Monday, October 12, 2009

Despatch Barai

Disebabkan bos aku pegi site,aku kena tolong pegi bayar bil karan opis.Aku rembat motor budak opis aku,pastu dengan bergaya aku pusing kawasan Pandan.

Berpeluh jugak melilau kawasan Pandan ni.Aku bergerak pulak ke kawasan Ampang.Tak jumpa jugak TNB.Nak pegi ke KL,malas la.Sesak.Lagipun takkan orang Pandan ngan Ampang pakai lilin kot.Mesti TNB dah buat cawangan kat kawasan ni.

Nak dijadikan cerita,aku mula ikut petua orang lama-lama.

"Malu bertanya sesat jalan."

Sambil melilau-lilau,aku ternampak 2 beranak sedang menunggu untuk melintas jalan.Ibu dan anak lelaki.Budak lelaki tu dalam 9 tahun kot umurnya.

"Assalamualaikum kak..tanya sket,TNB kat mana ya kawasan ni?" manis mulut aku bertanya.
"Kat sini eh....humm....kat mana ha?" akak tu bertanya kepada anaknya di sebelah.

Anak lelaki kakak tersebut kelihatan seperti cuba memikirkan cawangan yang berdekatan.Aku dah ready nak ucap terima kasih.

"Kat sebelah KLCC ada TNB bang...." ujar budak lelaki tersebut dengan bersungguh-sungguh sambil menunjukkan ke arah KLCC yang sayup-sayup kelihatan.Kakak tadi menahan gelak kat aku.Aku mengucapkan terima kasih sambil pecut laju-laju balik opis.













Pandai budak tu bergurau.

13 comments:

makteh xnx said...

hahaha...lukenabeb!!..

kecit2 dah pandei begurau yek...pang kang..

Siti Nur Aminah said...

nk tny biala kat org yg nmpk agak berilmu sikit..

Solehah said...

ermm..sorry kalau ckp ni kang melukakan..bayar bil letrik tak semestinya kat tnb kan..bayar kat pejabat pos je..tak pun bayar online ja daripada computer..membantu x jawapan ni?

StingRay said...

xnx: haha...pandai dia gurau beb.. =)

aminah: akak tu berilmu tadarus aku rasa..muslimah je nampak.haha

solehah: bos bagi cek atas nama TNB..haha...x leh sebarangan beb.. =) hehe

Syaz Rahim said...

sentap beb!

zaiMi said...

hampeh akak tu.. anak die lg bijak dr die.. hahah

Unknown said...

kecik2 dah cenggitu.

Anonymous said...

aku rasa btol kot..cuba ko check..hahahaha

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

kah kah kah kah....padan muke ko...ehee...:p

Anonymous said...

pastuh aku rasa kau dah tak hensem dikenakan camtuh.

loti mukhtar said...

naseb baik dia ngan omak nya..kalo x,konpom budak tuh ats pencawang tnb kan..kan...kan...aku tahu apa di hotak mu

afendi ariff said...

jwpn budak2 besanya tulus dr hati...heh!

Lazyf said...

hamek ko...hehehe