumber: SINI.

Friday, March 5, 2010

Darus

BAMM!!

Darus menghempaskan pintu keretanya kuat-kuat.Dari riak mukanya,nampak kecewa.Marah pun ada.Darus berjalan menuju ke arah meja makan.Di situ,kelihatan sahabat Darus yang bernama Saleh sedang enak menyuap nasi.Darus tarik kerusi dan duduk di sebelah Saleh.Darus order air kat mapley yang datang ambil order.Order air pun marah-marah.

Saleh kehairanan.

"Apa kena ko marah-marah ni?" soal Saleh.
"Bengang aku tadi.Bengang!" balas Darus.

"Apahal?" balas Saleh sambil cubit isi ikan dalam pinggan.
"Tadi ha..ada awek cun.Lepak tepi jalan."

"Habis tu?"
"Aku berenti la depan dia.Ye la,aku kan baru beli kereta tu.Bukan murah kereta aku,BMW baru tu bai."

"Apa jadi lepas kau berenti?"
"Aku keluar dari kereta,tanya nama sapa.Dia tak layan."

"Lagi?"
"Aku ajak dia jalan-jalan dengan kereta aku.Aku nak tolong hantarkan ke mana dia nak pergi,tu pun dia tak nak.Sombong gila."

"Memang la..muka ko pun macam penjenayah."
"Itu tak apa la..yang buat aku hangin lagi,elok aku masuk dalam kereta ja..aku nampak dia layan pulak orang tua yang tegur dia."

"Aik..dengan orang muda cam ko ni dia tak layan?"
"Itu la.Orang tua tu da la itam,gemuk,tak hensem.Aku tengok diorang macam cakap sekejap ja,pastu pompuan tu terus masuk dalam kereta orang tua tu.Itu yang aku bengang.Aku tak tau la minyak apa orang tua tu guna.Pompuan tu cantik dol!"

"Kereta orang tua tu lagi dasat kot dari BMW ko.Dia lagi kaya ka.Mana nak tau kan."
"Haaa...itu yang aku paling bengang!"

"Kenapa?"










"Nak banding dengan BMW aku..orang tua tu bawak iswara ja.Pastu kaler kereta merepek-repek.Warna merah putih.Lepas tu atas bumbung dia pacak banner tulis 'teksi'.Tercabar aku dibuatnya.Apa yang menarik sangat kereta macam tu aku pun tak tau.Gila rendah taste pompuan tu.Harap muka ja cantik."


Saleh suap nasi laju-laju.

Budak Kaca Mata

Disebabkan kerja aku yang memerlukan aku duduk depan komputer dari pagi sampai petang,kadang-kadang malam,maka mata aku mula buat perangai.

Sebagai individu yang menghargai pemberian tuhan..ecececece...aku telah pergi ke kedai cermin mata.Kenapa? Sebab mata aku mula bermasalah,mestilah ke kedai cermin mata kan?Lagipun,setakat yang aku tahu,belum ada lagi kedai cermin pipi atau cermin hidung di dunia ni.

Setelah amoi kedai cermin mata tu ushar-ushar mata coklat aku,beliau terus mencatatkan sesuatu.Ujian dijalankan.Ujiannya mudah,amoi tadi ajak aku masuk bilik.Kemudian aku disuruh untuk melihat teks di hujung dinding.Setelah selesai,beliau kemudiannya pergi ke bucu dinding dan mula berbogel sambil bertanyakan samada aku nampak beliau dengan jelas atau tidak.Ok...part bogel tu sumpah aku tipu.

Setelah selesai ujian,aku disuruh mengambil cermin mata keesokan harinya.Selesai membuat pembayaran,aku blah.

Esoknya aku ambil cermin mata aku.Setelah selesai mencubanya dengan pelbagai aksi dan gaya,akhirnya aku puas hati.Rimas jugak pakai menatang ni rupanya.Tapi aku kena pakai jugak sebab bila aku pakai,pandangan aku nampak clear.Bila aku buka cermin mata,aku nampak kabur.Senang cerita...beza dia macam tengok filem dalam vcd cetak rompak dengan tengok filem guna DVD ori.Beza kan?

Keesokan paginya,aku pergi ke pejabat seperti biasa.Di pejabat aku mengenakan cermin mata.Pertama kali aku pakai cermin mata dalam pejabat.

"Macam Tom Cruise." ujar bos aku yang tiba-tiba muncul di meja sebelah sambil memerhatikan aku tanpa berkelip.

Nak kata dia nak bodek aku sebab tak nak naikkan gaji,tak jugak sebab gaji aku dah naik.Nak kata dia nak bayar gaji lambat pun,tak jugak sebab gaji dah dapat.










