PADANG 13 Okt. -- Pihak berkuasa Indonesia hari ini mengisytiharkan tujuh buah kampung yang musnah dalam kejadian tanah runtuh baru-baru ini, sebagai sebuah tanah perkuburan besar, selepas mereka menghentikan operasi mencari lebih 200 penduduk yang dipercayai tertimbus.
Keputusan untuk membatalkan operasi mencari di kampung-kampung yang ranap dalam tanah runtuh berpunca daripada gempa bumi 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 30 September lalu, dibuat hasil rundingan dengan masyarakat tempatan, kata ketua polis daerah Padang Pariaman, Uden Kusumawijaya.
Gempa bumi yang turut memusnahkan bandar Padang itu meragut 809 nyawa, menurut angka korban rasmi terbaru. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sehingga 1,100 orang terkorban.
"Persetujuan dicapai bagi menghentikan gerakan mencari mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh.
''Penduduk kampung sudah bersetuju dan kawasan tanah runtuh itu kini dianggap sebagai perkuburan bagi mangsa yang tertimbus," kata Uden.
Sejumlah 225 orang dipercayai tertimbus di kampung-kampung yang ditelan bumi itu, menurut jurucakap pejabat daerah Padang Pariaman, Syofrian.
"Sudah tentulah ada sesetengah penduduk yang tidak bersetuju tetapi kebanyakannya akur.
''Justeru, kami menghentikan operasi mencari mangsa kerana sangat sukar untuk menemui mereka yang masih tertimbus," katanya.
Kira-kira 100,000 rumah musnah akibat gempa bumi tersebut dan kira-kira 500,000 penduduk hilang tempat tinggal. - AFP
Sumber: SINI
Pengalaman singkat saya bersama GISB?
2 weeks ago
8 comments:
setahu yang aku dengar cerita.
kampung pariaman tu mengamalkan perkara-perkara khurafat!
sebab itu allah murka dan bagi bala pada mereka.
apasal aku tb2 ingat kat nordin mat top ni?
1 org buat jahat..smua kena bala..menakutkan tu
dunia dah uzur...
ni petande tuk kite supaye ingat padaNya..
Lifesaver
btol tu ,,
kalau sorunk buat salah.
semua kena bala allah tu.
cuma cara mati je yang kita tak tahu.
ada orang mati terus mati bawah tanah.
ada orang mati masa tengah mengaji..
semua itu ketentuaNYA...
kita kena beringat sebelum negara kita pulak jadi camtu... skrgpn ramai org islam yang dah xmcm islam... semoga oarg2 begini xmelibatkan kta skali dlm bala drp Allah.. oleh itu, sama2 lah berdakwah... ingt mengingati sesama sdri... < bckp smbil mengingatkn dri sdri gak yg bnyk dosani....
qyla: ada dengar gak.imam kat situ yang ngaku kan.ada main2 laga ayam la.hehe..wallahualam.
citah: ko mmg suka berkhayal.haha
life: sungguh.=)
xnx: btul2..
qyla: sungguh. =)
gurl: baekkkk...=)
dah mmg kawasan to prone to natural disaster.. huhu
Post a Comment