Monday, October 5, 2009

Petronas 2

Minyak kereta dah nak abes.Masa nak pegi keja la dia nak habis.Suka sangat nak buat aku kelam kelibut.Tanpa buang masa aku pun singgah kat stesen minyak PUJ9.

Seperti biasa,aku masuk ke stesen minyak macam Maikel Shumeker.Parking kena ngam-ngam dengan pam.Baru sedap nak isi minyak.Parking jauh-jauh kang bila isi minyak nampak tak menarik bila orang tengok.Gaya macam takut pam minyak meletup.Tak ngam langsung dengan gaya macho aku.Keluar dari kereta,aku berjalan bersahaja ke arah kaunter.Walaupun bersahaja,ramai mata memandang.

Biasa la,bukan senang orang nak jumpa makhluk kacak macam aku.

"Pam 12 bang eh.." ujar aku sambil hulur duit dan terus menuju ke arah kereta aku.

Aku buka penutup minyak kereta,dan mengangkat pam minyak.Aku mengamalkan teknik seperti iklan dalam tivi.

Angkat.Tolak.Masuk.Picit.

Memang dah ikut tertib.Macam amik air semayang dia punya 'precision ngan timing'.Rasa bangga sekejap.Sambil kawal kadar kembangan hidung dan tahap kacak,aku memandang ke arah pam.Nombor-nombor kat pam tak bergerak.

Agak cemas.

Aku mula menekan-nekan picu pam tadi.Tiada minyak yang keluar.Aku pandang ke arah pam sekali lagi untuk mengesan apa yang tak kena.Jumpa.Aku mula rasa nak tampar diri sendiri sebab tak berhati-hati tadi.

Pam 12 berada di sebelah pam yang aku tengah guna.

Macam mana aku nak jawab kat diri sendiri kalau dah diperhatikan ramai dalam keadaan macam ni.Segan jugak nak main-main tukar pam.






















Boleh tahan jugak gurauan gampang macam ni.

21 comments:

DaliaLiyana said...

pakai petronas ek??
klik sini...untung pakai minyk petronas ni...
http://svr-penggunabijak.blogspot.com/

Mimie.Candy Cane said...

tu la ko..terlalu kacak smpai tertukar pam..kurangkan control macho utk elakkan kejadian2 mcm ni berlaku lagi yer..LOL

Syaz Rahim said...

hahahaha!! adesss...malu gak kalu cmtu..wuwu~

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

hahahahha!
aku penah jd mcm ni
siap kene tegur dgn macha jaga pam
hampeh!

Unknown said...

ni mesti budget orang2 yang kat petronas tu sume blogger la tu.control macho je..aishhhh~

zaiMi said...

nasib baik la ak xpenah tsilap pam lagi.. haha

EJAY said...

muahaha...
best tak jd badut kat petronas? =b

Nbl Fzr said...

mamai macho

haney said...

haha..

Selamber Rock said...

aku syak kamu ada masalah terlebih konfiden..wakakaka

Anonymous said...

ko ni tak pndai membaca ke???hihi...org kacak mmg selalu mcm tu

shahirahkhairudin said...

ni mmg funny giler..tp kesengalan tu dimahapkan sbb ko kacak bro

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

Tu la padahnye terlalu control idung kembang..kan mate dah tetutup tak nmpak pam kat mane spatotnye..heheheeh...lucu lak..haihh.~~

Insan said...

hahah..aku penah gak..tp blom isi minyak lg..nak gi baya ckp kat kaunter pam no lain..padahal kete kat tempat lain..sib mamat pam tu perasan..hehe

Qaseh said...

kalau x pakai spek..kena g buat spek..kalau ade spek ..kena tambah power.... :P

Anonymous said...

over confident tahap melampau-lampau.

miss nina said...

pagi2 dah spoil bro
kurang hensem kamu :)

~gUrL in pUrPle~ said...

pandai... pandai... hehe

KePOMPOM said...

ive been there. cuba gerakkan kete slow2, jgn bagi kuar bunyi lgsung. mesti org tak perasan

Siti Nur Aminah said...

jgn tllu pasan...tu yg le silp tuh..pam pon da xle beza yg mne stu ....kurg kn penonoton khyaln anda okies...kurgkn macho..tingktn prestasi..

Lazyf said...

ko TERPERASAN KACAK lebih sgt tuh pasalla kantoi salah pump...hahahaha