Ekceli..aku benci sebenarnya kepada benda-benda yang boleh buat aku blushing macam ni.

Thursday, March 4, 2010

Parappa Parappa Pa Ra! (sambil hentak-hentak kaki)


-Paramore - Brick By Boring Brick-

Nak mecing dengan tajuk atas..dengar lagu ni betul-betul.



Hik! hik! hik!

Menonton Video Tape Bersama Keluarga

Lokasi: Ruang Tamu Rumah
Tahun: 1996

Pada satu petang yang hening dan kacak,tiba-tiba ada saudara-mara aku datang melawat.Biasa la,kalau rumah tu ada anak teruna kacak dan hensem,orang akan selalu melawat.Mungkin datang untuk 'booking' mana-mana calon yang berkenan nak buat menantu.Dalam kes ni,aku lah si teruna tersebut.Meriah jugak la ruang tamu rumah aku bila diorang datang.Kiranya ramai la kat ruang tamu pada masa tu.

Masa diorang datang tu,aku tengah menonton cerita 'God Must Be Crazy'.Ala,cerita orang asli tu la.Kelakar yarabbi sampai aku gelak keluar air mata.Kalau korang tengok aku gelak masa tu,sumpah aku kelihatan sangat comel.Banyak kali jugak aku ulang tengok cerita ni.Dari filem pertama dia..sampai filem ke-3 yang dia mengembara sampai ke Hong Kong tu.Kiranya sampai buleh hafal jalan cerita dan lirik.Maaf,bukan lirik,dialog.

Berbalik kepada cerita tadi.

Tengah sedap-sedap tengok,tiba-tiba sampai kepada babak kain heroin dalam cerita tu terselak.Ala,kan diorang camping tepi sungai sebab kereta rosak,pastu baju pompuan tu terselak naik sebab sangkut kat tali apajadah ntah.Kiranya nampak la pakaian dalam perempuan tersebut.

Disebabkan masa tu ramai orang kat ruang tamu,mana best tengok ramai-ramai.Malu la aku kan? Kalau tengok sorang-sorang boleh jugak layan meleleh air liur.Lagipun aku kena jaga air muka mak bapak aku jugak.Selaku anak soleh dan kacak,aku pun terus 'fast forward' babak tadi laju-laju.Maklumla..masa tu guna video tape.Mana ada butang 'next'.

Aksi aku tadi diperhatikan oleh mereka semua dengan tekun.






"Jamil ni bukan nak tengok benda-benda macam ni.Sebab tu dia 'forward' laju-laju." ujar bapak aku kepada sedara-mara yang lain dengan bangga.

I'm sorry daddy,I never meant to hurt you.

Benda-Benda Sedap 5


- Cheryl Cole - Fight For This Love -

Dah lama dengar lagu ni.Aku suka lagu ni.Aku juga suka tengok lesung pipit dia.Dari pipi,mulut dan ke dagu...nak sama dengan Jennifer Garner sket minah ni.

Oh ya..senyuman beliau pada minit ke 3.14 sangat membunuh.

Part seksi2 tu....abaikan.

Betul....abaikan.

Wednesday, March 3, 2010

Pakcik nakal



Boleh tahan jugak cara beliau bergurau.

Seperti Biasa

Sibuk macam firaun.Komen korang pun tak sempat aku taram satu-satu.Petang-petang sikit la aku buat-buat kelakar kalau sempat. (^______^)


P/S: Oh ya..kepada beberapa orang yang bertanyakan pasal hapacrita all star...maaf ye..lambat lagi nak keluar.Sibuk bebeno sekarang.Thanx! =}

Monday, March 1, 2010

Dialog Masyarakat Marhain 23

"Sedap jugak makan kat sini."
"Ha'ah.Boleh tahan."

"Lain kali kita datang lagi kat sini."
"Aku setuju!"

"Cepat makan...kita dah lewat ni."
"Ok...sabar...sabar..."



Sepi...



"Beb...tak elok makan sambil selang-seli dengan air."
"Kenapa?"

"Perut mudah buncit.Makan dulu.Baru pekena air."
"Pernah kena penampar?"

"Napa lak..aku cakap menda betul."
"Bila masa aku minum?"

"Tu..kan ko tengah buat tu.Ha....tgk...buat lagi tu."
"Jadi.....ko nak aku makan laksa dulu..pastu hirup kuah laksa ni asing-asing?"

Kerja-Kerji

Semakin banyak kerja.

Hoh! Tangan semakin lenguh.





Selamat hari isnin. =}