Tuesday, October 27, 2009

Tiket

Lokasi: Pekan Smallville
Tahun: 2008

Aku berjalan dengan tenang menuju ke arah kaunter tiket.Aku kena beli tiket balik ke KL.Dua hari lepak kampung memang seronok.

Dah sampai kaunter Transnasional...aku tgk tak ada orang.Pegi makan rasanya.Aku pun pergi ke kaunter bas lain.Elok nak sampai aku nampak ada 3 orang lelaki kurus-kurus sedang berbual kat dalam kaunter.Bila aku dah sampai depan kaunter,baru aku dapat lihat dengan jelas.Ada 3 bapok manja sedang bergurau senda rupanya.Mana pegi kakak yang selalu jaga kaunter tu pun aku tak tau.Bersalin agaknya.

"Sejak bila diorang ni berniaga tiket bas nih..." Hati Waja tanya aku.
"Ntah...." Hati Waja jawab sendiri soalan yang dia tanya tadi.Gila.

"Err....tiket ke KL malam besok ada?" aku tanya penuh sopan.
"Malam esok ye bangg? Bas tambahan ada la..nak?" dia balas.Aku dah debar.

"Buleh la.." aku balas.Ye la,tiket dah nak abes.Kaunter lagi satu aku tgk dah letak notis tiket habis.Aku tak nak amik risiko balik ke KL dengan feri.Jauh tu.Lagipun mana ada servis feri dari Kedah ke KL.

"Bagi no phone abg,nanti kami nak call kalau bas ni ada.Bas ni tak kompon lagi.Kalau tak da boleh datang kaunter." dia balas sambil catat2 sesuatu atas kertas.

Aiseh...ni yang tak best ni.Beli tiket macam nak beli topup.Kena bagi no phone.Memandangkan mereka semua yang berada di dalam tu bukan makwe makwe,aku pun agak berat nak bagi.Tapi disebabkan keadaan jika tak bagi no,aku mungkin tak ada tiket,maka aku buat keputusan untuk bagi.

"Ini no saya..." aku hulurkan kertas selepas menulis.
"Ok...ini no saya yeeeeeeeee...." dia hulur no hp dia dengan gaya manja.Lepas bayar duit,aku pun pergi slow-slow dari kaunter sambil baca no yang dia tulis.

"019-XXXXXXX......adik".

Aku melihat mereka yang berada di dalam kaunter.Mereka menjeling tajam ke arah aku kemudian tersenyum-senyum sambil bertepuk tampar sesama mereka dan mereka gelak-gelak manja sambil buat-buat gaya mengilai....
















Bontot aku tetiba terkemut dengan sendirinya.

Seram woo i tell you....

19 comments:

Anonymous said...

ko hensem mcm brad pitt ke????

ada said...

yang membaca ni pon terasa seram nya.. hahhaah.. sengal..

awek adam sandler said...

"Memandangkan mereka semua yang berada di dalam tu bukan makwe makwe,aku pun agak berat nak bagi..."


hahaha.klo makwe2,mst laju je la dia bg tu =p

Solehah said...

cam sengal ja tu..huhu..

Unknown said...

dapat 1 nombor je? ingat dapat 3 tadi...

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

macam setan ayat yg last skali tu....!!!!!!!!!!!!!!! ahahahahaha.......

Anonymous said...

psl trkemut tu prlu diceritakn juga ke? haha..

Anonymous said...

mesti ko tak dapat tido malam kan ..

Ann said...

geli geleman ak baca lu punyer n3 ni..heheh..

Anonymous said...

pergh... hot2 chiq nampak..... maknyah pun leh terpikat... tak leh nak banyang lah... heheehhehe

Liliyuli said...

auww! hahaha
so? ape kesudahan cerita ini?
hehehe

balqissy said...

gay je ke yang suke kat stingray ni? hahaha

nmEsfie said...

nggg.... aku x tahan...... seremmmmm.....

. said...

cerita macam buku tamar jalis.seram.

Lazyf said...

"Aku berjalan dengan tenang..."

x leh bla...hahahaha

Siti Nur Aminah said...

sadis ny ko ni.....br bg no da kemut bontot..blom kene tampaq sedas dua...mau terejakulasi

Op said...

adkh anda ini sgt kacak atau perasan je ni? hehehe

hady said...

aminah....

aku sokong ko!
tampar aja stringray sedas dua
kita tengok apa jadi...

hahaha

Jard The Great said...

oit jamil.. bole tak kiranya hang pasang balik chatbox kat tepi tu.. ehehehe.. ;p