Monday, October 19, 2009

Bidin

Rahman seorang lelaki yang sederhana.Namun begitu,ramai perempuan yang selalu keluar dengannya.Kesederhanaan dan kejayaan Rahman yang selalu keluar dengan perempuan kampung,amatlah tidak disenangi oleh Bidin.Seorang graduan yang baru nak berlagak dengan ijazah yang baru diperolehinya.Tambah membuatkan hati Bidin panas,mak ayah perempuan yang keluar dengan Rahman,semua rilek-rilek je.Macam restu pulak.Balik pulak malam-malam.Memang otai lah Rahman ni.

Disebabkan mereka sebaya,Bidin merasakan adalah kurang adil jika semua perempuan kampung jatuh hati kepada Rahman.Dirinya yang kacak dan berpelajaran,langsung tak ada sapa nak keluar dengannya.Lagi menyakitkan hati,Sheila,awek lepasan SPM idamannya langsung tak layan permintaan Bidin untuk pergi makan ais kacang di bandar.Bila diajak,takut mak ayah marah katanya.Marah betul Bidin dibuatnya.

Setelah seminggu memerhatikan aktiviti Rahman,Bidin cuba menguji taktik yang digunakan oleh Rahman.Bidin memandu kenderaannya menghampiri Sheila.Sheila yang sedang menunggu kedatangan Rahman di hadapan rumahnya terkejut.

"Jom keluar ? Takkan keluar dengan Rahman boleh,dengan abang tak boleh kot.Jom lah." manja Bidin mengajak Sheila.
"Ishh..mana boleh.Mak ayah marah kalau keluar dengan orang lain.Abang Rahman x apa." balas Sheila lembut.

"Ha...ni yang aku hangin ni.Sikit-sikit Rahman..sikit-sikit Rahman.Apa gila semua pompuan dalam kampung ni kena ubat guna-guna Rahman." Bidin menyinga.
"Ubat guna-guna?"soal Sheila.

"Ya la...ubat guna-guna.Tak sedar lagi? Rahman angkut perempuan keluar sesuka hati..balik lewat-lewat malam.Apa ni? Semua nak bercinta dengan Rahman,macam mana kalau kahwin nanti nak bersanding.Mau kena buat kat padang." Bidin mula jerit-jerit.



Sunyi...

"Ni apa hal ni?" soal Pak Cik Karim Rambo yang tiba-tiba muncul.
"Abang Bidin ni ha ayah..tetiba ja marah Sheila.Dia tak bagi Sheila ikut Abang Rahman." Sheila mula bagi laporan kat ayahnya.

"Ye la pak cik,saya ajak anak pakcik elok-elok.Dia kata tak boleh.Tapi Rahman yang suka-suki keluar dengan perempuan lain pakcik bagi pulak.Pakcik pun kena ubat guna-guna kot." Bidin mula memerli.
"Kamu dah berapa lama tak balik ke kampung ni?"soal Pak Cik Karim Rambo dengan tenang.

"9 bulan.Saya baru habis belajar pakcik.Ada ijazah dah.Takkan pakcik tak bagi kot." Bidin mula promote diri.
"Kamu tahu Rahman tu sapa?" Soal Pak Cik Karim Rambo.

"Kenal la.Sebaya saya.Kerja kampung.Tapi suka keluar semua dengan perempuan." Bidin memberikan analisis.



PIN!! PIN!! bunyi hon kenderaan Rahman.


"Wah..lawa sheila hari ni.Jom cepat naik." laung Rahman yang baru tiba dengan kenderaannya.
"Ha...tu Rahman dah sampai.Pegi naik cepat." arah Pak Cik Karim Rambo kepada anaknya.

"Ha..tgk tu.Rilek-rilek je pakcik bagi.Murah betul."bebel Bidin tak puas hati sambil memerhatikan Rahman yang berlalu pergi.


Muka Pak Cik Karim Rambo merah padam.Rimas.Menyampah.Tensen dengan Bidin.


"Kamu tahu tak Rahman tu kerja bawak van kilang? Memang dah kerja dia bawak gadis2 kerja kilang.Takkan nak bawak anak pokok getah." bebel Pak Cik Karim Rambo dengan muka ketat-ketat.

"Blajar tinggi-tinggi,akal macam tungau!" tambah Pak Cik Karim Rambo lagi sedas.Muka lagi ketat-ketat.











"Pak Cik Karim sudah buka akaun ASB?" Bidin cuba menukar tajuk perbualan.

24 comments:

Jard The Great said...

hahahaha.... adui! siot la bidin tatau...

Mereng. said...

hahahaha lawak3...haizz~ bleyh guling2 kt lantai bace nih ~ hoho

Qylaisqyla said...

hahahahaha.

bodoh punya bidin.

lain kali cek la dulu rahman tu sape!

kahakahakahakah.

klakar!

joegrimjow said...

kekeke
idea baru
huhu

Unknown said...

Belajar tinggi-tinggi, akal macam tungau?! hahaha

Anonymous said...

itu la bidin.. lain kali balik la kampung ..

Mimie.Candy Cane said...

hahaha..kesian rahman .tak pasal2 di keji.hanya kerana bergelar driver

zaiMi said...

keje bawak van kilang rupenye.. patut la awek kliling pinggang.. hahah

Unknown said...

akal macam tungau eh?


hehehe

paiseh said...

berat ke pesen lawak antarabangsa dah ni~

Siti Nur Aminah said...

bodo....slmbe je ckp murh....dmm da ok?..eh..silp...kah kah

loti mukhtar said...

hah...ambek...cerdik tak bertempat

Solehah said...

ha3..sian dia..

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

bodow..!cam siput sedut je..hahaha..die tak tgk ke rahman tu bawak van kilang?? adoyaii....

Anonymous said...

la... apa punya beballah si bidin ni.. huh!!!

- kalau sudi, linkkanlah blog I

bibie_suke_sukun said...

gua klik iklan follow me lu..suke x??

miss nina said...

hadoi..bidin2x

Firol said...

bangang..hahaha..akal macam tungau....hahaha

StingRay said...

jard: bidin mmg. =)

zuween:masa guling2 tu jg laju2 sangat.x leh kawal nanti.ok? =)

qyla: tersedak la bidin dengar.=p

joe: idea spontan masa taip huruf pertama.tibai je.haha

komander: ye.haha

cikot: bagi la duit tiket bas kat dia.bagi melalui aku.amacam? =)

mimie: nasib bidin je keji dia. =p

zaimi: nak try? =)

naddy: yep. =)

paiseh: antarabangsa tu kira lagi kemaih dari antarakampung ka paiseh? hahaha..

aminah: auw...so fanni.hahaha

lotikus: sungguh. =)

solehah: sian eh? pi la ngorat.=p

kakuna: akai tahap tungau.=p

riz: bebal sikit2.haha..

bibie: mesti la suka.masalahnya bog ko x da iklan aku nak klik.haha..nanti2 aku klikkan bila dah ada.

nina:bidin bidin...=)

firol: suka tungau? hahaa..lelaki kampung kalau tungau x pernah kena kat TUTTTTT macam loser je.haha

Ain bintu Amir said...

hahahahaha
sengal je~
dapat akal cam tungau skali~
wahahaha =D

nmEsfie said...

dah hagak dah.... mst bidin kena seda nih.... hihi

bokbon said...

bidin..bidin..

bodoh macam shilake, hah..ha..

eNaSaN said...

hahhaha hik3..adussss malu2

Anonymous said...

apahal la ko ni bengap sgt bidin..hehehehe